DIY Rak Rotan Lama

by Alia Farhan, 6:46 PM

 Dah lama duk cari rak rotan.. Tapi kalau yang baru semua mahal gila wei.. Menangissss 😭😭😭




Kenan gila la pattern cenggini haaa. Sesuai la dengan konsep boho decor aku kan... 

So baru2 ni ada tokey thrift store message kata ada rak rotan yang aku duk cari2 tu.. Mula2 taknak la jugak sebab duk pikiaq warna hitam kan. Aku nak warna rotan asal... Huhuhu.. Tapi price dia tu kenot resist la kan sebab mur2 jugak la... Aduhaiiii.... Memang berbelah bahagi nak beli ka dak time tu.... 


Fron this


To this... 

Untuk DIY ni tak susah mana pun.. Aku just gantikan papan untuk setiap shelf layer tu sebab ada yang dah reput. Aku just gantikan dengan kayu plywood saja. Kayu plywood tu aku order dekat shopee.. Custom ikut size yang aku nak.. 



Kalau takdak size yang hampa nak.. Hampa boleh chat dengan seller utk custom kan kat hampa... Boleh click link dekat atas tu.. Mudah sikit reja hampa. 


Belakang dia tu pulak aku guna synthetic rattan webbing.. Beli dekat shopee jugak. 


 Aku beli 2 m ja.. Ingat cukup.. Ada bahagian dekat bawah tu x cover lagi skit... Nanti aku topup lain.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ni link utk sapa2 yang nak DIY guna rattan webbing ni. 


Nak tempek rattan webbing ni aku guna stapler gun yang besaq tu ja.. Senang skit kan.. Memang power... Lepas tu trim2 and gunting2a lebihan-lebihan tu.... 


Da tiappp... Memang biar ja cat hitam tu... Nampak tak ada gaya rustic dekat situ.. Sebab cat dia da terkopek2 tu.... Aku nk biarkan ja terkopek2 and nampak warna asal dia... Tak kuasa lah hai nak gonyeh kertas pasir bagai..tak la serajin tu noks... 

Overall... I love  the outcome❤️

Tunggu lepas ni tak tau nak diy  apa pulak😘😘😘











Homemade Sandwich

in , by Alia Farhan, 2:48 AM

Kat rumah ni buat sandwich macam ni laju skit habis. 


Sandwich teloq for d kids. No lettuce la kan... 


Ni special skit sebab grill chicken.. Leftover chicken yang ayamas punya... Ricik2 skit then letak sesame dressing kewpie... Lepas tu yang ni double cheese and torch kan skit dengan torch lighter tu... Yang ni tak potong 4 sebab laki cakap potong dua ja... 

Paling senang buat sandwich ni sebab kita  boleh letak apa yang kita nak.. Ikut apa yang kita suka mana. Lepas ni ingat nak try buat wanpaku sandwich pulak. Paling senang sekali buat sandwich teloq la... Rebus ja teloq dalam 4 biji macam tu... Then kupas hancurkan and masuk mayo and white pepper atau black pepper .. Mayo jangan berkira. Letak banyak lagi sedap... Another one yang aku suka sandwich crab mayo... Sedap gila okeh... 




Buat ja 2 layer... Guna 3 keping roti... Utk lapisan kedua tu boleh la letak cheese untuk bagi lagi umphh...then nk potong memang kena guna bread knife la kan.. Kalau tak.. Tak cantik and benyek sanwich kita.. Huduhhhhh pianggggg... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




Dah buat banyak2 macam ni letak ja dalam chiller.. Bangun pagi.. Da siap ada bfast... Kalau suami kelam kabut pun dah boleh letak dalam satu bekas asing... Untuk dia on the go makan dekat office. Dah senang hidup tak payah nak susah2 musim pandemik nak kena pi kedai beli makanan pulak. 

Seronok pulak lately ni buat sandwich dengan husband ikut tekak nak makan apa... Aku memang jenis kurang suka jenis2 french toast ka or jenis2 celup telur goreng th.. Sebab ntah rasa berminyak and aku kurang favor sangat the taste. That why aku lagi suka buat sandwich macam ni.. Sedap bila musim panas macam lani kan.. Makan sandwich sejuk2 dengan teh o ice... Da bommmm sangatttt.  

Huuu hari ni tak pekena lagi teh o ice... Nak kena pekena dulu candu.. Baru la segar.. Ye dokkk







 Selalu untuk masak makanan apa-apa biasanya sesetengah orang akan pakai chicken stock sebagai penambah rasa semula jadi kan. Ada juga yang buat minum/hirup as soup untuk dijadikan makanan tambahan. Tapi yang paling best bila buat sendiri ni kita dapat buat dengan cara dan bahan yang kita nak kan.

Selain daripada menambahkan perisa... Chicken stock/bone broth ni jugak baik untuk kesihatan kita. Jom kita tengok kebaikkan lain chicken stock ni 


Selain daripada kebaikkan-kebaikkan di atas, chicken stock juga kaya dengan :

*vitamin b12

*vitamin C

* vitamin A

* vitamin D

*vitamin E

* vitamin K

*kolagen

*antioxidants 

* carnosine



Kebetulan hari tu, ada jiran kami (taukeh ayam yang selalu kami beli ayam) bagi kami rangka ayam dan kaki ayam banyak gila. So tiba-tiba dapat idea nak buat chicken stock /bone broth ni.


Nak buat dia pun mudah ja... Bukan payah mana pun... Basically guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ja.

Bahan-bahan: 

Tulang rusuk ayam

Tengkuk ayam

1 biji Bawang besar (aku guna bawang Holland) 

6 ulas bawang putih

Daun bawang

Air secukupnya. 

Sedikit garam

*carrot

*celery

*peppercorn

Yang bertanda * tu aku tak letak hari tu sebab terlupa.. Korang yang ada.. Boleh ja letak.. Lagi sedap and best


Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pot. Aku guna rice cooker Tefal ja.. 

2. Masukka air paras ayam macam gambar di atas. 

3. Tekan slow cooker mode. Aku masak ni dalam 5-6 jam jugak la. Ada orang masak selama 4 jam ja. Ikut korang la.. Lagi lama lagi bagus sebab nanti semua pati dari ayam tu akan keluar jadi essence kat dalam sup tu. 


Ni lepas 6 jam ya. Keluar habis essence dia tu.. 

Kenapa kena guna slow cooker mode? 

"Cooking low and slow gives you good conversion while preventing fat, minerals and other gunk from emulsifying into your stock. Boiled stock will be cloudy, greasy and have a lower yield. To avoid that, start with cold water and your bones (or veggies, if you're going vegetarian) and put over high heat."


Taraaaa.... 
Final product
Cantik kan kejadian chicken stock aku ni... Jernih ja warna dia... Sebab tu kena guna slow cooker mode sebab kita taknak fat tu emulsify dengan cecair chicken stock kita tu. Lagi pulak bila kita guna high pressure /high heat ni tekanan and temperature tu akan buat kita punya stock jadi cloudy. Warna dia tak cantik macam ni ya. 




Dah boleh simpan dalam peti sejuk. Jangan lupa labelkan siap-siap. Senang nanti takdak la orang lain ingat air teh bunga ka apa ka... 
Yang ni pun boleh guna amik satu mangkuk kecik sehari as food supplement. Macam minum chicken essence tu yang dalam botol kecik tu. Macam ni la jugak cita dia. Nak letak dalam sup ka apa ka pun boleh ja. 

Lepas ni nak amalkan la amik sikit untuk minum. Ya la benda yang tinggi dengan collagen ni.. Pastu free berbagai jenis vitamin lagi... Kan bagus tuu... Nak buat pun senang ja... Selamat mencuba ❤️




Peka Dengan Sekeliling Kita

by Alia Farhan, 6:54 AM

 Assalamualaikum....

Hari ni officially start total lock down katanya. Walaupun macam ada yang tak berapa essential jadi essential... Tapi of course akan ada hamba-hamba Allah di sekeliling kita yang terjejas.

Sebab tu sebagai hamba Allah yang prihatin kita kena peka dengan orang-orang sekeliling kita. Mungkin ada yang gaji hari tak dapat nak mencari makan time-time macam ni...



Salah satu cara yang kita boleh buat adah buat menderma di food bank yang terdekat dengan kita. Macam rumah aku ni ada kedai borong depan ni dia memang buat satu tempat khas dekat depan kedai tu Food Bank... So whenever u want to join.. You can buy something like beras 1kg ke tepung 1 kg ka minyak pek 1kg ka untuk letak dekat situ...


Photo credit to Google. 

Biasa aku letak dekat situ beras 1kg tu 5 pek. Purposely bought 5 packs of 1 kg instead of 5kg per pack sebab bila letak yang 1 kg.  5 orang boleh dapat... At least it can support 5 people at that time.

Another way to do a good deeds... Is maybe u can cook lebih-lebih sikit untuk bagi dekat orang-orang yang susah. Tak susah pun, macam rumah aku ni yang high rise buildings ni.. Kami ada security guards and cleaners... And yes.. You can send the foods to them... In Sha Allah they will love the act of kindness you are showing to them.


Photo credit to Caterer.com.my 


Allah pun da cakap... U will never get poorer by giving more and more. Mungkin hari ni hari kita untuk memberi dan menolong orang lain. Mana tau in future, kita pun tam tau nasib kita. Who knows, Allah will bring someone to help us.



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS