Aishah Arissa

in , , by Alia Farhan, 11:23 PM

Is now one month now!


Semoga membesar bagaikan juara, sehat selalu dan menjadi anak yang solehah.

Sayang anak-anak mama dua-dua orang


2 kali discharge dari wad bersalim HSB...2 kali jugak dapat freegift dari hospital.
Kumpul-kumpul tu banyak la jugak kan.


Banyak tak?


Nak beli drypers touch ni memang tak la sebab mahal kan. Tapi bila tengok dapat voucher RM10 tu best la jugak kan.


Yang ni boleh la buat pakai masa keluar2 ke travel ka.

Sukanya bila dapat freegift banyak-banyak cenggini.

Diapers tu kira-kira balik ada la dekat 20pcs dapat. Dapat la jimat diapers yang beli kan bila dapat freegift macam ni kan.

Alhamdulillah.

Antara menu faveret dalam pantang ni masak asam. Perghhh menjejeh ayaq lioq wei.



Jom kita tengok bahan -bahan and cara-cara dia.

Bahan-bahan:

4 ketul ikan jenahak
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih

Cara:

1. Goreng ikan jenahak dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar dan bawang putih.
6. Tutup api. Dah siap!

Ni kalau tak berpantang memang dah lama letak cabai melaka banyak-banyak tali sebab dalam pantang maka cabai melaka takleh la bubuh ya.


Makan pulak dengan nasi panas-panas and letak habbatus sauda memang umphhh betul!

Selamat mencuba bagi mak-mak yang berpantang



Marathon Scarlet Heart

in , by Alia Farhan, 7:03 AM
Hari ni ter marathon Scarlet Heart.



Of course la sebab nam tengok Lee Jun Ki.
Bahahahahah. 



Lee Jun Ki.
Okey baiiii


Disebabkan tengah berpantang maka marilah kita share menu berpantang. Yang paling penting mudah dan sedap. Takda la mengadap menu yang boring dan membosankan.


Tengok gambar menu berpantang semalam terus rasa gulp..telan ayaq lioq oi.
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat dia.

Bahan-bahan:
3 ketul isi ikan jenahak
1 keping asam keping
Halia ( ikut suka hampa nak banyak mana)
Lengkuas ( ikut suka hampa nak banyak mana)
1 biji Bawang besar (potong besar)
4 ulas bawang putih
Carrot
2 helai daun limau purut
Daun ketumbar
Garam 
Gula

Cara-cara:
1) Masukkan air 1 cawan dan masukkan asam keping, halia dan lengkuas.
2. Masukkan carrot dan ikan.
3. Then masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut.
4. Masukkan garam dan gula (pandai-pandai la balance kan rasanya)
5. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.

Dah siap. Makan dengan nasik panas-panas fuhh terangkat beb. Sapa kata orang berpantang kena makan ikan kering saja? NO NO NO not good. Nanti dapat darah tinggi and darah nifas korang pun jadi berbau tau. Not good not good.

Nanti len kali kita share lagi ya resipi and menu orang berpantang.




Pureen Baby Wipes

in , by Alia Farhan, 7:37 AM
Kali ni nak sembang mak-mak santai-santai ja. Macam aku ni adalah golongan mak-mak yang konservatif, kalau anak kencing ka anak berak ka wajibul ghunnah kena pi basuh direct kat pili. Sebab ada aku tengok jenis celet-celet dengan baby wipes sudehhh.

Sebab tu aku ni jatuh kategori yang jenis susah gila nak beli baby wipes! Ni pun beli sebab nurse kat NICU mintak masa Aishah kena admit kat situ.

Laki mak beli cap Pureen ni. To be frank memang untuk pregnancy Adriana n Aishah ni memang aku tak beli pun baby2 wipes ni.

Satu sebab bila kau ni budak kejuruteraan kimia ni otak kau kadang-kadang jadi paranoid sikit when it comes to the main ingredients! Yes ingredients tu memang aku kelebet dulu kalau nak beli apa-apa.

Tapi bila tengok Pureen Baby Wipes ni FREE from Parabens, Alcohol. Terus muka jadi senyum tau. Siap ada aloevera extract lagi. Ok thumbs up! Ni yang mak cari ok. Bagus-bagus Pureen!

Lepas ni boleh la beli habuan spare kat dalam bag baby untuk lap-lap apa yang patut, meja ka, tangan ka, apa-apa la. Janji kalau berak memang teruk basuh kat pancoq ya. Tak main celet-celet ok!

Korang suka baby wipes apa?



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS