Sagu Gula Melaka

by Alia Farhan, 11:46 PM
Sebut ja Sagu Gula Melaka... Mesti dah terbayang-bayang kesedapan dia kan. Fuhhh tambah makan sejuk-sejuk tu. Ya Allah.. Bantuin Nabila Ya Allah.


Ni baru lepas suap si kenit ni makan Sagu Gula Melaka yang aku buat simpan dalam bekas-bekas kecik tu. Aku pulak yang telan ayaq lioq... Aduhai.. Sedapnyaa. 

Nak buat pun senang. Xdak la susah pun. 

Ahhh jom kita tengok bahan-bahan and cara buat dia.

Bahan-bahan:

Sagu
Gula melaka
Daun pandan 
Pewarna
Full cream milk / condensed milk atau susu sejat

Cara-cara:

Untuk sagu 

1. Cuci sagu and toskan. Nak rendam dulu 30 minit pun boleh. Taknak pun xpa. Aku tak rendam pun
2. Panaskan air sampai mendidih dan masukkan sagu.
3. Boleh masukkan pewarna time ni. Kalau nak buat banyak2 warna tu.. Korang kena buat nanti bila dah asingkan ikut portion. Aku takda pewarna lain. So guna satu warna ja.
4. Kacau-kacau sagu tu sampai la warna putih tu jaid jernih semua.
5. Dah jernih semua tutup api dan biarkan sejuk. 
6. Bila da sejuk baru masukkan dalam bekas. Macam aku memang tak tapis dah lepas masak sebab tu la takdak isu sagu aku terlepas dari penapis ka apa ka. Keras elok ja dalan periuk tu. 

Untuk air gula melaka

1. Panaskan air, masukkan daun pandan. dan masukkan gula melaka. Kalau gula melaka tak banyak boleh masukkan brown sugar. Aku tambah brown sugar jugak sebab stock gula melaka dekat rumah tak banyak. 
2. Dah dapat kepekatan yang korang suka boleh tutup api. Biarkan sejuk and simpan air gula melaka ni dalan peti sejuk. 

Bila nak makan tu ceduk ja sagu masuk dalam bekas, masukkan gula melaka and then masukkan full cream milk atau susu sejat. 

Dah boleh makannnnn... Sedap oiii

Nyummmyyyy

Aku suka guna full cream milk atau susu sejat. Kalau rajin boleh gak guna santan. Tapi santan ni kena masak dlu ya. 


Kalau ada bekas kecik.. Simpan kecik2 macam ni. Nak makan amik untuk sekali makan. Selalu tak ckup kecik ni. Kena 2 bekas baru puas. Sruh laki aku beli yang besaq mcm bekas dadih tu.. Cina tu bagi yang ni pulakkk.. Ok la dari xdak





SHARE 3 comments

Add your comment

  1. Desert palings enang nak buat tapi ada caranya, kalau tak kang, hilang sago nya hahahaha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum. tengok pun dah terliur... nampak sedap sungguh. makan sejuk2 best ni penyejuk tekak. done follow >__<

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS