semalam masa terbaca ja pasal kejadian kren runtuh di Masjidil Haram teru hati ni tak keruan.

Allahu.

Terus aku message Angah kat sana. Otak aku hanya terpikirkan angah ja. Gelisah aku tunggu angah reply whatsapp aku. Ya Allah, dalam hati tak putus-putus berdoa semoga kakak aku takdak apa-apa.

Alhamdulillah Angah reply and cakap dia kat hospital masa tu.



Tanya lah kepada mana-mana ahli keluarga mesti semua dalam kerisauan.



Berat sungguh dugaan untuk jemaah Hajj tahun ni.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia kita pergi.

Allahu, dijemput bertemu Sang Pencipta di Tanah Haram, di dalam ihram dan di hari jumaat yang penuh barokah. Semoga roh-roh mereka yang terlibat di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Amin.

***aku terbaca, mereka yang pergi dalam ihram akan dibangunkan di Padang Masyar dengan ihram mereka. Allahu, untungnya insan-insan terpilih ni.
(Maaf kalau benda ni tak betul, tapi kalau betul besar betul ganjaran untuk mereka-mereka ni)

posted from Bloggeroid

Homecook lately

in , , , by Alia Farhan, 12:13 AM

Simple dish by chef mama



Ikan cencaru sumbat



Sambal ikan bilis bersama petai belalang
Sedap oiii



Buat breakfast. Tak sempat tangkap gambar sebelum. Ada selepas ja



Tomyam , ikan goreng & masak lemak tempoyak pucuk kayu.



Otw making of masak lemak tempoyak pucuk kayu.



Kueytiaw thng




Favourite ni!




Simple but delish!

posted from Bloggeroid

Wewittttt.....
Orang Penang kalau yang jenis sweet tooth tu finally da boleh la p layan korang punya craving dekat Paragon.

Located kat ground floor, korang boleh cari dekat area yang open space tu menghadap ke pantai tu.

Hari tu kitaorang p , memang ramai la. Lagi-lagi pulak weekend kan and baru bukak. So semua orang macam gila la kan nak try.

So joms tengok menu-menu dia.











Mula-mula kitaorang duk kat luaq, tapi ujan tempias pulak. So pindah la masuk ke dalam. Muahahaha. Baru nak feeling-feeling kan amik bau pantai.



Hero saya.



Sambil-sambil tunggu makanan dia sampai.



Kitaorang amik brownies crepe. Rasa dia? Sedap gils oiiii!!! Definitely will come again!!! Hahahaha.



Muka bahagiakan lepas makan cokelat.



Chocolate fountain. Laki aku kata choc fountain ni penting untuk pastikan dapat coklat yang sedap. Aku tanya dia , oo dulu masa blajaq Food Tech ada eh pasai choc. Dia kata tak, ni dia tengok dalam Willie Wonka and The Chocolate Factory. Hahahha. Ngek kan.

Rate : 4.5 / 5.0

*** oh ya. This is not a paid review ya. This is based on my personal review by using our own money. I hope by giving this review will help you guys out there.

posted from Bloggeroid

Giethoorn Holland cuma dipenuhi canal dan trek basikal sahaja.







































Cantik kan?
Macam dalam movie pun ada gaya tengok tempat ni. Tersangat-sangatlah cantik.
Kurang pencemaran sukanya aku!

Sumber: Facebook and Mr Google

posted from Bloggeroid


Amazing kan?
Cendawan tumbuh atas cendawan
Allah Maha Pemurah.
Ingatkan cendawan yg kat bawah tu da tak ok and baru bercadang nak cabut ja.
Sekali haaa , Allah bagi yang lebih baik.



Ni pulak terlambat tuai. Tapi 1 dia saja boleh buh dalam pasta tadi. Kenyang kami anak beranak.



Ni pulak menanti untuk dituai esok.

Ada yang bertanya, taknak jual ke hasil cendawan ni. To be frank, pernah terpikir jugak nak komersialkan kan. Tapi wat masa sekarang cuma jual bongkah cendawan ni sahaja. Mungkin satu hari nanti akan start jual cendawan tiram fresh yang bela kt rumah ni. Who knows kan?

Kalau ada yang berminat nak beli bongkah cendawan, boleh la directly contact aku 0133363775.

Seronok wo dapat makan cendawan fresh fresh macam gitu yaa.

posted from Bloggeroid

Salam korang

Hari ni nak share 1 lagi simple resipi untuk korang try ya
Petai ni memang favourite aku so masak apa pun memang aku suka
Kalau hang makan petai sorang-sorang tak ajak aku, memang boleh wat gadoh woi. Hahahah




Bahan-bahan:
Ikan bilis
Bawang besar / merah
Bawang putih
Ibu sambal ( boleh refer sini ya )
Petai
Minyak masak

Cara:
1. Panaskan minyak , goreng ikan bilis hingga garing. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih. Aku tak pakai minyak banyak masa goreng ikan bilis, kalau korang guna minyak banyak sebelum masukkan bawang merah n putih tu boleh buang skit minyak tu ya.
2. Kemudian masukkan ibu sambal tu agak-agak cover semua ikan bilis.
3. Bila da nampak salut ikan bilis tu dengan sambal masukkan pulak petai. Biar dalam 3minit macam tu sambil kacau-kacau dia. Dah boleh tutup api lepas tu.
4. Siap dah untuk dihidangkan.

***makan ni dengan nasik boleh terbabas-babas ni. Beware tau!

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS