Yak yak yeayyy.....

Yakkkk yakkkk yeayyyy.....

Sapa tak kenal trademark geng2 plastik hitam lakonan Bell Ngasri and the gang ye dakkkkk....

Macam biasa la cerita ni memang penuh dengan komedi dan pengajaran bagi aku....


Cerita Mamat Khalid tak pernah menghampakan... 

Cerita 18 Puasa di Kampung Pisang ni as usual la menceritakan pasal geng2 plastik hitam ni... Curi makan time bulan2 posa... Aku memang xleh brain mmg ada eh jenis tak leh tahan langsung lapaq tu untuk posa... Lain la kalau asbab kesihatan ka bf ka mngandung ka apa ka.. Ini lelaki yg sihat walafiat ni pun tak nak puasa kan.... Hahhaha.. Alasan teman gastrik.. Gout la apa la 😅 mngada ya kome oiiii... 

Macam biasa lah kalau cerita pasal yak yam yeay ni tokan n supplier plastik hitam ni tak lain tak bukan si Barkoba ni... 


Mee kari kuah laksa! 

Cerita dia Barkoba and the geng plastik hitam kena tangkap masa tengah di melantak time2 tengah hari rembang. Boleh pulak ya melantak n tak puasa beramai2 ya. Dah kena tangkap kat situ... The next day lari pulak makan dekat dalam kebun. Aterrr susah2 nau laki aku cakap... Pi la balik makan dekat rumah... Citaaaaa sayang oiiii... And nak dijadikan cerita masa duk curi makan dalam kebun tu buah doyan jatuh atehhhh kepala... 

Da sedar-sedar dah meninggal.... Lalu berjumpa dengan si syaitannnn (lakonan Namron dan Jaapar Onn)... Start dari situ la si syaitan2 ni tunjuk satu persatu perangai syaitannnn si Barkoba ni.... 

Part dekat neraka ni la savage habis dia tapau camdek politicians.. Golongan artis n etc.... Dalam cerita ni la jugak syaitan ni ajaq pasal Rukun Islam dekat Si Barkoba ni... Rukan Islam yang ketiga... Berpuasa di bulan Ramadan.... 

N how berpuasa ni refrain ourselves from doing sinful things. Ya lah... Salah satu sebab Allah suruh kita berpuasa adalah untuk menahan diri kita dari perbuatan yang sia-sia... Puasa tu bukan utk menahan lapar dan dahaga ja... Tapi how it shapes us to be a good person....one of it.... Bersabar and always be grateful with what we have.... 

Nak tau lebih lanjut.. Hampa kenaa tengok sendiri cerita ni kan... Pendek kata best la... Aku suka pengajaran yang Mamat Khalid nak bagitau dalam ni... 

Semoga Barkoba and the gang terus insaf lepas2 ni... 


Dia ni time aku kecik2 dulu pun muka mcm ni.. Tua pun muka mcm ni.. Ntah bila ntah muka dia ni nak tua ntah 🤣🤣🤣






 Assalamualaikum.... 

It's a long overdue...tak tau la kalut dengan apa.. Biasa la puasa2 ni kan.... Semua menda kena kalut... Tak kalut bukan diaaaa 🤣🤣🤣

So kali ni aku nk cerita pulak pasal Ramadan Buffet dekat The Prestige Hotel. The Prestige Hotel Penang ni antara salah satu hotel yang lawo nak mam ahhh... Salah satu ciri2 dia... Dia terletak di bangunan2 heritage dekat belah2 depan jetty sana... Tau2 laa dia punya heritage lagu mana kan.. Dah pulak instagramable.... Even dalam toilet dia pun boleh jadi port duk selfie sebab cantik oiii.. 

Ehhh... Ni nak cita pasal Ramadan Buffet dia... Berkonsepkan Citarasa Global... The Pretige Hotel menyajikan pelbagai jenis makanan yang bersesuaian dengan konsep mereka... Iaitu GLOBAL... tak percaya satgi hampa tengok naaaa... Sushi ada.. Salad matsalleh ada.. Kerabu melayu ada... Lamb shank ada...lamb ribs ada.... Mee kari ada... Spaghetti aglio olio pun ada... 

