Review Shin Ramyun Noodle Soup

by Alia Farhan, 4:24 AM



Ada yang pernah makan Shin Ramyun Noodle Soup ni? 

Aku kan selalu la nampak noodles ni orang Korea duk makan dalam vlog depa... Serius teringin gila.. Pastu kan kalau pi kt tempat mee meggi ni mesti akan lalu lalang dekat situ and nampaka Shin Ramyun ni... 

To be honest mula-mula tu takut la juga kan.. Ya la.. Mostly aku tengok malay takda pun yang review menda alah ni... 1st thing 1st bila duk tengok tu memang packaging dia ada halal.. So ON ja lah.. Yang ni buat dekat Korea ya.. Ada pengiktirafan HALAL from sana jugak la... 

Bila nak beli tu pikir banyak kali jugak la... Sebab apa.. Sebab biasanya benda alah ni diorang jual 5 pek terus... Dalam RM15+ macam tu jugak lahhhh... Ahh sudahh.. Kalau beli sampai 5 tapi bukan taste aku camnoooo haaa.. Tak ke naya nak abih kan sampai 5 tu haa... 

Sekali ntah bila aku pi ke 7 e ka apa ka yang ala-ala mart mcm 7 e ni jugak la... Dia ada jual Shin Ramyun ni sebungkus macam ni... Apa lagi.. Terus la aku grab seketul sebab nak rasa... 


To be honest aku suka rasa dia... Nak describe rasa macam mana tak reti... Rasa macam sup tapi bukan sup kosong macam sup ayam tu.. Bukan ye... Dia ada rasa pedas-pedas skit.. Ni aku splash cuka skit and then yang lain masak macam biasa.. Lepas tu aku letak la ayam... Mushroom skit... And oh ya.. Aku tumis la dulu benda2 macam bawang besar and bawang putih tu... 

Lepas ni boleh beli lagiiii sebab aku macam suka ja sebab sedap weiiii.. Le0as tu texture mee dia tu tak macam mee meggi dekat sini.. Lain ya.. Lainnn... Xtau nak explain macam mana lain dia tu.. Yang pasti texture mee dia tu best.... Hahhaha.. Hujan2 macam sekarang ni layan la kalau makan meggi mcm gini... Dan2 telan ayaq lioq tengok gambaq Shin Ramyun ni... 

Ni tengah pikiaq nak masak kueytiaw goreng ka nak makan Shin Ramyun ni😂😂😂




Ada yang dah tengok Suicide Squad yang baru ni ka? Aku baru ja tengok semalam. Ya lah of course sebab aku suka Harley Quinn kan...

Kisah dia macam biasalah Suicide Squad ni tugas dia typical la macam cerita-cerita American yang lain yang konon-kononnya "menyelamatkan dunia".

Cerita kali ni kalau nak compared dengan Suicide Squad masa yang first dulu tu... Yang first dulu tu lagi best la walaupun macam takut sebab yang first dulu involced witch la bagaikan... Yang ni yang penjahatnya tu pun alahai comelnya lahaiii.



Macam lawak pulak villain dalam cerita ni seekor giant starfish.. Ya lah.. Ni asal dari comic DC kan.. Dalam comic ya lah nampak la mcm ok.. Real life mcm ekelehhhh... Hahhahah... 


Pastu kan... Dia ni kan Si John Cena ni jadi Si  Peacemaker... Ntah aku tak gemorrr la tengok dia ni berlakon... Ko gi balik WWE ka WWF sana boleh dakkkkk... Baik wresting ja xyah nak berlakon-lakon... 


Si mamat ganteng Idris Elba ni jadi Si Bloodsport.. Kira watak lead la dalam cerita ni macam Will Smith dulu dalam Suicide Squad 1 tu... 


And apa lah gunanya Suicide Squad tanpa Harley Quinn kita... Aku rasa watak dia ja kot paling best dalam ni.. Yang lain-lain tu harap Idris Elba ja... 

Nak komen lebih2 pun xleh sebab aku rasa cerita ni pada aku kurenggggg kalau nak dibandingkan dengan yang 1st dulu. Harap ke Harley Quinn punya watak ja kot orang tertunggu-tunggu.. Tu pun jalan cerita macam tak berapa best. 

Ntah la nak komen lebih-lebih pun tak boleh gak.. Maybe jugak sejak MCO tak pernah habis ni hidup aku pun jadi hambar... So bila aku tengok cerita pun semua jadi apoooo nan hadooo ja ni... Expectation aku jadi tinggi... Huahuahauhua....ni siap aku boleh gi dry baju sat.. Boleh pi minum ayaq sat... Selalu aku kalau cerita best.. Kencing or berak pun ku tahan jebatttt tauuuuu.... 

Aku boleh bagi 3/5 🌟.. Nak rewatch balik pun tak rasa nak tengok.. Even yang first tu aku boleh ulang-ulang tengok jugak walaupun macam takut-takut. Hahahah










 


Alhamdulillah... Our breakfast today.. Kalau dulu masa kecik2.. Arwah tok duduk dengan kami... So kalau breakfast tu selalu la nanti tok tanak /kukuih pulut utk kami bfast... Paling best kalau ada nyoq kukoq+ikan masin... Pastu u sambai bilih dengan temenung ni pun antara yang haroi cing2... Kalau balik "kampung" siam sana pun bfast cari puluit... And kalau kt jitra nun di sana ada la kedaj bfast pagi2 buat puluit+nyoq parut+ikan masin /temenung/sambai bilih... Heaven nyaaaaa.... Rindu!

So rindu2 ni cita dia buat sendiri la... Sebenaqnya seumoq hidup aku ni kali kedua aku nak buat pulut.. Last year buat pulut kunin tu pun guna ppc... Ni haa kena berguru n tanya masterchef kat tawau sana mama aku  camna nak kukus pulut lemak.... 



Laki den cakap lemak helok pulut nya... Ni set2 bfast geng2 buat bendang ni... Helooooo kami geng2 pulut kulit cantik2... It's in d blood orang kataaaaa.. Dalam pantang pun boleh bedal ketupat n pulut...xdak pulak sakit2 urat kan... Dah nama keturunan makan2 pulut ni kan 😅

Pulut nya pulak kalau ikut boleh ja nak tanak.. Tapi aku suka lagi kalau yang kukus sebab nanti dia sebutir-sebutir macam makan dekat Siam sana nunnn.. Elokkk ja...


Aku guna pengukus macam ni.. Ni beli dekat Thailand sana... Tak ingat dah berapa harga dia.. Tapi kukus nasi ka pulut ka memang cantik ja kejadian tu. 

So untuk kukus ni... Kena tiga kali kukus... Kalau ikut petua mak aku... Kena rendam dulu 4-5 hrs. Aku rendam ja semalaman gitu haa... 

Dah umor 36 tahun pun kena message tanya maktok depa ni macam mana nak buat pulut lemak.. Hahahha.. Sadis betul 😅


Pastu kan..untuk kukus tu... kukus dulu 1st round. Dalam 10-15 minit macam tu masukkan pulut yang korang kukus tadi dalam besen and curahkan santan and sedikit garam. Lepas tu gaul-gaul. Then masukkan balik dekat bekas pengukus atas tu dah kukus lagi dalam 15 minit. Lepas tu repeat proses tadi and letak lagi santan. Aku guna santan kotak kecil tu ja... So aku habiskan sekotak tu and gaul-gaul. Lepas tu aku kukus lagi sekali dalam 10 minit macam tu.



Cantik ja kejadian... Memang lemak2 rasa dia.. Sesuai dengan nama pulut lemak.. Gant nasi lemak di pagi hari. 



Kena pulak dengan ikan masin kan.. Fuhhhh sedapnyaaa... 

Tak tau berapa lama lagi nak kena hadap MCO yang berterusan ni... Dengan kes harian Covid yang makin tak nampak akan pulang ke pangkal jalan... Buatkan aku rindu kehidupan sebelun Covid melanda. Terlalu rinduuuu dengan semua2 tu..

Antara yang aku rindu adalah makan dekat Kedai Tomyam yang betul-betul pure dari sana... Rindu jugak nak makan dekat Pak Bara, Hatyai semua 😭😭😭

Buat masa sekarang... Rindy nak makan siakap steam limau 😓😓😓.. So kena la beli sendiri siakap dekat Tesco untuk buat steam limau dekat rumah ni....



Alang-alang nak beli.. Beli la dua ekoq kan... Satu lagi nanti kita buat miang pla pao ka kan... Sedappp uiii...



Murah la siakap besar ni dekat Tesco/Lotus.. Dalam RM8 ja... Tapi tu la pakej dia hg kena bersiang sendiri la ikan tu... Pakej hanyiaq satu badan 😂


Ok la untuk buat steam limau ni... Senang ja.. Bahan-bahan pun semua jenis mudah2 ja nak sediakan... Jom la tengok bahan-bahan yang aku guna kan...

Bahan-bahan 

Ikan siakap yang dah disiang and cuci bersih

1 biji lemon / 3-4 biji limau nipis

Segenggam bawang putih

3 biji cili padi merah pedas gila 

7 biji cili padi***nak kurangkan pun boleh tapi x kick la... 

2 sudu besar kicap ikan/ namfla

4 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1 sudu kecil aji/maggi cukup rasa

Daun ketumbar


Cara-caranya:

1. Masukkan bawnag putih, cili padi merah pedas gila dan cili padi hijau ke dalam chopper, boleh la kisar kasar 3 bahan ni. 

2. Gunakan kuali besar dan panaskan 2 gelas air. 

3. Bila air da mula mengelegak masukkan air perahan lemon/limau dan masukkan ikan ke dalam kuali. 

4. Masukkan bahan-bahan yang dikisar dalam chopper tadi ke dalam kuali. Kacau dan alihkan ikan ke bahagian lagi satu selepas masak menggelegak 10 minit setiap bahagian.

5. Kemudian masukkan nam fla/kicap ikan, gula, garam dan serbuk perasa. Balance rasa masam manis dan pedas ni. Kalau kurang rasa manis.. Boleh tambah sikit lagi gula.. Kalau kurang masam boleh tambah lagi air perahan limau. 

6. Masak sehingga ikan masak (kena ingat bila masak sekor2 macam ni.. Akan ambil masa untuk fully cook)...ambil masa setiap bahagian lebih kurang 10 minit untuk masak.  Bila agak-agak nak masak.. Masukkan daun ketumbar. 

7. Da siap boleh angkat dan hidangkan... Dan tabur lagi daun ketumbar ke atas ikan. Bagi yang tak suka daun ketumbar boleh skip daun ketumbar. Macam aku terlalu favourite daun ketumbat ni.. Boleh la letak banyak-banyak ya.


Aduhhh telan ayaq lioq pulak tengok ni😂😂😂



Sedap steam limau ni sebab dia pedas-pedas masam. Hirup kuah dia tu.. Fuhhh feeling gilaaa... Nikmat gilaaaaa la haiiiiii.... 
Boleh naik sheik tok nenek belah siam aku tu
 ðŸ˜…😅😅

Bila la boleh balik kampung tok nenek tok moyang ni... Cicit nak balik makan laksa siam 😭😭😭








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS