Sambungan dari cerita sebelum ni…yg unplanned trip ke Perak hari tu….dari Teluk Intan kami turun ke Ipoh dan singgah di Kellie’s Castle…

Kellie’s Castle ni antara bangunan bersejarah la jugak di Malaysia ni kan. Dibina oleh seorang Scottish Man yang datang ke Tanah Melayu zaman2 British tu.


Cantik betul istana dia ni



Sedikit sejarah mengenai Kellie’s Castle

Istana  Kellie atau Kellie's Castle (kadang-kadang digelar Kesilapan Kellie (Kellie's Folly) ialah sebuah istana kota yang terletak di tepi jalan Simpang Pulai ke Batu GajahNegeri Perak.







Rumah Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1905 oleh seorang peladang getah terkemuka Scotland bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar AgraIndia. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras



William Kellie Smith adalah dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getahdan menceburi industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, dia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company. 

Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Scotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya ialah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. 


Ruang tamu



Lift pertama di Tanah Melayu yang tak berjaya disiapkan



Nak turun ke wine cellar ni rasa serem skit




Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.

Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon Portugal (pneumonia-Spanish Fly)untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya. (Credit to Wikipedia)


Jom lah layan gambar-gambat dekat sini…yang pastinya lawa gila kalau nak bergambar dekat sini…bagi yang ada anak2 kecik baby2 tu takla disyorkan ke sini ya… biasa la tempat2 macam ni ada la yg dah jadi penghuni tetap kan.



Ni dekat bangunan lama…tapak awal rumah lama dia


Ni la gmbaq paling berseri aku rasa


Ramai betul kat sini


Pakai baju warna ni terus naik seri


Payung pun nak kena vibrant



Ni dalam master bedroom dia


Ni dekat rooftop dia


Time ni anak2 dah taknak bagi kerjasama


Kan da cakap …haaa ada unsur2 👻👻👻 gitewwwww


Memang sangat cantik ya tempat ni…korang boleh la melawat ke tempat ni ya…sesuai la untuk yang suka bergambar lawa-lawa tu

Tiket tak silap aku sorang dalam RM5 dewasa and RM2 budak-budak kot…kalau tak silapnya lah…dah lupa dah…












SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Cantiknyaa..

    Dah lama teringin pergi tapi kita ni lemah semangat hahaha.

    ReplyDelete
  2. bestnya.. busyra belum pernah smpai sini.. wlaupun dulu study di perak.. haha

    ReplyDelete
  3. Study kt perak tempat ni wajib singgah photoahoot tp sblm maghrib mau balik sbb rasa seram dok lama2

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS