Dah lama teringin nak makan nasi dekat 3 Budak Gemuk ni. Ya lah.. Hari tu kan viral dekat KL Nasi 3 Budak Gemuk ni... Memamg serius teringin gila....

So bila tau yg 3 Budak Gemuk ni dah ada dekat Penang... So excited gila nak try... And here we go....nasib la dekat ja dengan rumah... Orang Penang, 3 Budak Gemuk ni dekat area2 Queensbay saja... 

So jom kita tengok.... 


Tunggu husband amik makanan yang diorder. 


Suka tengok interior dalam kedai ni.. Ceria! 

Makanan - makanan yang diorder. 


Ni yang set daging. Sedap.... Daging dia banyak gilaaaa kot.... Next time nak try yang kambing pulak. Orang cakap yang set kambing tu sedap gila... 


Ni set yang ayam. Ayam pun banyak. Sambal dia memang kawwwwwww pedassss.... Aku yang jenis makan pedas ni pun rasa pedas sambal dia ni... Tapi pedas dia pedas sedap la kan... Bukan jenis pedas takda rasa tu.... 


Sagu gula melaka. My fav! 


Carrot cake sedap gila. 

Overall.. Aku memang suka la sebab nya... Kena dengan taste aku sebab aku suka pedas. Yang x suka pedas maybe akan berpeluh2 time makan tu. 

Lepas ni for sure la akan repeat lagi untuk makan yang set kambing tu pulak... 

Orang Penang yang nak try nasi 3 Budak Gemuk ni boleh la ke :

3 Budak Gemuk Penang, 

Nk 69 D-G, 
Persiaran Bayan Indah, 
Sungai Nibong, 
11900 Bayan Lepas, 
Penang

No Tel:

019-832 3664











Kali ni aku nak share resipi Gulai Ayam Minang yang aku buat hari tu untuk join Saji punya competition dekat ig. Syarat2 dia kena guna 2 bahan dari Saji.. Sama ada santan, gula atau beras keluaran Saji yang baru.. 

So pikiaq punya pikiaq la nak pakai bahan apa.. Last2 aku decide untuk guna dua bahan dari Saji iaitu santan and gula. And resipi yang aku nak buat pun mudah ja. Gulai ayam minang. Antara favourite dish aku kalau makan dekat kedai Minang. 




Nak buat pun actually senang and simple ja... Jom tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 


Resipi Gulai Ayam Minang


Bahan-bahan yang digunakan:

Ayam yang dipotong

Cabai besar

Kunyit hidup *kalau xda guna serbuk ja

Bawang besar

Bawang putih

Serai

Halia

Daun limau purut

Garam

Gula @sajimalaysiaofficial

Santan @sajimalaysiaofficial





Cara-caranya :


1. Blend kunyit hidup, cabai, bawang besar, bawang putih, halia n serai.

2. Tumis bahan-bahan blend, masukkan asak keping dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan ayam... Perasakan dengan garam, gula @sajimalaysiaofficial dan masukkan santan @sajimalaysiaofficial. Jangan lupa masukkan daun limau purut.


Dah siap....


Senang ja kan.... Dia punya senang tu takleh bawak berbincang.. Dah senang.. Sedap pulak tu.... 





Makan dengan ulam pun dah onzzzz... 


Selamat mencuba hampa semua.... 





 

 

 





Tanda-tanda Ovulasi

by Alia Farhan, 10:26 AM

Sebagai seorang perempuan, kita semestinya ada fasa-fasa perubahan pada badan kita yang kita sedar terutama yang berkisarkan tentang kitar haid /menstrual kita.

Kadang-kadang perubahan hormon di dalam badan kaum wanita ni menyebabkan kaum wanita ni jadi cepat emosi cepat hangin satu badan... Cepat rasa nak penampaq orang dan sebagainya. 

To be honest, kadang-kadang bukan time period ja perempuan tu boleh moody.. Time ovulasi pun boleh mnyebabkan mood swing ok. 

So tak semestinya time moody tu times pms nk period or time period ja.. Boleh jadi banyak faktor-faktor lain lagi yang menyebabkan kaum wanita ni cepat emosi jadi tak menentu. 

Sebelum tu... Kena tau dulu kitar haid /menstrual seorang wanita.... And yes... Woman is complicated.. Kami sendiri pun kadang-kadang tak paham dengan badan kami sendiri. Hahahahha. 



Menstrual cycles. 

Tanda-tanda Ovulasi




1. Perubahan Lendir Serviks

Biasanya time ovulasi ni lendir dari serviks ni bersifat jernih seperti putih telur kerana time ni badan wanita tengah tinggi hormon estrogen. Keadaan lendir yang jernih dan lebih "watery" ni membantu sperma berenang ke sel ovum semasa telur dibebaskan dari ovari. 


Penting untuk mereka yang merancang untuk mengandung tau dan alert dengan cycle period masing-masing. Kadang-kadang ada orang period dia tak menantu... So you need to do your own judgment based on your servical mucus. Atau kalau nak senang, beli ovulation test kit. 


2. Deria bau sensitif. 

Time ovulation ni biasanya kaum hawa ni deria bau dia agak sensitif. Biasanya dia detect bau2 jantan la. Sebab tu tarikan nak mating orang kata. 



Time ni bau busuk pun cepat tangkap jugak. 😂😂😂
 

3. Sakit /Ngilu pada breast /payu dara. 

Ni memang tanda-tanda yang selalu terjadi la. Tiba-tiba ja rasa mengilu time-time tengah duk memasak la.. Tengah drive la. Dia punya ngilu and sakit tu kadang-kadang tak boleh bawak berbincang ya. 





4. Mittelschmerz atau sakit di bahagian bawah perut atau pinggul. 

Kadang-kadang out of nowhere mula2 sakit tek... Lepas tu diikuti dengan sakit pulak dibahagian bawah perut. Kompem2 lah ovulasi sedang berlaku. 

5. Terasa Sexy dan tertarik dengan pasangan. 

Biasa lah.. Time ovulasi ni... Adalah time dimana hormon estrogen memuncak. Time ni la nampak pasangan macam Chris Hemsworth... Kahkahhh... Tiberrr rasa semacam... Haaa... Time ni memang pantang dicuit la orang cakap 🤪🤪🤪

6. Berasa mual-mual dan muntah. 

Ada sesetengah orang ada symptoms macam ni ya. Ada sesetengah tak rasa benda-benda ni. Macam aku kalau PMS tu ada potential jugak nak mual-mual dan muntah.. Mula la pikiaq eh mengandung ke...  😅😅😅


So dont get confused with our body.. But sometimes hell yeah we do.... 

Untuk yang plan nak mengandung, kena ambil tahu pasal waktu ovulasi ni. Penting untuk kita tau time subur kita ni ya. Bagi yang cuba mendapatkan zuriat dengan mengetahui tanda-tanda ovulasi ni... Aku doakan hampa dikurniakan zuriat yang sihat satu hari nanti. Aminnnnnn... 

All pictures credit to Google. 









 Rasa mcm lama gila tak update blog kan.. Lepas update yang kes maybank hari tu... Doa2 kan lah aku dapat balik ya duit aku tu.

Harap la dapat refund dalam masa yang terdekat ni. Duit tu la nak pakai beli brg2 harian. Huuu...

Kali ni nak cerita pasal resipi yang aku cilok sepanjang pemerhatian aku dari vlog-vlog vlogger korean dekat dalam youtube. Simple ja... Hampa pun boleh buat In Sha Allah.


Jom la kita tengok bahan-bahan yang digunakan and cara-caranya. 

Bahan-bahan :

Ayam bahagian dada yang dipotong
King oyster mushroom
4 ulas Bawang putih diketuk kasar
Setengah biji bawang holland
1 biji Cabai besar dipotong bulat2
3 biji cabai melaka dipotong bulat2
Garlic chilies flakes (aku pakai Signature brand... Pakai chilies flakes biasa pun boleh) 
Daun bawang dipotong panjang2
Sos tiram
Sedikit minyak bijan
Minyak untuk menumis
Garam
Maggi cukup rasa

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan sedikit bawang holland. Kacau-kacau sehingga naik bau dan masukkan chilies flakes. 
2. Kemudian masukkan ayam yang dipotong, masukkan sos tiram dan minyak bijan. 
3. Then masukkn cendawan, cabai besar, cabai melaka dan lain-lain lagi. 
4. Masak la sampai kesemua bahan dah masak, then perisakan dengan garam dan maggi cukup rasa. 
5. Dah siap semua boleh ceduk dan hidangkan lepas tu tabur la bijan. Baru korea mariiii... 


Simple ja.. Tapi sumpah sedap gila. Hahhahahha.... Lerve sangat masakan ni sebab sedap sangat-sangat. 

Ni dish pantas and tak tau nak masak apa boleh la try masak ni kan. 




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS