Cara Buat Daging Kering

in , , by Alia Farhan, 3:45 AM

 Disebabkan ramai gila tanya daging kering tu daging salai ka daging apa ka apa ka…

Meh sini aku nak cerita sikit pasal daging kering ni…macam ikan kering…sotong kering mhupun udamg kering…daging kering ni adalah daging yang dikeringkan dengan kaedah pengeringan dan dijemur di bawah cahaya matahari ya.





Berbeza dengan ikan kering,udang kering dan sorong kering yang diawet dengan garam yang banyak. Daging kering ni pengunaan garam dia minimal ja sis. 

Ni cara turun temurun dari arwah tok/nenek aku. Orang dulu2 kan mana ada peti sejuk. Time raya haji la orang buat korban dapat makan daging2 ni..so bila dapat daging banyak..bukan ada peti ice pun kan..cara terbaik adalah keringkan daging2 ni

Ni cara nya diturunkan kepada mak aku..so aku share la dengan korang semua ya..



Daging dipotong slice.
Pastu tabur garam dan gula merah/brown sugar. Lebihkan brown sugar untuk bagi warna daging sedikit merah dan percikkan sedikit cuka ke dalam daging yang diperap. 
Gula dan garam tu jangan terlampau banyak ya. Tapi lebihkan gula dari garam.  Biarkan dua malam ya. Holeh simpan dekat luar or peti sejuk bahagian chiller tapi mak aku dia letak dekat luar ja.



Lepas dua malam korang boleh la jemur ditengah2 panas macam ni ya.musim  sekarang ni memang sesuai gila la nak buat ni sebab cepat ja dah kering.

Pastikan betul2 kering ya. Daging ni korang boleh prep la untuk emergency. Rasa dia pun tak masin. Ada rasa yang unik yang korang mesti cuba.

Macam yang aku pernah share dekat post sebelum ni psal daging kering. Masa nak masak makan tu jangan lupa rendam dengan air 2-3 jam nak bagi dia tak keras sangat. Macam sotong kering tu haaa.. lepas tu boleh la buat goreng dengan bawang pun dah cinggg gilaaa..


Kalau buat masak cabai kering ni lagi kelaut dalam lah diet ko…macam resipi yang lepas 


Ok tu je nak cerita..aku pun nak try buat sendiri jugak ni sebab ni fav aku sangat ni…






SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Duduk rumah ada kawasan laman boleh buat.. antara rajin dgn tak 😅😅

    ReplyDelete
  2. Kat rumah kita tak boleh buat cenggini. Nanti dagingnya hilang 😅. Hu3. Almaklumlah. Dekat taman yang Syu duduk ni banyak beno hidupan.

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS