Through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign, 9 Honda models are up for grabs for lucky Malaysians. This campaign commemorates Honda Malaysia’s milestone of achieving 900,000 sales units in the third quarter of 2019. This campaign is also to reward Malaysians for their strong support for Honda Malaysia since its establishment.  

The campaign will be running at all 90 Honda sales dealerships nationwide as well as through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign nationwide tour from August to September 2019*. All Malaysians are invited to join the campaign giveaway by registering their details first through QR code or visit to the campaign’s website. The customers can then visit the nearest dealership and take part in the activities arranged by Honda Malaysia to earn giveaway tickets*.



 The activities include spotting and taking pictures of the hidden Honda car name emblem, test driving Honda models and servicing* Honda cars at any authorized Honda dealers. Customers who place bookings or register their Honda cars on 1st August – 22nd September 2019* are also entitled to the tickets. The more tickets collected, the higher the chance to win the Honda models.  

Honda Malaysia Managing Director and Chief Executive Officer, Mr. Toichi Ishiyama said, “To celebrate this momentous achievement of reaching the 900,000 sales units, Honda Malaysia would like to share the joy of this milestone through the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign. Lucky Malaysians will get to win models such as Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V and Accord. This initiative is also an opportunity for Honda Malaysia to say thank you and reward our customers for making us the No.1 Non-National car brand in Malaysia. I hope to see a lot of Malaysians grabbing this opportunity to participate in the  giveaway and I look forward to seeing the lucky winners who will be driving home our soughtafter models.”




Established in 2002, Honda Malaysia has many outstanding achievements in the company’s history. Honda Malaysia successfully rolled out its first Completely Knock-Down (CKD) model, the CR-V a year later and since then, the company continued to introduce popular models such as Jazz, City, Civic and other new models to Malaysians which went on to become No.1 in their respective segments. Continuing the momentum, Honda Malaysia has also introduced the Next Generation Advanced Technology in its model line-ups, starting with the Turbocharged, Sport Hybrid i-DCD and Honda SENSING. In addition, Honda Malaysia is the only country after Japan to introduce Sport Hybrid i-DCD in its models after being the pioneer to introduce Hybrid technology in Malaysia in 2004.  

The various achievements and milestones recorded by Honda Malaysia are made possible through unwavering Challenging Spirit and the strong support from the Malaysian government, Honda dealers, business partners, suppliers and fellow Malaysians. The company is committed to meeting customers’ demand by offering them the highest quality of products and be the company that society wants to exist through excellent customer service.  

To register or for more information on the Road to 900,000th Unit Milestone Campaign, customers can log onto the campaign’s website honda.com.my/microsite/900k or visit its official Facebook page https://www.facebook.com/hondamalaysia/

* Terms and conditions apply

****psssttt... I will let you guys know the details how to win one of the coolest Honda's car. 
OK la kali ni nak cerita tempat makan best pulak dekat Alor Setaq sebab aku balik Jitra baru-baru ni.

Disebabkan petang tu kami merayap2 di area Aman Sentral depan dia tu yang dekat Menara Alor Setar tu.. So terus la cari makan sekali kan Alang2 tu. Ajak mak aku, dia penat n kenyang lagi sebab baru ja balik  dari reunion sekolah dia. Ada wat makan2 bagai. Kelas kau maktok reunion tak berenti balik mai Jitra ni.

So kami pun pi la 4 beranak kami. Adik aku pun pernah tagged aku pasal kedai ni dekat post fb tapi biasa la tak ingat yang mana satu. Ni pun laki aku la duk cari tempat viral. Sekali nampak smoked ribs ni bergelora la member.

Aku kan tengahhhh dietttttt... IF la eat clean la... Sekali balik Jitra... Hilang IF Lama2.. Jadi eat clean ja.. Malam tu jadi keto diet pulak. Kahhhh!

Disebabkan Aman Sentral dengan tempat ni pun bukan jauh mana pun. Maka dengan  ini harus la kena pi kan.

Located dekat Jalan Putra, setentang dengan sekolah STAR. Dekat nerai cimb n maybank tu... Tapi kedai ni kat dalam skit. So hampa kena cari la skit. Tapi tak susah pun nak cari. Senang ja.


Ni Haa kedai dia. 


OK la nice environment. Not bad. 




Ni ha menu2 dia. Bagi aku quite cheap and reasonable. Tapi rasa time ni tak tau la lagi macam mana kan. 


Ni yang smoked line dia. Bagi aku harga still consider as reasonable. Kalau kt Beard Brothers kat KL laki aku mau berdarah juboq nak bayaq. Kahkah. 


Simple! Aku suka tengok kedai ni... 


So jom tengok kami order apa... 


Nin dia Haa.. Kami mintak yang for 1-2 persons tu. Tapi sadly ribs dah hbis sebab tinggai utk org yg da reserved sajia. So kami add on dekat pulled lamb. 


Pulled lamb n beef brisket. Sedap uiii


Side dish. Aku mintak roti gardenia tu banyak2.. Then stuff everything dalam tu and ngap macam sandwich. Sumpah sedapppp yakmattt. 


Ni spicy beef macaroni yang Rm8.90. First bite... Wala weiiii.. Sedappp lah. Laki aku pun terkeduuu. Kahhhhh


Ni untuk anak2 aku. Aku tak rasa pun. But laki aku kata sedap not bad at all. 




Lepas makan.. Big boss pi bayaq. N borak2 ngan tokey dia. Guess what all in RM90+


Ni tokey duk prepare untuk yang dah reserved siap. Macam ni la kalau tidak yang ribs tu. Next time boleh balik makan lagi. And booked awai2. 


Komen aku... Sedap, murah, berbaloi untuk Cuba. Aku boleh cakap ni.. Adalah the new level of Malay's Western Food untuk area2 Alor Setar. Aku ni kalau kedai so so memang aku jarang nak review masuk dalam blog tau. Nak2 pulak kalau makan bayaq sendiri. Definitely be back again! Semoga murah rezeki tokey kedai ni sebab serve a good food with a reasonable price. Caya lah.. Steady broh! 


Overall rating:

5/5


Details :


No 22, Kompleks Perniagaan Litc Seberang Jalan Putra, Jalan Putra, 05150 Alor Setar, Kedah


Phone

0175928669





Outdoor activities with kiddos

by Alia Farhan, 9:06 AM
Masa visiting Perth last year, sempat la bersembang2 dengan Malaysian yang dapat PR and stay kt Perth sana. He's settled down there for good. Bestnya dengaq cerita dia pasal staying there in Ausie.

He was in Sydney before moving to Perth, the reason is they are having a kid and Perth is d most suitable place to settle down. One of d reason sebab dekat Perth ramai ya Malaysians stay dekat sana esp Malay. And they even have a strong community there. Ada dalam list fb aku.. Banyak Malaysians yang stay kat Perth ni... Siap ada mengaji macam kat madrasah lagi. Kelas agama. Gathering pun nampak best2. Pendek kata nampak macam sangat best community kat sana.

And paling aku terkesan bila Abang tu cakap kita stay kat Malaysia ni dah me lawan fitrah. Bangun pagi sebelum cerah dah pi kerja. Balik malam tak sempat tengok anak2. Beriadah dengan anak2 lagi la. Memang lain sangat dengan depa2 yang stay dekat Perth yang sangat2 lah laid back nya. Even shopping malls on weekend close at 5pm ya. Kalau kat Malaysia.. Silap2 extend pukul 12. Kahkah!


Masa kt Scarborough Beach, Perth. Time ni Ecah pun kecik lagi. Geram banyak akai... 


Masa kat Perth, aku suka gila tengok how they spend their time with the kids. Banyak outdoor activities. Dekat Park la.. Dekat tepi pantai la. Or kalau long weekends depa akan travel keluar ke countryside. Camping la. Macam2 la. Kalau sapa follow Chris Hemsworth aka Thor pun hampa mesti perasan masa dia balik Ozie hari tu dia ada pi countryside belah2 Western Australia gak kat Kalbarri tak silap aku. Bercamping and bonding dengan family dia.

Memang time2 tu duk tengok gak "kawan-kawan" dekat Perth duk kecoh Thor ada kat WA. Eh aku pun tumpang excited. Kohkoh.. Apo...

So bila kat Malaysia ni, aku tengok kita punya culture sangat la different... Tak yah cakap orang lain.. Aku n family aku pun sama. Asyik weekend ja me lepak kat mall. Ntah hapa yang  best sangat tu ntah la. Kalau Gurney Plaza tu sampai dah tak tau nak pi ke mana dah. Punya la boring.


Masa ni bawak dua ketuls ni main dekat Taman Belia. Kemain seronok haaa. 


This kayu balak jongkang jangkit ni best. 



So me and my husband try to change our culture. Try to change our bonding style. Kami nak anak2 kami exposed to outdoor.
Macam seronok gak bila spend time outdoor. Duit pun xla laju keluaq macam ayaq kan. Lepas tu wah keluaq peluh jantan kau. Cuma yalah.. Panas kan.. Hahahha. Merah2 Muka anak2 aku.


Bawak main kat pantai pulak. Nama pun duk Penang kan. 


Kemain Haa. Masing2. 


Tapi overall... Anak2 aku heppy la.. Walaupun Masing2 Muka merah ka. Siap request nak outdoor selalu. Sebenarnya depa ni yang penting boleh main dekat luaq ja dengan kami. Macam lani...laki aku plak busy ja dengan reja sebab ada project tengah Jalan kan. So xdapat la kami nak outdoor sangat pun. Habis2 sangat main dekat playground bawah ja lah.

Korang macam mana pulak? Prefer bawak anak2 keluar buat activity dekat indoor (mall) ke outdoor lagi?











Sebut kombucha tea aku rasa ramai orang Melayu kita ni tak aware apa ke benda... Tapi kalau sebut ja cendawan mekah.. Mud2 ka mesti depa ka ha tauuu... Hat masam mm piawww tuuu kannn... Euwwww tak sedapppp langsung

Tak sedap langsung sebab hampa tak reti bela n buat bagi sedap. Kalau nak tau kat negara2 mat salleh sana.. Depa siap buat commercial drink macam perisa lagi.


Credit to above mentioned ig

Ni haaa.. Siap commercialise kan lagi. 

And kombucha ni bukan lah Sejenis cendawan yang macam mana di claim kan tu. Mekah lagi la takdak kena mngena. Asal nak nampak Islamic ja hampa petik buh Mekah la Madinah la.. Kalau nak nampak yahudi skit buh cendawan Tel Aviv OK.

Dan sebenarnya... Kombucha ni adalah terdiri dari SCOBY (symbiotic colony of bacteria and yeast). Takdak kena mngena ngn cendawan pun haihhh! Scoby ni widely used in traditional food or drink. Salah satu ya cuka!


Credit to Google. 

Ni la Rupa scoby tu kalau duk biaq dia. Macam nata de coco pun ada. 


Kalau hampa nak tau benefits of kombucha.. Meh tengok kat sini apa dia benefits dia. Yang paling berkenan untuk aku... Memang dia improved aku punya  digistive system aku. Lpas minum ja standby la cari jamban. 


Credit to Google. 

Cara nak buat and prepare pun senang ja...



Ni aku buat pakai Teh biasa ja. 

But before belajaq macam mana nak buat sendiri kombucha tea ni... Hampa kena la ada starter dia. Starter dia ni consist of scoby and tea starter. Baru la jadi ya. Sama macam nak buat tapai kena ada ragi kan... Haa mcm tu la kombucha tea ni. 

Lepas dah Dapat starter.. Kena cari bekas yang sesuai ya. Tak boleh guna bekas besi/stainless Steel etc ya. Botol plastic pun x digalakkan... 

Credit to Google. 


So ni pulak cara nak buat kombucha tea. 


Credit to Google. 


Yang atas ni sampai Dapat yang base kombucha tea tu. Kalau nak tambah flavour... Boleh buat second fermentation letak buah2 macam aku buat ni... 



Ni first time buat 2nd fermentation letak buah. Guna passion fruit. Sedap hoiii


Ni mnggu ni. Sajia buat dua flavors.. Strawberry dengan passion fruit. Pun sedap

Yang 2nd fermentation boleh buat sehari and up to 7 days. Tapi buat 2 hari pun dah ok. 



Nampak tak beza warna dia? Full of flavour OK. 




Selain dari tu hampa kena tau gak keadaan scoby hampa after a while duk bela dia. Hat Lama2 tu boleh buang. Sebab setiap kali hampa buat new fermentation process, dia akan koi membiak dan beranak pinak OK. 

And suka lah diingatkan, boleh tuai untuk minum masa 7-10days..paling lambat 14 days. Kalau tak Guna n harvest gak dalam 21 days.. Boleh buat n Guna as cuka. Kalau dah berbulan2 tu jangan la gatai2 nak minum ya. Sebab time tu kandungan alcohol dia dah tinggi. Ya suka dimaklumkan di dalam cuka memang terdapat alcohol tapi kandungan alcohol dia terlalu sikit dan tak memabukkan. So hukum dia tak haram. Cuma bila kandungan alcohol dah tinggi dan memabukkan (khamer).. Maka wajib dan haram diminum. 

Cara nak jaga Scoby.. Hampa boleh tengok dekat bawah ya. Scoby ni biasa la dia boleh contaminated jugak dengan mold n bad fungi etc. So kita kena la pandai jaga jugak tau. 

Credit to Google. 

Macam mana rasa dia? 

Pernah minum zaple tak? Tu lah rasa kombucha tea. Kalau letak flavour buah.. Rasa la mcm sparkling juice or barbican tu. Dia ada macam gas2 jugak tau. Sedapppp. But of course this one is low in sugar. 


Layan woo minum Sambil tengok TV malam2. No nid coke or Pepsi dah. 


For those yang nak Dapat kan starter kit untuk Kombucha boleh wassap aku... 
0133363775. 














Assalamualaikum

Dah lama sebenarnya nak cerita pasal Buy 1 Free 1 meal dekat Swensens ni tapi asyik terlupa saja. Maklum lah faktor penuaan kan. Semua dia nak tapau cerita tapi Last2 semua dia perammmmmm. Pastu lagi mau bilang hari2 nak update blog kannnn. Ya2 memang kdang2 tu takdan cik oiiii.

So kali nak cerita laaa psai Swensens kt Autocity ni. Macam biasa la sebab rumah aku ni dekat ja dengan Autocity ni.. So bersepah2 la kedai makan yang ada. Pilih la nak makan kat mana kan. So in order to maintain n sustain their business, Swensens Autocity comes out with the ideas selling coupon/voucher u can call whatever u want la kan. So voucher ni harga dia RM19. 90 shj. Dalam voucher/coupon ni ada banyak gila coupon Buy 1 Free 1 meal tu. Rasanya ada la dalam 8 coupon for Buy 1 Free 1 meal tu. Dalam tu ada la free clam chowder ka.. Crispy fried chicken ka.. Ice cream ka... 25% off ice cream n etc.

So utk setiap kali dine in hampa boleh guna utk meal tu 2 voucher/coupon.. Kira worth it la. Beli 2 meals.. Dapat 4 meals. Dia akan kira harga yang tertinggi. Bagi aku dis is a good one for customers side n for Swensens side la kan. Dua2 Dapat benefit. Kiranya Dapat save a lot. N for Swensens they have their own return customers.


Ada 8 coupon Buy 1 Free 1 kot. Untung wei. Belum lagi yang 50% la free clam chowder la apa la. 


Bolognese kesukaan Anena


Ni mama dia share ngn Ecah. Kena bersalah banyak oii makan ngn Ecah ni... 



Buy 1 Free 1. Dia kira yg nasi goreng tu sebab nasi goreng tu mahal dari Bolognese tu. 


Yang ni redeemed free sebab ada coupon free utk yg ni



Pulun jangan tak pulun. 



Paling best sebab ada play area mcm gini ha.. Best nyaa

Pssss... 

Katanya dis coupon boleh guna untuk Swensens Autocity and Swensens Aman Jaya ja. Kalau kawasan korang ada Swensens jugak.. Boleh la try Tanya tempat hampa punya promo mcm mana kan.. 






Holaaaa.... Disebabkan cuti lama. Maka aku dengan ini baloq liat gila nak masak. Lunch hari ni aku bawak ja anak2 aku pi makan nasi ayam dekat dengan rumah aku ni. Malam ni nak taknak kena la masak. 

Anak2 aku ni biasa sebelum kul 7 dah lapaq nanti dua2 duk berzikir mama lapaq.. Mama lapaq... Being a good momster kdang2 kena la Tanya gak depa nak makan apa kan. Ikut hati aku nak makan sohun goreng ja buat macam orang siam buat tu. Nak diet kata kan. Sekali Anena cakap nak makan kueytiaw goreng. 

Balik ja dari bersihkan Arissa Guesthouse untuk guest masuk esok, terus la lajak ke kedai Aceh beli kueytiaw.. Ayam skit, sawi, togey and fishball. Memang saja nak buat version char kueytiaw yang ada sawi semua tu. Lama tak makan mcm tu haa... 

Aterrr jom la tengok macam mana aku buat kan.. Sennag ja pun... 



Bahan-bahan :

1bungkus Kueytiaw halus(aku prefer yang halus dari yang besar2 tu) 
6 ulas bawang putih diketuk/tumbuk
4 sudu makan cili kering yang da diblend
Ayam bahagia dada.. Potong2
Fishball belah dua ka 3 ka(aku belah 3sebab nak bagi nampak banyak umpan.. Kahkah) 
Telur 4 biji
Sawi
Taugeh
SOS tiram
Kicap pekat
SOS cili 
Minyak bijan
Garam
Serbuk perasa
Gula

Cara:

1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili blend tu. Tambah air. 
2. Masukkan ayam dan biar ayam masak sama dengan cili paste tadi. 
3. Kalau air kering tambah air sikit, masukkan sos tiram,kicap pekat, sos cili, minyak bijan. Biar semua bahan ni mendidih kalau rasa cili tu macam belum masak lagi tambah air skit. Skit je OK. 
4. Pecah kan teloq dalam kuah pekat tadi.. Biar dalam 1 minit bila nampak telur dah mula masak pecahkan and gaul2. 
5. Time ni boleh perasakan dengan garam,gula Dan perasa. Kalau ada rasa kurang pedas tambah cili sos.. Kalau rasa warna x menarik boleh tambah kicap or cili sis. Ada orang suka kueytiaw dia warna hitam so lebihkan kicap. Aku suka merah2 skit so aku tak tambah kicap banyak sangat lah kan. 
6. Masukkan batang sawi dan kueytiaw.. Gaul biar sebati dengan kuah/paste yang kita buat tadi. Dah nampak semua sekata.. Kueytiaw pun xda bahagian2 yang pucat masukkan daun sawi dan taugey. 
7. Kacau bagi rata tutup api. Tak payah Lama2 sangat daun sawi and taugey tu. Nanti layu and tak crunchy. 



Dah siap. Aku memang Sejenis suka sawi and taugey letak banyak2 and sat ja dekat hujung2 masuk and terus tutup api. So the cruchyness tu still ada. Sebab tu kalau pi makan kat kedai mesti request sayoq lebih. 

Anak2 pun makan laju ja. Walaupun anak2 aku tak la makan sayoq lagi kan. But I'll make sure depa besaq nanti akan makan gak sayoq macam aku dlu. Aku dulu mak aku buat tak tau ja masak buh sayoq. Mak aku malas nak layan nak asing2. Last2 sebab aku malas nak perasing.. Aku makan la jugakkkk.. Sekali sedap rupanya sayoq ni kan...

Ok lah chowwe



© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS