Showing posts with label movie review

Movie Review : A Simple Favour

in , by Alia Farhan, 9:03 AM

Hai hampa semua…:

Masa kami quarantined hari tu macam biasa la kami kan dah bertalak dengan ASTRO… so kami hanya melanggan so Netflix ja…so macam biasa kita layan Netflix ja lah…

Salah satu cerita yang kami tengok adalah A Simple Favour ni…lakonan Blake Lively, Anna Kendrick and our handsome guy from Sarawak, Henry Golding (cingggg sangat).


Ada yang dah tengok Suicide Squad yang baru ni ka? Aku baru ja tengok semalam. Ya lah of course sebab aku suka Harley Quinn kan...

Kisah dia macam biasalah Suicide Squad ni tugas dia typical la macam cerita-cerita American yang lain yang konon-kononnya "menyelamatkan dunia".

Cerita kali ni kalau nak compared dengan Suicide Squad masa yang first dulu tu... Yang first dulu tu lagi best la walaupun macam takut sebab yang first dulu involced witch la bagaikan... Yang ni yang penjahatnya tu pun alahai comelnya lahaiii.



Macam lawak pulak villain dalam cerita ni seekor giant starfish.. Ya lah.. Ni asal dari comic DC kan.. Dalam comic ya lah nampak la mcm ok.. Real life mcm ekelehhhh... Hahhahah... 


Pastu kan... Dia ni kan Si John Cena ni jadi Si  Peacemaker... Ntah aku tak gemorrr la tengok dia ni berlakon... Ko gi balik WWE ka WWF sana boleh dakkkkk... Baik wresting ja xyah nak berlakon-lakon... 


Si mamat ganteng Idris Elba ni jadi Si Bloodsport.. Kira watak lead la dalam cerita ni macam Will Smith dulu dalam Suicide Squad 1 tu... 


And apa lah gunanya Suicide Squad tanpa Harley Quinn kita... Aku rasa watak dia ja kot paling best dalam ni.. Yang lain-lain tu harap Idris Elba ja... 

Nak komen lebih2 pun xleh sebab aku rasa cerita ni pada aku kurenggggg kalau nak dibandingkan dengan yang 1st dulu. Harap ke Harley Quinn punya watak ja kot orang tertunggu-tunggu.. Tu pun jalan cerita macam tak berapa best. 

Ntah la nak komen lebih-lebih pun tak boleh gak.. Maybe jugak sejak MCO tak pernah habis ni hidup aku pun jadi hambar... So bila aku tengok cerita pun semua jadi apoooo nan hadooo ja ni... Expectation aku jadi tinggi... Huahuahauhua....ni siap aku boleh gi dry baju sat.. Boleh pi minum ayaq sat... Selalu aku kalau cerita best.. Kencing or berak pun ku tahan jebatttt tauuuuu.... 

Aku boleh bagi 3/5 🌟.. Nak rewatch balik pun tak rasa nak tengok.. Even yang first tu aku boleh ulang-ulang tengok jugak walaupun macam takut-takut. Hahahah











 It's already August.... Cepatnya masa berlalu kan... Another year wasted because of this Covid 😒😒😒

Tapi xpa... Kita ada banyak cerita untuk ditonton🀣🀣🀣 tengoklah sampai lebam ya. Antara yang baru aku tengok adalah Fast And Furious 9 : Fast Saga ni. Nak kata excited nak tengok tu ada la sikit kan... Tapi sebab kali ni xda Hobss N Shaw tu aku macam mehhh sikit la kan.. Nak pulak ada John Cena... Hukaloh!






Tapi takpa... We being natural here as much as I can! Ahaaaa.... Cerita dia start with Dom, Letty and his son duk la kat cherok tok kun mana hala ka sebab nak lari dari hiruk pikuk bla bla bla... Tibehhhhh Roman mai kata Mr Nobody hilang and the saga begin! Wehuuuu....

Awal2 cerita bagi aku dah macam cerita Tamil 7 petala langit dah. Tak tau la nak describe macam mana wei. Aku dengan laki aku tengok duk WTF.... cam banggang jugak pun ado lahhhh.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kalau sebelum2 ni dalam FF 7 depa lawan dengan kapai selam depa menang kan... Kali ni depa bawak kereta pergi space ship! Dem jahanam pengarah sapgammmm ke ni!!!




Sumpah jalan cerita boring wei... Laki aku siap pi toilet.. Buat apa ntah kat Ecah kat dapoq.. Aku pulak duk nganga nak cari apa yang best dekat FF kali ni. Seriously aku rasa ni cerita FF yang paling terpesong dari cerita FF awai-awai dulu.

And yang paling best, Han hidup lagi wei... Kahkahhhhhhh... Halahhhh kasimmmmmmm! And sapa pulak John Cena ni dalam ni?!!! 



Nak tau apa kena mengena FF kali ni dengan Han hampa kena la tengok kan... Cukup lah aku reveal skit2 kenapa aku cakap pengarah sapgammm time buat cita ni 🀣 oh lupa.. Mia pun mai balik... Brian jaga anak2 kat rumah 🀣🀣🀣

Yang penting waktu Hobbs dalam FF8 tarik helicopter dengan tangan dia yang power tu... Idok lerrr nampak macam sapgammmm sangat....

Ntah la dengan2 aku layan kepala macam sapgam pulak masa tengok cerita ni. Hareyyyy xdak feel Fast n Furious (kita tau FF dulu cita pasal kereta yang best.. Drift jadah la)... 

Dah la.. Lepas ni tak payah lagi dah buat cita Fast Furious 10 pulak... Aku takut nanti mission onboard kena pi planet Pluto pulak nak selamatkan Mr Nobody kat situ pulak πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘





 



Tengah boring kewww tewww?! Kalau boring... Xtau nak tengok cerita apa.. Sila lah tengok Cruella ni....

Tak silap aku cerita ni hanya available dekat Disney channel ja sebab cerita ni stil baru kan... Cerita bagi aku ok la best jugak.. Takdak la bosan ka dragggggg panjang-panjang or meleret ka... 

Kalau nak tau cerita ni kira ada kaitan dengan 101 Dalmatians. Yang si Cruella De Vil tu dia ni la.. Ni cerita masa dia muda gitu... 

Cruella ni dilahirkan sebagai Estella dan membesar dengan seorang ibu tunggal. Dia ni seorang yang genius dan suka dengan fashion. Tapi dia ni jenis bermasalah sikit la... Bermasalah bukan sebab apa sebab dia suka bergaduh dengan orang yang duk buli dia and kawan dia. 




So satu hari mak dia bawak dia pindah ke London untuk start hidup baru di London. Masa kat London, mak dia ni ada la pi jumpa ex majikan dia si Baroness of Hellman ni untuk minta bantuan... Tup2 macam mana ka mak dia ni jatuh gaung dekat tepi tu sebab kena serang dengan Baroness ni punya Dalmatians. 

So start dari situ, Si Estella ni lari dari situ sebab ingat dia punca mak dia jatuh n mati sebab at the first memang anjing Dalmatians yang garang tu ligan dia. So masa dia lari tu dia jumpa la lagi dua orang budak lelaki yang sama yatim piatu macam dia and depa hidup as family bertiga. As for the record dua orang ni depa ni pencuri yang licik. 

Fast forward Estella ni dapat la jadi fashion designer dekat dalam company Baroness ni and dia adalah nampak si Baroness ni pakai necklace yang mak dia pernah bagi kat dia tapi tercicir masa dia kena ligan dengan Dalmatians Baroness tu.




So start dari situ la watak Cruella tu ada... Dia nak dapatkan balik necklace mak dia... Start dari situ la dia nak kenakan si Baroness ni. Sebab si Baroness ni memang sejenis manusia yang tersangat narsistik... Paham2 la manusia narsistik ni macam mana kan... 


Cruella pun start buat kacau dekat macam-macam fashion show yang Baroness ni attend.. So the whole fame pi dekat Cruella ni... Baroness ni ko paham-paham la narsistik kan mana boleh fame tu pi ke orang lain kan... Ala macam dekat Malaysia ni pun ada gak sorang kan 🀣🀣🀣.. So Baroness ni da start menggelupur dah... 



Dah macam banyak pulak tercerita... Ehhhh.. Nak tau jadi apa dekat Estella, Cruella dengan Baroness ni.. Hampa kena tengok sendiri la kan😝😝😝

Cerita ni aku bagi 4.5 🌟 la... Best jugak nak layan banyak-banyak kali pun time-time bosan tu kan.... 

Kalau korang perasan kan... Kalau dulu Disney banyak buat cerita princess fairy tales macam Sleeping Beauty tu, Si Maleficent tu jahat kan.. Zaman sekarang diorang banyak dah buat cerita pasal "the evil" side pulak yang tak berapa nak evil tu kan.. Contoh macam Maleficent tu. Sama la dengan cerita Cruella tu. Kalau dalam cerita Dalmatians 101 tu kan dia ni jahat... Tapi dalam ni cerita the other way around la... Paham tak apa cakap ni? Kalau tak paham.. Buat2 paham ja ok... 

Ok la nak prepare mental n fizikal ni esok anak da start pdpr balik ni





 Cakap pasal The Conjuring ja mesti ada yang terbayang aksi-aksi seram hantu omputih kan... Valak la.. Coii betui Valak tu.. Macam nak sekeh2 ja πŸ˜… taboh satgi baruuu tauuu



Cerita dia macam biasa la kalau takdak kejadian gangguan makhluk-makhluk Syaitannnn ni tak sah la kan.. And seperti yang kita semua sedia maklum kan... The Conjuring ni based on true story ya. So pada tahun 1981, Ed dan Lorraine Warren lakonan Patrick Wilson dan Vera Fermiga attend untuk document kerasukkan seorang budak ni nama dia David di sml town di Brookefield. Horror jugak la budak ni kena rasuk... Sebabkan teruk gila dia kena rasuk, bf kakak si David ni, Arne ni kesian la tengok si David ni kena terukkan.. So dia offer dekat Devil ni untuk lepaskan David.. And instead he offered himself. 

And dalam masa yang sama, Ed yang sebelum tu kena serang dengan David da collapsed and kena serangan jantung. Tapi masa dia dum kena serangan jantung ni.. Dia nampak la yang syaitan ni da masuk ke dalam Arne ni sebab Arne ni offer diri dia kan... 

So malam tu, Ed ni dikejarkan masuk ke hospital.. And after 1 month baru dia  sedaq and terus bagitau dekat Lorraine yang Devil tu da masuk dalam Arne ni... So Lorraine n Ed ni cepat2 la cuba contact family David ni tapi xdapat. 

So on the other side pulak Si Arne ni da start rasa pelik2 dah. Dia da macam da start nampak Demon and hallucinations dah... And the worst is dia da bunuh orang masa dia kena posses tu... 

Memang kesian la kt Si Arne ni sebab dia macam budak baik ja. So si Ed and Lorraine ni nak buktikan la dekat mahkamah yang Si Arne ni kena posses masa dia bunuh orang ni.. Mula2 peguambela Arne ni xpercaya pasal hal2 ni..sampai la Ed ajak dia mai dinner kat rumah n nak kenalkan peguam tu dengan Annabelle... Hahhaha.. Lepas tu peguam tu terus percaya πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam duk cari punca kenapa si David ni kena posses... So Ed N Lorraine ni duk siasat punya siasat punca dia... Sekali ni cerita pasal black magic and pemujaan setan la kan... Pahan-paham la jenis black magic ni dia nak korban untuk ritual pemujaan depa ni kan... 

Tak kira la Melayu ka Siam ka.. India ka Indon ka Chinese ka kalau jenis-jenis black magic ni memang horror gila kan... Nak tak percaya benda ni tak boleh.. Sebab syaitan ni memang wujud... And golongan yang menyembah syaitan ni pun wujud. Contoh terdekat geng2 Freemason tu.... Geng anti-christ la tu... 

Kalau orang Melayu.. Geng2 ni macam orang yang test hantaq santau la.. Saka la mcm tu la.. Ishkkkk horror pulak syialll lahhh... 




So berjaya ke tak Ed n Lorraine ni jejak sapa yang duk buat ritual black magic ni? Apa yang jadi dekat Arne, Ed n Lorraine? 

Hint dia... Ed pun kena posses hampa weiiii πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Hampa kalau nak tau.. Pi la tengok sendiri... Kahkahhhhh... 


Bagi aku cerita Conjuring 3 kali ni tak seram sangat.. Maybe sebab banyak plot tak gelap and cerah/siang.. Selalu kalau cerita Conjuring ni malap2.. Gelap2.. Sampai cering bulu roma aku... Kali ni ok.. Steady... Tak dak la reja duk amim bantai cover muka.. Kahkahhh 



 Yak yak yeayyy.....

Yakkkk yakkkk yeayyyy.....

Sapa tak kenal trademark geng2 plastik hitam lakonan Bell Ngasri and the gang ye dakkkkk....

Macam biasa la cerita ni memang penuh dengan komedi dan pengajaran bagi aku....


Cerita Mamat Khalid tak pernah menghampakan... 

Cerita 18 Puasa di Kampung Pisang ni as usual la menceritakan pasal geng2 plastik hitam ni... Curi makan time bulan2 posa... Aku memang xleh brain mmg ada eh jenis tak leh tahan langsung lapaq tu untuk posa... Lain la kalau asbab kesihatan ka bf ka mngandung ka apa ka.. Ini lelaki yg sihat walafiat ni pun tak nak puasa kan.... Hahhaha.. Alasan teman gastrik.. Gout la apa la πŸ˜… mngada ya kome oiiii... 

Macam biasa lah kalau cerita pasal yak yam yeay ni tokan n supplier plastik hitam ni tak lain tak bukan si Barkoba ni... 


Mee kari kuah laksa! 

Cerita dia Barkoba and the geng plastik hitam kena tangkap masa tengah di melantak time2 tengah hari rembang. Boleh pulak ya melantak n tak puasa beramai2 ya. Dah kena tangkap kat situ... The next day lari pulak makan dekat dalam kebun. Aterrr susah2 nau laki aku cakap... Pi la balik makan dekat rumah... Citaaaaa sayang oiiii... And nak dijadikan cerita masa duk curi makan dalam kebun tu buah doyan jatuh atehhhh kepala... 

Da sedar-sedar dah meninggal.... Lalu berjumpa dengan si syaitannnn (lakonan Namron dan Jaapar Onn)... Start dari situ la si syaitan2 ni tunjuk satu persatu perangai syaitannnn si Barkoba ni.... 

Part dekat neraka ni la savage habis dia tapau camdek politicians.. Golongan artis n etc.... Dalam cerita ni la jugak syaitan ni ajaq pasal Rukun Islam dekat Si Barkoba ni... Rukan Islam yang ketiga... Berpuasa di bulan Ramadan.... 

N how berpuasa ni refrain ourselves from doing sinful things. Ya lah... Salah satu sebab Allah suruh kita berpuasa adalah untuk menahan diri kita dari perbuatan yang sia-sia... Puasa tu bukan utk menahan lapar dan dahaga ja... Tapi how it shapes us to be a good person....one of it.... Bersabar and always be grateful with what we have.... 

Nak tau lebih lanjut.. Hampa kenaa tengok sendiri cerita ni kan... Pendek kata best la... Aku suka pengajaran yang Mamat Khalid nak bagitau dalam ni... 

Semoga Barkoba and the gang terus insaf lepas2 ni... 


Dia ni time aku kecik2 dulu pun muka mcm ni.. Tua pun muka mcm ni.. Ntah bila ntah muka dia ni nak tua ntah 🀣🀣🀣









 Of course dah jadi mak2 n ada family ni kalau tengok movie mesti yang berkisarkan family2 kan. Cerita terbaru dekat Netflix. Baru ja ditayangkan 2021 ni.

Antara pelakon yang aku kenal dalam ni Jennifer Garner la kan. Cerita ni dia of course la da jadi mak2 kan. Macam aku ka jugak. Dia mengisahkan Allison (Jeniffer Garner)  ni seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa Yes... And masa muda dia.. Dia suka travel and macam niasa ma seorang yang suka cabaran n say YES to anything... N time travel ni la dia jumpa dengan laki dia Si Carlos ni...both of them ada personality yang sama... Always say Yes to anything.

Fast foward... Depa dua ni kawen and ada 3 orang anak... Katie, Nando n Ellie... Bila dah ada anak2 ni daripada Yes nanti semua jadi NO.... So bila anak2 depa dua orang ni makin besaq..paham2 la...

Satu hari ada perjumpaan parents dengan teacher and guess what.. Anak dia si Nando tu buat video yg konon2 mak yang sangat dictator... So Si Allison ni rasa tercabar la.




So disebabkan tu dia denvan husband dja decided untuk buat YES DAY..Yes Day ni ialah hari yang parents tak boleh say NO for the whole 24hrs. Boleh bayang dak disaster dia macam mana... Hahahhahaha

And kebetulan la anak sulung depa yang perempuan ni ada la nak pi concert apa ntah takmau la mak dia teman bagai.. Yalah.. Tak cool la kan mak teman... Hahahha... So she made a deal with her mom Allison.. Kalau mak dia say No to something automatically dia dapat pi concert tu without her mom. 



So masa Yes Day tu depa buat list la untuk parents depa ni join activities n can never say No. Emotional jugak tengok cerita ni.. Sebab it reminds me a lot about me. Ya bila jadi parents ni... We tend to say No than Yes kot. Kalau memanjang Yes ja xtau la nak bayang jadi macam mana. Lagi2 Asian moms ni kan.... 



Cerita ni more to family value la as usual kan... Aku suka tengok cerita2 mat salleh yabg kekeluargaan ni... Sebab ada value dia tersendiri... Agak sentimental jugak la sebab aku kan garang dengan anak2 aku... 

And of course ka ending dia semua boleh agak kot kan... I hope ada lebih banyak lagi cerita kekeluargaan macam ni lagiiii... Aku tengok ni pun dengan Adriana.. Lepas tu duk mengada-ngada nak Yes Day jugak... Banyakkkkk cantikkkk mukaaaaaaa hanggggg🀭🀭🀭


Aku kalai buat Yes Day ni nanti pengsan depa dua beradik nanti paw dekat Toys R Us la... Makan ice cream sampai brain freeze la.. Makan cekelat non stop la bagai... Fuhhhh xleh bayang... NO WAY! 🀣 🀣 🀣 






Disebabkan PM suruh kita duk rumah tengok HBO.. tapi kami tengok Netflix ja lahhh.

Kami da sediakan beberapa list MUST WATCH yang kami boleh layan sepanjang MRO ni.



Antaranya cerita Pandora... Cerita dari South Korea ni cerita pasal satu gempa bumi di salah satu bandar / pekan kecil dekat South Korea ni.


Bandar / pekan kecil dekat South Korea ni terletak dekat tepi pantai and ada nuclear reactor power plants. So ada la sorang mamat ni, nama dia Jae Hyeok dia ni kira sangatlah tak suka dengan nuclear reactor power plant ni sebab bagi dia.. Nuclear reactor ni tersangatlah berbahaya n macam πŸ’£ tau.. Tunggu masa ja nak meletup. Walaupun dia terpaksa kerja dekat situ.. Tapi dia sangat lah tak suka. Hee macam aku dulu2 ja. Nak pi reja ja serabut perut rasa. And nak dijadikan cerita.. Bapak and abg dia mati masa kerja dekat nuclear reactor ni disebabkan ada kebocoran and radiation.

So masa gempa bumi ni.. Dianggarkan cuma 6+ scalar ritcher and kalau ikut teorinya nuclear reactor yang ada dekat situ takkan terjejas sebab dia manpu withstand earth quake up to 7+ Scalar Ritcher macam tu.

Tapi biasa lah... Hebat macam mana pun manusia dengan teorinya.. Kita selalu lupa in real life situations selalu berbeza. Nak dijadikan cerita power plant 1 yang lama ni kiranya dah berusia la.. So mesti la ada piping yang sana sini corrode la apa la kan...

Bermula dengan coolant leaking due to earth quake tu la, nuclear reactor ni makin lama makin panas and membebaskan radiation yang tinggi. So lelaki yang tadi ni masa gempa bumi dia tengah duk bertugas la kiranya. So start dari situ la dia try nak selamatkan kawan2 dia. Start to worst bila reactor tu dah explode and radiation makin lama makin tinggi and da spread merata.


Ni mak Jae Hyeok, kakak ipaq, anak menakan n awek dia yang terpaksa lari dari pekan kecil tu lepas nuclear reactor tu explode. 


Sampai part last tu depa cuba nak decrease radiation dekat power plant tu... And macam mana dia try untuk selamatkan bandar kecil dia dengan buat menda gila. Sedih part last2 ni... Aku nak teriak dah time ni... Tapi laki aku duk buat lawak bodo dia tu.. Aku pun xjdi nak feeling lebih2.. Dia ni memang potongggg betuiii laaa... Aku baru2 ja nak feeling sedih2... Dia boleh duk buat lawak bodo pulak...


Ni boss Jae Hyeok.. Dia ni antara orang yang risau pasal plant tu even sebelum earth quake tu lagi sebab dia tau keadaan kat plant tu macam mana.. Poor commissioning semua. Tapi birokrasi semua boss2 n authority macam tak amik port sangat la. 


Apapun hampa kena la tengok cerita ni tau... Sebab best sangat cerita ni. Aku memang tak berkenan betul nuclear reactor ni. Kalau dulu masa belajaq..kami ada belajaq satu subject pasal energy... Salah satu nya belajaq pasal Nuclear Reactor ni.. Macam mana dia convert to energy semua. Tapi tu la.. Bila ada kebocoran macam ni... Gila kesan dia maha dasyat wei... Radiation dia bukan kaleng2 ya...


Sedih weiii.. Aku nak reyau.. Tapi deniii duk buat lawak pulakkkk... Geram ja aku nak feeling2 pun xboleh... 


And sejarah pun pernah membuktikan nuclear power ni impact dia dasyat macam yang berlaku dekat Ukraine, Chernobyl Power Plant. Sapa tak pernah dengaq pasal Chernobyl incident boleh la pi google. Memang antara engineering disaster yang akan diingati sampai bila-bila.

Ok lah chow...
Jangan lupa masukkan dalam list MUST WATCH  hampa ok!

Bila tengok cerita ni baru aku tau South Korea ada Presiden n Perdana Menteri. Tapi Presiden hireaki teratas dekat sana la.

(credit to Google) 

Bad boys bad boy
Whatcha gonna do, 
Whatcha gonna do
When they come for you... 

Aisehhhh mannnn.. Selaku peminat Will Smith.. Pastinya Bad Boys For Life ni membuatkan aku tak senang duduk. Dah le membesar dengan jayanya duk tengok Bad Boys ni kan. So this is MUST watch movie for 2020 opening. 

Tak payah cakap la kan... Gabungan Will Smith and Martin Lawrence seperti biasa la tak menghampakan. Cerita Bad Boys dah jadi Bad Old Man giteww. Hahahha. 

(credit to Google) 

 Gabungan mantap.. Dah kira legend depa dua ni. Harey Will Smith ni.. Tua2 pun makin segak... 

Dalam cerita ni awai2 tu depa tunjuk la Marcus  (Martin Lawrence) dah jadi grandpa. And he's about to retire from all this police things, yeah we know Marcus is a family man. But as for Mike (Will Smith) , dia masih enjoy bein a cop.. Or BAD BOYS COP. 

But cut the story short, Mike kena tembak dengan someone ni. Everybody ingat Mike will not survive. Tapi tengok selamat and hidup la. Nama pun HERO kannnnn. Marcus la orang yang paling heppy sebav best buddy dia selamat. Siap bernazar macam2 lagi kalau Mike selamat. Nak retired tak nak violence la tak nak itu la tak nak ini la.. Kiranya NO BAD BOYS  la cita dia. 

But being Mike Lowrey yang gilaaa.. He surely wants to hunt the shooter. So puas la dia ajak Marcus untuk tolong dia tapi Marcus taknak la kan. Sebab dia dah janji kan nak retired semua tu. Puas la depa duk track down sapa la yang nak bunuh sangat si Mike ni. 


(credit to Google) 


And atas sebab2 tertentu... Marcus ni setuju la untuk tolong Mike.. So Bad Boys is back. Kali ni depa bekerjasama dengan AMMO.. satu underocver team dalan police jugak la.... 

(credit to Google) 

AMMO team.. Hat kiri sekali tu... Meoww


Sekali Rupanya2 nya drug cartel di Mexico, Isabel Arates ni yang nak sangat bunuh Mike ni. Kiranya dia nak bunuh semua orang yang dah bunuh suami dia la.... 

(credit to Google) 


But thats not all... I will not tell you everything... Ada plot twist dekat situ ya. Aku ingatkan dia nak bunuh Mike sebab Mike tangkap laki dia ka apa ka... Rupa2 nya ada sebab lain.... 

Kalau hampa nak tau sebab apa... 
Hampa kena la pi tengok sendiri....

Overall..aku bagi 5 bintang... 
Laki aku tak puas hati plot twist yang depa buat tu... Tapi aku rasa best ja... Dia ni suka ja nak cerita yang mendatar biasa balas2 dendam yang biasa2 tu... 

Tapi banyak la plot yang mangkaq gila... Biasa part Marcus la yang nak mangkaq pun. Will Smith kan dalan cerita ni macam kool2.. Mat cool kawan ku...






Nah trailer untuk hampa hat tak tengok lagi cerita ni. 


So sapa tak pi tengok lagi.. Silakan pi tengok okkkkk.. Dijamin tak menghampakan.. Kami dapat tiket FREE dari TGV... tak rugi setia dengan TGV kan... 

(credit to Google) 

Hat kanan tu dijangka meletop selepas ni. Katanya berlakon dalan cerita Riverdale dengan Chad Micheal Murray... Cerita ni ada kat netflix.. Nanti aku nak try layan. 

Akhir kata.... 

Bad boys... 
We ride together
We die together





Seperti yang dijanjikan sebelum ni.. Review for Frozen II. kami pi tengok sempena Birthday Aishah yang lepas dekat First Avenue, Penang.

Biasa lah bila ada anak perempuan ni mesti dia punya excited nak tengok Frozen II ni lebih kan. Mama depa ni pun tak kurang gak tak sabaq2 nak tengok dari hari tu lagi.


Cerita Frozen II ni bagi aku best la jugak... Walaupun agak berat untuk seorang budak nak hadam cerita Frozen II ni psaipa.



Cerita dia berkisarkan macam mana Elsa boleh ada power. Apa disebalik "hikmah" Elsa ada power tu.. Wahhh gila hikmah gituuuu....



Masuk habis la pasal perjanjian masa2 silam.. Which for me... Agak berat la untuk Budak2 nak paham. But it's OK... This story is a legend... Bila tengok nanti keluaq dekat Disney ka boleh record dalam decoder and bagi depa tengok sampai lebam bagi depa paham.

Pastu dalam cerita ni... Elsa and Anna pun makin lawa. Part Kristov tu macam boringggggggggggg...... Hahahhaha. Part lagu aiyooo payah nya nak nyanyi oiii....
Aku cuma boleh humming part hat mystery voice panggil Elsa tu ja.

Aku pulak pi tengok dekat TGV beanie bag tu kan... Sedap la nak baring dengan Ecah si birthday girl time tu.



Overall.. Bagi aku best la jugak... Ada jugak part boring mcm Kristov tuuu.. Ada part yang sedih... Ada part mcm creepy masa yang voice panggil Elsa tu.. Ada part yang terlampau berat untuk Budak2 paham... Cuma tak puas hati awat lagi dia susah sangat nak nyanyi kali ni... Olaf macam biasa la penyeri dalam cerita ni. Takdak dia rasa tak gelak la tengok cita Frozen II ni....


Assalamualaikum

So how's ur Eidul Adha? Aku tahun ni husband buat korban, so beraya di Penang la kita kan... Mak aku n d rest of my siblings beraya di KL. Plannya on d second day of eid Adha nak pi beraya ke KL... sekali esok /selasa ada guest nak masuk kat homestay aku. So, memang takla kan nak pi KL satu malam ja.. Esok Pagi2 dah nk kena rushing balik sini sebab guest nak masuk rumah kan.


So berbalik kepada cerita Hobbs & Shaw ni.. Aku pi tengok hari Jumaat hari tu.. Hari yang sama Penang kena ribut tu. Nasib sempat balik ke rumah before ribut tu.


Helok dua2 ni. 😍


Untuk cerita Hobbs & Shaw ni..peminat2 Fast & Furious mesti la tau kan sapa Hobbs & Shaw ni kan. Depa dua ni kira musuh ketat la.. Stock xleh pandang Muka punya la. Macam biasa la aku memang suka lakonan The Rock /Dwayne Johnson dengan Jason Stantam ni OK. Memang botak kegemaran aku dua2 ni. Hahhaha



Untuk orang lain maybe action dia macam biasa ka apa. Tapi untuk orang macam aku yang dah lama gila tak tengok action movies dekat cinema.. Memang rasa best la kan. Lain tau feel tgk action movie yang baru keluaq dekat cinema dengan tengok dekat rumah... Lainnnnn weiii Lainnnnn.... Biasa la nama pun mak2 kan.. Ada anak kecik ni.. Pi cinema layan kartun ja lah.. Kali ni la test market tgk anak2 aku OK ka I dakkkk.... Nasib both of them okkk ja... Cantikkkk.. Lepas ni boleh bawak lagiii. Hahhaha




Macam biasa la kalau dah nama Fast & Furious ni.. Action dia memang kalah cerita tamil bagi aku. Kena lanyak sampai lunyai pun steady lagi bangun macam xdak apa2 kan... Standard action dia two level ahead dari cerita tamil. Kahkah. Tapi enjoyyy la kannnnn.. Even muhungggg pun muhungggg lahhhhh...



Cerita dia pun dah lain level dari Fast & Furious 8, The Fate of The Furious tu. Ni dah level2 main virus... Robot terminator bagai. Hahahhaha. Yang jadi villain pun Idris Elba... Nigger ni hensem helokk. Sapa tengok cita Kaiju2 tu mesti kenai Idris Elba ni...

Ada satu part tu kat Russia tau...dekat nuclear reactor power station tau. Rupa dah macam Chernobyl dah. Lepas tu ada part kat Samoa, part jumpa family Hobbs kat Samoa tu. Pastu dalam cerita ni pakat cerita la background Luke Hobbs and Deckard Shaw ni...pasal family Masing2 la. Shaw ni kira 1 family memang otak villain. Hahahhaha.



Last macam besaaa laaa.. Herooo kena menang laaa... Sedangkan sebelum ni punya cerita submarine pun boleh kalah ngan super cars ni kan setakat heli lawan ngan geng2 Samoa yang takdak machine guns semua tuuu...

Nak tauuu dengan lebih details.. Sila lah pi serbu and tengok sendiri naaa.... Yang paling best dalam ni ada lah terselit jugak Ryan Reynolds dengan Kevin Hart. Mangkaq dua2 ni... Sapa tak tengok lagi Central Intelligent kena pi tengok cita The Rock dengan Kevin Hart ni.. Gila mangkaq.. Tak larat gelak weiii....



Special appearance, Ryan Reynolds. Mana tau lepas ni Hobbs & Wade & Shaw plak ka


Hahahha. Mangkaq ada selit gak Kevin Hart ni. 

Nah trailer untuk hampa semua... 



Overall:
4.8/5.0

Yang tak pi tengok lagi Sila kan pi tengok OK. Kali ni ada terselit2 gak la unsur humour tu bila ada Ryan Reynolds dengan Kevin Hart tu. Overall memang aku enjoy la tengok

***all pics credit to Google. 







Assalamualaikum

Hampa dah tengok ka cerita Aladdin uolls?



Hai rasa bulan ni banyak nak cerita pasai muvie yang duk tengok ja lah. Baik dekat cinema, Netflix or Fox Muvies ka. Rasa mcm tak tau nak update apa. So cerita pi lah pasal muvie pun ok apa. Dari duk biaq blog ni bersawang kan.

Untuk pengetahuan hampa muvie Aladdin aku rasa baru ja ditayangkan sebelum Raya hari tu. So masa Raya hari tu ada la duk pasang cartoon Aladdin yang zaman kita kecik2 dulu dekat Netflix untuk flashback balik memories and saja la introduction untuk anak2 aku kan. Satgi perak plak tak tau Aladdin tu cita apa. Serious cakap aku pun macam Lupa2 ingat la. Cuma ingat Aladdin.. Princess Jasmine n Genie la kan. Bab2 Jaafar tu Lupa2 ingat sangat lah kan.


Ingat2 lupa wei. 1992 kot. Lani 2019 dah kot. Dah 27 years passed by dah kot. Aku pun time tu baru darjah 1. Mana mau nya nak ingat kan. 


And cerita Aladdin 2019 ni pulak kiranya movie yang bukan watak cartoon lagi dah. Kiranya memang REMAKE dan dilakonkan oleh manusia la kan. And pelakon yang paling dikenali di Alam semesta kita ni tak lain tak bukan Will Smith kan as Genie. Genie pun nak kena hensom. Aladdin semua tu memang mula2 yang tak familiar la untuk aku. Tapi Rupa depa tu sesuai la dengan watak depa kan.

Untuk cerita Aladdin 2019, sama jugak Jalan cerita dia dengan Aladdin cartoon Dulu2 kita duk tengok tu. Cuma ya bila orang berlakon, of course bagi aku lagi best. Dengan menyanyi bagai. Dengan props dekat istana semua tu. Cantik sangat.

To be Frank kalau hampa harapan kelainan dari cartoon memang aku rasa takdak dari segi plot cerita. Cuma maybe ada la skit2 perubatan Dan penambahan cerita nak bagi nampak cerita ni more Live kannnn... Yang lain aku rasa Semua sama ja. Cuma aku rasa dengan kehadiran Will Smith as Genie memang mengamatkan Dan menghidupkan la cerita Aladdin ni.



Yang Princess Jasmine lakonan Naomi Scott actress kelahiran England ni memang mnjadi la. Aladdin lakonan Mena Massoud actor dari Canada ni pun aku rasa kena lah watak Aladdin tu. Muka kira tipikal tak hensem Tara mana la untuk jadi putra raja kan. 😝😝😝



So overall, aku rasa boleh bagi 4.8 /5.0 bintang untuk cerita Aladdin 2019 ni. Hampa yang tak pi tengok lagi kat cinema. Pi la tengok na... Aku rasa berbaloi kot. Lagi2 part2 last tu semua orang dalam cinema tu enjoy habis dengan lagu and tarian penutup cerita. For those yang enjoy musical movies... This one is MUST for u.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS