Food Review: Muhamad Loh | Chinese Muslim Restaurant

7:36 PM

Hai hampaaa...
Kali ni kami nak share pasal satu kedai makan Chinese muslim food tau. Sebenaqnya kami dah pi makan lama da. Masa Adriana punya graduation day lagi. Kahkah. Lani baru nak update wei. Apa punya turrr.



Untuk pengetahuan hampa, restoran Muhammad Loh ni terletak di Bertam Perdana, Kepala Batas. So if hampa yang mai ke Penang and nak cari Chinese Muslim food silalah terjah ke sini ya.

Untuk pengetahuan hampa, ni kami makan untuk 5 dewasa dan 3 kiddos.

Jom tengok makanan-makanannya dulu ya.


Sotong goreng tepung. Sedap!


Siakap. Aku tak sure masak apa sebab adik ipar aku yang order kan. Ada bawang merah and bawang putih goreng ranggup-ranggup. Sedap sangat!


Kangkung belacan..padu rasa dia


Chicken butter. Sedap ...memang recommended. Adriana pun suka sangat


Shark fin soup! My all time favourite. Teringat preggy Adriana ngidam nak makan ni. Bila dapat tu nak nangis bila tengah makan. Moment terindah. Thank you la husband melayan cravingness bini hang ni.

So overall, the food is nice. Tempat pun selesa jugak. Yang penting harga berpatutan. Cuba korang teka overall ni semua berapa? Seingat aku husband aku cakap dalam RM140+  which for me not bad sebab makan ramai and somemore shark fin soup tu biasanya mahal kot. 

Untuk hampa yang nak try makan kat sini boleh la buat reservation dulu tau. Mana tau takut fullhouse ka.


Alamat:

No 7-G Jalan Dagangan 9,
Pusat Bandar Bertam Perdana,
13200 Kepala Batas,
Pulau Pinang.


Ok lah hampa. Chow...




You Might Also Like

14 comments

  1. kira murah juga tu sebab shark fin soup tu mahal. makanan semua nampak sedap tapi tak pernah dan tak gemar makan fin soup. hihi

    ReplyDelete
  2. Semu nampak menyelerakan , CCL kalau teringin nak makan shark fin soup mesti terjah chinese muslim restoran .restoran lain susah juga nk jumpa

    ReplyDelete
  3. Sedapnya semua makanan tu. Tapi sungguh tak pernah try lagi shark fin soup tu. Nanti kalo singgah penang boleh try makan kat sini. Tengok harga pun boleh tahan. Nak cuba la nanti

    ReplyDelete
  4. the food looks delicious. must try next time in PG

    ReplyDelete
  5. ada lagi ke yang jual.. omg nampak semuanya sedap :)

    ReplyDelete
  6. Shark fin tu....yummy nampaknya. Tetiba rasa lapar pulak....

    ReplyDelete
  7. Walawehhh...lama tak makan shark din soup ituhhhh...nanti mai Penang nak singgah..semua nampak sedap woooo

    ReplyDelete
  8. makanan china muslim semua sedap..

    ReplyDelete
  9. Tak penah rasa lgi shark fin soup tu. Curious pulak nk tahu rasanya.

    ReplyDelete
  10. wow..sedap2 semua makanannya. shark fin mahal. pernah merasa makan kat hotel tapi tak ngam tekak pula hihi

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  11. alahai sotong goreng tepung dgn kankung belacan tu.. buat sy lapar la..

    ReplyDelete
  12. Lama jugak mencari restoran cina muslim di Penang, baru jumpa blog akak. Ok la macam tu boleh singgah nnti.

    ReplyDelete
  13. lama beetul tak makan muslim chinese food dulu rajin pergi yang chan muslim sebab tinggal di Kajang utama, I memang suka gila minum sup shark fin time pregnant la makan yum sedap ! ;)

    ReplyDelete