Rindu betul nak makan dekat Papa Rich. And sedih gila Papa Rich da tutup sebab dah tak mampu survived di musim pandemic ni. Suka sangat makan dekat Papa Rich... Mostly makanan-makanan dia pun sedap! Cuma xla makan selalu kan sebab harga dia quite pricey jugak kan. Kalau dekat sana aku suka nasi lemak dia.. Nasi goreng dia pun sedap jugak.. Tapi paling aku suka... Beef Ginger Kueytiaw dia.... Fuhhhhh dapnya! 

Disebabkan rindu x berkesudahan pada Beef Ginger Kueytiaw kat Papa Rich... Jom la kita buat sendiri πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ nak buat pun xla susah mana.. Senang je... Jom tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat. 




Bahan-bahan:

Kueytiaw

Kicap manis

Kicap pekat *(aku xdak so aku xletak) 

Kicap cair

Minyak bijan

Sos tiram

Maggi Cukup Rasa / stock ayam

Halia

Bawang putih (dicincang) 

Daging

Air bancuhan tepung jagung

2 biji telur (dipukul) 

Daun bawang

Cili besar warna merah


Cara-caranya ;


Untuk kueytiaw


1. Perisi dan perelai kan kueytiaw agar tidak melekat antara satu sama lain. 

2. Masukkan kicap manis, kicap pekat*, sos tiram, kicap cair dan minyak bijan dan gaul ke seluruh kueytiaw. 

3. Dalam pan, masukkan minyak sikit and panaskan minyak. Then terus masukkan kueytiaw and goreng-goreng jap. 

4. Lepas tu masukkan kueytiaw ke dalam plate besar. 



Untuk daging 


1. Potong thin slice daging yang masih beku. Tujuang potong masa beku lagi senang nak buat thin slice. Buat thin slice lagi sedap untuk kueytiaw ni. Atapun nak senang beli yang jenjs slices untuk steamboat.. Tapi agak mahal. 


2. Marinate dengan kicap manis, kicap pekat*, sos tiram dan minyak bijan selama 2 jam. 

3. Guna minyak sikit and pan yang sama goreng kueytiaw  tadi then masukkan daging yang marinate tadi. Goreng /grill sampai la daging-daging tu masak ya. 

4. Boleh angkat bila daging dah masak. Jangan overcooked daging tu nanti keras and tak juicy. Terus letakkan di atas kueytiaw. 


Untuk kuah


1. Dalam pan yang sama, masukkan sedikit minyak dan masukkan halia yang da dipotong. Kemudian masukkan garlic yang dicincang tadi. 

2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap pekat*, minyak bijan dan air. 

3. Then kacau, boleh masukkan stock ayam/maggi cukup rasa dan lada sulah. 

4. Dah boleh masukkan air bancuhan tepung jagung dan kemudiannya telur yang da dipukul. 

5. Kacau-kacau sikit then masukkan cili besar merah yang dipotong panjang dan halus.. Then masukkan daun bawang yang dipotong panjang. Jangan lupa kacau sat teruih tutup api ya. 

6. Then boleh terus curah kuah tadi tu ke atas kueytiaw and daging tadi. 

Dah siapppppppp..... 


Simple ja kan buat dia... Memang favourite sangat oiiii


Makan pulak dengan cabai jeruk wei... Sedap teruk lahaiiiii... 


Cabai jeruk tu pun baru ja buat 2 jam sebelum tu. Sedap! 

Nah video untuk tengok.. Lagi senang and clear untuk hampa.... 



Akhir kata selamat mencobahhhhhhhhhh..... 
Tibehhhhh




 I'm not typically an addict of K-drama... I normally choose of what K drama i will watch. Takda la semuanya aku hentam ja tengok. Well, juggling with mom-ster thingy... I must say.. I shall be selective of what i'm gonna watch... Cause time is precious....nak jadi makcik kantin lagi.. Teacher lagi... Makcik cleaner lagi.. Nasib ada Mimi Si Bibik tu boleh la harap2 skit buat kerja rumah. Hahahha

Normally i will watch based on the hero.. Kalau Hyun Bin or Lee Joon Gi memang laju-laju lagi ONZZZZ.... hero tu penting ya... And latest k drama oppa yang melekat di hati adalah Gong Yoo. Kahkahhhhh.. Apa tua2 ni baru minat Gong Yoo. Tak baik orang kata number genap kan... So kita ganjilkan dia.. Sekarang dalam top rank kalau nak tengok K drama mestilah cerita Hyun Bin-Joon Gi-Gong Yoo. Kahkahhhh 

Berikut cerita-cerita yang aku boleh repeat tengok berulang kali... 

Full House  (2004)



Cerita ni pernah jadi fenomena gak la masa aku dip dulu. Ingat lagi time layan cerita ni time aku duk tengah final semester. Time ni la laki aku panggil aku rice cooker dia... Haihhh geram akuuu.. And awal tahun ni aku repeat tengok balik.. The feeling is stil d same... Suka cerita ni! 


My Lovely Sam Soon (2004)



Ni aku tengok masa amik degree.. Time ni da start hangauuuuu dekat Hyun Bin! Hahhahha... Hyun Bin dalam ni mangkuk gila weiiii... Suka cari pasal dengan Sam Soon ni... Aku rasa cerita 3 or 4 kali gak aku repeat tengok sebab besttttt.... 



My Girl (2005)


Ni pun masa degree gak tengok cita ni... Ada Lee Joon Gi and Lee Dong Wook dalam ni.. And of course la aku suka Joon Gi start cerita ni kahkahhhhh 

My Coffee Prince (2007)


Cerita ni pun 1st time la kenal Gong Yoo kan... Aku repeat tengok cerita ni baru-baru ni. Best jugak. Muda remaja lagi Gong Yoo time ni. Sekarang ni dah tua.. Tapi makin tua makin hensem.. Apoooooo


Secret Garden (2010 )


Ni pun cerita Hyun Bin berlakon.. Tapi dalam ni Hyun Bin nampak keding sangat... Tak tough mcm laniπŸ˜‚ cerita ni pun best jugak laaa... 



Scarlet Heart Ryeo (2016)


Ni cerita Joon Gi yang aku terpaling sukaaaa... Hensem la dia jadi Prince Wang So ni... And first time jugak kenal Kang Ha Neul. Dalam cerita ni Kang Ha Neul ni pun hensem... Tengok dekat luaq mcm biasher2 ja.. Watak dia dalam ni hensem sama mcm Joon Gi. Kahkahhhh... Apa kah... Rasa cerita ni aku repeat 5 ka 6 kali ntah.. Lepas tu sedehhhhhh... Apooo...tapi memang cerita ni sedih gila... Even sedih pun suka jugak tengok! And lagu dia pun semua best2! And pelakon dalam ni pun semua best2



Goblin - The Lonely & Great God (2016/2017)



Ni da 2 kali tengok... Cerita dia pun best jugak. Tengok kali ke dua ni la baru sangkut dengan Gong Yoo kahkah... Lepas tengok cerita ni kali ke dua repeat balik tengok Coffee Prince... Apooo... Laki mak cakap dia ni tak hensem... Hyun Bin hensem lagi... Ehhh biaq laaa... Sebukkkk jaaaa 😝😝😝 cerita ni lagu dia semua best-best. 


Ni la list-list cerita yang aku boleh tengok all over again... Cuba suggest sat cerita apa yg best-best and lawak-lawak... Kalau serius and berat-berat sangat ni tak minat wak πŸ˜‚



Fond memories

by Alia Farhan, 10:47 PM

 


This is a memoriesof Hari Raya 2 years ago. 


This is a fond memories  of us with out beloved car. It is Civic 96. I have this love and hate memories with this car. So many to tell.... 

This my first car. After finished my degree, tak sampai sebulan dah dapat kerja. Alhamdulillah for that. Masa dapat kerja tu my mom yang busy nak belikan kereta dekat aku. Kalau ikut malas la nak beli kereta lagi. Naik moto pun xpa. Selama kerja lepas diploma jap 1 tahun dengan belajaq dekat Melaka tu pun naik moto ja. 

Tapi ya la kan.. Memandangkan masa aku dapat kerja tu.. Kilang yang aku dapat tu kawasan baru lagi. And sunyi sepi ja.. Biasa kalau awal2 nk set up kilang tu memang kerja sampai malam ya.. Tungging terbalik semua dekat kilang. Ada satu masa balik kul 10-11 malam and kalau bawak moto tu to be frank memang seram jugak la kan. 

Masa beli kereta ni memamg la kereta second hand kan. Sebenarnya tak kesah pun second hand ka apa ka janji ok boleh bawak semuaaa. Ya lah.. Kerja time tu gaji berapa ja... Xbanyak pun. So bila ada kereta ni aku bayar bulan2 duit kereta ni dekat mak aku. 

Mula-mula target nak pakai kereta ni 5 tahun ja.... Hahahhaha... Sekaliiii haaa sampai 2021 pun stil pakai ya. Sayang sangat kereta ni. Sampai jb.. Terangganu.. Kelantan.. Hatyai.. Pak Bara... Semua da sampai. Gila tak sayang....

Cuma bila certain points... Ada some parts yg kita dah tak tau conditions dia. Takut bila long journey tiba-tiba dia buat hal. Itu yang paling kami . Ya lah since 1996 kot...dah 25 tahun usia dia... Engine dah pernah overhaul... Tukar engine pun dah pernah... Alternator buat  hal rasa da 4 5 kali jugak la padahal eh mcm baru ja tukaq and d list goes. 

But stil.. We're not letting go this car walaupun market for this car stil ada. No.. Xnak jual.. Sebab sayang. Dari kitaorang xda apa-apa.. Hadap dengan kereta buruk ni. Bukan la nak cakap sekarang ni kaya ka apa ka.. Jauhhhh lagi la level kayaaaa tu.... Tapi Alhamdulillah syukur dengan rezeki Allah. 

So when it comes to buy a new car.. Of course la kami akan pilih yang selesa untuk kami 4 beranak. If in case kalau mak aku balik sini pun.. Kami boleh bawak maktok pi mana-mana dengan selesa untuk kami 5 beranak. Tu yang penting. 


Mcm lawak pulak bila tengok kereta2 T20 ni... 
Kalau pakai Range Rover tu kiranya level K10 ka.. Level baru untuk kayangan2. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Apa pun... Dont judge people if they choose they want to use old cars... H car ka apa ka... They have their own reason to choose what they want to buy. Beli rumah pun doesn't make ur brilliant enough to proudly said baik beli rumah bla bla bla. Rumah also a liability to u. Rumah sekarang pun bukan murah-murah ya. I wonder bila la diorang cakap harga rumah nak drop tu kan πŸ€”


Persiapan Nak Ambil Vaksin

by Alia Farhan, 7:43 AM

 


Alhamdulillah. Dah dapat dos pertama Astra Zaneca. Setakat ni rasa penat and lenguh badan sikit. Yang paling terasa cepat lapaq. Ni dah 3x makan berat-berat. Apooooo 🀣🀣🀣

So sebelum pi ke pusat PPV tu... Hampa kena la prepare apa yang patut ya. Aku masa sebelum pi tadi tiba-tiba kena migraine... Berdenyut-denyut pulak sebelah kepala aku ni... Dah tak pasal-pasal kena telan actifast dulu nak bagi reda... Ada la 3 kot sebelum kena vaksin tadi. Ada orang kata jangan makan any panadol before kena vaksin.. Tapi dalam kes aku ni nak buek camno kan.. Terpaksa gitu haa... 

Antara persediaan nak amik vaksin ni korang kena la prepare jugak mental korang ya. Ya lah... Macam-macam kan benda duk lalu lalang dekat timelines Facebook la instagram la.. Macam-macam jelmaaan pakcik makcik cengkih menjelma time-time ni. Yas kita paham masing-masing ada hak masing-masing. Tapi aku percaya sebagai orang Islam aku kena buat fardhu kifayah ni untuk kemaslahatan ummah dekat sini untuk membentuk herd immunity, untuk anak-anak kita yang masih belum boleh divaksin. 

Dan ni tanggungjawab dan amanah untuk aku divaksin. Kesian tengok frontliners wei dah burnt out tapi kita dekat sini sedap-sedap membawang jadi pakcik makcik cengkih. Ya wak kita ni buta perut tak tau Freemason tu apa wak.. Kita tau Mason Jar ja haaa...

Ok la da melalut pulak nak cita kan... Selain dari mental.. Fizikal pun haruslah sihat masa nak terima vaksin ni. Kalau masa hari nak terima vaksin tu demam ka apa ka.. Rasanya boleh cancel untuk terima vaksin hari tu.. Nanti MySejahtera akan atur date baru. Tapi takut lamberttt la pulak kan nak tunggu balik. 

Untuk yang lain-lain pemakaian baju untuk kaum wanita Muslimah ni kena amik tau gak apa yang sesuai apa yang tak. Ya lah.. Kalau kau pakai coverall or jenis baju yang ketat dekat lengan korang tu nanti payah la nak cucuk kan... Dah takkan nak bukak baju pulak kot. Bare in mind sesetengah bilik vaksinasi tu mungkin dikongsi untuk 2 orang dalam satu-satu masa. So yo play  safe,pakai la tshirt lengan pendek dan cardigan. Bukak lengan cardigan sebelah ja boleh terus selak tshirt untuk cucuk. Setel! 




Selain daripada tu.. Jangan lupa.. Ic kena sentiasa ada dekat tangan.. So bawak lah sling bag yang memudahkan. Tak payah la bawak beg2 besar yang dalam dia macam dunia khayalan yang ada macam-macam tu kan... 

And please... Sila lah bawak pen korang sendiri ya. Sebab nanti akan kena isi borang bla bla bla. 

Tu ja lah setakat ni aku rasa yang penting untuk orang2 yang nak divaksin ni kena alert. 

Kepada yang belum dapat tu... Aku harap korang pun akan dapat as soon as possible. Kita nak cepat-cepat bentuk herd immunity kan. Kesian dekat anak2 kita tu. Kepada makcik n pakcik cengkih..stop la sebarkan dakyah-dakyah yang tak betul ni. Seriously hampa ni tak kesian ka tengok angka kematian makin meningkat.. Frontliners burn out semua tu? 😒 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS