Resipi : Masak Lemak Cili Padi Ikan Cencaru

Sebut ja masam lemak cili padi ni memang automatik ja telan ailio aku ni. Aku ni memang oeminat makanan nogori. Sebab dulu pun masa belajaq kat UniKL-MICET yang duduk dekat border nogori tu.. Aku memang suka sangat pi makan dekat medan selera Kendong tu. 

Makanan-makanan kat situ tu memang kena gila dengan tekak aku yang suka makan pedas ni. Suka sangat. Teringat masakan kakak yang dekat medan selera Kendong dekat kedai hujung tu. Allahu.. Rindunya masakan akak tu. Dah la murah. Sedap pulak tu.

So baru2 ni aku tengok dekat Fb orang ceruta yang mak anju tu yang chef agak2 yang dengan Gordon Ramsey tu. Memang stail aku masak semua main agak2 ja. Takdak specific measurement la kiranya. Sebab tu aku suka masak makan mcm lauk2 ni compared makin kuih muih, cookies.. Cakes etc... 

Tak sangka pulak chef tu mak anju kan. Lepas tu ramai komen kedai mak anju, aunty Anie ni sedap gila. Makanan-makanan nogori la kiranya. Dekat Nilai katanya. Aduhhh terlioqnya aku ni. Aku pulak bukan boleh dengaq jenis2 masakan nogori ni. 


Dan disebabkan netizen yang rata2 kata sedap gila makanan nogori dekat kedai mak anju... Nindia hari ni aku buat masak lomak cili padi ikan cencaru untuk berbuka ya. 

Tak pernah2 aku buat ikan cencaru masak berkuah selain dari belah belakang. Maka hari ni kita try buat masak lemak pulak. Sebab ada kawan2 aku orang nogori cakap masak lemak cili padi ikan cencaru sedap jugak tau. So layan la utube macam mana nak bersiang buanh jaket dia tu. Tengok macam susah ja. Last-last baca tang mana ntah petua dia senang ja. 


Ikan cencaru yang telah dibuang jaketnya. 


Cara dia macam ni ya tuan-tuan dan puan-puan, ikan cencaru yang dah dibersihkan bakar atas non stick pan ya. Kalih dua-dua side ya. Bila agak-agak dah masak tutup api. Bila da sejuk, just kopek ja jaket dia tu. Senang kan. 

So jom lah tengok bahan-bahan dan cara-cara dia ya. 

2 labu bawang besar*
5 ulas bawang putih*
Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)
Cabai besaq merah
8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.) 
3 ekor ikan cencaru yang dibuang jaketnya. 
Santan pekat. 
Sekeping asam keping
Garam
Gula
Serbuk perasa
Daun cekur /kunyit

Cara-caranya:

1. Blendkan bahan-bahan yang bertanda *.
2. Masukkan bahan yang di blend tadu ke dalam kuali/periuk and panaskan. Masukkan asam keping and biarkan mendidih. 
3. Bila dah start mendidih boleh la slowkan api dan masukkan santan. 


Ni cara aku tau. Aku biar mendidih and biar cili tu masak dulu baru letak santan. Ada orang letak santan awal. Tapi aku tak rajin nak kacau dari awal. So aku letak la ujung-ujung. 

4. Bila dah masuk santan kena  sentiasa Kacau santan, jangan sampai pecah minyak dan masukkan ikan cencaru. 
5. Perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Kalau taknak letak serbuk perasa ikut suka korang. Last letak lah daun kunyit/cekur. Ikut la hampa nak letak peria pun boleh gak. So suka hati ja menda ni. 


Pekat elok kan. 


Rezeki berbuka hari ni. Masak lemak cili padi ikan cencaru + ayam bakar + ulaman + sambal belacan. 

Setel.. Licin semua lauk pauk yanh aku masak ya. Memang semua ni sekali hadap ja. Bajet untuk makan malam ni ja 



0 Comments