Hai hampa..kali ni nak cerita pasal make over work space kami kat dalam bilik tidoq kami ni.

Dulu ada computer kat atas meja ni. Tapu disebabkan monitor tu dah rosak. Maka bye2 la kan. 

Otw nak siapkan...time ni progress dah 80%. Hahahh

Dah siap. Kita guna notebook je lah nak blogging lepas ni. Eleh masa ada pc pun guna fon ja senang. Ni update blog pun guna fon. Kadang2 ja koya guna  notebook. Hahahha

Lepas ni nak letak more indoor plant here.

A lil bit obsessed with flamingos.

Onz tak onz?

Semoga lebih bersemangat lepas ni.

Positve vibes please. 

Untuk orang macam aku yang suka deco-deco ni. Memang biasa akan suka tukar-tukar sana sini. Memang laki aku pun da paham benae dah pe'el bini dia ni. Ada-ada ja akalnya...


Haaa..quick update gitu. Minggu ni balik Jitra earlier hari Jumaat lepas Adriana habis sekolah and lunch dengan husband terus balik Jitra. And nanti hari Ahad pagi Amir akan naik komuter turun dekat Anak Bukit and I will fetch him.

Memang dah planned dengan mak tok n mak ngah Adriana n Aishah ni nak ke Satun untuk makan-makan and beli barang skit dekat sana kan.

And pagi Sabtu tadi kami gerak keluar dari rumah untuk breakfast di area pekan Jitra dekat rumah mama aku dalam pukul 8 macam tu and right after breakfast kami terus gerak ke Wang Kelian untuk ke border di sebelah Thailand, Wang Prachan. As usual la kat border sini less sesak and tak ramai sangat orang nya. Mungkin sebab still awal kan. 

Destinasi first kami adalah Tan Yong Poh di Satun atau nama melayu nya Tanjung Poh di kalangan masyarakat Melayu di Satun ni. Oh ya dekat Satun ada banyak juga orang Melayu yang fasih berbahasa Melayu. And untuk pengetahuan hampa, Satun ni dulu adalah sebahagian dari Tanah Melayu ok.

So setelah perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1jam+. Maka kami pun tiba di destinasi. Untuk kali ni kami try makan di kedai lain pulak. Selalunya kami akan makan di sebelah Pak Tam tapi kali ni kami makan dekat kedai ke dalam sikit sebelum naik bukit. Kalau dari simpang 3 nak ke Tan Yong Poh ni..kalau hampa amik belah kiri..kedai ni adalah kedai ke 3 yang masuk ke dalam skit..tapi still tepi laut la. And kalau hampa amik belah kanan untuk ke Tan yong Poh..hampa akan jumpa kedai ni yang first. 

Disebabkan kami pelanggan depa yang ketiga, so kami kira bernasib baik la jugak sebab banyak table yang awai2 lagi local depa da reserved wei. Kalau kat kedai yang sebelum ni aku pi makan, kat situ banyak la muka-muka orang Malaysia pi makan kat situ. And kat kedai ni, kami ja yang pi makan tang sini. Yang lain semua haroi2 cing2.

Jom la usha apa yang kami order.

Sotong stim limau

Udang stim. Ni harga dia untuk 1kg 500baht. Kami amik 1/2 kg so dalam 250baht. Gila murah kot.

Sambal hijau ni sedap gila wei cicah segala udang sotong semua tu. Macam yang dalam video laki siam tu makan udang cicah2 tu kan. Haa muka aku tdi macm tu la punya nikmat. Demmm telan ailioqqq

.

Ni tomyam seafood dia. Walaupun ceroi nmpk dia but still taste ok. Ni macam tomyam putih la. Sesuai la nak makan dengan anak-anak kan.

Udang lipan goreng garlic. Ni sedap gilos wei!

Ketam isi penuh..cicah pulak dengan sambal hijau tadi tu perghhh perghhhh terangkat.

Somtam pun sedap. Tapi aku tak layan sangat sebab yang lain-lain sedap sangat kot.

Aishah dah tak menyempat dah...


Maktok and Adriana.

Last but not least ais krik nyiokkkkk. Sedap woiiii. Adududu

Aftermath...licin wei. 

TOTAL DAMAGE 1610 BAHT. DIULANG 1610 BAHT. Gila murah kot. Kalau kat Malaysia memang tak dapat la. Kat Hatyai pun xdapat dah harga ni.

Lepas makan tu lepak-lepak jap tepi pantai.

Ecah dalam blues

Sejenis perangai tak heran ke orang. Ka memang anak no 2 mcm gini ehh🤔🤔🤔

Lepas dari Tan Yong Poh kami pun gerak ke Pekan Satun untuk ke merkettt dia. Kali ni dapat rembat belacan yang orang kirim.

Sedap wei belacan depa. Serius tak tipu. Tak busuk macam belacan kita kot.

Lepas ja keluar dari merket ni kami pun gerak ke Tesco Lotus Satun untuk solat and shopping skit dekat sini. Sikit tak sikit la habis jugak 1200baht aku dekat sini beli kasut n baju dekat Aishah n Adriana, beli coconut oil 1Liter yang berharga 113baht. Kat Malaysia aku beli yang 350ml pun dah belas-belas ringgit. Ohoiii. Dekat sini bateri fon aku dah kong and aku xda power bank so memang xda lah ye gambar-gambar dekat sini.

Dah habis duit. Marilah pulang ke pangkuan jalan. Nasib laki aku takdak. Kalau dak mau kena azan dekat telinga aku tadi. Hahahaha. Matilamaknakoi.

Kami sampai di border Wang Prachan lebih kurang pukul 6.30petang Malaysia dan 5.30petang waktu Thailand. 

Oh ya untuk pengetahuan hampa border dekat Wang Prachan and Wang Kelian Perlis ni tutup pukul 9malam waktu Thailand or 10malam waktu Malaysia. So at least hampa boleh bajet masa hampa la kan.Tapi bear in mind kawasan Wang Prachan dan Wang Kelian ni sangat lah kehutanan dan keuluan. So better la hampa balik awai. Scary wei hutan kot. Tu belum lagi nak kena redah kat kwasan ladang-ladang dekat Perlis yang dalam-dalam tu ha.

Alhamdulillah at 9pm kami sampai dengan selamat di rumah kakak aku di Jenan ni. Maka tamatlah kisah day trip kami ke Satun untuk misi JJCM.


Projek Bag To School WLC kini kmbali lagi setelah kami berjaya mengagihkan sebanyak 703 beg di Sarawak dan Pahang pada tahun 2017.


KINI PELUANG DI BUKA UNTUK MENAJA SEBANYAK 264 BEG SEKOLAH YANG AKAN DIEDARKAN KEPADA ANAK-ANAK YANG KURANG BERKEMAMPUAN DI PULAU LANGKAWI, MANAKALA 200 BEG SEKOLAH AKAN DIEDARKAN DI KUALA LUMPUR, SELANGOR & JOHOR BAHRU.


Ambil kesempatan untuk menaja 464 pelajar kurang berkemampuan dlm program bag to school WLC 2018 bagi sesi persekolahan 2019. Edaran beg bergantung kepada tajaan anda. 


SIAPAKAH PENERIMA BEG SEKOLAH INI?

Penerima beg adalah anak-anak yang datang dari kelarga kurang berkemampuan. Ada kalangan anak-anak ini dijaga oleh nenek dan datuk setelah kematian ibu bapa. Ada juga yang dibesarkan oleh ibu tanpa belaian kasih seorang ayah dan ada juga yang datang dari keluarga fakir miskin dimana terpaksa berkongsi barang sekolah yang lusuh bersama adik beradik yang lain.


Ibarat kais pagi makan pagi, mereka berjuang untuk menuntut ilmu bagi mengubah nasib mereka sekeluarga..


Tuan Puan yang budiman, tajalah sebuah beg untuk mereka menimba ilmu... Support dan naikkan semangat mereka untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna.. Inilah masa untuk kita semua rakyat Malaysia berganding bahu memberi bantuan untuk mereka.


Dana yang perlu dikumpulkan adalah ,


464 beg X RM 40.00 = RM 18,560.00


Jika anda ingin menaja sebuah beg berharga RM40.00, ikut langkah dibawah,


BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG

Terdapat 2 cara sama ada menggunakan akaun rasmi WLC


5621 0666 0054

WE LOVE CHARITY CLUB


ATAU

Klik URL dibawah , sumbangan anda akan ditolak melalui Kad Kredit/kad debit atau menggunakan internet banking


https://app.senangpay.my/payment/150277682824


TARIKH TERAKHIR 

Projek ini akan ditutup pada 3 NOV 2018


PERLUKAN RESIT RASMI?

Email kepada : admin@welovecharity.org


SEGALA PERTANYAAN HUBUNGI: PENGURUS PROJEK WLC, PUAN SERA 018-319 6849


=====================================

Jom sebarkan mesej ini kepada keluarga , kawan-kawan, teman ofis mahupun di media sosial seperti whatsapp atau wall FB anda agar kita semua dapat melihat 464 senyuman anak-anak ini menerima sumbangan dari anda semua.


“Bagi mereka yang suka bersedekah, dia sangat dirindukan oleh Allah SWT, para rasul, syurga dan seluruh makhluk. Malah seluruh alam akan mendoakan buatnya termasuk burung-burung, semut, ikan serta pohon-pohon bumi yang dipijak senang dengan dirinya yang bersifat dermawan,”


TAJA 1 BEG SEKOLAH UNTUK 1 PELAJAR..

KERANA ANDA SEDANG MENGUBAH NASIB HIDUP MEREKA SERTA AKHIRAT ANDA..


#SPREADTHELOVE

#WELOVECHARITY

#BAGTOSCHOOLWLC

Bersambung dari hari sebelumnya, Rujuk Entry Day 2. Seawal pukul 7.30 pagi kami dah turun breakfast di hotel. As usual la makanan yang disediakan hotel tu pun simple ja. Ada roti, cereal, fresh milk and coffee ja. Ok la nak alas perut kan.
Selesai breakfast dalam pukul 8.00 pagi kami terus check out dari hotel untuk meneruskan perjalanan kami ke Busselton. Perjalanan daru Perth ke Busselton mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit tanpa berhenti minum,bubuh minyak, kencing dsb. As usual kalau dah namanya berjalan ada saja berhenti dia so xda la jadi 2 jak 30 minit ya.

Tapi on the way ke Busselton akan lalu dekat area Bunburry, cumanya kami tak ke pekan Bunbury tu. Kami cuma singgah di Bunbury Farmers Market di situ.


Kalau nak tau Bunbury Farmers Market ni senang ja nak carinya sebab dia terletak betul-betul di tepu hiway nak ke Busselton. So korang takkan missed punya lah pit stop yang best ni.
Untuk pengetahuan korang dekat sini la petani-petani tempatan diorang akan jual hasil pertanian dan ladang depa. Kiranya all locally grown and produce  kat situ la kan. Selain dari sayur-sayuran dan buah-buahan ada gak hasil tenusu, pelbagai jenis daging, produk-produk seperti homeade sosej dsb.


Jom jamu mata tengok hasil pertanian local farmers di situ.

















Nota kaki kalau singgah di Bunburry Farmers Market jangan lupa beli yogurt diorang. Ya Allah sedap giloss wei..rasa mcm makan cheese cake gitewwww...

Lepas ja shopping apa yang patut di Bunburry Farmers Market ni kami pun meneruskan perjalanan ke Bussekton. Tapi on the way tu masing-masing da kelaparan kot si kami decide la untuk berhenti makan bekalan yang kami masak.  Gambar masa picnic and makan ni pun tak sempat nak amik dah sebab masing-masing dah kelaparan kot. Hahahha.


Selesai saja makan dan cuci kawasan yang kami tumpang picnic tu maka kami meneruskan perjalanan ke Busselton. Tiba saja di Busselton kaki terus ke Busselton Jetty yang dibina semasa zaman kedatangan British ke Australia.


Busselton Jetty ni dibina menganjur 1.81km ke tengah laut. And along the jetty u either can walk or naik diorang punya tram. As for us kami decided untuk jalan kaki ke hujung jetty tu. Actually masa 2016 dah pernah mai ke sini but due to bad weather (winter time tu)..boleh baca di  ENTRY ni it was temporary closed. And this time kami mai ke sini dapat kami jalan-jalan and releks amik udara segar dekat laut.


Macam tak percaya jugak boleh jalan sejauh ni. Hahahha. Kalau kat Msia kompem peluh keti. Ni panas terik pun angin sejuk oii.




Ni dekat hujung jetty tu. Memang dekat tengah laut la kan. Sejuk and gigil wei.


Sambil jalan menikmati keindahan alam sambil tolak budak ni. Nasib dia mau duk diam-diam dalam ni. Lali je mek ni kena angin sejuk-sejuk gediiii tu.


Balik naik tram oiii.

Memang sayup jugak la berjalan kat tengah-tengah laut ni kan. Tapi tu la it's a must try experience kot kan. Taknak la terlepas lagi chances macam ni.
Setelah bergambar and koya apa yang patut maka kami pun decide untuk pulang ke pangkal jalan dengan menaiki tram...hahaha..save d best dor the last giteww...lagipun dah makin lewat. Cuaca panas terik time tu...muka aku pun da burn tapi angin dia Ya Rabbi sejuk gila wehhhh...so autumnz dekat Western Australia can be hot damn cold gitew.. hahahhaha.
Selesai ja lepak-lepak dekat area jetty tu maka kami pun decide untuk chalo sebab nak ke Coles Busselton beli ayam, udang, ikan dan seangkatan dengannya. Lagipun jam da lebih kurang pukul 3.30 petang and pukul 5 nanti dah maghrib ok.


Look what I found in Coles. Nyaris nak beli tanpa arah tujuan. Cute sangat sapa suruh weiiii.


Selesai ja membeli belah di Coles kesukaan aku tu maka kami pun bergerak untuk mencari homestay yang aku sewa di Busselton. By the time kami sampai dekat area kawasan perumahan tu hari da makin gelap and it was a bit tricky to find the house.


Bayangkan dah senja kawasan perumahan diorang tu tak macam kita ada orang lepak2 sapkoklu apa kan..diorang takde ok. Sorang makhluk pun xda ya duk lepak2 kat luaq...semua da kat dalam rumah kot.


Mencari-cari la kitaorang rumah tu. Nasib la jumpa oi. Dah jumpa rumah nya..nak kena cari keys pulak..ada dekat secret box..secret box tu pulak ada dia punya pin bagai. Nak mencari secret box dalam2 gelap tu pun boleh tahan la..dah macam treasure hunt masing2 macam duk kena pikir kat mana..kat mana.. hahahahha.

Last-last sekali jumpa jugak weiii...
Canggih sangat wei depa ni.....
And terpaling kagummm sekali bila masuk rumah tu bilaaaa.....

BERSAMBUNG.. jeng jeng jenggg


Gambar rumah di siang hari.

(Jangan maki makjem noks)

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS