Nasi + cauliflower goreng. 

Bagi yang tengah diet tu.. Tapi teringin sangat nak makam nasi goreng tanpa rasa bersalah.. Boleh la cuna buat Nasi+Cauliflower goreng ni. 

Untuk nasi + cauliflower goreng ni... Korang boleh gunakan 1 cup nasi + 1 cup cauliflower yang dicincang. Lepas tu buat ja macam nasi goreng biasa tu... 

So ni cara la aku kan... Jom aku kongsi bahan-bahan  and cara aku. 

Bahan-bahan :

2 cawan nasi sejuk
2 cawan cauliflower /bunga kubis yang dicincang
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah pedas
3 biji cili hijau
Isi ayam yang dipotong 
2 biji telur
Sedikit minyak
Kicap ikan
Sedikit garam
Maggi cukup rasa
Ikan bilis yang digoreng 


Cara-cara :

1. Dalan chopper, masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah and cili hijau dan chopped kan bahan-bahan ni. 
2. Panaskan minyak dah tumis bahan-bahan yang di chopped tadi. Kemudian masukkan isi ayam dah kacau seketika. 
3. Lepas tu masukkan telur ke dalam  dan biarkan sedikit mengental. Bila dah nampak telur tu start setengah masak, boleh la kacau-kacau. 
4. Kemudian masukkan nasi sejuk dan cauliflower ke dalam kuali dan kacau-kacau. Biar cauliflower tu masak kejap and jangan lupa kacau - kacau ya. 
5. Bila nampak cauliflower dah putih-putih sama macam nasi boleh la perasakan dengan kicap ikan, sedikit garam dan maggi cukup rasa. 
6. Kacau sekata supaya nasi cauliflower goreng kita rasa secukup rasa. Kemudian boleh la dimasukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. 


Dah siap... 
Ni special letak petai sebab semalam laki bawak balik petai banyak gila untuk bini dia ni. Tengok macam ni tak perasan pun cauliflower tu kan πŸ˜‰ 
Boleh trick anak-anak yang tak makan sayur supaya makan sayur. Hahhahahha. 



Akhir kata.. Selamat mencobahhhhh






 Alhamdulillah another project done. Ni pun sebab husband kata hadiah birthday nak beli apa pun tak tau sebab kedai semua tutup kan.. Nak ajak walk in beli pun payah... So dia bagi ja duit bla bla bla untuk aku beli apa-apa yang aku nak.

Actually dah lama nak buat pantry ni. Ala-ala walk in pantry. Tapi disebabkan macam-macam jadi malas sangat nak ni apa-apa. Ni datang biol dia lama terperuk and terpuruk dekat rumah... Lepas tu husband pulak bagi duit untuk buat apa-apa yang aku suka... Makanya jadi lah buat apa yang aku nak...


Malu nak tunjuk gambar sebelum tu. Main letak ja kan time tu. Agak susah nak organize Lerberg rack from Ikea ni. Ka aku ja yang tak reti. Hhahaha.. Rack ni pun dah letgo dekat orang. 


Lepas da jual Lerberg Ikea tu.. Kita beli pulak Billy Bookcase ni. Asal dia bookcase ya. Tapi aku guna untuk letak bahan-bahan aku kat dapur ya. Baru la nampak semnggah sikit kan...kalau yang nak buat pantry macam ni tapi bajet kurang skit. Korang boleh la beli Billy bookcase look like ni dekat Shopee. Harga pun jauh lebih murah dari Ikea punya. 



Bestnya Billy bookcase ni kita boleh adjust dia punya level setiap ikut kita nak macam mana. Yang look like aku bagi tu pun boleh adjust jugak shelf dia tu kita nak level macam mana. Botol jar tinggi yang letak squid ink spaghetti dengan spaghetti biasa tu beli dekat Ikea. Ambil yang paling tinggi. Memang lepas letak spaghetti yang panjang tu. Kalau yang bulat sikit untuk letak farfalle and gnocchi tu pun aku beli dekat Ikea jugak. Dua yang depan tu ja aku recycle and reuse botol jar Prego yang besar tu untuk letak macaroni dengan pasta bentuk comel-comel yang untuk budak2 tu. 


Air fryer tu terpaksa kena letak mengiring macam tu sebab Billy bookcase ni dia punya tu tak dalam ya. Dalam 28cm macam tu ja. Kalau betul-betul nak ni kena customade dekat tukang la kan ikut dimensions yang kita nak.. For example kalau buat untuk letak-letak electrical appliances ni... Kena buat dalam sikit la kan. Tapi macam aku ni... Kira ok la... Pejam mata sikit walaupun sedikit sakit mata. Sebelum ni toaster tu aku letak dekat counter top. Tapi jarang sangat nak pakai. Laki aku ja kot yang rajin buat roti bakar ni.. Aku harap mak long tak rajin nak buat. So aku angkut la letak dekat sini. Yes aku beli toaster tu sebab cantik🀣🀣🀣 tu pun preorder dari Kmart Aus. 



Jar bottles ni ada yang beli dekat shopee.. Ada yang beli dekat Ikea. Kalau yang atas sekali tu yang chubby tu beli dekat Ikea. Yang lain tu beli dekat shopee ja. Jap aku bagi link yang shopee tu... Bagus packaging dia.. Takda yang pecah pun.. Semua cantik helokkkk ja... 
Nah aku bagi link jar cantik kat korang.... 
Boleh click kat bawah and direct terus order kt shopee korang ya... 




Ni ruangan letak segala teh mak nenek aku kan. Maklumlah aku ni tea person lagi dari kopi person. So harus letak macam ni supaya aku ingat aku ada teh-teh segala mak nenek ni supaya aku tak lupa nak minum. Sebelum-sebelum ni aku letak dalam kitchen cabinet dekat atas tu sampai lupa la apa teh yang aku ada 😜
Jar yang untuk teh bunga aku tu pun aku beli dekat kedai yang sama aku bagi link dekat atas ya. 

Untuk label pun aku seorang yang jenis practical sikit la. Aku prefer pakai label macam ni. Senang. Nak bukak senang.. Nak pasang yang baru pun senang... Kalau tersilap label pun tam kesah nak buat balik sampai lebam pun. Kalau yang jenis customade tu menangis la kalau tersilap ka apa kan.... 

Comel ja kan sticker label macam ni pun kan πŸ˜‚


Ni lah si pembuat sticker label tu. Nama dia Motex label. Sapa nak beli boleh click dekat bawah. 







Overall buat pantry macam ni puas hati la sikit. Nak ambil apa pun senang. Hahhahaha. Dalam kitchen cabinet nanti-nanti la kita update. Yang tu banyak simpan stock yang lepas refill dalam botol-botol kat sini. Semua still dalam plastik but stil seal elok-elok la kan. But semua letak dalam bakul supaya tak nampak messy. Tapi kadang-kadang tu serabut gak mak tengok dia πŸ™„πŸ™„πŸ™„. Macam tu la mak-mak ni kan.. Tak reti  nak duk diam... Ada ja nak cari keja untuk buat. Tu pun orang kata jadi housewife ni bukan buat apa2 ja pun.. Kahkahhhhh.. Penat tauuuuu tak buat papaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




 










 Assalamualaikum


Hai hampa semua....dah lama tak tepek resipi dekat blog aku ni kan... Kali ni aku nak share resipi senang gila... Seperti yang hampa sedia maklum... Aku ni seorang yang tak suka masak benda-benda yang complicated sangat... Pendek kata memang jenis tak suka duduk dapur lama-lama.

So of course la kali ni aku nak share menu yang simple-simple ja untuk hampa buat sendiri dekat rumah. Nak buat benda ni pun senang ja. Bahan-bahan tu mostly memang duk ada ja dekat rumah kan....


Korean Ginger Beef. Simple tapi sedap


Ok la jom tengok bahan-bahan yang perlu untum resipi Korean Ginger Beef ni....


Bahan-bahan:

Daging yang dipotong nipis-nipis

3 ulas bawang putih dicincang/diketuk

Halia 3 inci dipotong nipis

Chilies flakes

Sos tiram

Minyak bijan

Lime juice

Gula

Garam

Maggi cukup rasa

Shimeiji mushroom

Daun bawang

Sesame seed*

********************

Tips untuk yang tak tau macam mana nak potong daging nipis-nipis/slices....


Korang keluarkan daging korang yang tengah frozen tu. Biarkan dalam 5 minit dekat luar, then amik pisau yang tajam terus slice kan daging yang tengah beku tadi. So daging korang akan slice lawooo ja macam kat atas ya. Cantik kan dia punya slice tu. Nak masak pun takyah lama-lama. Daging pun lemah lembut ja πŸ˜‚


Nak goreng kunyit nipis-nipis macam ni pun sedap ja. Buat bbq ka buat sukiyaki pun sedap jugak. Pendek kata memang daging macam ni nak masak apa pun senang sebab masa nak masak tu dah dikurangkan. 

Ok hampa....jom kita share pulak cara-cara nak buat Korean Ginger Beef ni. 

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak, dan masukkan daging tadi. Kacau-kacau ya, at first air-air daging ni akan keluar, bila dah nampak air daging tu berkurangan and dah nampak minyak.. Boleh la masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian lepas masukkan chilies flakes hampa boleh la masukkan sos tiram, minyak bijan dan air. 
3. Then masukkan sedikit lime juice, garlic and ginger. Lepas tu dah boleh la perasakan dengan gula, garam dan maggi cukup rasa. 
4. Last but not least masukkan cendawan shimeiji... Baru lah korea kan letak-letak cendawan ni.. Kau apa tauuu.. 
5. Bila cendawan da masak bolehlah masukkan daun bawang pulak. Da boleh tutup api dah and boleh angkat hidangkan. 
6. Kalau nak lagi korea masa ko da siap angkat semua... Ko taburkan la sesame seed atas dia... Terus korea dewata raya. Tapi sebab aku punya sesame seed da habis... Aku xletak la.... Tapi stil korea jugak lah😜


Satu lauk ni ja. Kalau korea betul banyak la side-side dish dia tu. Tapi aku tak rajin dah hari tu...lantak situ. Janji ada lauk nak makan ye dokkkk.... 


Hidang makan dengan nasi panas-panas. Aku masak nasi peyuk kecik lotey aku tu ja.. Biasa kalau sekali makan lepas kami 4 beranak. Papa nya balik lambat and suruh kami makan dulu. Elok dia balik nasi da licin. Kami 3 beranak da setelkan nasi sepeyuk kecik tu. Dah kena masak lain dekat dia. Kahkahhhhh... 


Aku ada upload short video recipe ni kat ig aku n tiktok aku... N ada kawan-kawan da cuba.. Depa kata simple and sedap gila... Pastu xckup and kena rebut-rebut. Hahhaha... Korang tak caya try la ya... 

Jangan lupa follow :
















 It's already August.... Cepatnya masa berlalu kan... Another year wasted because of this Covid 😒😒😒

Tapi xpa... Kita ada banyak cerita untuk ditonton🀣🀣🀣 tengoklah sampai lebam ya. Antara yang baru aku tengok adalah Fast And Furious 9 : Fast Saga ni. Nak kata excited nak tengok tu ada la sikit kan... Tapi sebab kali ni xda Hobss N Shaw tu aku macam mehhh sikit la kan.. Nak pulak ada John Cena... Hukaloh!






Tapi takpa... We being natural here as much as I can! Ahaaaa.... Cerita dia start with Dom, Letty and his son duk la kat cherok tok kun mana hala ka sebab nak lari dari hiruk pikuk bla bla bla... Tibehhhhh Roman mai kata Mr Nobody hilang and the saga begin! Wehuuuu....

Awal2 cerita bagi aku dah macam cerita Tamil 7 petala langit dah. Tak tau la nak describe macam mana wei. Aku dengan laki aku tengok duk WTF.... cam banggang jugak pun ado lahhhh.... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Kalau sebelum2 ni dalam FF 7 depa lawan dengan kapai selam depa menang kan... Kali ni depa bawak kereta pergi space ship! Dem jahanam pengarah sapgammmm ke ni!!!




Sumpah jalan cerita boring wei... Laki aku siap pi toilet.. Buat apa ntah kat Ecah kat dapoq.. Aku pulak duk nganga nak cari apa yang best dekat FF kali ni. Seriously aku rasa ni cerita FF yang paling terpesong dari cerita FF awai-awai dulu.

And yang paling best, Han hidup lagi wei... Kahkahhhhhhh... Halahhhh kasimmmmmmm! And sapa pulak John Cena ni dalam ni?!!! 



Nak tau apa kena mengena FF kali ni dengan Han hampa kena la tengok kan... Cukup lah aku reveal skit2 kenapa aku cakap pengarah sapgammm time buat cita ni 🀣 oh lupa.. Mia pun mai balik... Brian jaga anak2 kat rumah 🀣🀣🀣

Yang penting waktu Hobbs dalam FF8 tarik helicopter dengan tangan dia yang power tu... Idok lerrr nampak macam sapgammmm sangat....

Ntah la dengan2 aku layan kepala macam sapgam pulak masa tengok cerita ni. Hareyyyy xdak feel Fast n Furious (kita tau FF dulu cita pasal kereta yang best.. Drift jadah la)... 

Dah la.. Lepas ni tak payah lagi dah buat cita Fast Furious 10 pulak... Aku takut nanti mission onboard kena pi planet Pluto pulak nak selamatkan Mr Nobody kat situ pulak πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS