Resipi : Makaroni Bakar Air Fryer

So sebelum kami lena kami nak share lagi satu recipe yang best untuk hampa semua. Recipe ni ringkas gila. Pejam mata pun boleh buat aihhh.

Ada bahan2.. Onz teruih buat. 

Bahan-bahan:

Macaroni (rebus dulu) 
Sos pasta (ikut la hampa nak jenis apa.. Aku guna cap Tesco Mascarpone.. Saja nak try.. Sedap jugak) 
Meatball
Cheese (aku guna hat keping dengan mozzarella cheese) 
Sos cili
Garam
Serbuk perasa
Daun bawang


Cara-caranya :

1. Rebus macaroni dan tosskan air dia. Masukkan macaroni dalam bowl sukatan sorang makan. Letak meatball, sos pasta hampa. 


2. Aku tambah sos cili untuk umphh kan ikut tekak melayu aku ni. Lepas tu seasoned with salt n seasoning powder. Hat dua ni tak mau buh pun xpa. Ikut hampa la. 

3. Kacau semua bahan-bahan tadi bagi goi sekata orang kedah kata. Bagi semua bahan tu covered with pasta sauce tu. 


Aku pakai pasta sauce yang ni ya. Beli cap tesco ja. Not bad. 



4. Then baru letak/taburkan cheese atas tu. 


5. Masuk dekat air fryer, aku set dalam 10 minit. Tapi bila dah 7 minit tu dah boleh jengoi tengok macaroni hampa dalam tu rupa apa dah. Kalau cheese semua dah terbakar elok... Dah ok lah tu. 


Jenggg dah siap la tewww. 



Nyumsss sedap nya.. Jangan marah. Senang pun sennag nak buat ni. Less than 30 minutes pun nak buat satu2 ni. 

So kepada mak2 yang buntu nak masak apa.. Boleh la cuba buat ni ya. Mesti semua orang pun suka.... 





0 Comments