Hampa tak percaya jom tengok gambaq2 yang ada... Serius tak tahan daulat memang telan ayaq lioq la time2 posa duk tengok lagu ni kan... 








Nahhhh haaaa.. Punya banyakkkk gila dishes sampai aku kena buat photo grid la... Penat kalau nk edit buh watermark satu2 noks oiiii.... Gila banyak kan food spread dia.... 

Kalau hampa nak tau harga dia pun pada aku stil reasonable la... 




Nasi ayam hainan dia sedap! 


Lamb ribs pun best... Mak sukaaa



Penuh mejaaa haaaa

Alhamdulillah memang kenyang gila.. Tersandaqqqq lepas penuh meja ni haaaa
 🤭🤭🤭

Sebelum balik boleh sudahi dengan latte... Yg ni ada mesin. Hampa boleh la tekan sendiri... Bestttt jugakkkk 


So hampa kalau duk cari tang mana nak bukak posa beramai-ramai tetapi dengan mematuhi SOP... Ni details untuk hampa naaa...... 


.

.

.

.

.


Citarasa Global Buffet Dinner at The Prestige Hotel 

19 April hingga 9 Mei 2021

7 pm - 10 pm

The Glasshouse Restaurant


Price

Rm78 adult

Rm58 senior citizen

Rm38 for children 


FREE FOR CHILDREN BELOW 5 YEARS OLD


Early Bird Discount 

Dapatkan harga bagi dewasa dengan hanya RM68 pembelian penuh sebelum 15 April 2021


BOOK NOW

Hubungi  +6042175888 ext.8024 untuk tempahan atau WhatsApp ke +016-414 3408


Facebook:  https://www.facebook.com/ThePrestigeHotel/

Instagram:  https://instagram.com/theprestigehotel?igshid=ggl39bwe04ip



 Hai kat sini nak kongsikan sikit tips menyiram pokok for beginners yang baru berjinak-jinak dengan gardening.... 



Berikut adalah 5 tips penting untuk menyiram pokok :

1) Siram pokok 2 kali sehari, pada waktu pagi dan petang.


2) Jika cuaca panas terik, siram 3 kali sehari.


3) Jika hujan, tidak perlu siram. Tanah yang terlalu basah dan lembab akan menyebabkan pelbagai jenis masalah tanaman seperti penyakit kulat dan reput akar.


4) Elakkan siram pokok pada waktu tengah hari supaya pokok tidak melecur.


5) Pastikan suhu air paip tidak terlalu panas ketika menyiram terutamanya apabila cuaca panas.


Satu lagi tips.. Kalau pokok kena hujan lebat dan medium tanah terlalu basah dan berair.. Boleh la skip menyiram keesokkan harinya. Ni untuk mengelakkan akar pokok membusuk. Sesetengah pokok x sesuai terendam dalam air terlalu lama. 

Semoga bermanfaat 🍀



 Hari ni da masuk hari kedua berpuasa. So hari ni baru berkesempatan masak.. Semalam tak masak sebab buka puasa dekat Golden Sands.. Terima jemputan untuk Ramadan Buffet kat sana semalam. Nanti aku cerita ya.... 

So hari ni aku buat dessert thailand.. Cha bang ang... Senang and sedap sangat. Bahan-bahan pun senang ja nak buat.. 



Bahan-bahan:


Biji selasih 

Cincau manis-dalam tube 

2 sudu makan Susu pekat 

3 sudu makan susu cair

2 cawan fresh milk

3 sudu makan brown sugar

Ais secukupnya

Sedikit esen vanila


Cara-cara:

1. Panaskan air dan masukkan brown dan biarkan sehingga  melarut. 

2.  Satukan susu cair, susu pekat, fresh milk dan esen vanila dalam satu bekas. 

3. Potong cincau bentuk cube dan rendam biji selasih dalam air panas. 

4. Satukan kesemua bahan-bahan dan masukkan ais ke dalam mangkuk yang sesuai. 



Sedap wuuuu... Dah la panas2 bukak puasa ni.... Lalu dekat tekakkkkk.. Aduuuuuuduuuuuuuu.... 
Ni kalau buh sumi jelly pun sedap gak niiii... 

Senang kan nak buat dia... Selamat mencuba... 





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS