Qu Puteh & Dato Vida

in , , by Alia Farhan, 10:23 AM

Ada ka orang tak kenai Dato Vida ni sapa? Yalah kalau tengok Gegar Vaganza tu mesti semua rata2 komen kat Fb nak muntah la apa la. hampa muntah hijau pun hampa tak kaya macam Dato Vida ni. seriously la aku kagum dengan dia sebab dia ni konpiden level dia tinggi nak mam. Sebab apa kata nak mam? sebab nya cuba hampa tengok Estee Lauder ka hat brand2 femes hat lain, xdak nya tepek muka pengasas, semua tepek muka2 retis yang terkenai nyah oi. Bukan Dato Vida ni tak mampu setakat nak bayaq Si Erra Fazira ka sapa jadi duta produk kecantikan dia. Tapi dia relax ja "QU PUTEH QU PUTEH BARU LAH PUTEH MUAHHH" jari kat pipi okey. Adriana pun sampai boleh follow la. kahkahkah. Trending oiiii.

Hari tu laki aku duk video Terlajak Puteh yang Paknil tu kan, tetiba aku pun join sekaki. Oiiiiii kaya nyaaaa oiiiiii. Kereta dia takyah cakap la bapak punya banyak and mewah. CRV bawak p merket ja...hang mampu bawak CRV p merket beli sayoq???


Gila kelass mak cik sorang ni. Yang bestnya most of kereta dia kaler puteh..bila paknil tanya kenapa banyak kereta kaler puteh...tau dia jawab apa? kan Qu Puteh...kena la puteh2.

Tu belum cerita beli crown diamond ada cert lagi bhai. Ada handbag beli tak pakai yang chanel ka apa ka ntah..malu nak pakai sebab takdak blink2..eshhhhh..Dato kalau malu..mai la bagi kat saiyaaaa Dato oiiii. Menangis tengok handbag dia ja. Baju hang takyah cerita la semua wajib kena BLINK BLINK.


Rumah dia ada berapa bijik pun aku tak hingat dah. tapi memang banyak la. Menangissss la mak jem.

Ni hall kat rumah 4 tingkat dia tu. Dalam rumah ada lift. haihhhhh seronok2 tengok life orang kaya ni noh. Tapi sebelum dia kaya pun macam2 kan dia pernah lalui...tu belum yang cerita 2 orang anak dia meninggal masa kebakaran kat rumah dia dulu.

Apa pun aku memang respek makcik sorang ni. Ya la kadang2 memang la agak annoying but at least marketing dia berkesan ka. Sapa tak kenal Dato Vida Pamoga Qu Puteh tu haa? cer habaq mai. Inspirasi aku untuk buat sabun homemade yang level2 LUSH COSMETICS gitewww haaaa.....
Bukan apa seronok bila kaya ni kita boleh tolong2 sedara2 kita yang susah2 kan. Aku teringin sangat kalau aku kaya, teringin sangat nak wat program weekly utk feed homeless. seronok kan perasaan dapat tolong orang2 yang memerlukan ni. Hrap2 la impian aku tu satu hari nanti boleh jadi kenyataan and kalaulah aku kaya satu hari nanti semoga aku tak lupa diri dan tak lupa kepada orang2 yang lebih memerlukan ni.

ok lah good nite semua.

Hai dah lama gila aku tak buat movie review kot weiii
Maunya tak sejak2 ada anak ni memang susah la aku nak jejak kaki ke cinema dengan husband berdua ja kan...kalau ya pun mesti tengok cerita cartoon. Nasib baik boleh la layan sampai habis. Kalau nasib tak baik sipi2 nak habis cerita macam Hotel Pensylvania tu Adriana da nangis2 nak susu. Warghhh mak jem is stress!!
Nasib Minion si kenit ni tdoq masa tgh2 cerita and bangun sambung tengok movie macam biasa.

Kes DILWALE yang terlepas tengok ni kes tinggal si kenit ni kat umah bs dia. Fuhhh sempat la p muvie date ngn papa dia kat Gurney Plaza. Nak dating ngan suami sendiri pun payah...asyik bz kedaung ja. Xpa lah...kerja kuat masa muda, tua2 boleh relax kat umah main dengan cucu2 ye dak?

Ok lah...rasanya semua pakat duk gila dengan DILWALE kan...

Lawa kan si Kajol ni. Aku memang duk kagum tengok Kajol ni ja. Tapi geli pulak aku tengok Si SRK ada jambang. Hihihi

Cerita dia ni pasal gangster2 la, si SRK ni anak gangster Team A...si Kajol ni pulak anak gangster Team B yang mana duk bermusuhan. Si SRK pulak jatuh cinta dengan si Kajol ni kiranya awai2 Si Kajol ni macam saja la berlakon suka kat Kaali or SRK ni. Nama Kaali tu tak glam kan. So conflict pun terjadi la lepas2 tu.

Alaaa hampa pun boleh teka la sypnosis cerita dia. Malaih nk cerita panjang2 tapi yang pasti nya lagu2 dia best2...duk JANAM JANAM JANAM..JAHANAM LAH AKU REJA NYANYI LAGU JANAM JANAM NI
GERUA pun best sampai asyik ternyanyi. Kalau dari segi jalan cerita dia bagi aku takla best mana pun.
Laki aku cakap baik layan kat Astro First...biadap kan! Kajol n SRK kot...kompem la aku nak tgk kat cinema. Dulu KUCH KUCH HOTA HAI...DILWALE DULHANIA LE GAYENGE N KABHI KUSHI KABHI GAM tu semua zaman aku tak jejak kaki kat cinema lagi. Bagi chan la bini nk tengok kat wayang cik abam syg oiii.

Orang yang hat duk bising kena surung p cinema tu last2 duk GERUA GERUA GERUA...JANAM JANAM JANAM....
kan aku da cakap...laki aku ni mmg kaki hindustan tp saja poyo.. lagu2 hidustan siap hapai lagi. Aku menyanyi lagu Dilwake Dulhania Le Jayenge dia pun join sekaki. Muka ja ketat...hati hindustani heyyyy...

Walaupun cerita ni bagi aku agk BIASA kalau dibandingkan dengan KUCH KUCH HOTA HAI atau DILWALE DULHANIA LE JAYENGE tetapi tetap la menjadi one of MUST WATCH khas utk peminat Kajol N SRK. Cuba kalau Kajol ngn laki dia...nan hadooo aku nak p tengokkk haaaa.

Duk kagum dengan kecantikan Kajol tak abih2 lagi...huwaaa cantiknya awak ni Kajol. Ok lupa nak telan collagen hari ni. Japg kena pantas bangun minum collagen sebelum tidoq ni. Ohoiii kata nak segak dan lawa macam Kajol. Vitamin C and E shaklee pun xleh skip. Baru la Qu Puteh...ehhh. marah Dato Vida aku pinjam tagline dia nnt haaa.

Ok lah...tu ja lah nk review yang tak berapa nak review tu. Pendek kata..hampa yg suka couple ni elok la p tengok. Aku nak cari link nak download nanti. HAHA
HAHA GELAK SYAITON!

Nite hampa. Nak mimpi segak macam Kajol la malam ni. Ehhhh
Sebenarnya kan p makan kat sini dah lama. Lepas dari Jumpstreet lagi dah p makan kat situ. Tapi asyik mood ke laut laut laut ja. Haaa kan dekat Ao Nang baru dapat ilham nak update sebab dah puas ke laut kan.

So untuk pengetahuan korang Roots ni terletak dekat Bayan Baru. Berhampiran dengan market Bayan Baru tu.

Jom layan gambar-gambar kat dalan Roots tu.


Dalam dia memang class, dari segi deco memang ok cantik sangat.

Siap ada ruang tempat main untuk budak lagi. Memang Adriana suka la wei....

Ok bab makan.

Ni yang aku order. Spaghetti with grilled chicken. Aku amik agloi olio punya spagetthi ja. To be frank bagi aku ayam dia macam keras, macam over grilled. Pasta tu ok rasa dia.

Yang ni pulak yang husband aku punya. kita orang amik yang set punya sekali dengan ayaq. tapi bezanya dia amik chicken chop aku amik grilled chicken. Pasta dia bolongaise, cuma part chicken chop tu rasa dia pun over fried and dah jadi keras dan tak moist.
And yang paling agak tak best kami kena tunggu almost 45minutes untuk dapakan meal yang kami order. Walhal, sebelum kami ada 2 customers ja itupun depa memang tengah makan.

Overall, dari segi food bagi aku dan suami agak "frust" sebab banyak aku tengok review cakap ok. Mungkin nasib kami hari tu kot tak berapa nak OK dapat makanan tak memenuhi citarasa kami dan servis pun agak lambat. Nasib lah deco cantik dan ada tempat untuk anak bermain kat situ, bukan apa kalau ramai orang kami boleh terima servisnya lambat dan rasa makanan yang agak mengecewakan.

Diharap pihak The Roots dapat menambah baik atau improve service yang sedia ada. Bukan apa, cafe anda memang berpotensi untuk pergi lebih jauh lagi cuma kena pastikan servis dan rasa tu sentiasa maintain.

Sekian review dari makjem dari kejauhan.


Dah masuk 2016 weiiiii
which means umoq mak jem dah nak cecah 31 tahun dis year weeiiiiii
tua wei rasanya.

Bila umoq da meningkat ni, benda yang kita paling rasa tua bila kita tengok kulit kita. Yalah biasanya kulit yang akan nampak dulu. Dengan sagging nya, garis2 halusnya pastu rona kulit pun kadang tak sekata. Adussssss benci tengok kulit kalau jadi macam tu. Sebab tu la pentingnya pengambilan collagen. Untuk sustain kulit kita supaya muda dan anjal gituuuu haaaa.

Biasanya collagen sekarang ni mai dalam bentuk powder form kan, which kadang2 tu rasa macam MALAS nya lahai nak bancuh bagai kan!!! Sapa PEMALAS macam mak jem angkat tangan kaih.....TAPI DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni punya la best sebab dia dalam liquid form. Hampa koyak sachet tu hampa teruih boleh minum!

Ni lah dia produk DWI DARA COLLAGE COMPLEX tu. Dalam satu kotak ni ada 20 sachet tau.

Ni haa... dalam bentuk sachet ni. KOYAK DAN MINUM. Takyah susah nak shake2 and bancuh bagai. Sesuai untuk orang PEMALAS TAPI NAK CANTIK macam makjem yang sentiasa nak JELITA.

Feeling2 retis sangat minum dan sedut collagen ni tepi pool bagai tau. Kalau hampa nak tau rasa collagen ni pun sedap ada rasa kurma skit. Mak jem memang suka la pendek kata!

Yang paling bestnya bila da dalam bentuk Sachet gini kan, hampa boleh la bawak p travel ke sana sini. Tak payah bancuh pulak tu. biasanya mak jam akan amik collagen ni pagi-pagi masa perut kosong sebelum breakfast. P Krabi hari tu pun senang ja, koyak dan telan collagen. Kalau nak kena bancuh2 ni memang ke laut la jawabnya!

Ni la antara bahan2 dalam DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. No wonder la sedap nyah! Yang paling penting ibu mengadung dan ibu menyusu pun boleh amalkan tau DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kalau lelaki nak bajet jadi macam AARON AZIZ pun boleh la try amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni haa. Takdak masalah pun.

Antara khasiat lain DWI DARA COLLAGEN COMPLEX. Boleh gak diambil sebagai supplement or makanan tambahan untuk badan kita. Benda baik tak salah nak amalkan, ye dak!

Ni kesan berterusan kalau kita amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Kulit pun boleh cerah dan flawless wei. Bila kulit flawless ni nak make up pun tak susah2 sangat.

Ni selepas 5 hari amalkan DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni. Oklah, jerawat pun malu2 nak tumbuh n kalau yg da tumbuh pun cepat2 ja kecut. Pastu bila nak make up pun light make up da cukup dah. Tak payah nak guna concealer bagai dah. Yang penting kan kulit jadi kurang berminyak , kulit makjem ni combination skin. oily kat T zone dan kering kat pipi. So bila kulit combination ni make up susah nak stay long hampa tau dak. Tapi sejak amalkan DWI DARA COLLAGEN ni kan foundation tepek sikit ja pun dah ok boleh tahan dah. Muka pun dah kurang berminyak tapi dia rasa moist2 gitu. Suka la mak jem bila tak payah nak tepek foundation tebai2 nak oiiiii.

SO kalau hampa berminat nak beli DWI DARA COLLAGEN COMPLEX ni hampa boleh la follow laman-laman sosial yang tertera kat bawah. Pendek kata SELAMAT MENCUBA na...

Instagram: @dwidaraauthorized

Hashtag: #dwidaracollagen #dwidaracollagencomplex

Facebook: facebook.com/dwidaraauthorized

Hotline: 018-219 5350



****** this is sponsored review. Review ni diberikan setelah mak jem sendiri mencuba produk ini*****
© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS