Top Commenter October

in , by Alia Farhan, 7:40 AM
Hishhh...
Da tengah2 bulan baru nak up TOP COMMENTER FOR OCTOBER kan.
Hish apa la mak jem ni.
Lambat bebenau.
Tapi takpa.
Janji ditepati okey.

Jeng2

TOP COMMENTER UNTUK OCTOBER ADALAH.......






SITI YANG MENAIP

(sila la terjah blog cik adik manis ni. Dia ada cerita pasal travelog dia ke Melbourne hari tu. Mak jem ni dari dulu teringin sangat nak p Aussie lagi-lagi bila duk tengok Adam & Hawa balik ni. Tapi kalau tak silap yang tu kat Perth kan. Takpa la janji Aussie ye dak?doa kan lah mak jem pulak murah rejeki untuk ke sana nanti)

To SYM, hadiah claim nanti na kat Penang Street Jump tu ya.


posted from Bloggeroid

Duhhhh.
Blog da bersawang. Tak tau apa yang duk sebuk pun xtau la kan. Tapi tu la. Ada lagi tugasan hakiki yang lain yg perlu jugak disetelkan.

Ok lah untuk Part 3 mainly nak cerita pasal after Sky Cab kat Langkawi hari tu. Actually lepas ja Sky Cab tu kami gerak keluar dari area situ. Terus ronda-ronda nak p Pantai Pasir Hitam ka apa ka ntah. Tak ingat dah nama dia. Last-last sesat ke Tanjung Rhu bagai. Tapi perghhhhh lawa nak mam oiii pantai dia tu. N no wonder la rates dia pun mahai nak mam. Bahahahha.

Pusing punya pusing punya pusing last-last rupanya kitaorang da nak abih tawaf da satu pulau. Tengok-tengok nampak MRSM da. Ehh dekat la dengan rumah yang arwah abah beli dulu tu. Tapi jangan tanya kat mana sebab aku pun lupa oi. Nama ja ada rumah kt lamgkawi tapi bertahun-tahun tak pernah mai sini. Yang selalu incharge pasal rumah abah kt langkawi tu pun angah ngan mama ja. Kami yang lain memang tak amik port.

Terus lagi ehhhhh. Ismail Group la. Nampak food court. Baik la isi perut dulu. Ok la not bad makanan dia. Aku p yg kedai makan kt tengah2 food court tu sebab yg hujung depan tu nampak mcm ramai ja so aku malas. Baik pegi yang takda orang sangat. Lepas ja makan terus masuk kat Ismail Group tu. Apa lagi cari coklat dulu la. Aku of course la Twix kan. And sempat jugak aku mintak Amir belikan pressure cooker! Yahuuu pasni leh amik cater nasik daging la kan!

Lepas shopping semua. Time tu memang panas gila-gila. Semua balik bilik memang terbongkang. Petang sikit da redup kitaorang p ke Underwater World. Nasib sebelah resort ja. Memang jalan kaki ja lah.

Untuk tiket Underwater World:

Dewasa (pemegang Mykad): RM33
kanak2 (bawah 3 tahun) : FREE

so means dat Adriana FREE la hari tu. Kami berdua la kena bayaq so total dalam RM66 gitu la.

Jom kita explore dalam Underwater World Langkawi tu jom.



Kemain lagi menghayati.



Anjing laut yang cute!



Tengok penguin sat.



Papa n Adriana tengok penguin pulak.






Tun M



Tun Siti Asmah.



Starfish yang cantik.



Ikan2 besau.



Cantik kan?



Subhanallah. Amazing kan.



Jelly fish. Nampak ja cantik. Tapi dia punya bisa Ya Rabbi.

Kalau yang tanya aku perlu ker pergi Underwater world ni?

Jawapan aku bergantung pada budget korang la kan since dia punya tiket agak pricey jugak kan. Tapi pricey dia pun bertempat la kan. Sebab tempat macam ni maintenance dia pun bukan calang-calang. Apa pun depend dengan bajet korang jugak la sebenarnya kan. Yalah kalau 5 6 orang da berapa kan. Ye dak?

Tapi sebab kitaorang ni da tak tau nak pusing mana dah petang tu sebab tu kitaorang p yang sebelah motel ja.

Okla korang da mengantuk gila ni.
Apa pun tunggu Part 4 ya.
Aku da tak daya ni. Ngantuk sangat2 ni haa.

posted from Bloggeroid

Fesyen rambut pilihan

in , by Alia Farhan, 3:20 AM
Dua tiga minggu lately ni aku rasa rimas gila dengan rambut aku. Ya lah nak nak pulak rambut style tebal pastu lurus kejung pulak tu. Nak p nipiskan malas.
Nak nipiskan sendiri pun malas jugak.
Almakulumlah baru nak feeling2 lama skit dalam toilet tu ada budak comel ketuk2 la apa la.

Last-last memang aku decide nak potong ja. Taknak dah panjang2 sangat dah la tebai. Syampu n conditioner pun tak larat nak angkut wei. So aku decide nak potong ala2 macam ni.



Bob cut bebeh!




Esok2 bila panjang buat la ala2 gini pulak. Bajet jadi Selena Gomez yang comel lotey gini. Tapi ni Selena Gomok!

Bahaha. Tak puas hati aku sorang ja potong rambut. Esok tu aku pun potong rambut Adriana mcam rambut aku jugak!
Hahahah



Budak ni pun elok maintain ja rambut gini kot. Sebab dia pun pesen tak suka ikat rambut dia.



Pastu bila aku letak muka aku kat muka Adriana nanti husband aku jerit cakap "OH NO!!!NOW I HAVE 2 ALIAS!"
ngek tak laki aku?
Heheheh...
Jeles la tewww.

posted from Bloggeroid




KM 52.4 Highway Karak - KL (sebelum Petronas Afendi Hill) ditutup kedua belah. Disyaki 4 buah kereta tertimbus.
Banyak lagi kawasan lain yg terlibat tanah runtuh. Tapi ini yg paling teruk. Elakkan menggunakan Highway KARAK-KL Sekarang...


***Allahu. Bagi yang plan nak travel ke Pahang or Pantai Timur yang guna hiway ni please gunakan laluan alternative ya. Risau pulak dengar. Musim hujan dah nak start. Semoga kita semua dilindungi Allah.

posted from Bloggeroid

Wordless wednesday

by Alia Farhan, 1:06 AM

Bincangkan.
Manusia terlalu malas atau....?

posted from Bloggeroid



Tudia aih. 7 E wat gila lagi!!!!

Mulai jam 12am ni 7E membuat promosi harga special dengan nilai rm1 setiap satu barang pada tarikh ditentu kan . seluruh 7e di malaysia membuat promosi ini .

Hanya barang ini sahaja .

10-11 november .
-air kotak vico
-air lipton
-air yeo's
-mister potato
-maggi hot cup
- kotex

17-18 november
-kitkat 2 fingers
-mameebev cool tea
-air kotak harshey's soyfresh
-nescafe
-ubat gigi darlie

24-25 november
-air kotak yeo's yeogurt drink
-goodday UHT milk
-mister potato crisps
-garnier men
-garnier women
-fumakilla

1-2 December
- yeo's laici
-dutch lady UHT milk
-mamee monster
-Mamee chef cup
-l'oreal shampoo

HANYA RM1 SAHAJA . TIADA LIMIT PEMBELIAN .

***lepas SLURPEE , diorg offer ni pulak. Apa lagi esok tengok list kot ada berkenan boleh p serang kan!

posted from Bloggeroid

Ooo anak

in , , , , by Alia Farhan, 12:26 AM
Gila mencabar kot nak homeschool kan anak konon2 nya lah kan.

Kita ajaq A - B -C dia sebuk nak main lego dia. Ok lah oklah. Kesimpulan dia kita belajaq ABC 10 minit dulu jadi la ya hari ni.

Esok kita belajaq lagi. Yang balance kita main-main la ya.


Ajak baca buku jap. Ok lepas da abih baca dia belek-belek buku ni. Ok sudah ma.

So lepas tu mama dapat idea, jom la kita kaler buku. Walaupun tau memang akan tak kaler sangat pun kan!



Ok la bagi la dia pegang n mau sendiri pegang pensil warna tu untuk dia main-main.



Mama pun sama la bergading bahu kaler ngan adriana kan.


Hasil kerja adriana n mama. Ok la kennnn. Pupuk minat dia sikit-sikit. Tak leh nak push dia sangat pun. Biasa la baru 2y 7 m takkan kita nak push dia suruh kaler ikut skema yang diberikan.

At least today she learnt something, coloring which is fun for both of us.
Well maybe mama pun kena beli coloring book yg advance untuk mama kot. Hari tu jumpa kat Borders. Nanti nak p usha-usha lah.

Tu ja nak cerita hari ni.

***Actually tengah usha-usha kindy kt Adriana. Tengah usha jugak progran Permata kan. Banyak bagi feedback syllabus Permata bagus. So why not kan? Menda baik kita terima, menda hat tak elok kita tolak la ye dak? Ada yang pernah hantar anak kat Permata?i mean yg fully owned by Permata?

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS