Su Ail Kenari, Bayan Lepas

by Alia Farhan, 10:10 AM

 Hari Ahad lepas, selepas seharian lepak dekat rumah ja. Budak2 ni pagi ada tuition and kebetulan pagi tu mama depa kena sopak garam ala yg alergik naik mcm binta2 merah mcm peta dunia tu…maka telan la ubat gatai nak hilangkan kegatalan tu wei.

So pagi tu papa diorang la hantaq bebudak ni gi tuisyen. Mama ni puas la kat rumah bersengkang mata kat rumah ni takut terlena. Kang menangis pulak dua2 tu kalau mama lambat kang. So tengah hari tu mmg x masak la jawabnya. Balik tuition terus la makan dekat area taman tun sardon tu jugak. 


And sampai ja rumah terus mama pesan dekat kakak tengok adik mama mngantuk nak lena sebab ubat gatai ni buat mama mengantuk. Bayangkan aku tidur dari pukul 2 sampai pukul 4.45 petang. Tu pun bangun sebab Adriana kejutkan sebab lapar sgt. Dah bagi dia n aishah makan, aku sambung tidur wei sampai 6.40 petang. Alahai teruk nauuu kan. 

Time tu memang bangun-bangun lapaq la kan. Dalam otak dah set aku nak makan siakap 3 rasa dekat Su Ail Kenari Bayan Lepas taknak dekat D Piazza sebab dekat sini bagi aku makanan-makanan dia lagi sedap. Especially siakap 3 rasa dia tu. Memang padu ke hati betul lah cita dia.


Haaa kemain lapaq kan.. macam2 order!


Pujaan hati dinda. Dia punya tiga rasa ni mmg igauan ku. Rasa tak pernah tak win!



Daging merah dia pun sedap kalau nk compared kt D Piazza tu..


Sotong celup tepung dia ..sebelum order tu tanya gak ni celup tepung mcm biasa ka mcm cucur cekodok tu..blurr ja kinah tu dengan soklan aku. So xyah la nk pelik celup tepung kedai siam ni mmg dia akan buat cekodok sorong. Tapi nasib sedap🤪


Moh la makan. Ecah da hingaq mama ni Ecah lapaq la


Kangkung goreng belacan. Aku sorg ja kot makan🤭 
Yang lain tomyam tu ok la. Telur dadar pun xkan la x ok kan. Kalau telur dadar pun xok jangan bukak kedai makan la senang gitu. Hahahhaha

Dah puas hati makan macam ni kenyang macam gini baru RM77. Ni makan kat Dome sampai RM200 rasa ntah hapa2. Aiyooooo sadisnyaaa. Takyah gedik nak makan kt Dome dah lepas ni🤣🤣🤣

Oklah, chiao hampa






SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS