Hai Assalamualaikum semua,

Setelah kelaut sekian lama, baru pulanh ke daratan. Nasib jugak bertemu jalan ke daratanšŸ„²

Kali ni mak nk cerita simple resipi tapi resipi kejahatan yang menambah-nambah nasi. Masha Allah lagi sekali kalau diet bisa ke laut dalamšŸ˜‚


Nama masakan aku tak tau la apadia. Aku pun tengok orang share ja. So aku pun try lah. Ni aku panjangkan pahala orang yang share resipi ni urk korang pula try buat sendiri.


 Resipi simple tapi sedap nak matiii

Bahan2;

Ikan temenung

*4 ulas bawang putih 

*1biji bawang besar size sederhana

*3 biji cabai melaka merah(yang pedas tu)

3 keping asam keping

1 sudu sambal belacan

Daun kesum

Air secukupnya

Labu air/ timun-optional

Garam

Maggi cukup rasa

Gula


Cara-caranya: 

1. Tumbuk bahan bertanda *. Cabai melaka merah tu tumbuk kasar.

2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam periuk yang berisi ikan dan labu air.

3. Then tambah air,asam keping, sambal belacan dan daun kesum. Dan biarkan mendidih.

4. Season to taste with garam, maggi cukup rasa and gula. Agak2 la bagi rasa balance. 


Done


Simple bukan? So selamat mencobah ❤️❤️❤️



SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Resepi ni boleh buat bocor periuk ni...hahaha..fav akak..all time

    ReplyDelete
  2. Ala2 masak pindang pun ada kan…tak kiralah apapun nama asalkan sedap sudah

    ReplyDelete
  3. sdapnyaa....tak pernah nampak tak sedap Alia masak

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS