Selalu untuk masak makanan apa-apa biasanya sesetengah orang akan pakai chicken stock sebagai penambah rasa semula jadi kan. Ada juga yang buat minum/hirup as soup untuk dijadikan makanan tambahan. Tapi yang paling best bila buat sendiri ni kita dapat buat dengan cara dan bahan yang kita nak kan.

Selain daripada menambahkan perisa... Chicken stock/bone broth ni jugak baik untuk kesihatan kita. Jom kita tengok kebaikkan lain chicken stock ni 


Selain daripada kebaikkan-kebaikkan di atas, chicken stock juga kaya dengan :

*vitamin b12

*vitamin C

* vitamin A

* vitamin D

*vitamin E

* vitamin K

*kolagen

*antioxidants 

* carnosine



Kebetulan hari tu, ada jiran kami (taukeh ayam yang selalu kami beli ayam) bagi kami rangka ayam dan kaki ayam banyak gila. So tiba-tiba dapat idea nak buat chicken stock /bone broth ni.


Nak buat dia pun mudah ja... Bukan payah mana pun... Basically guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ja.

Bahan-bahan: 

Tulang rusuk ayam

Tengkuk ayam

1 biji Bawang besar (aku guna bawang Holland) 

6 ulas bawang putih

Daun bawang

Air secukupnya. 

Sedikit garam

*carrot

*celery

*peppercorn

Yang bertanda * tu aku tak letak hari tu sebab terlupa.. Korang yang ada.. Boleh ja letak.. Lagi sedap and best


Cara-caranya:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pot. Aku guna rice cooker Tefal ja.. 

2. Masukka air paras ayam macam gambar di atas. 

3. Tekan slow cooker mode. Aku masak ni dalam 5-6 jam jugak la. Ada orang masak selama 4 jam ja. Ikut korang la.. Lagi lama lagi bagus sebab nanti semua pati dari ayam tu akan keluar jadi essence kat dalam sup tu. 


Ni lepas 6 jam ya. Keluar habis essence dia tu.. 

Kenapa kena guna slow cooker mode? 

"Cooking low and slow gives you good conversion while preventing fat, minerals and other gunk from emulsifying into your stock. Boiled stock will be cloudy, greasy and have a lower yield. To avoid that, start with cold water and your bones (or veggies, if you're going vegetarian) and put over high heat."


Taraaaa.... 
Final product
Cantik kan kejadian chicken stock aku ni... Jernih ja warna dia... Sebab tu kena guna slow cooker mode sebab kita taknak fat tu emulsify dengan cecair chicken stock kita tu. Lagi pulak bila kita guna high pressure /high heat ni tekanan and temperature tu akan buat kita punya stock jadi cloudy. Warna dia tak cantik macam ni ya. 




Dah boleh simpan dalam peti sejuk. Jangan lupa labelkan siap-siap. Senang nanti takdak la orang lain ingat air teh bunga ka apa ka... 
Yang ni pun boleh guna amik satu mangkuk kecik sehari as food supplement. Macam minum chicken essence tu yang dalam botol kecik tu. Macam ni la jugak cita dia. Nak letak dalam sup ka apa ka pun boleh ja. 

Lepas ni nak amalkan la amik sikit untuk minum. Ya la benda yang tinggi dengan collagen ni.. Pastu free berbagai jenis vitamin lagi... Kan bagus tuu... Nak buat pun senang ja... Selamat mencuba ❤️




Peka Dengan Sekeliling Kita

by Alia Farhan, 6:54 AM

 Assalamualaikum....

Hari ni officially start total lock down katanya. Walaupun macam ada yang tak berapa essential jadi essential... Tapi of course akan ada hamba-hamba Allah di sekeliling kita yang terjejas.

Sebab tu sebagai hamba Allah yang prihatin kita kena peka dengan orang-orang sekeliling kita. Mungkin ada yang gaji hari tak dapat nak mencari makan time-time macam ni...



Salah satu cara yang kita boleh buat adah buat menderma di food bank yang terdekat dengan kita. Macam rumah aku ni ada kedai borong depan ni dia memang buat satu tempat khas dekat depan kedai tu Food Bank... So whenever u want to join.. You can buy something like beras 1kg ke tepung 1 kg ka minyak pek 1kg ka untuk letak dekat situ...


Photo credit to Google. 

Biasa aku letak dekat situ beras 1kg tu 5 pek. Purposely bought 5 packs of 1 kg instead of 5kg per pack sebab bila letak yang 1 kg.  5 orang boleh dapat... At least it can support 5 people at that time.

Another way to do a good deeds... Is maybe u can cook lebih-lebih sikit untuk bagi dekat orang-orang yang susah. Tak susah pun, macam rumah aku ni yang high rise buildings ni.. Kami ada security guards and cleaners... And yes.. You can send the foods to them... In Sha Allah they will love the act of kindness you are showing to them.


Photo credit to Caterer.com.my 


Allah pun da cakap... U will never get poorer by giving more and more. Mungkin hari ni hari kita untuk memberi dan menolong orang lain. Mana tau in future, kita pun tam tau nasib kita. Who knows, Allah will bring someone to help us.



Penting ka hydrate skin ni?

by Alia Farhan, 8:11 PM

 Hai.. Lama dah rasanya tak review produk-produk yang aku pakai kan. Ni dah long overdue dah ni... Bersawang.. Tak tau la busy apa ntah...mood ke laut ja memanjang...

Aku ni masalah kulit aku ni tak la teruk sangat.. Orang kata level-level mild ja.. Kalau tak jaga boleh jadi teruk la kan. Kalau dulu-dulu masa muda remaja kulit jenis oily n tend to blemish la kan...

As the time past by... And dah kertu ni.. Kulit tend to be combination oily/dry... T zone berminyak... V Zone kering... Memang stress ya bila kulit mcm ni... Nak cari products yang sesuai tu memang quite leceh...but once dah dapat tu ok ja...



Photo credit to Google


For what ever the conditions of your skin.. Hydration is d key ya. Kenapa hydration tu penting? Sebab bila kulit hampa tak hydrate dia akan dua possibility happens... Satu akan jadi kering atau oily... Aikkkkk.. Oily?!!!

Photo credit to Google


Macam mana pulak jadi oily kalau dah tak hydrate? Ya bunyi macam pelik kan.. Tapi tu lah Allah jadikan kita ni unik... Badan kita sendiri pun terdiri dari air kan... Sebab tu bila dehydrate akan jadi macam-macam masalah kan... Salah satu paling ketara dekat kulit la. Bila not enough hyration kulit kita akan sense yang not enough hydration and otak kita akan hantar signal yang kulit kita x cukup air lepas tu.. Bila macam tu.. Sebum akan dilepaskan dekat muka.. Sebab tu muka jadi berminyak semacam.. Walhal kulit kita dehydrated ni...




Photo credit to Google


Sebab tu penting gila ya hydration utk kulit kita... Antara ingredients yang bagus utk hydration adalah :

Hyaluronic acid

Glycerin

Propylene glycol

Sorbitol

Squalene


And kalau hampa perasan... K beauty product banyak gila yang obses dengan hydration esp hyaluronic acid ni. Well.. Mak memang obses dengan K beauty product jugak..kihkihhhhhh... Antara K beauty product yang aku suka adalah Mamonde and Laneige. Selalu pakai dua ni ja. Yang lain-lain tu adalah pakai mask macam tu ja... 

Macam aku pernah cakap dulu K beauty ni memang banyak gila step depa buat untum hyrate depa punya skin... Ada 10 steps semuanya kan... Gila rajin! Macam kita selalu cuci muka.. Toner.. Moisturiser siapppp... Depa tak ya... Meredon-redon steps depa na... Aku takla buat 10 steps tu... Adala kot apply 6/10 tu... Tu pun boleh la rasa perbezaan ya dekat kulit tu... 

Muka tak rasa menyeregaiiii or kering lepas duk buat step-step ni semua. Rasa la pipi tu toing-toing penuh collagen gitu sebab kulit tak la rasa macam flaky-flaky gitu... Memang trully rasa different ya. 

Tambah-tambah sekarang ni cuaca dah mula panas balik.. So rasa ya kadang-kadang keluar kena matahari sat pun kulit dah rasa perit... Nak keluar rumah sat-sat pun jangan lupa pakai sunscreen ya. Jangan lupa ya. 

Selain daripada a good skin care routine, good proudcts.. Jangan lupa juga minum air secukupnya ikut keperluan badan kita ya. Kalau pakai skincare berkoyan-koyan pun tapi kau tak reti nak minum air banyak-bayak pun tak guna jugak sebab overall body hang dehydrate kan.... 




Photo credit to Google

Jom minum air segelas dulu! 

 



 


 Assalamualaikum.....

Sempena nak PKP balik 1 hb june ni... Maka dengan ini... Aku nak promote la small business yang best2... Salah satunya sandwich yang akak jiran aku dekat sini buat....

As peminat sandwich... Aku memang tersangat lah suka beli sandwich.. Nak buat malas... Kalau pi ke Family Mart tu orang beli oden tapi aku tak suka oden... So memang selalu aku borong la sandwich2 yang menarik dekat Family Mart tu...

Tapi ni lega la... Sebab jiran ja dah juai sandwich best-best... Siap ada wanpaku sandwich lagi haaaa... Memang best la kan...

Ni yang aku order hari tu...  Crab mayo dengan tuna mayo... Memang sedap hampaaa oiii... Tak kedekut bahan... 




Kak Ifa ada juai fruit tart gak.. Mama xdan makan.. Anak2 ja makan... Tengok-tengok dah habis...





Wanpaku dia fuh. Guna 3 keping wholewheat bread instead of 2 keping ja.. So lagi kenyanggg la yaaa


Yang ni x pernah try lagiiii 


Ni pun nampak menarik ja.. Boleh try next time



Ok la ni pulak price list utk sandwich. 

*Sandwich box*

Filling biasa:-
💕 Egg/Egg with sausage
💕 Tuna (biasa/pedas)
💕 Sardin
💕Crab mayo

Filling premium:-
💕 Beef Bolognese   
       Cheese
💕 Beef Blackpaper
       Cheese
💕 Chicken Slice Cheese
💕 Chicken Mushroom
💕 Chicken Black Pepper
💕 Hawaian Chicken

Harga biasa:-
💸 Rm28/18 pcs
💸 Rm19/12 pcs
💸 Rm15/8pcs
💸 Rm6/4pcs

Harga premium:-
💸 Rm35/18 pcs
💸 Rm25/12 pcs
💸 Rm18/8pcs
💸 Rm7/4pcs

Bagi aku harga dia stil reasonable la... Dari hang beli dekat FM ka dengan jumlah n bahan yang hampa dapat tu.
So hampa kalau nak order boleh order dekat Kak Ifah ya...hampa yang kat Penang ni kalau malas nak buat sandwich sendiri macam aku ni... Boleh la order dekat Kak Ifah ya. 


Boleh contact number dekat atas ya... In Sha Allah puas hati.... Orang2 Penang boleh support jiran kami ni ok👌❤️❤️❤️









© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS