Showing posts with label DIY / DECO
Hi korang.
Quick update ya almaklumlah lani dah menyotong jadi mak anak dua ni.
Macam kena pinjam tangan sotong ja ni.

Ni pun sempat DIY masa Si Aishah tu lena.


Bottle minyak yang dah tak digunakan.


  Beli kat MR DIY ja. Rasa ya dalam RM7.90 kot kalau tak silap.


Terus nampak lain macam kan. Nampak mewah dengan warna gold ni.


Taraaaa. See lawa dak? Lepas ni tak payah nak beli dah vase2 apa bagai buat je  cenggini. Terus nampak da bomb.


Projek DIY paling senang abad ini.

Korang kalau rajin boleh la buat ni jugak nanti.




Dis post credit to my handsome husband sebab dia la yang bersusah payah susun atur kan bilik playroom Adriana ni.

Terkejut jugak balik2 dari KL hari tu tengok-tengok bilik n rumah jadi lawooo...
Husband i ni ada bakat terpendam...boleh jadi ID kalau bini dia takdak kt umah.


So far kalau maktok mai...katil ni la maktok lena mlam2 or petang2.


Clap2..lawa dia susun seketol2...kat atas tu ja dia kata malas dah. Tapi dia tak tau bini dia bersyukur sangat-sangat dia tolong kemaskan n susun bilik ni lawa2. Nampak tak dia letak kubu depan tu tak bagi Adriana punggah. Hahahha.


Tenkiu husband sebab tolong i. Baru ingat sebelum fly ni nak panggil maid mai cuci. Sekali tak payah daaa. Seppp duit...

Muah cikedddd laki kuuu

Ruang dapur antara ruang kesukaan para wanita. Apa taknya kat situ la kita nak bersilat sediakan makanan untuk si suami dan anak-anak tersayang kan..
Tapi boleh jadi moody kalau ruang dapur tu tak memenuhi citarasa mata kita kan.
Ya aku la tu. Gigih! Selagi tak kena mata aku, selagi tu la aku akan sakit hati dan benci nak masuk dapur! Kalau masuk pun cepat2 masak n chowww. Hahahahah...hoverrr gilaaa.


Ni antara ruang yang menyesakkan pemandangan mata aku! Ni pakai rack ikea ja..Albert  kaa apa ntah nama dia. Rasa mcm bukan Albert sebab Albert tu macam kecik skit RM59 kan..yang ni RM99 ti..gigih beli hangkut dari Ikea Damansara masa mula-mula kawen dulu sampai senget-senget la kena letak dalam kereta. Ehh kenangan sangat kan! Da 4 tahun pakai stand still gitewww...nak buang???sory yer..sayang oii.

Disebabkan ruang ni antara ruang yang agak menyakitkan mata hatiku ini. Maka last week kan p KL antaq Angah bertugas lagi musim haji ni kt Mekah...harus la ke Ikea kan. Aku memang da target nak beli Variera yang macam shelves tu.

Tu haa yang warna putih tu. Yang buat additional shelving rack tu utk organize kan dalam almari ke rack ke hapa ke.

Haaa mcm-mcm kegunaan dia. Sebelum ni ada gak beli utk letak dalam kitchen cabibet n susun pinggan Kate Spade kesayangan aku tu. Ada pernah buat entry tu kat SINI

Haa okey da semenggah dah nengok nyaaa!
Penting boleh utilized and maximized kan  penggunaan ruang yang ada. Tak ke bijak skit namanya???



Da siap dah!!! Tak la sakit mata sangat nak nengoknnya kan. Kalau tak,sakit ja mata hati pankreas semua ada!

Korang pulak macam mana korang organize n maximize kan pengunaan ruang daput korang???

Oklah, nak p makan sat. Lapaq nyaa


Sejak dua menjak ni workstation aku jadi messy gila. Pendek kata SOHO aku memang messy gila dengan raw material nak buat homemade soap aku nya. Dengan homemade soap yang tengah cure nya. Dengan Bubble wrap bagai, bila da start serabut tu mula la rabit sampai ke meja habih haa.

Dari meja Ikea yang agak kecik tu dah upgrade ke meja besaq skit pun jadi gak messy nya. Sebab too many things to put onto the top of the table kan. Mau nya tak messy. So SOHO pnya room terkunci rapat bila ada guest mai. hahahaha

Ni bila duk start karang post guna PC balik, mula la simpan balik workstation step by step. Mula la dapat idea dari group PS Penang Ikea tu. Ada yang letak rak LACK Ikea tu atas meja untuk organizekan workstation depa. So apa lagi, LACK pun tak pakai sangat kan. Dari duk biar berhabuk ja moh le kita letak n susunkan atas meja. Senang mak nak letak pc semua bagai secepuk atas tu haa. Actually kaki Ikea mesti tau yang rack LACK ni adalah rack tv yang kecik kat Ikea tu. Ala yang RM39,90 tu.  So marilah kita HACK kan LACK Ikea kita ni yaa.


so amacam?
ok tak letak gini???
so far rasa teratur skit la hidup aku ni....kalau tak Ya Allah menyampahnya nak masuk SOHO ni. part lain dalam SOHO belum siap lagi la. tunggu la, makyong kan cepat penat. Little by little nanti susun , sorting apa yang patut dan wat major 5S  kat dalam SOHO ni. nanti2 la ya kita share yang tu ya. 

Apa yang penting aku da tak serabut sangat dah bila masuk dalam SOHO ni walaupun ada part yang masih aku rasa jem bila nak tengok kan. So sabaq ya. Nanti-nanti kita wat slow-slow gitu haa.. nak speed aku tak larat la haaa.

oklah, tu ja la nak kongsi cerita hack n diy aku kali ni.


Lepas ni makin bersemangat la nak update blog bagaikan;)
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS