Pureen Baby Wipes

in , by Alia Farhan, 7:37 AM
Kali ni nak sembang mak-mak santai-santai ja. Macam aku ni adalah golongan mak-mak yang konservatif, kalau anak kencing ka anak berak ka wajibul ghunnah kena pi basuh direct kat pili. Sebab ada aku tengok jenis celet-celet dengan baby wipes sudehhh.

Sebab tu aku ni jatuh kategori yang jenis susah gila nak beli baby wipes! Ni pun beli sebab nurse kat NICU mintak masa Aishah kena admit kat situ.

Laki mak beli cap Pureen ni. To be frank memang untuk pregnancy Adriana n Aishah ni memang aku tak beli pun baby2 wipes ni.

Satu sebab bila kau ni budak kejuruteraan kimia ni otak kau kadang-kadang jadi paranoid sikit when it comes to the main ingredients! Yes ingredients tu memang aku kelebet dulu kalau nak beli apa-apa.

Tapi bila tengok Pureen Baby Wipes ni FREE from Parabens, Alcohol. Terus muka jadi senyum tau. Siap ada aloevera extract lagi. Ok thumbs up! Ni yang mak cari ok. Bagus-bagus Pureen!

Lepas ni boleh la beli habuan spare kat dalam bag baby untuk lap-lap apa yang patut, meja ka, tangan ka, apa-apa la. Janji kalau berak memang teruk basuh kat pancoq ya. Tak main celet-celet ok!

Korang suka baby wipes apa?