Resipi : Sayur Petola Masak Lemak

by Alia Farhan, 4:14 PM
Assalamualaikum.... Lama xupdate blog rupa-rupanya ya. Sibuk apa ntahnyaaa.. Ada la sibuk skit dengan projek latest. Nanti la kita cita. Ni quick update nak cerita pasal sayur kesukaan.. Sayur petola. Ada yang suka makan petola tak dekat sini? Kalau ada boleh la kita geng. Sayur org tua2 sangatm jarang orang2 muda zaman sekarang suka sayur petola ni. Siap pakej tak kenai lagi. Aiyokkk.



Antara kebaikkan sayur petola ni adalah :
  • Membersihkan darah
  • Menyembuhkan penyakit kuning
  • Bagus untum pesakit diabetes 
  • Membantu penurunan berat badan
  • Tinggi dengan serat
  • Memiliki sifat laksatif
  • Anti radang
  • Menguatkan sistem imun. 
  • Baik untuk perut. 
Banyak jugak kebaikkan sayur petola ni ya. Suka makan petola ni sebab feeling2 sangat rasa macam zaman kecik2 dulu sebab arwah tok aku yang jaga kami adik beradik dari kecik suka sangat sayur petola ni. Siap tanam lagi pokok petola ni. 

Antara sayur yang arwah tok suka buat. Sayur tumis petola. Tapi kali ni aku nak share sayur petola masak lemak. Nak buat pun simple ja. Tapi umphhh sangat. 

Simple tapi sedap. Nyum2. 


Jom tengok bahan-bahan and caranya. 

Bahan - bahan:

Sayur petola yand da dipotong
3 ulas Bawang putih  siap dipotong. 
Sebiji bawang merah dipotong 
Ikan bilis
Minyak untuk menumis
Santan
Garam
Gula
Meggi cukup rasa. 

Cara-cara: 

1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bilis. Bila nampak bilis dah start garing masukkan bawang putih dan bawang merah. 
2. Masukkan sedikit air dan masukkan sayur petola yang da dipotong. 
3. Kemudian masukkan sedikit santan dan kacau-kacau. 
4. Bila dah nampak sayur petola cukup masak, perasakan dengan garam, gula dan meggi cukup rasa. Taknak pakai Meggi cukup rasa pun xpa. Kacau-kacau, dah siap. 
 
Bila da siap boleh la angkat dan hidangkan. Feeling sangat hirup kuah petola ni uiiiii. Rindu kat arwah tok. 


Terus rasa teringin nak makan sayur petola ni. Kena pi market ka macam mana ka ni? 😅 😅 😅 


Korang yang tak biasa makan petola boleh la cuba. Best and sedap ok petola ni. Manis-manis ja sayur petola ni. 

Oklah.. Bella ciaoooo. 


SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS