Tengah boring kewww tewww?! Kalau boring... Xtau nak tengok cerita apa.. Sila lah tengok Cruella ni....

Tak silap aku cerita ni hanya available dekat Disney channel ja sebab cerita ni stil baru kan... Cerita bagi aku ok la best jugak.. Takdak la bosan ka dragggggg panjang-panjang or meleret ka... 

Kalau nak tau cerita ni kira ada kaitan dengan 101 Dalmatians. Yang si Cruella De Vil tu dia ni la.. Ni cerita masa dia muda gitu... 

Cruella ni dilahirkan sebagai Estella dan membesar dengan seorang ibu tunggal. Dia ni seorang yang genius dan suka dengan fashion. Tapi dia ni jenis bermasalah sikit la... Bermasalah bukan sebab apa sebab dia suka bergaduh dengan orang yang duk buli dia and kawan dia. 




So satu hari mak dia bawak dia pindah ke London untuk start hidup baru di London. Masa kat London, mak dia ni ada la pi jumpa ex majikan dia si Baroness of Hellman ni untuk minta bantuan... Tup2 macam mana ka mak dia ni jatuh gaung dekat tepi tu sebab kena serang dengan Baroness ni punya Dalmatians. 

So start dari situ, Si Estella ni lari dari situ sebab ingat dia punca mak dia jatuh n mati sebab at the first memang anjing Dalmatians yang garang tu ligan dia. So masa dia lari tu dia jumpa la lagi dua orang budak lelaki yang sama yatim piatu macam dia and depa hidup as family bertiga. As for the record dua orang ni depa ni pencuri yang licik. 

Fast forward Estella ni dapat la jadi fashion designer dekat dalam company Baroness ni and dia adalah nampak si Baroness ni pakai necklace yang mak dia pernah bagi kat dia tapi tercicir masa dia kena ligan dengan Dalmatians Baroness tu.




So start dari situ la watak Cruella tu ada... Dia nak dapatkan balik necklace mak dia... Start dari situ la dia nak kenakan si Baroness ni. Sebab si Baroness ni memang sejenis manusia yang tersangat narsistik... Paham2 la manusia narsistik ni macam mana kan... 


Cruella pun start buat kacau dekat macam-macam fashion show yang Baroness ni attend.. So the whole fame pi dekat Cruella ni... Baroness ni ko paham-paham la narsistik kan mana boleh fame tu pi ke orang lain kan... Ala macam dekat Malaysia ni pun ada gak sorang kan 🀣🀣🀣.. So Baroness ni da start menggelupur dah... 



Dah macam banyak pulak tercerita... Ehhhh.. Nak tau jadi apa dekat Estella, Cruella dengan Baroness ni.. Hampa kena tengok sendiri la kan😝😝😝

Cerita ni aku bagi 4.5 🌟 la... Best jugak nak layan banyak-banyak kali pun time-time bosan tu kan.... 

Kalau korang perasan kan... Kalau dulu Disney banyak buat cerita princess fairy tales macam Sleeping Beauty tu, Si Maleficent tu jahat kan.. Zaman sekarang diorang banyak dah buat cerita pasal "the evil" side pulak yang tak berapa nak evil tu kan.. Contoh macam Maleficent tu. Sama la dengan cerita Cruella tu. Kalau dalam cerita Dalmatians 101 tu kan dia ni jahat... Tapi dalam ni cerita the other way around la... Paham tak apa cakap ni? Kalau tak paham.. Buat2 paham ja ok... 

Ok la nak prepare mental n fizikal ni esok anak da start pdpr balik ni