Resipi : Farfalle Salmon Cheesy Carbonara Mudah

Apooo farfalle tu? Farfalle tu sejenis pasta la mai dari Italia sana nun..sebenaqnya ada banyaj gila jenis2 pasta yang ada. Cuma dekat Malaysia ni tak semua la ada kan... 

Mari mengenal jenis2 pasta ya anak2. 
Ada yang rare aku pernah makan masa dekat E&O Hotel masa duk pi bukak posa kat sana. 


Pic credit to Google

Ya2.. Bertenang semua. Banyak kan. 




Pic credit to Google

Kali ni aku nak cerita yang pasta spesis comel macam bow ni... Ni nama dia farfalle. Comel kan. Aku ni sebab terjumpa dekar Tesco ja. 


Nin dia haa. 

Aku merupakan salah seorang penggemar produk-produk dari Tesco sebab barang2 Tesco bagi aku best2 and not bad at all ok. 
Nanti aku buat entry lain untum cerita pasal barang-barang Tesco yang aku suka ok. 

Okla.. Puas gak aku mengoogle nak masak apa menda alah ni. Risau la jugak kan takut tak reti buat nanti x sedap. Mampuss aku. 
Aku suka tengok ig kak min : Salam3benua ni. Aku follow dia dari masa dia duk di Perth lagi sampai la lani dia ikut laki dia pi duk London. Kak min is a Malaysian married to New Zealander and now staying in London. So dari dia la aku ter inspired nak buat farfalle bagai ni. And aku suka tengok Kak Min ni punya stail yang suka macam aku simpan left over and make it as dish again in the next few days. 

So jom lah aku bagitau barang2 apa yang diperlukan and cara-cara nak buat dia ya. 

Bahan-bahan :

Farfallle 
Prego Carbonara Sauce
Cheese
Salmon chunks
Spring onion 
Salt
Maggi Cukup Rasa /kiub ayam
Garlic crush
Onion (potong dadu) 
Full cream milk 


Cara-caranya:

1. Rebus Farfalle sampai masak lebih kurang 12 minit. Jangan lupa letak minyak n garam skit masa rebus tu. Dah masak tosskan. 
2. Dalam pan, masukkan sedikit minyak and grill/fry salmon chunks korang sampai agak garing skit. Dah garing angkat and put aside. 
3. Guna minyak yang sama masa fry/gril salmon tu.. Korang tumiskan garlic and onion korang tu. 
4. Dah naik bau masukkan sos carbonara korang dalam 3 sudu besar,then tambah air. 
5. Boleh tambah cheese, full cream milk. Time ni adjust kepekatan macam mana hampa nak. Then season dengan garam, maggi cukup rasa/kiub ayam. 
6. Then masukkan farfalle yang da ditosskan tadi. Jangan lupa masukkan salmon and daun bawang ya. 
7. Kacau-kacau dah boleh tutup api. dah siap dah. 


Nyums2... Sedap uiii

8. Boleh angkat dan masukkan dalam mangkuk besar untuk bagi gamily hampa makan. 



Mak aih.. Pastu tabur skit lagi daun bawang dekat atas dia. Mak aihhh padu lahhhh. 
Kenyang makan skit pun. Ingatkan dapat habiskan satu bekas ni 4 beranak kami. Sekali tak. So aku simpan la leftover ni dalam peti sejuk bahagian chiller. Malam ni supper husband aku lapaq.. Dia bawak kluar panaskan and tambah isi burger ayam Ramly sebab saja nak bagi ada umpan banyak skit. Sedap jugak guys guna isi burger ayam ka beef ka. 


Lepas ni boleh la try masak lain pulak guna farfalle ni. Teruja anak2 aku makan ni sebab bentuk macam bow /ribbon kan. Nanti cari2 dulu recipe2 mat salleh yang mana sesuai dengan tekak melayu kita ni kan. 

So hampa kalau pi shopping kt Tesco lpas MCO ni boleh la beli pasta farfalle ni tau. Beat tengok muka anak2 teruja kata ya ka ni pasta.. Mama tipuuuu ehhhh.... 

Ehhh kita pulak tipuuu๐Ÿ™„๐Ÿ™„๐Ÿ™„


2 Comments

  1. yummy ni. nak buat pun nampak mcm senang.
    kak pip done follow Biters.

    ReplyDelete

Post a Comment