Resipi Ayam Negro

in , , by Alia Farhan, 3:07 AM

 


Ayam negro nama di beri negro


Assalamualaikum.. Lama dah tak share resipi kan kat blog ni.. Rindu pulak nak masak2 semua tapi tu lah haiii malasnya. 
Tapi bila buat menu macam ayam negro ni sedap ja. Menu ringkas tapi semua orang suka... 


Bahan-bahan pun apa yang ada dekat rumah ja... 

Bahan-bahan:

Ayam gaul kunyit dan goreng(aku guna AF ja senang) 
1 biji bawang besar utk blend*
1 biji bawang besar dipotong untuk tumis dan  finishing nanti
5 ulas bawang putih*
3 ulas bawang putih diketuk
5 biji cili kering*
Daun bawang
Kicap pekat 
Kicap manis
Gula
Garam
Maggi cukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Goreng ayam yang dikunyitkan tadi dan ketepi kan bila dah masak. 
2. Blend bahan-bahan bertanda *. 
3. Tumis bawang besar dan bawang putih yang diketuk sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan yang diblend tadi. 
4. Kemudian masukkan kicap pekat dan kicap manis dan kacau-kacau. 
5. Perasakan dengan garam(tapi jangan banyak ya), gula dan Maggi cukup rasa ikut kesesuaian tekak masing-masing. 
6. Then masukkan ayam yang di goreng tadi dan kacau sehingha ayam bersalut dengan kuah. Kalau nak kuah boleh tambah kan sedikit air. 
7. Then masukkan balance bawang besar dan kacau-kacau lagi. 
8. Lastly dah nampak ok semua boleh katup api and angkat hidang. Jangan lupa garnish kan dengan daun bawang.... Dah siapppp


Sedap rasa dia.. Makan dengan nasi kosong ja da sedap gilos


Tapi hari tu terajin... Maka terjadi lah lauk-lauk lain sekali.... 
Hehehhe... Time mood rajin kan.. Sekarang mood tak berapa nak rajin... Dapor pun tak berasap! 

Korang long weekend ni ke mana ja? Kita orang mereput di Penang ni 🤣 🤣 🤣 







SHARE 6 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS