Ada yang suka makan dumpling tak dekat sini? Kalau korea diorang panggil mandu..kalau japan panggil gyoza.. Aku memang suka sangat makan dumpling ni...kalau makan dekat kedau 3 ketul dah berapa dah... Kalau beli yang frozen pun.. Mahal jugakkk... Hahhahaha...



Nak puas. Memang buat sendiri la cerita dia. Boleh buat banyakkkk siap pakej boleh frozenkan lagi....

Aku suka buat guna isi udang and isi ayam. sedap betul rasa dia...jom tengok bahan-bahan dia... 

Bahan-bahan:


Isi ayam yang dicincang

Isi udang yang dicincang

Daun bawang dicincang halus

1 biji telur

3 ulas bawang putih dicincang

1 sudu tepung jagung

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil Maggi Cukup Rasa

Sedikit minyak bijan

Kulit wantan




Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan-bahan di atas shingga serata. 

2. Basahkan si sepanjang hujung kulit wantan, letakkan isi di tengah-tengah kulit wantan jangan letak terlampau banyak... Takut nanti pecah terburai pulak. 

3. Kelim kulit wantan kemas-kemas supaya tak dumpling kita tak terburai. Boleh refer utube untum tengok cara kelim dumpling.. Senang ja. 

4. Repeat la proses 2 dan 3 di atas sampai la isi dumpling semua habis. 

5. Untuk masak dumpling, panaskan sedikit minyak dan masukkan dumpling.. Letak bontot dia dekat bawah and masukkan air sedikit. Kemudian tutup pan dengan penutup dan biarkan dumpling kita masak. 

6. Selepas 5 minit, boleh la angkat dumpling tu and sejukkan. Kalau nak makan terus pun boleh. Kalau nak makan dengan sup pun best gilaaa... 


Tadaaaa.. Siap 35 ketul semuanya... 


Makan dengan suhun sup... 


Letak chilies oil pulak.... Sedapnyaaa 


Ni buat simpan stock frozen untuk kecemasan nanti... 

Selamat mencuba korang.... 
Kalau beli 8 ketul yang frozen tak silap aku harga dia rm8-10 jugak..ikut tempat... Menda boleh jimat.. Kita buat la sendiri sekali sekala kan... 












 Seperti yang kita sedia maklum KKM kekurangan kakitangan, sehubungan dengan itu KKM menjemput rakyat Malaysia untuk mendaftar sebagai sukarelawan bagi membantu KKM dan PPV mengatur orang menerima vaksin. Digalakkan bagi mereka yang terputus punca pendapatan untuk mendaftar sebagai sukarelawan. 



MyVac akan memberi elaun sebanyak  RM50 sehari. Kepada yang berminat untuk menyertai boleh la  mendaftar  di sini. Kepada orang lain, boleh la berkongsi info ini kot-kot la  ada saudara mara atau kawan-kawan  yang yang kehilangan pekerjaan boleh juga mencari pendapatan dengan menyertai sebagai Sukarelawan Bukan Kesihatan di musim pandemik ini untuk memastikan program vaksinasi negara berjalan dengan lancar. 





https://www.myvac.com.my/


Jom kongsi mana tau ada rezeki untuk kawan-kawan kita di luar sana. 

 



Tengah boring kewww tewww?! Kalau boring... Xtau nak tengok cerita apa.. Sila lah tengok Cruella ni....

Tak silap aku cerita ni hanya available dekat Disney channel ja sebab cerita ni stil baru kan... Cerita bagi aku ok la best jugak.. Takdak la bosan ka dragggggg panjang-panjang or meleret ka... 

Kalau nak tau cerita ni kira ada kaitan dengan 101 Dalmatians. Yang si Cruella De Vil tu dia ni la.. Ni cerita masa dia muda gitu... 

Cruella ni dilahirkan sebagai Estella dan membesar dengan seorang ibu tunggal. Dia ni seorang yang genius dan suka dengan fashion. Tapi dia ni jenis bermasalah sikit la... Bermasalah bukan sebab apa sebab dia suka bergaduh dengan orang yang duk buli dia and kawan dia. 




So satu hari mak dia bawak dia pindah ke London untuk start hidup baru di London. Masa kat London, mak dia ni ada la pi jumpa ex majikan dia si Baroness of Hellman ni untuk minta bantuan... Tup2 macam mana ka mak dia ni jatuh gaung dekat tepi tu sebab kena serang dengan Baroness ni punya Dalmatians. 

So start dari situ, Si Estella ni lari dari situ sebab ingat dia punca mak dia jatuh n mati sebab at the first memang anjing Dalmatians yang garang tu ligan dia. So masa dia lari tu dia jumpa la lagi dua orang budak lelaki yang sama yatim piatu macam dia and depa hidup as family bertiga. As for the record dua orang ni depa ni pencuri yang licik. 

Fast forward Estella ni dapat la jadi fashion designer dekat dalam company Baroness ni and dia adalah nampak si Baroness ni pakai necklace yang mak dia pernah bagi kat dia tapi tercicir masa dia kena ligan dengan Dalmatians Baroness tu.




So start dari situ la watak Cruella tu ada... Dia nak dapatkan balik necklace mak dia... Start dari situ la dia nak kenakan si Baroness ni. Sebab si Baroness ni memang sejenis manusia yang tersangat narsistik... Paham2 la manusia narsistik ni macam mana kan... 


Cruella pun start buat kacau dekat macam-macam fashion show yang Baroness ni attend.. So the whole fame pi dekat Cruella ni... Baroness ni ko paham-paham la narsistik kan mana boleh fame tu pi ke orang lain kan... Ala macam dekat Malaysia ni pun ada gak sorang kan 🀣🀣🀣.. So Baroness ni da start menggelupur dah... 



Dah macam banyak pulak tercerita... Ehhhh.. Nak tau jadi apa dekat Estella, Cruella dengan Baroness ni.. Hampa kena tengok sendiri la kan😝😝😝

Cerita ni aku bagi 4.5 🌟 la... Best jugak nak layan banyak-banyak kali pun time-time bosan tu kan.... 

Kalau korang perasan kan... Kalau dulu Disney banyak buat cerita princess fairy tales macam Sleeping Beauty tu, Si Maleficent tu jahat kan.. Zaman sekarang diorang banyak dah buat cerita pasal "the evil" side pulak yang tak berapa nak evil tu kan.. Contoh macam Maleficent tu. Sama la dengan cerita Cruella tu. Kalau dalam cerita Dalmatians 101 tu kan dia ni jahat... Tapi dalam ni cerita the other way around la... Paham tak apa cakap ni? Kalau tak paham.. Buat2 paham ja ok... 

Ok la nak prepare mental n fizikal ni esok anak da start pdpr balik ni





 Dah musim-musim lock down ni... Mak2 sampai buntu la kan nak masak apa... Jadi jemmmm gila nak masak... Aduhhhh....padahal barang mentah banyak ja dalam peti sejuk tu.. Tapi idea nak masak tu tak kunjung tiba... Kejung la kat situ sampai lebam...

Tu la masalah negara bagi mak-mak ni.. Sebab tu kami memerlukan inspirasi dari rakan-rakan mak-mak untuk idea memasak πŸ’‘ πŸ’‘πŸ’‘

Hari tu pun sebab aku da kejung rasa malas nak masak lauk kan.. Sebab tu macam alahai.. Nasi frozen ada banyak jugak (nasi balance jangan buang.. Tak abih frozenkan...) so moh le kita buat nasi goreng.. Nak bawak keluar benda lain dekat tempat beku tu makan masa nak defrost bagaikan... Sardin ada.. Petai ada onz...

Nak buat pun senang ja bukan susah mana pun.. Kali ni kita buat version healthy la kan.. Sebab aku letak semangkuk bunga kubis yang dicincang (nampak macam nasi).. Ni untuk trick anak2 aku untuk makan vege... Disamping tu boleh jugak replace portion nasi untuk orang-orang yang diet sebab korang takkan perasan punya.


Tak nampak pun kan bunga kubis kar mana kann...

Aaaa jom lah tengok bahan-bahannya:

Bawang putih
Bawang merah
Minyak untuk menumis 
1 cup nasi sejuk
1 cup bunga kubis yang dicincang 
1 tin sardin besar
2 biji telur
Petai
5 atau 6 biji cili
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. 
2. Masukkan satu tin sardin dan kacau hancur ikan sardin.. Aku hancurkan bagi besar-besar ketulan/ chunky dia tu sebab nak ada texture and rasa ikan sardin tu. 
3. Then pecahkan dua biji telur and biar telur masak seketika, then kacau hancur telur tu. Kemudian, baru masukkan nasi sejuk dan bunga kubis cincang. 
4. Kacau nasi dan bunga kubis sehingga sebati dengan sardin dan telur tadi. Dah sebati and sekata baru masukkan petai dan cili dan gaul.
5. Bila petai dan cili dah sekata, boleh perasakan dengan garam dan serbuk perasa.... 

Dah tiappppppp


Sedap uiiii... 

Nampak ja stupid-stupid... Tapi sedapnya Allah ja tahu... 






 Cakap pasal The Conjuring ja mesti ada yang terbayang aksi-aksi seram hantu omputih kan... Valak la.. Coii betui Valak tu.. Macam nak sekeh2 ja πŸ˜… taboh satgi baruuu tauuu



Cerita dia macam biasa la kalau takdak kejadian gangguan makhluk-makhluk Syaitannnn ni tak sah la kan.. And seperti yang kita semua sedia maklum kan... The Conjuring ni based on true story ya. So pada tahun 1981, Ed dan Lorraine Warren lakonan Patrick Wilson dan Vera Fermiga attend untuk document kerasukkan seorang budak ni nama dia David di sml town di Brookefield. Horror jugak la budak ni kena rasuk... Sebabkan teruk gila dia kena rasuk, bf kakak si David ni, Arne ni kesian la tengok si David ni kena terukkan.. So dia offer dekat Devil ni untuk lepaskan David.. And instead he offered himself. 

And dalam masa yang sama, Ed yang sebelum tu kena serang dengan David da collapsed and kena serangan jantung. Tapi masa dia dum kena serangan jantung ni.. Dia nampak la yang syaitan ni da masuk ke dalam Arne ni sebab Arne ni offer diri dia kan... 

So malam tu, Ed ni dikejarkan masuk ke hospital.. And after 1 month baru dia  sedaq and terus bagitau dekat Lorraine yang Devil tu da masuk dalam Arne ni... So Lorraine n Ed ni cepat2 la cuba contact family David ni tapi xdapat. 

So on the other side pulak Si Arne ni da start rasa pelik2 dah. Dia da macam da start nampak Demon and hallucinations dah... And the worst is dia da bunuh orang masa dia kena posses tu... 

Memang kesian la kt Si Arne ni sebab dia macam budak baik ja. So si Ed and Lorraine ni nak buktikan la dekat mahkamah yang Si Arne ni kena posses masa dia bunuh orang ni.. Mula2 peguambela Arne ni xpercaya pasal hal2 ni..sampai la Ed ajak dia mai dinner kat rumah n nak kenalkan peguam tu dengan Annabelle... Hahhaha.. Lepas tu peguam tu terus percaya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam duk cari punca kenapa si David ni kena posses... So Ed N Lorraine ni duk siasat punya siasat punca dia... Sekali ni cerita pasal black magic and pemujaan setan la kan... Pahan-paham la jenis black magic ni dia nak korban untuk ritual pemujaan depa ni kan... 

Tak kira la Melayu ka Siam ka.. India ka Indon ka Chinese ka kalau jenis-jenis black magic ni memang horror gila kan... Nak tak percaya benda ni tak boleh.. Sebab syaitan ni memang wujud... And golongan yang menyembah syaitan ni pun wujud. Contoh terdekat geng2 Freemason tu.... Geng anti-christ la tu... 

Kalau orang Melayu.. Geng2 ni macam orang yang test hantaq santau la.. Saka la mcm tu la.. Ishkkkk horror pulak syialll lahhh... 




So berjaya ke tak Ed n Lorraine ni jejak sapa yang duk buat ritual black magic ni? Apa yang jadi dekat Arne, Ed n Lorraine? 

Hint dia... Ed pun kena posses hampa weiiii πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Hampa kalau nak tau.. Pi la tengok sendiri... Kahkahhhhh... 


Bagi aku cerita Conjuring 3 kali ni tak seram sangat.. Maybe sebab banyak plot tak gelap and cerah/siang.. Selalu kalau cerita Conjuring ni malap2.. Gelap2.. Sampai cering bulu roma aku... Kali ni ok.. Steady... Tak dak la reja duk amim bantai cover muka.. Kahkahhh 



 Tajuk mcm aneh2 ja kan... Tak tau la aneh ka idak...aku ni macam-macam jenis barang duk beli dekat si shopee tu... Pokok2 hidup la.. Latest ni beli petai.... Dalam list nk beli genuak dengan jering muda pulak.... Aiyokkk.. Taste orange kampungdotcomdotmy sangat kannnn....

Ajerrr nak buat macam mana weiiii... Aku ni memang spesis suka masakan kampung.. Ulaman kampung.. Sebab tu la aku jemmmm sikit kalau laki aku beli lauk ja lauk-lauk mamak ja kalau kt Penang ni.. Sampai aku tanya lauk2 melayu memang takdak ehhhh... Cemuih tauuu cemuihhhhhh....

Salah satu yg aku suka adalah peteiii lerrr... Busuk2 pun asyukkkk orang kata.... Memang best dapat makan petai fresh2 ni... Aahhhh jom lah tengok dulu apa kandungan dalam petai ni and kebaikkan petai ni... 




Tinggi kalium tu bagus utk darah tinggi ya. 


Betul la tu makan petai buat aku heppy... Belum makan lagi da heppy tengok petai... Cuma  part kurus tu mcm erkkkk.. Takut sedap sangat petai ni.. Asyik nak bertambah ja.. So celah mana yang kurusnya 😭😭😭



Sebelum unboxing... 



Hasil mencadat di Shopee dan shaklee .  Yang dalam kotak besar tu collection barbie aku.. So xleh share dekat sini 😝😝😝


Muka bahagia wei.. Nak jumpa petei mata besaq mcm ni kt penang ssh wei



Tengokkk besauuu dan penuhhhhh

Sapa nak beli petai mata besaq...
Nah ni link untuk hampa



Ni pulak petai tempoyak 


Da try semalam... Ok la.. Cuma ada kurang rasa sikit... Utk tekak aku la.. Payah gak kalau tekak banyak songeh ni... Tapi rata2 review cakap ok... So anggap ja lah tekak aku terlampau premium... Nanti aku try adjust2 ikut taste tekak aku... 

Harga dia murah la utk botoi yg besaq juga RM13 ja... Cuma dari segi bahan tu.. Petai dia tak banyak sebab tu aku kena tambah sendiri petai ftesh aku beli... And ikan bilis dia pun jenis yg murah... Tapi ok la dengan harga dia... Sesuai beli utk spare di musim2 covid ni sebab kedai pukul 8 da katup... Nanti pukui 12 malam lapaq nasi.. Boleh tibai hat ni ja... 

Ni link kalau hampa nak beli... 



Ni pulak petai jeruk... 
Satu bekas ni rm18
Ok la... Da teringin.. Beli ja... Selalu duk beli dekat pasar malam Baling tu murah lagi.. Tapi xpa la.. Bab makan ni kalau teringin beli ja.. Jangan berkira.. Anggap la rezeki peniaga ni... 

Sebab ada orang tanya dekat fb... Suruh aku review skit petai jeruk.... Ok aku Da selamat food sensory time lunch tadi.. Ok la petai dia takdak la benyek ka apa ka. Nak review pasal petai jeruk ni pun tak reti... Sebab rasa dia macam petai jeruk lain la.. Cuma takdak la benyek macam stok2 lama ka apa... So kira approved la.. Cuma aku tambah cabai melaka fresh dalam bekas petai jeruk ni sebab aku suka petai jeruk yang fermented dengan cabai melaka.. Rasa best skit... 

Nah peminat petai jeruk... Ni link untuk hampa



Ok la sekiannnnn sahaja episod meroyan petai di shopeee peee peee.... Okbaiiii








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS