Assalamualaikum...

Kali ni nak share resipi Macaroni Goreng Philip Pressure Cooker. Untuk resipi ni.. Xperlu rebus dulu ya macaroni tu.

Nak buat dia less than 15 minutes dah boleh makan. Memang senang buat dia. Campak2 dalam Philip Pressure Cooker lepas tu siap. Memang beli Philip Pressure Cooker ni kira berbaloi2 la sebabnya dah macam-macam benda masak dalam ni.

Ok la without further due.. Jom kita share bahan-bahan dan cara nak masak macaroni goreng ni guna Philip Pressure Cooker.

Bahan-bahan:

Ayam dipotong dadu /ayam cincang/daging cincang
Meatball dibelah2
Bawang untuk menumis
Carrot dipotong panjang
2 sudu cili paste
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Macaroni
Garam
Meggi cukup rasa


Cara-caranya:

1. Untuk menumis.. Tekan mode Bake - CHICKEN. Masukkan minyak untuk menumis, tunggu minyak panas dan tumiskan bawang.
2. Bila dah pot makin panas dan bawang dah naik bau, boleh masukkan cili paste, sos cili, sos tomato, sos tiram dan kacau-kacau.
3. Then masukkan isi ayam dan meatball. Jangan lupa masukkan carrot. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa.
4. Last sekali masukkan macaroni yang belum direbus dan masukkan air. Air level dia lebih skit sahaja dari macaroni.


5. Off kan BAKE mode, tekan MODE STEAM dan Tekan Keep Pressure Time dan tekan dekat MIN sampai la 6 minutes. Jangan lupa KNOB set dekat SEAL
6. Then jangan lupa tekan button START.
7. Lepas da siap and bunyi tettt.. Boleh la off mode warm dah release pressure, pulas KNOB dekat VENT(guna sudu untuk tolak knob.. Jaga2... Steam panas akan keluar).
8. Boleh bukak penutup dan kacau-kacau macaroni.


Kacau-kacau skit. Da siap boleh makan. 



Laku keras ni. Hari tu buat untuk minum petang.. Licin woo.. Ni buat untuk moreh pun kompem laku keras ni. 

Selamat mencuba.