Resipi : Asam Pedas Ikan Jenahak Mudah Dan Sedap

9:45 PM

Hai holaaaa
Setelah lama bercuti dari masak memasak kan.
Maka dengan ini bila anak da start sekolah maka mama haruslah lebih rajin dan gigih masak yang sedap-sedap untuk yang tersayang. Kata tahun baru kan. Semangat berkobar-kobar lagi la kan.

Kebetulan last week masa cuti lagi tu aku pi ke Jusco dengan biras aku. Sesaja la nak shopping last minit kat Sephora tu kan dalam Queensbay tu maka habis ja shopping apa bagai kami pun pi la masuk Jusco sebab nak beli barang-barang rumah.

Bila tengok-tengok ikan aduhhhh cantiknya jenahak, ikan merah dan tenggiri cuts tu. Maka apa lagi. Nampak pun fresh. Dalam otak dah ligat pikiaq menu nak masak apa kennn. Harga? Jangan tanya noks...of coz mahai kedaung kan. Zaman pokjib ni nak jimat kena beli bahan mentah and masak je. Seketul jenahak pun dah rm8-9 noks. Malas aku nak bising.

Untuk jenahak ni memang aku da setkan nak buat asam podeh je....



Jom ler tengok bahan-bahannya dan cara-caranya:

Bahan-bahan:

Ikan jenahak 3 ketul
Cili kering 8 biji
Bawang besar 1 biji
Bawang putih 5 ulas
Asam keping
Air asam jawa
Daun kesum (aku ganti dengan daun limau purut )
Bunga kantan
Tomato
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Serbuk perasa

Cara-cara:

1. Blend bawang besar, bawang putih dan cili kering.
2. Tumis bahan-bahan yang diblend tadi, masukkan asam keping dan air asam jawa.
3. Tunggu sampai pecah minyak dan jadi pekat.
4. Masukkan garam, gula dan perasa ikut tekak korang.
5. Then masukkan isi ikan jenahak,tomato, daun limau purut dan bunga kantan.
6. Agak-agak ikan da masak n tomato da lembut skit, boleh la tutup api tu ya. Jangan lama-lama sangat sebab ikan jenahak ni isinya lembut.


Dah siap. Makan ni dengan telur masin perghhhh jauh pergi dia tauuuu.



Perghhhhh menjejes pulak nengok nya haaa.

Psss...korang suka masak ikan jenahak ni masak apa? And korang selalu shopping ikan2 semua dekat mana? Jom share...macam mana korang bajet barang-barang dapur korang





You Might Also Like

21 comments

  1. Akak kan..masih failed masak asam pedas..ikut macam- macam resepi pun masih sam gak failed..kenapa erk..by the way asam pedas Alia nampak sedap betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak masak.lemak cili api...sampai sekarang asyik fail ja kak...
      Rasa xsama pun mcm duk mkn dekat tampin tu😂😂😂

      Delete
  2. Zaza tak pernah lagi masak ikan ni.. Nanti nk try la masak guna resepi ni.. Hihi

    ReplyDelete
  3. Wah nampak mnyerlerakan. Nanti leh cubalah

    ReplyDelete
  4. lama tak makan asam pedas, kalau makan dengan sambal belacan mesti tambah sampai 3 -3 pinggan haha

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nampak asam pedas tu.. tiba-tiba teringin la pula

    ReplyDelete
  6. Waah, kemaren saat taun baru saya makan ikan. Eh ternyata disini ada juga resep barunya. Boleh dicoba buat nanti :D

    ReplyDelete
  7. Baru je masa 1 januari aritu buat asam pedas tapi memang tak menjadi sangat sebab tak cukup bahan. Dah la tak google dulu resei. Pakai taram je hahaha

    ReplyDelete
  8. lama tak makan asam pedas ni..

    ReplyDelete
  9. Seriously nampak sedap...telan air liur dah ni..harus ku cuba resepi ni..hehehe

    ReplyDelete
  10. woahhhhh.. bestnya.. tapi sy xmkn ikan pelik, myb akan experiment guna ikan kembong atau ayam.. hihi

    ReplyDelete
  11. wow nampaknya sedap! i mau jugak!! thanks for the resepi. i nak makan this during cheat day.

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  12. Terngiang ngiang bau asam pedah kat hidung ni tengok gambar alia ni

    ReplyDelete
  13. Suka asam pedas ikan parang, pari or kembung. Hehe..jenahak kurang minat plak. Yg penting kuahnye tu..tengok warna pon tahu sedap kalau hirup ni.hehe.

    ReplyDelete
  14. sedapnya asam pedas, lagi sedap makan panas2 dengan nasi putih...ya Allah..sedappppnya

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Sedapnya, asam pedas ikan jenahak tu!...boleh bertambah nasi dibuatnya...lagi best jika ada telur masin...

    ReplyDelete
  16. Sedap yer asam pedas, all time favourite ni

    ReplyDelete
  17. Lama betul tak perkena Asam Pedas ni. Tengok gambar dalam blog sis pun nampak sedap ja.. huhu

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete