Dah lama sebenarnya nak buat pizza sendiri ni. Tapi idok ler buat doh pizza utk buat crust dia tu. Yang ni just guna wraps ja as pizza crust. So nanti akan jado ala2 thin crust gitu haa... Sapa pernah makan pizza dekat Coffee Bean and Tea Leaf mesti tau depa guna wrap ja as base dia.

So bahan2 pun dah ada. Aishah pulak duk berzikir lapaq petang2 ni. Maka jom la Aishah kita buat pizza. Senang2 sudeh la.. Guna bahan yang ada dekat rumah ja lah.


Letak ja bahan apa ada. Aku guna sos cili and cheesey mayo dr kewpie tu.. Letak la sosej skit.. Tomato skit.. 


Lupa dekat luar rumah ada thai basil.. Kita taruk jugak.. 


Lepas tu letak la cheese ni


Masuk dalan microwave set 2 mins. Kalau ikut guna oven lagi best sebab crust tu akan jadi mcm keras skit. Kalau guna microwave ni crust dia mcm lembik2 skit. But stil sefap la. Aku xda ovem dekat sini.. So korang ada over guna la oven ok. 


After 2 mins dalam microwave... Ok la ada rupa kan. 



Dah siapppp. 

Sekali tak cukup.. Ecah mintak lagi.. Maka terhegeh2 la pi buat lain dengan dia. 


Ni ala2 cheesy.. Aku guna prego yang ni. 


Tabur cheese lagi... 


Nahhhhh... Siap dahhhh. 

Lepas tu aku hntaq gambaq dekat laki aku... Dia sruh buat... And sekali dia tunjuk gambaq ni dekat si kakak masa ambil si kakak balik dari sekolah. Merajuk la kakak tak tunggu dia buat pizza. 

So kena la buat dengan dia pulak. Lagipun nak buat kunyah2 sebelum dinner kan. 



Nah lepas mandi rambut basah2 xdan sikat terus rushing nak mai buat. 



Da siap 3 jenis pizza. Hahhaha. Mari lah kita masukkan dalam microwave selama 2 minit each. 


Ajommmm la kita makan pizza. Boleh buat πŸ• party mcm ni. πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰


Next time boleh buat lagi dekat rumah baru guna oven. Guna oven lagi best sebab dia ada effect garing2 dekat crust dia tu. Next time kita buat lagi ya anak2

Ni kalau buat lepak2 makan dengan kawan2 yang mai rumah pun senang pun senang. Yang penting dapat jimat sebab kos nak buat pun rendah ja. 











(credit to Google) 

Bad boys bad boy
Whatcha gonna do, 
Whatcha gonna do
When they come for you... 

Aisehhhh mannnn.. Selaku peminat Will Smith.. Pastinya Bad Boys For Life ni membuatkan aku tak senang duduk. Dah le membesar dengan jayanya duk tengok Bad Boys ni kan. So this is MUST watch movie for 2020 opening. 

Tak payah cakap la kan... Gabungan Will Smith and Martin Lawrence seperti biasa la tak menghampakan. Cerita Bad Boys dah jadi Bad Old Man giteww. Hahahha. 

(credit to Google) 

 Gabungan mantap.. Dah kira legend depa dua ni. Harey Will Smith ni.. Tua2 pun makin segak... 

Dalam cerita ni awai2 tu depa tunjuk la Marcus  (Martin Lawrence) dah jadi grandpa. And he's about to retire from all this police things, yeah we know Marcus is a family man. But as for Mike (Will Smith) , dia masih enjoy bein a cop.. Or BAD BOYS COP. 

But cut the story short, Mike kena tembak dengan someone ni. Everybody ingat Mike will not survive. Tapi tengok selamat and hidup la. Nama pun HERO kannnnn. Marcus la orang yang paling heppy sebav best buddy dia selamat. Siap bernazar macam2 lagi kalau Mike selamat. Nak retired tak nak violence la tak nak itu la tak nak ini la.. Kiranya NO BAD BOYS  la cita dia. 

But being Mike Lowrey yang gilaaa.. He surely wants to hunt the shooter. So puas la dia ajak Marcus untuk tolong dia tapi Marcus taknak la kan. Sebab dia dah janji kan nak retired semua tu. Puas la depa duk track down sapa la yang nak bunuh sangat si Mike ni. 


(credit to Google) 


And atas sebab2 tertentu... Marcus ni setuju la untuk tolong Mike.. So Bad Boys is back. Kali ni depa bekerjasama dengan AMMO.. satu underocver team dalan police jugak la.... 

(credit to Google) 

AMMO team.. Hat kiri sekali tu... Meoww


Sekali Rupanya2 nya drug cartel di Mexico, Isabel Arates ni yang nak sangat bunuh Mike ni. Kiranya dia nak bunuh semua orang yang dah bunuh suami dia la.... 

(credit to Google) 


But thats not all... I will not tell you everything... Ada plot twist dekat situ ya. Aku ingatkan dia nak bunuh Mike sebab Mike tangkap laki dia ka apa ka... Rupa2 nya ada sebab lain.... 

Kalau hampa nak tau sebab apa... 
Hampa kena la pi tengok sendiri....

Overall..aku bagi 5 bintang... 
Laki aku tak puas hati plot twist yang depa buat tu... Tapi aku rasa best ja... Dia ni suka ja nak cerita yang mendatar biasa balas2 dendam yang biasa2 tu... 

Tapi banyak la plot yang mangkaq gila... Biasa part Marcus la yang nak mangkaq pun. Will Smith kan dalan cerita ni macam kool2.. Mat cool kawan ku...






Nah trailer untuk hampa hat tak tengok lagi cerita ni. 


So sapa tak pi tengok lagi.. Silakan pi tengok okkkkk.. Dijamin tak menghampakan.. Kami dapat tiket FREE dari TGV... tak rugi setia dengan TGV kan... 

(credit to Google) 

Hat kanan tu dijangka meletop selepas ni. Katanya berlakon dalan cerita Riverdale dengan Chad Micheal Murray... Cerita ni ada kat netflix.. Nanti aku nak try layan. 

Akhir kata.... 

Bad boys... 
We ride together
We die together





Rasanya ni kali ke empat dah aku makan kat Irama Dining. Mana la tau lepas ni Irama Dining nak buat apa2 nak panggil aku mai review ka.. Kahkahhhh...

Tapi kali ni nak cerita bawak kakak and mak aku yang mai Penang awal bulan hari ty masa depa balik mai dari Tawau. Ya lah kakak aku kan posting dekat Tawau lani. So mak aku ikut dia duk kat Tawau. Berapa bulan sekali mak aku akan balik mai semenanjung lah.

Sebabkan taktau nak bawak pi makan tang mana.. Kebetulan sebelum tu kami pi lepak dekat Queensbay sat cari barang dekat situ. So dinner tu laki aku ajak bawak mak n kakak aku makan dekat Irama ni lah.

Tak perlu dah nak perkenalkan Irama Dining ni sebab dah 2 entry dah aku buat pasai depa ja. Nampak sangat suka kannn...


Sedap dan meriah. Macam2 order malam tu. 


Ayam pandan. Yang cicah dia tu macam kuah rojak. Ok la sedap kuah dia. Kakak aku suka


Otak2.. Ni fav aku sangat2. Sedap ok depa punya otak2. First time order dekat sini.. Memenuhi piawaian tekak aku. 


Kurma kambing tak silap aku. Tapi seriussss sedappp gilaaa.... 


Masak lemak tempoyak udang. Hat ni perghhhhh sedap gilos... Memang must try! 
Kalau ada patin tempoyak pun padu k. Oh ya lupa nak habaq masak lemak tempoyak udang ni.. Udang dia besaq... And banyak jugak ya. Tak silap 6 ekoq kot or more. 


Hat ni signature depa la kan. Takdan nak snap gmbaq dah kena sambaq dah. Hat smoked duck curry masaman. Pun sedap gilos. 

Overall macam biasa semua memuaskan hati kami semua. 



Tq papa belanja makan. 


Ni bendahari makjah clan kalau pi berjalan mana2. Duit dia pegang. Dia nanti atoq menu nak masak apa.. Nak makan kat kedai bila.. Kes dia la adik aku pi NZ dengan dia kena makan nasi goreng brokoli ja kes dia mlas nak pi beli lauk. Bengkek ja adik aku... Hahhahaha

Ok lah sekian sajia.. 

Nak tau details pasai Irama Dining ni boleh pi ke SINI na... 









Cuti CNY hari tu kami memang tak ke mana-mana. Hari Sabtu Ahad balik tidoq di Juru. Hari Isnin pun quarantined dekat rumah. Tak mau la pi jalan-jalan ke mall ka apa ka.

Kalau nak ronda tepi pantai pun.. Tengok ja lah dari dalam kereta macam tu ja. Tapi Isnin petang tu memang plan taknak makan dekat rumah. Tapi xnak masuk mall kaedahnya. Tak koser la nak pi makan dalam mall musim2 macam ni kan.

So pikiaq punya pikiaq kita nak pi makan mana.. Teruih teringat.. Hari tu besa pi makan dekat Kaky Pasta dekat Tanjung Tokong ni. Pasta dia sedapppp. Chicken chop dia pun anak2 aku suka.

So terus cakap kat laki aku kita pi makan dekat situ lah.. Kat situ kompem2 pelancong dari China tak mai makanπŸ˜‚πŸ˜. Checked dekat fb depa bukak.. Alhamdulillah. So moh ler kita ke sana.

Dah sampai tu kiranya dalan kul 6petang mcm tu. So kebetulan nampak dim sum pun ada lagi. Last time pi malam.. Dalam kul 9 mcm tu dimsum dah habis. Soa lang2 dah ada kita order la kan.



Aku nak puji jugak la dimsum depa juai ni. Sebab selalu kalau aku beli... Selalu orang guna hat dimsum frozen tu kan. Rasa kalau amik hat udang pun.. Kira perasa udang ja lah kan. Tapi hat ni ada la udang sekoq gak dalam ni. Kira makan pun orang kata xralat la. Untuk dimsum ni aku punya tekak yang sedap standard aku.. Aku set yang aku pernah makan dekat Greentown Dimsum Ipoh tu. So yang ni aku boleh puji la sebab tak la kadang2 tu rasa kejung dimsum frozen macam kat Seoul Garden tu pakai ka. 


Setakat dimsum ja mana cukup perut gendang gendut tali kecapi kan. So marilah kita order western food dekat Kaky Pasta ni.

Untuk pengetahuan hampa, selain juai western food, dimsum... Dekat sini ada gak juai Nasi Tomato. Nampak macam menyelerakan jugak. Banyak jugak orang yang mkan. So i considered the Nasi Tomato pun superb la kot kan. Andddd depa jugak ada jual char kuey tiaw yang chinese style n malay style. Next time boleh try this one. And lupa.. Depa pun ada juai sate.. Sate depa sedap jugak.. Pernah rasa masa mai first time dulu. Sate daging dia best sebab ada babat babat skit.... Oh lupa org utara tak panggil babat.. Org utara kata lemak ja. Hat tang lemak tu kolesterol.. Tpi sedap nak buat mcm mana. Bukan makan babat hari2 kan.. Ehhhh

Mai tengok dulu menu-menu dia na..



Harga pada aku memang sangat2 reasonable la kan... 


So marilah tengok apa yang kami order


Mushroom soup dia sedap. Bukan yang dalam tin tu ya. This one definitely a homemade one. Boleh rasa the difference. 


Ni chicken chop anak aku. Depa share dua orang sebab sebelum tu depa dah makan apa ntah. 


Ni spicy olio - lamb. Aku punya. Serius sedap gila. Cuma pasta dia memang agak spicy. Memang budak2 xleh makan la cita dia. Ni kali kedua aku repeat order yang sama. Lamb gril dia sedap. Perapan dia padu. And lamb tu gril to perfection. Tak kering and overcooked like some of people do. 


Ni nasi goreng chicken grill. Yanh ni husband aku punya. Ayam bakaq dia sedap. Perapan pun ok. Cuma nasi goreng dia agak pedas. Tak tau la hari tu terpedas ka apa ka.. Tapi kalau budak2 order mau menangis jugak nak makan ni. But sedap ja nasi goreng dia. Kalau aku ok ja. Kalau yang tak tahan pedas macam laki aku memang kesian la jugak. Tu pun luak ok... Ada la skit ja yang tak habis sebab tak tahan sangat dah tu. 

Overall memang sedap bagi tekak kami satu family. And katanya owner Kaky Pasta ni one of the cook in Gurney Hotel dulu. So no wonder the plating style is very the vasss. 

So hampa yang kalau mai bercuti duk kat belah Batu Feringghi ka Tanjung Bungah ka Tanjung Tokong ka.. Boleh la try mai makan tang ni. Variety foods duk ada tang ni. Nasi tomato ada.. Dimsum ada.. Char kueytiaw pun ada. 

Landmark tempat ni dia lepas ja simpang 3 traffic light Tanjung Tokong tu... Hampa akan nampak belah kiri kalau hampa dari arah town ke Tanjung Bungah.. Hampa akan jumpa kuater polis belah kiri. Lepas ja kuater polus belah kiri tu lepas jalan skit tu.. Dekat korner tepi jalan tu ada la kedai ni. Kiranya dekat gila dah dengan Hompton Hotel, Sentral Seaview Hotel dengan Mercure Hotel Penang. 


Ni orang Penang kalau tak mai makan tang sini rugi besaq la hampa. Sebab sedap kot. 







© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS