Pemenang Birthday Giveaway

in , by Alia Farhan, 6:25 AM
Hai hampa semua. Sory la lambat nak umumkan sapa yang menang GA birthday tuan tanah bulan lepas ya. Ampunkan tuan tanah ya.


Jeng jeng
Senarai pemenang Birthday GA:




***pemenang adalah dipilih secara rawak. Ala-ala cabutan bertuah gitu oleh anakanda beta. Hadiah cuma dapat diposkan setelah ai balik dari vacation ya.

Kepada yang menang sila emailkan details anda kepada :

aliafarhansaid@gmail.com


Bagi yang tak berjaya, jangan sedih2 ada lagi GA lepas ni In Sha Allah.



See yaaa

in , , , , by Alia Farhan, 1:51 AM


Taaa zabarrr. Tak dapat p Holland tengok cik tulips...kita p yang dekat2 pun ok!

See ya!



Sory sebab agak ketinggalan nak review pasal Smurf Inn Homestay , Cameron Highland ni. Ya lah  kan, bila upload kat fb macam-macam orang tanya. Sory takdan nak reply satu-satu. Mak jem is buzy like Queen Bee.

Smurf Inn Homestay ni terletak di kawasan Tanah Rata, Cameron Highland. Landmark dia dekat dengan Kasimanis Strawberry Fram.

Actually dia macam kawasan baru la. Naik villa-villa giteww haaa.


View kawasan ni memang serius cantik gils. Antara villa-villa yang ada ni, ada villa Tok Ti tau...fuhhh kayo Tok Ti and ada 3 vilaa Tabung Haji punya. Tudien banyak nya duit TH noh...


Rate untuk bilik-bilik dekat Smurf Inn Homestay ni. Bilik yang aku duduk tu RM120 tapi sebab booked kat Agoda, aku cuma bayar RM107 WITH BREAKFAST ya. Memang berbaloi la dengan harga aku dapat tu. Sebab tu la aku memang suka Agoda.


Bilik yang aku amik tu tak la besaq mana ya. Padan la untuk kami 3 beranak. Kalau hampa mai ramai-ramai memang bilik ni tak celuih la naa. Disyorkan amik la bilik yang lebih besaq naa. Bilik ayaq pun agak kecik maybe bagi sestengah orang akan rasa tak selesa kot. Tapi aku ok ja sebab bukan nak duk dalam toilet pun kan. Hahahah


Explore hotel dengan anak dara sat. Ni ruang cafe dia. Ok la. Nak pi London tak tau bila kita mai amik mood Inggeris tang sini dulu la kot kan. Mana tau husband murah rezeki dapat projek billion2 ka dapat la jejak kaki ke London n be Londoners. Ewahh.


Ni kat ruang lobi kat counter check in tu. Sebenarnya hotel/ homestay ni agak simple. Maybe sebab nama pun buat kat villa kan. Tapi memang nice la dia punya interior bagai tu.


Tengok la mek kenit tu. Relax ja lepak kat ndoi tu. Amik mood la teww. Prektis duk tempat sejuk katanyaaa....


Keesokkan pagi, breakfast kat cafe. 


Sejuk-sejuk memang laporrr kan. Harusla mencekik dengan jayanya. Selection makanan tak banyak. Padanlah dengan harga kan. Rasa sedap je ngan tekak aku ni.

Lepas makan-makan explore lagi villa ni. Actually dia empat tingkat tau. Bilik kami duk kat Level 1, cafe kat Level 2 , lobby Tingkat 3 n atas sekali tu 2 suite rooms kalau tak silap. And dekat situ macam ada ruang santai untuk lepak-lepas macam ala-ala ruang tamu gitu.


Kelas gitu.


Cantik pulak sofa ni.

Haruslah tangkap budak ni and ajak selfie satu kali. Hihi



Ni pulak kat luar villa tu. Ada Merry Go Round..ada budak frust menda alah ni tak bukak. Sabaq ya sayang mama.


Merry go round tak bukak dia ajak mama naik ndoi pulak. Layannn ja lah...


Its about time to say gudbyeeeee....


Haaa tu la yg warna coklat tu la rumah Tok Ti. Gila lah cantik umah Tok Ti...
Jumpa lagi umah Tok Ti...ehhh

Bagi hampa-hampa yang nak tau dengan lebih lanjut pasal Smurf Inn Homestay Cameron Highland ni, boleh la check;


Semoga review ni dapat menolong dan menjawab sedikit sebanyak persoalan hampa-hampa semua. Sekiannnn.






Dis post credit to my handsome husband sebab dia la yang bersusah payah susun atur kan bilik playroom Adriana ni.

Terkejut jugak balik2 dari KL hari tu tengok-tengok bilik n rumah jadi lawooo...
Husband i ni ada bakat terpendam...boleh jadi ID kalau bini dia takdak kt umah.


So far kalau maktok mai...katil ni la maktok lena mlam2 or petang2.


Clap2..lawa dia susun seketol2...kat atas tu ja dia kata malas dah. Tapi dia tak tau bini dia bersyukur sangat-sangat dia tolong kemaskan n susun bilik ni lawa2. Nampak tak dia letak kubu depan tu tak bagi Adriana punggah. Hahahha.


Tenkiu husband sebab tolong i. Baru ingat sebelum fly ni nak panggil maid mai cuci. Sekali tak payah daaa. Seppp duit...

Muah cikedddd laki kuuu

Kali ni nak review pasal satu produk homemade soap dari Pulipola Soap


Comel ja kotak dia. Actually ada riben...tapi as usual la bila Adriana nampak awal-awal lagi habis dah la riben tu. Tak sempat la mama dia nak tangkap gambar.



Ni sabun marine salt lulur soap. Boleh digunakan untuk muka dan seluruh badan. Bau dia pun memang mengancam. Dan mengikut description dekat web diorang, also help to sooth eczema and rashes. Selain dari tu sesuai jugak untuk kulit kering dan meratakan tona warna kulit. 
Bagus kan?


See, ada list of ingredients. Korang boleh la refer bahan-bahan yang digunakan dekat description dia ni.



Biasanya sabun homemade ni expired date dia memang 2 years from tarikh dihasilkan. Bau sabun yang aku dapat ni pun memang best. Wangi jaa satu bilik air! Plus badan pun rasa fresh ja after pakai sabun lulur ni.

Kepada yang berminat nak dapatkan sabun homemade dari Pulipola Soap ni boleh la check:

Website: Pulipola Soap




***selamat bershopping di Pulipola Soap





Ruang dapur antara ruang kesukaan para wanita. Apa taknya kat situ la kita nak bersilat sediakan makanan untuk si suami dan anak-anak tersayang kan..
Tapi boleh jadi moody kalau ruang dapur tu tak memenuhi citarasa mata kita kan.
Ya aku la tu. Gigih! Selagi tak kena mata aku, selagi tu la aku akan sakit hati dan benci nak masuk dapur! Kalau masuk pun cepat2 masak n chowww. Hahahahah...hoverrr gilaaa.


Ni antara ruang yang menyesakkan pemandangan mata aku! Ni pakai rack ikea ja..Albert  kaa apa ntah nama dia. Rasa mcm bukan Albert sebab Albert tu macam kecik skit RM59 kan..yang ni RM99 ti..gigih beli hangkut dari Ikea Damansara masa mula-mula kawen dulu sampai senget-senget la kena letak dalam kereta. Ehh kenangan sangat kan! Da 4 tahun pakai stand still gitewww...nak buang???sory yer..sayang oii.

Disebabkan ruang ni antara ruang yang agak menyakitkan mata hatiku ini. Maka last week kan p KL antaq Angah bertugas lagi musim haji ni kt Mekah...harus la ke Ikea kan. Aku memang da target nak beli Variera yang macam shelves tu.

Tu haa yang warna putih tu. Yang buat additional shelving rack tu utk organize kan dalam almari ke rack ke hapa ke.

Haaa mcm-mcm kegunaan dia. Sebelum ni ada gak beli utk letak dalam kitchen cabibet n susun pinggan Kate Spade kesayangan aku tu. Ada pernah buat entry tu kat SINI

Haa okey da semenggah dah nengok nyaaa!
Penting boleh utilized and maximized kan  penggunaan ruang yang ada. Tak ke bijak skit namanya???



Da siap dah!!! Tak la sakit mata sangat nak nengoknnya kan. Kalau tak,sakit ja mata hati pankreas semua ada!

Korang pulak macam mana korang organize n maximize kan pengunaan ruang daput korang???

Oklah, nak p makan sat. Lapaq nyaa


© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS