KM 52.4 Highway Karak - KL (sebelum Petronas Afendi Hill) ditutup kedua belah. Disyaki 4 buah kereta tertimbus.
Banyak lagi kawasan lain yg terlibat tanah runtuh. Tapi ini yg paling teruk. Elakkan menggunakan Highway KARAK-KL Sekarang...


***Allahu. Bagi yang plan nak travel ke Pahang or Pantai Timur yang guna hiway ni please gunakan laluan alternative ya. Risau pulak dengar. Musim hujan dah nak start. Semoga kita semua dilindungi Allah.

posted from Bloggeroid

Wordless wednesday

by Alia Farhan, 1:06 AM

Bincangkan.
Manusia terlalu malas atau....?

posted from Bloggeroid



Tudia aih. 7 E wat gila lagi!!!!

Mulai jam 12am ni 7E membuat promosi harga special dengan nilai rm1 setiap satu barang pada tarikh ditentu kan . seluruh 7e di malaysia membuat promosi ini .

Hanya barang ini sahaja .

10-11 november .
-air kotak vico
-air lipton
-air yeo's
-mister potato
-maggi hot cup
- kotex

17-18 november
-kitkat 2 fingers
-mameebev cool tea
-air kotak harshey's soyfresh
-nescafe
-ubat gigi darlie

24-25 november
-air kotak yeo's yeogurt drink
-goodday UHT milk
-mister potato crisps
-garnier men
-garnier women
-fumakilla

1-2 December
- yeo's laici
-dutch lady UHT milk
-mamee monster
-Mamee chef cup
-l'oreal shampoo

HANYA RM1 SAHAJA . TIADA LIMIT PEMBELIAN .

***lepas SLURPEE , diorg offer ni pulak. Apa lagi esok tengok list kot ada berkenan boleh p serang kan!

posted from Bloggeroid

Ooo anak

in , , , , by Alia Farhan, 12:26 AM
Gila mencabar kot nak homeschool kan anak konon2 nya lah kan.

Kita ajaq A - B -C dia sebuk nak main lego dia. Ok lah oklah. Kesimpulan dia kita belajaq ABC 10 minit dulu jadi la ya hari ni.

Esok kita belajaq lagi. Yang balance kita main-main la ya.


Ajak baca buku jap. Ok lepas da abih baca dia belek-belek buku ni. Ok sudah ma.

So lepas tu mama dapat idea, jom la kita kaler buku. Walaupun tau memang akan tak kaler sangat pun kan!



Ok la bagi la dia pegang n mau sendiri pegang pensil warna tu untuk dia main-main.



Mama pun sama la bergading bahu kaler ngan adriana kan.


Hasil kerja adriana n mama. Ok la kennnn. Pupuk minat dia sikit-sikit. Tak leh nak push dia sangat pun. Biasa la baru 2y 7 m takkan kita nak push dia suruh kaler ikut skema yang diberikan.

At least today she learnt something, coloring which is fun for both of us.
Well maybe mama pun kena beli coloring book yg advance untuk mama kot. Hari tu jumpa kat Borders. Nanti nak p usha-usha lah.

Tu ja nak cerita hari ni.

***Actually tengah usha-usha kindy kt Adriana. Tengah usha jugak progran Permata kan. Banyak bagi feedback syllabus Permata bagus. So why not kan? Menda baik kita terima, menda hat tak elok kita tolak la ye dak? Ada yang pernah hantar anak kat Permata?i mean yg fully owned by Permata?

posted from Bloggeroid

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS