Seperti yang sedia maklum aku ni memang pentegar dan suka sangat dengan pantai dan pulau. Tu la kot dari kecik-kecik dulu asyik cuti sem ja mai bercuti kat penang duduk rest house Penang kat Tanjung Bungah tu ( bila da besaq dapat bestpren merangkap boipren lani merangkap laki dan papa anak2 aku, jodoh kata kannnnn)

Terbalik kuang dengan laki aku, bila asal aku ajak mandi laut kat penang ni ja dia takmau.

Eeeee melekit la apa la. Pastu bila aku kata eeeiii nama ja org pulau. I org orang pulau yg urban!!! I nak mandi kat laut2 macam kohlipe, phuket bla bla bla.

Heeeekkkk sebab tu la kat Penang ni sekarang aku jarang mandi laut. Ya lah kualiti air laut kat penang sekarang pun satu hal gak. Tak sama macam masa aku kecik-kecik dulu kot. Takpa-takpa. Kita layan ja lah. Dulu masa single and duk kerja kt pulau. Rajin gak la duk p piknik n mandi-mandi dengan kawan-kawan kat kilang. Lani masing-masing da duduk jauh-jauh.

Kat bawah ni list-list beaches & islands yang aku suka sangat and teringin gila nak pi.

Sempoerna


Sumpah aku teringin gila nak pi ke Sempoerna. Dah la cantik gila. Orang cakap tak pergi pulau dia, yang kat tepi-tepi tu da cantik gila kot!!!


3 kali p ke Kota Kinabalu, 3 kali jugak mai sini untuk snokerling. The last time tu p masa preknen ke Adriana 5 bulan. Fuhh best. Ni orang kata kategori pulau yang biasa-biasa kat Sabah. Bayangkan kalau pulau-pulau dia yang luar biasa tu. Serius kat pulau-pulau sekitar Taman Negara Tunku Abdul Rahman , KK ni coral dia paling cantik dalam banyak-banyak tempat aku p. Coral warna warni, ikan pun warna warni. Paling tak boleh lupa snokerling kat sino dengan budak-budak satu class aku masa tu ada National Chemical Engineering Symposium (NACES) kat Unimas. Pagi awai-awai keluar dari tempat kitaorang duk tu. Terus gerak ramai-ramai sewa bas mini kt KK tu kitaorang pnya satu class. Abihkan snokerling 3 3 pulau kt TAR ni before 1pm. Sebab kul 6 flight nak balik KL. Gila wei. We are young and had fun. Cuba sekarang buat mcm tu. Mau melepet aku rasa.

Phuket.


4 kali ke Phuket still rasa tak puas. Phuket ni ada attraction nya yang tersendiri.

Krabi


2 kali datang sini aku rasa pulau-pulau kat Krabi pun cukup-cukup menarik. Banyak jugak pulau yang berdekatan. Cuma cukup hari and duit nak cover ke tidak.

Koh lipe.


Salah satu pulau yang cantik gila dengan air birunya and pasir yang halus gilaaa tu and paling dekat dengan Malaysia. Omaigoddd i misss Koh Lipe. Sekali pi rasa tak puas. Maybe 2 kali pi baru rasa puas kot.

Mauritius.


Lawa nak mati Mauritius ni. Tapi tak tau la mampu ke tidak nak pi ke Mauritius ni. Dah la AA pun da wat flight ke sana. Marilah kita berhuhu. Now everybody can fly to Mauritius but not everybody can spend in Mauritius!

Maldives


Masuk jugak dalam wishlist!
Hai la cantiknya. Cantiknyaaa

Bora bora


Bora bora island yang terletak kat France ni. Haih la. Antara luxury island jugak la. Nak pegi France pun mcm nk meleleh air liur ini kan pulak nak sampai Bora Bora. Dapat tengok Eiffel Tower depan mata aku rasa boleh nangis ni kan pulak kalau aku sampai Bora Bora ni.

Pulau Kapas


Ada kawan cakap Pulau Kapas ni best and cantik. And paling besr sebab tak ramai orang. Tak tau la betul ke tak. Tapi dalam wishlist gak la ni. Cuma mengenangkan Tganu ngn Penang ni boleh makan 1 hari drive p blum lagi 1 hri drive balik, maka banyak plan ke Pantai Timur selalunya tak jadi.


Pulau Perhentian.


Serius aku memang teringin gila kot nak pi ke Pulau Perhentian ni. Duk tengok ja gamvar orang upload p sini. Aku bila ntah. Kes yang sama macam aku cakap, banyak plan ke Pantai Timur memang kitaorang hold sebab perjalanan tu. (mesti ada yang cakap Phuket ngn Krabi boleh ja kan.phuket ngn krabi tu lain. Tu da mcm kampung aku dah. Hahahah)

Apa pun aku ni memang suka sangat percutian ke pantai and pulau-pulau ni. Rasa tenang sangat bila nampak air laut yang biru, jalan-jalan atas pasiaa yang halusss tu. Aduhh rinduuu nyaaaa.

Tapi takpa lah. Lani pun duduk Pulau Pinang kan. Pulau jugekkkk


Elok ja Allah tetapkan jodoh aku dengan orang pulau jugakkan.

posted from Bloggeroid



Fuhhh up to 70% bhai.

And aku pun da lama gila kot tak shopping apa-apa kat Body Shop. Ya lah lagi-lagi sejak pandai wat homemade soap sendiri ni. Tapi sekali sekala kena la mencari inspirasi dari label-label besar kan.

Gila tak gila jugak la kan bila masuk situ. Gila terpikat betul dengan scrub vitamin c dia. Tapi oh mak kau RM109 ke RM129. Tunggu la dulu aku cari idea n resipi dulu nak wat scrub vitamin C aku dulu.


Lama oi tak beli body shop. Zaman student rajin la dulu beli. Pastu tua2 ni angah ada la gak belikan masa dia p UK hari tu.


Bila Body Shop wat sales gila macam ni, harus lah teruja kan. Aku memang pentegar body butter tu. Beli yang kecik senang nak travel. 1 tu ingat nak wat GA kat readers. Next month la kot kan wat GA kat korang kan. Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma.

Total damaged =RM109.50.
Worth every single cents i spent.

***sambil-sambil tu mencari inspirasi untuk Kathy's Homemade Soap jugak. Pasni p kat sana nun boleh p serbu Lush cosmetics pulak. Nak ceduk2 idea jugek.

posted from Bloggeroid

Malindo Air Promotion

in , by Alia Farhan, 1:43 AM

Mari la mari kita ke _ _ _ _ _

Ehem2.
Mngidam dari mengandung Adriana lagi nak ke situ. Makan fish &chip. Penangan cerita Adam &Hawa.

Masih merancang itinerary. Berselirat jugak otak. Nasib ada group fb yang agk banyak membantu dan sporting2 belaka.

posted from Bloggeroid

Hi hampa semua,

Kali ni nak cerita pasal preview Ramadhan Buffet ya dekat The Light Hotel yang terletak di Seberang Jaya, Penang ni tau. Orang-orang penang mesti tau punya hotel The Light ni kan....kalau tak tau hampa cheroiiii. ehhh

Untuk penegtahuan semua, tema sajian buffet Ramadhan di The Light Hotel adalah Nostalgia Sajian Desa. (Memang sesuai sangat sapa yang tekak kampung.com.my macam aku ni)

Sambal udang petai. Memang masuk sangat dengan tekak Melayu ni.

Berbagai pilihan ulam, dan kerabu.

Masakan sayur asin masak lemak labu betul-betul membangkitkan selera, macam masakan mak dekat rumah ja.

Rendang Daging Tok juga disajikan dekat Ramadhan Buffet The Light Hotel.

Selain dari masakan tradtional Melayu, turut disajikan masakan tradisi India seperti nasi briyani, Indian Style Fish Curry, kambing vindalo, ayam ros dan lain-lain lagi.

Sri Lankan spring roll ni ala-ala murtabak jugak ya. Tapi ni from Sri Lanka punya style. A must try one.

Bagi penggemar Chinese food, don't worry Buffet Ramadhan The Light Hotel turut menyajikan sajian seperti mee dan char kuey tiaw.
(kami siap repeat char kuey tiaw ni dua kali laghi tau)

Bulan puasa takda bubur lambuk or orang utara panggil kanji tu kan tak sah.

Selection of Penang authentic dish, Pasemboq!



Bakar-bakar (ikan pari, sotong , dan sebagainya)


Pelbagai dessert dan pencuci mulut.

Buah-buahan segar terut disajikan sepanjang buffet ramadhan yang akan berlangsung.




Untuk pengteahuan semua, Nostalgia Sahjian desa Ramadhan ini bermula dari 8hb Jun hingga 3 Julai 2016.
7.00 malam -10.00 malam di Spice Brasserie.
Harga bermula dari RM79+ (Dewasa) ,RM48+ (Kanak-Kanak) ,RM60+ (Warga Emas)

(Promosi 10 + 1| Setiap bayaran penuh untuk 10 orang dewasa PERCUMA 1 orang)

DAN UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, pihak The Light Hotel tengah mengadakan promosi sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi.

korang bolehlah dapatkan Boucer Bufet Ramadhan pada harga istimewa RM70.00 nett seorang. Promosi terhad sehingga 31 Mei 2016.
Untuk tempahan, sila hubungi +604 382 1111

Kemudahan Surau turut disediakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan yang berbuka untuk menunaikan solat Maghrib dan jugak Isyak (terawikh pun ada). Selain itu, para pelanggan juga turut dihiburkan dengan persembahan Rayyan Band dengan Nasyid, Arab dan lagu Melayu.





THE LIGHT HOTEL (M) SDN BHD
Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya,
13700 Seberang Jaya,
Penang, Malaysia.


Telefon:
+604-3821111

Website:
www.thelighthotelpg.com


Travelog Koh Lipe : Part V

by Alia Farhan, 6:56 PM
Oklah kali ni nak cerita pasal Sunset Beach yang fames amos kat Koh Lipe tu. Untuk pengetahuan Sunset Beach ni terletak agak jauh jugak la dari Pattaya Beach tu. Boleh ja kalau hampa nak jalan dari Pattaya Beach tu tapi mengenangkan kami bawak budak-budak maka tak payah la cari pasal dan penyakit.

Untuk ke Sunset Beach Koh Lipe ni ada ja teksi ( motor yand diubahsuai boleh naik 4 orang inc pemandu) untuk ke sana. Just tahan teksi tu and cakap nak ke Sunset Beach. Depa charge kita satu orang tu 50 baht kalau tak silap. Budak-budak kt Koh lipe ni selalunya FOC jer.

Jalan nak ke Sunset beach ni akan lalu satu resort ni. Resort ni macam dalam hutan-hutan skit. Aku tengok macam port-port mat salleh ja kat sini.

Ada camp side la.Sapa suka flora fauna ok la duk sini. Ehhhh

Si kenit and papa.

Da jumpa pantai. Yeayyyyy. Pasiaq haluihhh weiiii. Bestnyaaaa. Terus kenit tu ajak mandi.

We-fie dulu anak beranak!

ehh we-fie lagi....

I love to take their photo from their back side. Suka sangat tengok dua beranak ni. Kamceng semacam lagi-lagi sejak dah wean off ni. Menyampah mama!!!

Pramong Beach nama diberi. Sunset Beach lewtewww.

Sunset Beach ni lebih tenang berbanding dengan Pattaya Beach side. Kat situ agak crowded. So kalau sapa nak romantik-romantik and nak berhoney moon aku sajeskan hampa p kat Sunrise Beach atau Sunset Beach. These two sides memang sunyi and tak ramai sangat orang.

Duk menhayati view matahari tengah turun. Gila wei cantik nak mam.

sikit-sikit nampak matahari tu terbenam and macam masuk dalam "laut" . HAHAHAHAHA.

memang cantik sangat-sangat la view sunset ni. Tak pernah lagi nampak view Sunset seketoi2 terbenam macam ni.

So bila matahari dah terbenam maka dengan itu haruslah cargas untuk keluar ke tempat tunggu teksi balik (kat tempat teksi drop kami). Ingatkan tak ramai orang, sekali mak iah ramai jugak orang yang mai tengok sunset ni. Kena beratur tunggu turn jugak la nak naik teksi tu. Dah la area situ da gelap-gelap and hutan-hutan sikit kan. Kalau keluar lambat-lambat risau dah takdak teksi tunggu situ. So kepada sesapa yang nak p ke Sunset Beach tu harus diingtakan jangan la berangan nak keluar lambat-lambat sangat dari Sunset Beach tu kang ada yang kena jalan dalam hutan sorang-sorang.

Oklah, tu ja nak cerita untuk Part V.

Bersambung Part VI untuk hari terakhir di Koh Lipe.

Dulu aku selalu sangat runsing kalau tengok dalam kitchen cabinet aku tu. Serabut sangat-sangat.

Bila da start susun-susun sikit baru la nampak rupa sikit oiii.


Ni stock ration. Dulu main campak-campak ja. Alih-alih sampai beli kadang-kadang melebih and expired pun ada.
Bila da macam ni senang sikit nak tengok kan.


Abaikan bawah tu yang tepung tu main letak kat bawah tu. Guna para tu senang. Boleh susun pinggan elok2 dengan mangkuk2 bagai.


Nampak tak ada 3 layer. Yang atas tu letak mangkuk. 2nd layer tu letak pinggan. Yang bawah sekali letak gula n tepung.

Para tu boleh beli kt Ikea ya. Senang nak organize dapor n tempat2 lain.

Mata pun da tak berapa nak serabut tengok oi.

Sekian laporan susun atur kali ini bersiaran di dapur kecik ku.

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS