Mengiurkan tak? Hahhahaha

Nak buat title pun kadang-kadang boleh kemurungan. Ada ka macam aku ni haa? Lately ni rajin post resipi lah dia sebab tu yang senang and tak payah gaduh2 nak kena karang panjang-panjang kan.

Banyak lagi hutang entry ni..tapi pelan2 kayuh la kan. Aku pun busy skit lately ni dengan urusan rumah sewa adik aku and rumah aku yang nak dijadikan guesthouse tu.  Lepas tu last week melepet ja 4 days cirit birit wei.

So dah baik ni marilah kita masak sepenuh jiwa raga gitu haa.

Cakap banyak taknak la kan.. Moh ler kita tengok bahan-bahannya ya

1 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

Serbuk kari daging 

Serbuk cili

Serbuk jintan manis

Cuka / perahan lemon

Kicap pekat manis

Lada sulah

Garam

Gula

Serbuk perasa

Caranya:

1. Blend kering bawang besar dan bawang putih. Lepas blend sapu rata bahan blend dekat ayam.

2. Lepas tu masukkan bahan-bahan lain dan perap la selama mana korang nak. Bahan-bahan perapan ni actually aku main agak ja tau. So ikut korang la ya.

Nak senang.. Taknak susah2 basuh tray nanti ayam melekat ka apa ka.. Lining kan ja dengan aluminium foil tu. Kannn senang. 


3. Yang ni aku sempat marinated selama 2 jam ja sebelum bakar tadi. Tapi rasa dia padu kot. 

4. Lepas marinated selama mana yang korang nak, aku bakar guna oven ja. So aku panaskan oven pada suhu 220 deg C selama 10minit macam tu.

5. Lepas oven dah panas aku, set masa untuk bakar dekat dalam 30minit macam tu.

6. Lepas 30 minit bila oven dah bunyi ting2 tu boleh la cepat2 keluarkan. Jangan biar lama dalam oven takut nanti kering dan hilang juicy ayam bakar tu. Aku jenis tak suka kering-kering. Sebab tu aku nak ayam bakar aku tu crispy at the outside tapi juicy inside gitohhh.

Nampak crispy tak kulit dia tu? Dalam dia perghhh juicy siot. 

Letak timun jepun... Ni kalau buat nasi ayam pun cara ni

Siap untuk dimakan. Ni kitaorang makan dengan masak lemak ayam and sambal ayam penyet. Perghhh merecik hawauuuu. 


Ok lah korang.. Selamat mencuba ya. 


Bebas Asap Rokok

in , by Alia Farhan, 2:13 AM


Sejak start tahun baru ni ada kelegaan untuk aku. Kalau tak aku mesti tak suka nak makan dekat luar especially port kedai2 mamak yang I used to lepak masa aku single dulu.

Another option kalau nak makan luaq kena la spend lebih skit makan dekat kedai yang ber aircond. Yalah.. Takkan dalam ekon pun ada yang bahalol n tolol nk smoking jugak kan. 

Hari ni bawak Adriana n Aishah makan megi goreng dekat mamak dekat rumah aku ni. Yes aku ni dulu masa single lagi kalau tak OT kat kilang or xda apa nak buat memang kedai mamak ni la port aku. Tapi memang aku pilih port ceruk2 yang ke dalam yang geng2 smoking takkan duduk. Tapi kadang ada jugak yang terlajak banggangnya dah la duduk kat dalam2 jugak gatai juboq jugak nak smoking. Kita puas angkat kibas2 asap pun masih banggang tak paham bahasa. Serius i kenot brain!

Alhamdulillah la dengan perlaksanaan dasar baru oleh kerajaan ni dapat la orang2 yang tak terlibat dengan aktiviti merokok ni dapat la makan dan minum dengan tenang ye dak.

And aku pasti yang merokok pun secara tak langsung dapat kawal diri and control amount depa smoking. Good job Malaysians!

Korang memang terbaik lah. Tapi jangan kat rumah smoking dalam rumah...depan anak2..depan2 bini like nobody business. Tu memang ultimate banggang namanya. Huahua. Kalau tak sayang diri sendiri tu.. At least kesian la kat anak bini tu kennnn. Kalau tak memang tahap selfish syaitonnnn ni rojimmmmm betul lahhhh. 

Lega kami dapat lepak2 dekat mamak without asap rokok air kencing syaitonnnnn nirojimmmm tuuu. 

Akhir kata dapat aku menikmati megi goreng kegemaran aku without any distraction. Huahua

Kalau yang isap rokok baca post aku ni anf marah.. Pedulik hapa aku. Huahua. Dah lama weiiii kami bersabaq dengan yang jenis2 banggang tak reti bahasa duk mnghembus macam naga tu. 

And harapan aku jugak dengan perlaksanaan ni.. Mengikut statistics dekat UK lepas pengharaman merokok di premis makan dan public.. Jumlah perokok tegar di sana berkurangan. Alhamdulillah kan. 

Dah tak payah nak banggang komen plak tak sangka rokok lagi bahaya dari arak.. Elok haram kan arak. Dua2 bahaya la mangkuk... Yang lagi mangkuk jamban.. Dah tau nak mabuk pi bawak kereta... Tu memang paling ultimate banggang. Haaa amikkkk

Ok lahh.. Chowww


2 labu bawang besar*

5 ulas bawang putih*

Sedikit kunyit hidup* (aku takdak so aku tak letak lah. Kalau letak tu lagi power aroma ori kunyit tu kan.)

8-10 biji cabai melaka * (nak pedas lagi letak lebih.) 

3 senduk kecil Santan pekat. 

Sekeping asam keping

Garam

Gula

Serbuk perasa

Udang 15 ekor (ikut korang.. Nak letak banyak lagi pun tak kesah) 

Cendawan (lagi banyak lagi sedap la kan) 

Cara-cara:

1. Bersihkan udang. 

2. Blend bahan-bahan yang bertanda *. 

3. Panaskan bahan-bahan yang diblend tadi dan tambahkan air. 

4. Masukkan asam keping, bagi yang takdak kunyit hidup macam aku.. Sila lah masukkan serbuk kunyit. 

5. Bila dah start menggelegak boleh la masukkan cendawan dan udang tadi ke dalam periuk. 

6. Masukkan santan dan perasakan. Kacau kuah tadi, jangan sampai pecah minyak. Nanti tak cantik la masak lemak tu. 

7. Nak pekat, kacau la lama-lama skit sampai pekat ikut kepekatan yang korang prefer. 

8. Dah capai kepekatan yang korang suka. Silalah tutup apinya dan hidangkan lauk korang tu.

Ini makan dengan ikan kering/masin dengan ulam and sambal belacan mau mak mentua lalu pun watdek ja lah.... Kalau mak mentua marah or sentap ngan korang. Korang ajak dia join sekali makan.. Nescaya terus jadi menantu kesayangan. Kahkah.


***disclaimer... Ni cara aku punya masak lemak cili padi tau. Diolah mengikut tekak aku. Ada orang cakap pure nismilan tak pakai bawang... Tapi aku ni sejenis mesti nak pakai bawang jugak.. So aku guna ja ikut suka hati aku. Maaf lah org nismilan kalau resipi aku ni resipi derhaka. Tapi aku tetap suka masak lemak cili padi forever.

Hola

Kali ni nak cerita sikit pasal homeschool activity kononnya dekat rumah dengan Adriana. Ala-ala sains la gitu kekdahnya. Tengok growth pokok. 

Kalau nak tau dekat kebun balkoni aku ada pokok cherry tomato. Yang saty tu memang da assigned kata kakak ni pokok cherry tomato akak tau. So akak tengok tau buah dia nanti lama-lama membesar and jadi warna oren. Tapi tu la... Tomatoes ni amik masa jugak dari berbunga.. Nak jadi buah. Dah jadi buah nak tunggu masak pun consuming a lot of times. So another way nak bagi dia enjoy adalah trying this mushroom blocks.

Memang best la mushroom ni kan. Ada block tu 2 hari dah start keluar anak-anak dah. Ada yang amik masa sikit maybe sebab masing-masing kematangan benih setiap block tu tak sama kan.

But along the growing process kita boleh tengok la kan. Sebab cepat gila. Mak pun teruja apatah lagi anak-anak kan. Ecah yang kecik tu pun dukkkk... TUUUU MAA....sambil tunjuk-tunjuk kat cendawan yang sejambak-jambak yang duk keluar tu kan.


Masa awal-awal nak keluar. Alahai comel ja korang ni ehhh. Ni start keluar masa malam tau. 

Esok pagi dah macam ni. Adriana tipa masa mai belek dekat kitchen ni.

Petang dah macam ni. Dalam masa less then 1 day ya. Dah nampak hasil macam ni. 

Malamnya dah macam ni. 

Ni hasil dua bongkah yang keluar ya. Best gila. 

Tengok mushroom girl dengan mushroom nya. 

Ni hasil dua blocks ya. Fresh wei.

Ini pulak dari block lain yang lambat sikit keluat hasilnya. Tapi yang ni sikit ja kelopak cendawannya. Ada dua ja. Tapi serius besar gila.

Nahhhh.. Besaq kannn.


Paling best bila buat aktiviti ni dengan anak-anak kat rumah. Korang boleh tengok growth dia cepat gila. Pastu macam amazing... Ehh dah macam ni. Petang ni dah macam ni. Eh esok dah boleh tuai.

And paling best mestilah sebab korang jaga. Korang boleh petik sendiri untuk makan fresh-fresh. Kadang2 yang kita beli tu dah nak benyek-benyek dah. Baru masuk chiller esok-esok tengok dah benyek. Ni last week hari jumaat aku petik, semalam buat masak lemak pun stil fresh wei. Best gila. Nanti la aku share resipi ya.

Cara penjagaan pun tak susah ya. Anak aku pun boleh buat kot. Bila dah beli tu jangan lupa bukak semua cap dia. Lepas tu, dekat atas block tu kau letak la towel lembab. And spray dekat blocks tu sehari 3x ka. Towel tu kena maintain lembab tau sebab cendawan ni untuk growth dia.. Dia memang perlukan kelembapan/ humidity yang tinggi. So jangan la letak dekat tempat-tempat yang panas and terdedah dengan cahaya matahari ya. Dia bukan nak kena buat fotosintesis pun. Klorofil pun takdak nyah. So avoid high lights exposure. 

Ada yang tanya aku... Satu block tu lepas dah tuai hasil sekali dah habis la ya? Tak ya.. Satu2 block tu kau boleh tuai hasil up to 7 or 8 times tau. Maksudnya lepas dah petik/harvest.. Korang kena bagi block korang rest dulu. Dalam 7 days macam tu. Cara nak restkan dia.. Cuma tutup ja cap dia tu. After that boleh bukak balik untuk next care.

Senang kan? So bagi yang nak tau details pasal bongkah cendawan ni and teringin nak adopt sendiri untuk buat project science dekat rumah dengan anak-anak boleh la dapatkan cepat-cepat ya.

Boleh contact

0133363775 

Untuk dapatkan bongkah cendawan korang. 


Hari ni tengah nak pikiaq.. Oyster mushroom yang petik hari tu nak masak apa ya. 🤔🤔🤔 Korang suka tak makan cendawan tiram ni? 

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS