Kebun Balcony Sekangkang Kera

in , by Alia Farhan, 6:36 PM
Haa tajuk macam apa ja kan
Kahkah..pedulik ahhh.
Saja nak update tumbuh-tumbuhan yang ada dekat kebun balcony sekangkang kera aku tu..
Tak banyak yang berubah pun cuma ada la tanam pokok2 baru untuk makan.


Daun limau purut ni makin galak berdaun baru. Bila amik ja daun lama nanti keluar daun baru. Suka sangat.


Ni pulak pokok yang tengah viral lani Rubber Plant omputih panggil or nama scientific dia Ficus Elastica. Yang ni aku amik pucuk dia kat tepi jalan sajia. Balik cucuk dalam tanah. Hahahha.


Ni pulak pokok montera delicosa aku. Tak tau la kenapa lahai daunnya cenggini. Katanya over watering..aku rasa macam watering seminggu sekali je kot. Huwaa. Ni aku letak dekat luar sebab nak bagi tanah dia kering skit. Harap-harap ok la mau keluar daun baru ka😣😣😣


Ni pulak pokok cili yang aku campak dari benih cili kering  tak silap aku.  Buah dah banyak berjuntai-juntai tapi sayang nak amik. Spesis apa la aku  i sayang nak amik pulak. Tengok la esok ka aku kutip. Hahahahaha


Ni pulak fiddle fig kesayangan atau nama scientific dia Ficus lyrata. Haa sama species dengan si Rubber Plant tu gak. Ficus ficus gitewww.


Ni pulak pokok kacang renek aku. Aku beli benih ni sekali dengan baja AB hari tu tapi ntah la aku rasa benih ni da tak elok. Semua benih dia yang aku beli pokok mesti bantut. Ada 1 biji benih yang aku amik dari kakak aku elok ja kejadian pokok dia. Yang ni tengok kacang dia keluar pun alahai nampak sangat terbantut. Walhal selalu buh baja tu. 2 mnggu sekali mesti bagi baja. 😑😑😑


Ni pulak pokok kangkung. Harap-harap nanti dapat la makan kangkung fresh from balcony kan..sayur sekarang pun dah mahal tau.
Hee sapa cakap aku pandai tanam pokok? Tangan sejuk? Tak jugak. Sebenarnya nak tanam pokok ni pun kena tau cara dia. Perangai pokok tu macam mana....ada yang nak air lebih..ada yang tak nak..baja pun kena tau bila nak bagi..semua ni kena belajar jugak. Pokok2 mati tu biasa dah. Kalau tak mati tu kira bukan part of learning process la kan. Tapi yang penting jangan give up ok.
Kalau nak ceduk ilmu2 berkebun and pokok2 ni boleh join group-group berkebun dekat Fb tu macam Kebun Dalam Bandar , Kebun Mini dan macam-macam lagi. Kat situ banyak input boleh dapat. Kadang-kadang boleh dapat benih free jugak kat situ. 😉😉😉

Nak tengok tranformasi balcony aku sebelum ni?? Tengok post ni---> Balcony Transformation.