Laundary happens here...

Kalau hari mendung memang on dryer..one of the reason beli 2 in 1 washer n dryer ni sebab malas nak pi ke dobi kalau time hujan2 tu...lagi 1 time beli tu yang ni tengah OFFER GILA-GILA. Dari RM2999 tinggal RM2299 tak silap aku. And paling best sebab warranty untuk motor dia ada lah 10 years dari LG.

And kalau nak tau ada different jugak tau dari segi cucian untuk top load and front load. Biasa orang Malaysia memang tak suka guna front load sebab kita dah biasa dengan top load kan. Aku pernah kecik-kecik dulu pakai washing machine yang semi auto yang separate untuk mencuci and untuk keringkan/perah baju tu. Memang time tu kalau weekend ja memang kena kerah la kan dengan mak aku untuk cuci baju-baju sekolah semua tu kan. Kadang-kadang pemalas..kasut sekolah putih tu lepas habis basuh semua baju..aku akan humbam dalam tu untuk cuci. Hahahah. Senang hidup! Tapi kalau sapa pernah guna yang mesin basuh jenis mesti tau azab dia masa nk kena keluarkan and letak dekat tempat perah baju tu. Habis basah baju kau pakai pastu nanti kalau tak balance kang dia taknak gerak. Heee. Sapa pernah kena macam tu? Kenangan sangat kan.


Sapa pernah pakai washinh machine macam ni? Susah dah kan nak cari yang macam ni. Nak cari gambar kat internet pun da susah. Hahaha. Esok2 boleh masuk muzium ok... kenangan tau washing machine ni.


Ok lah back to story, untuk pengetahuan hampa untuk front load washer LG ni. Dia ada different washing method kalau compared dengan top load tu. Aku ni memang sejenis perhati skit masa washer tu duk berpusing.

Haa ni yang LG guna. So baju korang akan lebih cuci and susah nk rosak compared dengan top load yang mana aku perasan baju aku cepat rosak skit berbanding dengan front load. And front load guna air lebih skit berbanding dengan topload. 

At first memang ada niat di hati nak beli different unit..washer asing dryer asing tapi memandangkan space yang limited. Maka kami pun decides untuk go for this combo washer+dryer.

Sebenarnya tak rugi beli dryer ni sebab memang berguna time2 emergency contoh macam hujan berpanjangan...time terlampau "rajin " nak ampai baju kt luaq pun ya jugak...paling best..sebelum tdoq malam2 basuh...esok pagi dah kering...without having to pindahkan here n there (compared to stand alone washer n dryer)...

Tapi kalau nak kering cepat2 tu dryer combo ni tak sesuai sebabnya dia amik masa untuk kering as it condenser dryer compared to stand alone dryer which mostly a venting dryer...

Senang cakap dryer ni use the concept of condensation atau orang melayu kata kondensasi...sama ja macam hampa ampai kt luaq rumah...but this thing use condenser in this case they use heat exchanger to convert the heat and yes they use lot of water than the washer cycle period...adui mak..aku dah macam mngajaq heat transfr mass transfer pulak...(kalau lecturer2 terbaca dan tersalah konsep harap dimaafkan student  ni) Yes downside dia masa pengeringan tu xcepat pun macam dekat doby tu sebab of course the method n fundamental of both dryers also different. Yes aku study pasal method n fundamental both dryers ni sebab awal2 aku beli this combo i wassss likeeee what d heckkkkkkkkkk...this dryer took me about 3 hours to dry n 3 hrs to cool down...yes dis one got the cool down time...Bila baca2 balik...oh ok...no wonder...u can have both magical thing wei...

Tapi if you dont want to cool down pun kau boleh ja pilih untuk stop ok. Actually there are many type of drying using this dryer. Ada iron drying, ada cupboard drying, ada time drying . So each of drying types tu ada different drying time la ye. Macam aku aku prefer guna cupboard drying sebab dia akan macam totally keringkan aku punya baju yang pakai on daily basis. Downside dia lambat skit la baju tu nk total dry kan. Tapi its better la to use this during raining season macam lani kan. 

Ok la jom aku list kan PRO and CON combo washer+dryer ni untuk aku;

PROs:

  1. Sesuai untuk orang yang ada limited space macam aku ni.
  2. Tak payah nak pindah-pindah dah dari washer ke dryer
  3. Boleh setkan sekali untuk dry masa nak cuci tu. Kiranya direct basuh baju sampai kering.
  4. Boleh gak guna as WASHER sahaja. And guna as DRYER sahaja.
  5. Boleh letak dekat mana-mana tak terhad macam stand alone dryer yang nak kena ada ventilation (different concept of drying principle).

CONs:

  1. Dryer cuma boleh half of washing load. Contoh macam yang aku ni 8kg/4kg. Means cuci boleh up to 8kg..dry up to 4kg.
  2. The dryer takes a longer time compared to stand alone one.. 3 to 6 hrs approximately.

So bersyukur lah...

In life u win some u loose some orang putih kata. Apapun bersyukur la apa yang ada. 

Kebun Balcony Sekangkang Kera

in , by Alia Farhan, 6:36 PM
Haa tajuk macam apa ja kan
Kahkah..pedulik ahhh.
Saja nak update tumbuh-tumbuhan yang ada dekat kebun balcony sekangkang kera aku tu..
Tak banyak yang berubah pun cuma ada la tanam pokok2 baru untuk makan.


Daun limau purut ni makin galak berdaun baru. Bila amik ja daun lama nanti keluar daun baru. Suka sangat.


Ni pulak pokok yang tengah viral lani Rubber Plant omputih panggil or nama scientific dia Ficus Elastica. Yang ni aku amik pucuk dia kat tepi jalan sajia. Balik cucuk dalam tanah. Hahahha.


Ni pulak pokok montera delicosa aku. Tak tau la kenapa lahai daunnya cenggini. Katanya over watering..aku rasa macam watering seminggu sekali je kot. Huwaa. Ni aku letak dekat luar sebab nak bagi tanah dia kering skit. Harap-harap ok la mau keluar daun baru ka😣😣😣


Ni pulak pokok cili yang aku campak dari benih cili kering  tak silap aku.  Buah dah banyak berjuntai-juntai tapi sayang nak amik. Spesis apa la aku  i sayang nak amik pulak. Tengok la esok ka aku kutip. Hahahahaha


Ni pulak fiddle fig kesayangan atau nama scientific dia Ficus lyrata. Haa sama species dengan si Rubber Plant tu gak. Ficus ficus gitewww.


Ni pulak pokok kacang renek aku. Aku beli benih ni sekali dengan baja AB hari tu tapi ntah la aku rasa benih ni da tak elok. Semua benih dia yang aku beli pokok mesti bantut. Ada 1 biji benih yang aku amik dari kakak aku elok ja kejadian pokok dia. Yang ni tengok kacang dia keluar pun alahai nampak sangat terbantut. Walhal selalu buh baja tu. 2 mnggu sekali mesti bagi baja. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘


Ni pulak pokok kangkung. Harap-harap nanti dapat la makan kangkung fresh from balcony kan..sayur sekarang pun dah mahal tau.
Hee sapa cakap aku pandai tanam pokok? Tangan sejuk? Tak jugak. Sebenarnya nak tanam pokok ni pun kena tau cara dia. Perangai pokok tu macam mana....ada yang nak air lebih..ada yang tak nak..baja pun kena tau bila nak bagi..semua ni kena belajar jugak. Pokok2 mati tu biasa dah. Kalau tak mati tu kira bukan part of learning process la kan. Tapi yang penting jangan give up ok.
Kalau nak ceduk ilmu2 berkebun and pokok2 ni boleh join group-group berkebun dekat Fb tu macam Kebun Dalam Bandar , Kebun Mini dan macam-macam lagi. Kat situ banyak input boleh dapat. Kadang-kadang boleh dapat benih free jugak kat situ. πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Nak tengok tranformasi balcony aku sebelum ni?? Tengok post ni---> Balcony Transformation.


Haaa...hari ni nak bagi tips ja untuk korang-korang yang suka memasak ni. Mesti akan beli sayur kan. So korang simpan sayur2 korang macam mana ye?

Ok kalau aku...untuk sayur ni aku akan bahagi dalam banyak kategori. Contoh yang macam serai, lengkus dan halia dalam satu kategori. Cili,carrot and kacang dalam satu kategori. Sayur berdaun satu kategori gitew. Wah siap ada kategori nyahhhh. Hahahhaha

Ok lah untuk serai and the gang aku biasanya akan letak diorang ni dalam satu bekas berisi filteres water. After a few days aku akan change air tu. Untuk petai pun boleh buat macam ni ya. Segar bugar la petai hampa nanti.

Untuk yang cili and the gang aku akan letak dalam bekas tupperware, lapik tissue and then letak few cloves of garlic untuk kekalkan kesegaran dia.

Haaa selalu untuk leafy vegie atau sayuran berdaun ni leceh skit kan. Aku tak ingat dah aku dapat tips ni dari mana tapi diorang guna plastik silver yang letak susu,coco crunch tu. Yes, aku kumpul plastic tu untuk simpan sayur berdaun aku. 

Haa nin dia aku letak dalam plastik silver tu. Ni masa beli barang-barang dekat Jusco 22nd Sept hari tu.


Tengok daun ketumbar yang aku sumbat dalam plastik silver ni. After 10 days still macam baru beli dekat Jusco. Kagum tak?

Suka betul aku dapat tricks yang guna plastik silver ni. Aku tak tau la panggil plastik silver ni apa ( walhal dulu ada ja belajar subject packaging dalam election subject...hahahhaa..melayu mudah lupa betul)


So korang selalunya simpan sayur-sayur korang macam mana ya? Jom share tips korang plak. Mana tau boleh buat penambah baikkan pulak kan. 

Jadi mak-mak macam ni la kena tau tips nak bagi sayur tahan lama lah..itu la ini lah. Ye lah kalau tak beli banyak pastu kena buang ja...tak ke rugi namanya. Jadi isteri and mak orang ni otak kena ligat pikir macam-macam. Tak gitewww???




Kita selalu bising apa peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi tak tertegak selagi hukum Islam belum terlaksana. Yes aku paham sebagai orang Islam tu memang impian kita nak tengok hukum Islam terlaksana.
Tapi pernah tak kita terpikir selain daripada tu kita ada juga peranan lain sebagai khalifah Allah di sini. Antara lainnya memelihara alam sekitar kita. Ni pun salah satu peranan kita di muka bumi Allah ni.
Kadang-kadang bila kita travel ke negara-negara maju yang majority rakyatnya bukan beragama Islam kita akan kagum dengan akhlak dan adab depa dalam menjaga alam sekitar. Tak macam kita litering ikut suka hati. Sighhh bising pompang2 itu ini tapi dekat rumah penuh dengan sampah sarap. Jumpa sampah sarap tengah jalan pun buat-buat tak nampak. Dengan alasan ahhh itu bukan kerja aku...nanti cleaner nak buat apa pulak kan...itu antara mentaliti yang patut kita ubah! Ubah la  kerajaan macam mana pun kalau mentaliti masih sama..percayalah kita masih kekal dengan perangai lama.
So sekarang ni aku nak cerita sikit peranan kita sebagai khalifah Allah ni salah satunya dengan menjaga alam sekitar. Cara dia? Kita boleh bermula dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan alam sekitar.
Apa ZERO WASTE LIFESTYLE tu wei?
Zero waste lifestyle ni basically orang yang memgamalkan gaya hidup yang seboleh2 nya cuba untuk meminimalkan  waste atau bahan buangan depa terutamanya plastik. Yes plastik! Pernah tak hampa terpikiaq berapa banyak kita buang plastik everyday? And pernah dak hampa terpikiaq where all the plastik end up? Most of it will end up in the land fills and the rest will go straight to the sea and oceans.


Even in United State they have this garbage island on their sea. Haaa. Jangan main-main korang. Plastik yang ringan terbang masuk sungai..then masuk laut. Kesan dia? Ada mungkin ada yang terurai menjadi microplastic dan microplastic ni dimakan pulak oleh ikan dan haiwan2 laut lain. Dan ikan dan haiwan laut pulak kita makan.


So can you guess where is the end up of all those microplastic? Yes in our stomach. And do you know how harmful plastic can be to our health? Camon bebeh..its carcinogenic! Google please what is carcinogenic!


Degradation of plastic will form a microplastic!


This is what we called microplastic.


So the microplastic will eventually end up in our plateπŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

So korang boleh tau kan kenapa banyak negara yang banned pengunaan plastic macam straw semua tu? And they prefer using paper to pack their things? This is one of the course why they banned it...
So dah tau kenapa kerajaan ambil langkah nak haramkan straw di KL? tapi aku harap sangat diharamkan ke seluruh Malaysia. Its a good thing kot kan. And aku harap juga jangan ada komen bodoh cakap straw nak haram kan...yang arak xnak haram kan pulak...arak tu jeles2 HARAM untuk orang Islam...yang dah kenapa nak kena minum cerdik pandai oiiii. Yang ni under kementerian alam sekitar. Yang satu lagi under  kementerian agama Islam kan. Dah tentu2 memang arak tu haram diminum orang Islam. And kita bukan satu-satunya agama yang ada kat dalam Malaysia ni. Eh aku xnak cakap bab ni panjang-panjang. Kang jadi lain kang.
Jom kita tengok macam mana cara nak adapt dengan Zero Waste lifestyle ni. Antara cara-caranya untuk how to go no waste adalah:

  • Reusable water bottle ...tapau ayaq and everything using ur resusable water bottle.



  • Use ur tote bag to shop! Sekarang dah banyak negeri buat hari NO PLASTIC BAG kan...PENANG EVERYDAY NO PLASTIC BAG OK! releks ja kami2 ni. Dah 8 tahun dah rasanya.

  • Reusable straw and utensils


  • Sapu tangan instead of tissues.

  • for ladies..instead using disposable panty liners or menstrual pads u can change to cloth pad n cloth panty liner. It's economical, safer for ur Miss V , pockets and the environment.


  • For babies, instead of using disposable diapers, you can go for cloth diapers. Same reason with why you should change to CD. This one memang take a lot of courage la...kena rajin. My 1st one i memang pkaikan CD most of the time kecuali time outing or travelling. The second one kadang2 ja...i feel bad about it. Seriously😣😣😣 and i hate how much disposable diapers waste came out from my house!





And fo course keep "The 5Rs" in our mind.
What is 5R?
Refuse what u dont need (yeah i will try!!!)
Reduce what u need (yeah crossing my finger again..i will try my best)
Reuse what you consume.
Recycle what you cannot refuse, reduce and reuse.
And start Rot (compost) the rest.
Maybe kita tak boleh buat semua tu..but a liltle change can bring a lot of different to our environment. Imaging kalau kita dapat reduce the usage of plastic bag, takdak la landfill tu makin mnggunung and plastic island makin membesar kan.
So lets change our lifestyle for a better world.





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS