Ada sapa2 kat sini yang ada masalah uban tak? Kalau ada..kita gengggg... Stress ok bila selak2 rambut nampak uban merata. Walaupun jenis rambut tebal, and tak nampak pun uban tu.. Tetapi tetap eyes sore bila tengok uban-uban di sebalik rambut yang tebal ni.

Aku memang jenis rambut perang skit. Kalau dekat sekolah dulu memang selalu la kena aimed dengan prefect dan badan dakwah sekolah (sapa duk SBP tau la badan dakwah ni mcm mana)... Asyik la kena ceramah awak dye rambut ka.. Tau dak hukum dye rambut tu apadia.. Yada yada... 

Sekarang tak perlu risau lagi.. Sebab Garnier dah ada pewarna rambut Garnier Natural Color yang dibuat dari bahan-bahan halal dan telus air. Bila dah bahan-bahan halal and telus air memamg no doubt la kita boleh pakai kan. 

Seronok gila hati bila tau Garnier keluarkan product best macam ni. Sebelum ni pakai Shurah and inai ja. Lepas ni dah ada variety.. Senang la nak cover ubanku ini. 

Aku memang sejenis yang jaga rambut. Dari zaman on off tudung.. Jahil time tu. Memang jenis jaga and suka cantikkan rambut. Kejap2 buat rambut curl... Dah straight balik.. Pi curl kan balik... Huuu susah woo jaga rambut curl ni. Rambut straight kejung ni gak senang  jaga. 

Maybe sebab tu juga la rambut aku start develop uban. Sebab suka merapu dengan mencantikkan rambut aku dulu2. 

Ok lah back pasai Garnier Natural Color ni, aku dah lama nampak pasal Garnier Natural Color ni kat Watson n Guardian. Nak beli tak beli-beli sebabnya time tu aku baru ja lepas inaikan rambut aku dekat salon. So aku biar ja lah. Sampai la ujung bulan 4 tu inai pun da pudar and start nampak balik uban-uban aku. 

So apa lagi.. Pantas la aku ke Guardian. Tengok pulak kebetulan Guardian buat sales.. Buy 1, second purchase 50% off. Ajerr gila tak amik kan. Haruslah amik buat stock Garnier Natural Color ni. Boleh la buat pakai untuk 2x. Jimat dah di situ kan. 



Aku beli 2 warna berbeza. Burgundy and golden brown. Saja nak try warna yang berbeza. 



Aku guna Garnier Natural Color-golden brown ni dulu. Memang cantik color dia. 


Diperkaya dengan Colorboost formula  yang diperkaya dengan almond, olive dan avocado oil yang bertindak mempertahankan warna rambut dan membekalkan nutrisi kepada rambut. Yang paling best bau tak busuk ya. 


Sekali lagi dinyatakan, Garnier Color Natural ni diperbuat dari bahan-bahan halal dan telus air ya. Awas kalau ada yang mempersoalkan lagi tentang ke-halalan product dan status telus air dia. 


Biasa kalau guna dye yang tak telus air ni.. Rambut lepas dye akan jadi kembang semacam. Dia macam coating rambut hampa dengan color tu. Kiranya ala-ala celup tepung.. Memang boleh rasa different antara yang telus air dengan tak ni. 

Paling best bila guna Garnier Color Natural ni rambut lembut and wangi ja. Takdak la rasa rambut keras kejung macam aku pernah pakai pewarna rambut si terlajak laris tu. Keras kejung rambut aku macam pakai wig. Hareys betui rasa. 


Baru boleh geng dengan Ecah rambut ala-ala Lailersss. Rambut mek ni memang lagi perang dari aku n Adriana. Nasib ko lah dik nanti kalau kena marah dengan cikgu ka pengawas. Tadah la telinga dik sambol buat muka Lailerss shenduls awak tuuuu... 


So sesapa yang tengah cari altenartif untuk cover uban korang.. Boleh la mencuba Garnier Color Natural ni.. In Sha Allah puas hati... Boleh la berambut raya baru.. Wehuuuuu




Resipi : Sayur Petola Masak Lemak

by Alia Farhan, 4:14 PM
Assalamualaikum.... Lama xupdate blog rupa-rupanya ya. Sibuk apa ntahnyaaa.. Ada la sibuk skit dengan projek latest. Nanti la kita cita. Ni quick update nak cerita pasal sayur kesukaan.. Sayur petola. Ada yang suka makan petola tak dekat sini? Kalau ada boleh la kita geng. Sayur org tua2 sangatm jarang orang2 muda zaman sekarang suka sayur petola ni. Siap pakej tak kenai lagi. Aiyokkk.



Antara kebaikkan sayur petola ni adalah :
  • Membersihkan darah
  • Menyembuhkan penyakit kuning
  • Bagus untum pesakit diabetes 
  • Membantu penurunan berat badan
  • Tinggi dengan serat
  • Memiliki sifat laksatif
  • Anti radang
  • Menguatkan sistem imun. 
  • Baik untuk perut. 
Banyak jugak kebaikkan sayur petola ni ya. Suka makan petola ni sebab feeling2 sangat rasa macam zaman kecik2 dulu sebab arwah tok aku yang jaga kami adik beradik dari kecik suka sangat sayur petola ni. Siap tanam lagi pokok petola ni. 

Antara sayur yang arwah tok suka buat. Sayur tumis petola. Tapi kali ni aku nak share sayur petola masak lemak. Nak buat pun simple ja. Tapi umphhh sangat. 

Simple tapi sedap. Nyum2. 


Jom tengok bahan-bahan and caranya. 

Bahan - bahan:

Sayur petola yand da dipotong
3 ulas Bawang putih  siap dipotong. 
Sebiji bawang merah dipotong 
Ikan bilis
Minyak untuk menumis
Santan
Garam
Gula
Meggi cukup rasa. 

Cara-cara: 

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bilis. Bila nampak bilis dah start garing masukkan bawang putih dan bawang merah. 
2. Masukkan sedikit air dan masukkan sayur petola yang da dipotong. 
3. Kemudian masukkan sedikit santan dan kacau-kacau. 
4. Bila dah nampak sayur petola cukup masak, perasakan dengan garam, gula dan meggi cukup rasa. Taknak pakai Meggi cukup rasa pun xpa. Kacau-kacau, dah siap. 
 
Bila da siap boleh la angkat dan hidangkan. Feeling sangat hirup kuah petola ni uiiiii. Rindu kat arwah tok. 


Terus rasa teringin nak makan sayur petola ni. Kena pi market ka macam mana ka ni? πŸ˜… πŸ˜… πŸ˜… 


Korang yang tak biasa makan petola boleh la cuba. Best and sedap ok petola ni. Manis-manis ja sayur petola ni. 

Oklah.. Bella ciaoooo. 


Assalamualaikum

Lamanya da tak review pasal produk kecantikkan. Kali ni nak cerita pasal serum yang aku duk pakai sekarang.



Garnier Light Complete Booster Serum ni aku beli dekat Watson. Aku beli ni sebab nak ganti Serum  Fresh Beauty aku yang aku tertinggal rumah lagi satu. Ya lah musim2 MCO ni mana boleh nak ke sana ke sini.

Aku memang cari yang lebih kurang Serum yang Fresh Beauty yang aku pkai. Yang tinggi Vitamin C. Bukan nak kulit putih ka apa.. Just nak kulit sehat dan tak kusam.

Apa yang aku suka pasal Garnier Light Complete Booster Serum ni adalah diperkaya dengan 30x Vitamin C dan ekstrak Yuzu Lemon segar from Japan. Tekstur dia pun ringan and cepat meresap ke dalam kulit. Hence why, dia bertindak secara mendalam and mengurangkan proses pengelapan melanin.



Apa yang aku suka pasal Garnier Light Complete Booster Serum adalah:

  • Kaya dengan vitamin C dan kaya dengan anti oksidan yang dapat cegah kerosakkan kulit akibat radikal bebas. 
  • Membentuk menghasilkan kolagen. Sebab tu bila lama2 pakai kulit rasa toing2. 
  • Merawat kulit dari sinaran matahari. Hari tu ada la muka burn sikit sebelum pkp start.. Bila rajin apply Garnier Light Complete Booster Serum ni nampak la kulit makin improve n tona warna pun sekata. 

  • Mudah meresap ke dalam kulit without leaving skin feel greasy or oily.. I like thisss... 
  • Kulit tak rasa oily dan tak rasa kering after application. Just moist... Super love how the skin feels like ♥️♥️♥️
  • Harga dia murah.. Cuma RM36.90..kalau offer less than RM35 boleh dapat.. Murah kannn.. .. Tapi hasil dia mantop. 
Yay or Nay? 



Yayyy of course sebab bagi aku ada kesan untuk kulit aku... And plus price is cheaper and i trust Garnier for their products quality. I mean Garnier also da established dekat market for quite a long time. I have no issues with their products' quality. I know they are expert in this field and no doubt of it. 

Repurchase? 

Oh my.. Of course i will repurchase it. I just love it. Payah jugak aku ni nak suka skincare ni but this one is good! 

Ok la.. Bella chiao😘😘😘



Sagu Gula Melaka

by Alia Farhan, 11:46 PM
Sebut ja Sagu Gula Melaka... Mesti dah terbayang-bayang kesedapan dia kan. Fuhhh tambah makan sejuk-sejuk tu. Ya Allah.. Bantuin Nabila Ya Allah.


Ni baru lepas suap si kenit ni makan Sagu Gula Melaka yang aku buat simpan dalam bekas-bekas kecik tu. Aku pulak yang telan ayaq lioq... Aduhai.. Sedapnyaa. 

Nak buat pun senang. Xdak la susah pun. 

Ahhh jom kita tengok bahan-bahan and cara buat dia.

Bahan-bahan:

Sagu
Gula melaka
Daun pandan 
Pewarna
Full cream milk / condensed milk atau susu sejat

Cara-cara:

Untuk sagu 

1. Cuci sagu and toskan. Nak rendam dulu 30 minit pun boleh. Taknak pun xpa. Aku tak rendam pun
2. Panaskan air sampai mendidih dan masukkan sagu.
3. Boleh masukkan pewarna time ni. Kalau nak buat banyak2 warna tu.. Korang kena buat nanti bila dah asingkan ikut portion. Aku takda pewarna lain. So guna satu warna ja.
4. Kacau-kacau sagu tu sampai la warna putih tu jaid jernih semua.
5. Dah jernih semua tutup api dan biarkan sejuk. 
6. Bila da sejuk baru masukkan dalam bekas. Macam aku memang tak tapis dah lepas masak sebab tu la takdak isu sagu aku terlepas dari penapis ka apa ka. Keras elok ja dalan periuk tu. 

Untuk air gula melaka

1. Panaskan air, masukkan daun pandan. dan masukkan gula melaka. Kalau gula melaka tak banyak boleh masukkan brown sugar. Aku tambah brown sugar jugak sebab stock gula melaka dekat rumah tak banyak. 
2. Dah dapat kepekatan yang korang suka boleh tutup api. Biarkan sejuk and simpan air gula melaka ni dalan peti sejuk. 

Bila nak makan tu ceduk ja sagu masuk dalam bekas, masukkan gula melaka and then masukkan full cream milk atau susu sejat. 

Dah boleh makannnnn... Sedap oiii

Nyummmyyyy

Aku suka guna full cream milk atau susu sejat. Kalau rajin boleh gak guna santan. Tapi santan ni kena masak dlu ya. 


Kalau ada bekas kecik.. Simpan kecik2 macam ni. Nak makan amik untuk sekali makan. Selalu tak ckup kecik ni. Kena 2 bekas baru puas. Sruh laki aku beli yang besaq mcm bekas dadih tu.. Cina tu bagi yang ni pulakkk.. Ok la dari xdak





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS