Assalamualaikum...

Kali ni nak share resipi Macaroni Goreng Philip Pressure Cooker. Untuk resipi ni.. Xperlu rebus dulu ya macaroni tu.

Nak buat dia less than 15 minutes dah boleh makan. Memang senang buat dia. Campak2 dalam Philip Pressure Cooker lepas tu siap. Memang beli Philip Pressure Cooker ni kira berbaloi2 la sebabnya dah macam-macam benda masak dalam ni.

Ok la without further due.. Jom kita share bahan-bahan dan cara nak masak macaroni goreng ni guna Philip Pressure Cooker.

Bahan-bahan:

Ayam dipotong dadu /ayam cincang/daging cincang
Meatball dibelah2
Bawang untuk menumis
Carrot dipotong panjang
2 sudu cili paste
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Macaroni
Garam
Meggi cukup rasa


Cara-caranya:

1. Untuk menumis.. Tekan mode Bake - CHICKEN. Masukkan minyak untuk menumis, tunggu minyak panas dan tumiskan bawang.
2. Bila dah pot makin panas dan bawang dah naik bau, boleh masukkan cili paste, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau-kacau.
3. Then masukkan isi ayam dan meatball. Jangan lupa masukkan carrot. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa.
4. Last sekali masukkan macaroni yang belum direbus dan masukkan air. Air level dia lebih skit sahaja dari macaroni.


5. Off kan BAKE mode, tekan MODE STEAM dan Tekan Keep Pressure Time dan tekan dekat MIN sampai la 6 minutes. Jangan lupa KNOB set dekat SEAL
6. Then jangan lupa tekan button START.
7. Lepas da siap and bunyi tettt.. Boleh la off mode warm dah release pressure, pulas KNOB dekat VENT(guna sudu untuk tolak knob.. Jaga2... Steam panas akan keluar).
8. Boleh bukak penutup dan kacau-kacau macaroni.


Kacau-kacau skit. Da siap boleh makan. 



Laku keras ni. Hari tu buat untuk minum petang.. Licin woo.. Ni buat untuk moreh pun kompem laku keras ni. 

Selamat mencuba. 




Ya Allah... Lama dah peram post ni. Sebenarnya post ni da siap seminggu lepas birthday Adriana.. Tak tau macam mana boleh lupa nak publish. Aduhaiiii. Apa la nak jadik ni.

Hishhhh.... Tapi nak cerita jugak. Actually masa birthday Adriana 2 April yang lepas kami celebrate dekat rumah la of course sebab da start MCO kan. Takkan nak celebrate dekat kedai makan pulak kan.

Kebetulan Olive Tree Hotel yang terletak tak jauh dari rumah kami ni buat food delivery.. Apa lagi.. Terus la plan dengan husband buat2 tak ingat and konon2 takdak ecelebration la kat dia sebab cakap nak buat macam mana kak.. Musim2 covid ni.. Kita kena duk rumah ja xleh celebrate pi mana2... Dah pasrah da Si Adriana tu...

Sekali haaaaa... Datang la food delivery dari Olive Tree Hotel ni. Nak buat tempahan oun senang ja. Xpayah susah... Boleh buat online semua dekat website depa. Hampa boleh buat tempahan dekat SINI.

Jom tengok apa kami order masa nak celebrate bday Adriana hari tu.







Tudiaaa haaa. Banyak dak kami order.... 


Kita transfer pi pinggan lawa.. Kata nak celebrate kannn... 


Buffalo chicken wing


Haaa terus mood nak ber epiii beday tu mai


Heppy la bday girl dapat celebrate jugak bday dia.


Tq Selah Cafe for this amazing dishes. 

Kalau nak tau ada kagi menu2 lain.. Hampa boleh tengok dekat menu dekat bawah ni... 






For more infos:
Olive Tree Hotel
76, Jalan Mahsuri,
11950 Bayan Lepas,
Penang
Tel : +604 - 637 7777









Malas nak masak untuk berbuka? Tak boleh buka puasa dekat luar macam selalu? Bungkus je... Berbuka di rumah ja kawan2. Best jugak kan makan dekat rumah. Kalau pening2 nak bungkus dekat mana... Boleh la try bungkus makanan dari Royale Chulan Penang. This is the first year hotel-hotel buat takeaway during Ramadan untuk kita berbuka. 

So why not kita ambil kesempatan ni untik cuba masakan dari Royale Chulan Penang. Royale Chulan Penang antara salah satu hotel yang provide takeaway sempena Ramadan untuk kita berbuka. Lauk dia especially masakan Melayu memang tiptop. Pendek kata memang marvelous lah. 

Jom tengok set yang ada and harga setiap set ya. 


SET A
RM45 for 2 pax
RM80 for 4 pax

SET B
RM108 for 6 pax
RM200 for 8 pax

SET C
RM300 for 10 pax

Jom tengok poster dekat bawah untuk tau lebih lanjut pasal Set A, Set B, Set C dan tak lupa jugak hidangan Ala Carte. 





Tak boleh tahan gulai daging batang pisang tu... Oh mak aihhhh.. Sedapnyaaaaa... 
Macam nak kena cuba jugak sekali niiiiiii.. Favourite sangat tuuuu... 

Bagi yang nak order boleh la berbuat demikian dengan:

- Call or WhatsApp 016-3303408 or call +604-2598888 ext 8910
Sertakan : 
1. Nama
2. Alamat
3. Tarikh pick up
4. Menu  dan Quantity

Order mestilah dibuat 6 jam lebih awal

Bayaran : Instant  Transfer 
Affin Bank
101070012325
Boustead Weld Quay Sdn Bhd

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

For more information :
Royale Chulan Penang
1&2, Pengkalan Weld, 
Georgetown 10300,
Penang.
Tel : +604-259 8888
Assalamualaikum.

Haaa hari 1st puasa mcm mana hampa semua. Ok ka? Duk tengah masak ke tuuu?kali ni aku nak share 1 resipi Nasi Ayam Thai cara aku yang simple dan sedap. Sebab apa aku cakap cara aku? Sebabnya ada yang aku olah dari resipi asal Nasi Ayam Thai.

Untuk buat nasi ayam ni.. Memang senang gila ok. Ayam tak payah nak goreng2 atau bakar dah lepas tu. Rebus buat sup ja da siap part ayam.

Ok  sebelum apa2 jom aku share bahan-bahan dan cara aku buat untuk ayam, nasi dan sos Nasi Ayam Thai ni ya.

Untuk Ayam & Sup:

Bahan-bahan:

Akar Ketumbar (aku guna krtumbar jawa)
Halia
Ayam yang da dipotong
Garam
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

1. Panaskan air, masukkan ayam, ketumbar dan halia.
2. Masukkan garam dan maggi cukup rasa. Taknak pakai cukup rasa ikut suka.


3. Masak la sampai ayam tu fully cooked ya. Biasa untuk ayam version goreng ka /bakar ka kita akan rebus half cooked. Tapi ni kena fully cooked ya.
4. Lepas dah siap boleh angkat ayam tu dari sup ya.


5. Lepas angkat dari sup, masukkan dalam air ais mcm kat atas. Tujuan dia untuk kekalkan moisture kat dalan ayam tu and stop heating dekat isi ayam tu. So isi ayam korang takla keras and kering. 

Ok dah setel part ayam and sup... Kita masuk part nasi pulak ya. 

Untuk Nasi:

Beras ikut untuk berapa orang makan
Kuah sup 
Air
Garam
Halia
Ketumbar


Cara-cara:

1. Basuh beras seperti biasa. Masukkan beras dalam periuk dan masuk sup dan air berdasarkan sukatan berapa pot beras kita guna. 
2. Masukkan sekali halia dan ketumbar dan garam. 
3. Tekan cook nasi macam biasa. 

Untuk sos Nasi Ayam Thai:



Bahan-bahan:

2 sudu sos cili thai /cili biasa
2 sudu air limau nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus atau ditumbuk
3 biji cabai melaka dipotong
Daun ketumbar diricik halus
2 sudu kuah sup
2 sudu kecil gula perang /gula putih
2 sudu kicap manis

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi je dalam mangkuk kecil. Kacau-kacau. Dah siap. Senang ja kan. 

Dah boleh makannnnn.... 


Menu simple sangat. Tapi laku kerassss... 

Selamat mencuba... 








© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS