Ada tak dekat sini yang suka makan buah oren? Yes aku antara orang yang sukaaa sangat makan buah oren ni... Sedap kan Dapat buah oren yang manis tu. Dah la sedap.. Kaya dengan vitamin C pulak tu... Tapi kdang2 ada hari yang bila mana buah oren dah habis stock tu.. Mula la gelisah sebab takut in take vitamin C untuk badan tak cukup kan.




So untuk hilangkan rasa bersalah tu memang aku selalu ambil Vitamin C. Sejenis aku ni, aku memang suka sangat vitamin C yang jenis Effervescent tablet tu. Alaa yang jenis letak dalam ayaq tu nanti dia fizzy and larut tu. And one of my favourite brand is Guardian. Yes Guardian, our local drugstore tu. Jangan tak tau Guardian memang ada wide range of their own brand ok. Dari barang mandian sampai ke supplements pun Guardian ada tau.




Kalau hampa nak tau Guardian memperkenalkan cabaran untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mendapatkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kesihatan yang baik.

Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe Challenge merupakan satu cabaran yang mudah, menurut Pengarah Pemasaran, Kesihatan & Kecantikan, Asia Tenggara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd, Cho Do Youn.  



“Tetapkan pemasa yang terdapat di telefon mudah alih anda. Kemudian, tarik nafas yang panjang, masukkan sebiji Guardian Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg Effervescent Tablet ke dalam segelas air pada suhu bilik, tekan butang pemasa tersebut dan hembus nafas melalui mulut sambil gigi terkatup untuk menghasilkan bunyi fizz.

“Tetapkan masa fizz anda selama yang anda boleh. Apabila anda telah tercungap-cungap, minum campuran Guardian Vitamin C + Zinc tadi bagi mendapatkan manfaat kesihatan.

“Cabar rakan-rakan dan keluarga anda untuk melakukan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe di media social sambil berseronok di samping menggalakkan mereka supaya sentiasa ingat untuk mengambil suplemen kesihatan mereka,” ujar Cho Do Youn.

“Usaha untuk fizz memerlukan latihan dan kawalan pernafasan. Disebabkan tabiat saya untuk melaksanakan Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe bersama pengambilan effervescent setiap pagi, saya mampu fizz selama 38 saat. Saya ingin mencabar mereka yang berusia 18 tahun ke atas untuk menyahut cabaran Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe. Lakukan untuk manfaat kesihatan, mahupun untuk keseronokan! Gunakan hashtag #FizzWithMe di laman Instagram atau Facebook dan kami akan mencari anda dan memilih individu paling kreatif dengan kejutan hadiah-hadiah menarik,” tambahnya.



Guardian Vitamin C + Zinc #FizzWithMe merupakan sebahagian daripada rancangan jenama berkenaan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjadi lebih sihat.

Rangkaian penjagaan kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri terbesar di Malaysia telah memperkenalkan satu rangkaian suplemen berkualiti yang khusus bagi golongan dewasa. Dengan lebih 400 cawangan di seluruh negara bersama gedung dalam talian (e-store) Guardian, suplemen kesihatan Guardian bukan sahaja mudah diperoleh tetapi juga ditawarkan pada harga mampu milik, sekali gus membolehkan lebih ramai rakyat negara ini merasai manfaat mempertingkatkan diet mereka bagi penjagaan kesihatan yang lebih baik melalui suplemen kesihatan.

*****************************************************

Jom kawan2 kita join contest n cabaran dari Guardian ni. Korang taknak ka menang hadiah uolls.


SHARE 4 comments

Add your comment

  1. vitamin C mmg bagus.. dpt jdi makin cantik plak.. hehe... nice sharing... sis pun prnh try lg ni.. nnti nk cari gak la, InshaAllah

    ReplyDelete
  2. Nina pun ada amalkan Vitamin C Effervescent . Jenis gini lebih
    sedap dan mudah disediakan. Nak bawak travel pun senang untuk pastikan badan kita mendapat vitamin C secukupnya. Nanti nak try jenama Guardian...

    ReplyDelete
  3. Bnyk tgk org buat cabaran ni iugak. Hehe. Tk tau pulak Guardian ada jenama sendiri untuk vitamin C. Nmpk bagus and org yang consume ni pun nampak sihat sejahtera je. Boleh consider kalau nk boost vitamin C dlm body

    ReplyDelete
  4. Guardian Vitamin C sgt bagus utk kulit kena rajin amal mkn klu nak sihat

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS