Antara kebaikkan breakfast ni adalah:
1. Memastikan metabolisme badan pada tahap optimum.
Selepas bangun dari tidur, perut kita telah kosong selama lebih kurang 10 jam. Jika kita tidak sarapan, dan skip terus ke makan tengah hari, perut kita kosong lebih dari 12 jam. Ini akan menyebabkan otak menghantar signal untuk menurunkan metabolism badan. Dan apabila kita makan tengah hari, badan kita berada dalam mode berehat, jadi apa yang kita makan waktu tengah hari itu tidak dibakar dengan efektif, ini akan menyebabkan penghasilan lemak dalam badan.
2. Mengelakkan kita makan secara berlebihan pada waktu lunch dan dinner.
Apabila perut kita kosong, kita akan mengambil makanan lebih dari keperluan kita. Ini mennyebabkan kita sukar menurunkan berat badan.
3. Membekalkan tenaga.
Dengan mengambil sarapan pagi, kita memberi badan kita tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Kerja kita akan lebih produktif dan lebih fokus dengan apa yang kita lakukan.
4. Membentuk pemakanan kita sepanjang hari.
Menurut satu kajian, sarapan pagi mempengaruhi tabiat permakanan seharian kita. Jika kita mengambil makanan yang tidak sihat, kita akan cenderung untuk mengamalkan tabiat permakanan yang tidak sihat sepanjang hari. Sarapan juga membantu menurunkan berat badan.
Sumber : Coachturunberat.
Okay, so korang dah tau kan kepentingan breakfast ni kan? Tapi nak tanya sikit kalau breakfast selalunya korang makan apa? Aku basically kalau breakfast memang suka makan heavy sikit, macam nasi lemak ka nasi goreng ka..depends. Tapi aku jarang sekali amik menda-menda macam roti canai sebab kalori roti canai tu sikit lagi nak bersamaan dengan sebungkus nasi lemak yang basic. So I rather save my calories from eating menda yang bagi aku celah gigi macam roti canai ni untuk save makan menda yang heavy and dapat tahan perut aku ni lama sikit. Bak kata orang Kedah, bagi kejap perut sikit ha. Untuk orang macam aku ni, roti canai sekeping tak cukup ya. 2 keping baru onz, sebab tu la suka mencekik nasi lemak or nasi goreng lagi. hahah
Pernah tengok tak macam mana orang Korea breakfast? Yang tu lagi aku kagum sangat-sangat sebab dia dah level #breakfastlikeakinggoal gitu haa. Gila noks, Macam-macam ada.
"Kajian menunjukkan bahawa protein dalam susu mengandungi 9 asid amino penting (EAA) dan lebih mudah dihadam berbanding dengan sumber protein lain2. Dengan erti kata lain, susu adalah sumber yang mudah untuk memperoleh protein yang berkualiti tinggi," katanya.
Tan seterusnya menjelaskan: "Tidak seperti lemak badan, protein tidak boleh disimpan oleh badan kita untuk kegunaan masa depan. Ini bermakna kita bergantung kepada makanan harian untuk memenuhi keperluan protein kita. Oleh itu, sarapan pagi kita haruslah membekalkan sekurang-kurangnya 20% hingga 25% daripada keperluan nutrisi harian kita".
"Minum susu Dutch Lady PureFarm pada waktu pagi membawa banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu anda memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah," katanya.
- Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik;
- Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif;
- Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
- Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein;
- Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.
DAY 1: segelas Dutch Lady UHT Milk bersama breakfast kegemaran, nasi lemak.
DAY 2: segelas Dutch Lady UHT Milk bersama masi goreng kampung.
DAY 3: segelas Dutch Lady UHT Milk bersama coco crunch.
DAY4 : segelas Dutch Lady UHT Milk bersama nasi goreng pedas.