Assalamualaikum


As we know.. The numbers of people been infected eith Covid 19 rise day by day. A dearly sister of mine, Ain (adik roomate aku masa dekat UniKL-MICET) dulu was tested positive. She is now quarantine at MAEPS, Selangor.

She's been sharing her quarantine at MAEPS for reference to others. So i asked her if she could help me to list down what you should bring to the quarantine centre so that i can share with ny blog readers what essential items to bring. With her help to do the list... I hope it will help those who need to go quarantine at the quarantine centre

So here is the top essential items you should bring :



Other things yang Ain pesan, bawak :

*Your own blanket 

*extra socks & sweaters (in her case, women ward at MAEPS is very cold) 

*vitamin & supplements

*plastic cutlery(no besi allowed.. Not sure why)

* bring your own food container and mug in case you want to store any leftovers etc.


I hope this will help... And i hope those reading this.. Please pray that my dear sis will recover from Covid 19 immediately. And let pray Allah will vanish this Covid 19 sooner... Aminnnn

Take care every body ❤️💋

Resipi Nasi Ulam

in , , by Alia Farhan, 6:36 PM

 Bila bulan puasa of course makanan wajib utk aku makan walaupun sekali adalah nasi ulam. Kalau di Pantai Timur ada nasi kerabu... Dekat Utara pulak kami ada nasi ulam. Lain sikit tapi masing-masing sedap cara masing-masing.

Keunikkan nasi ulam ni.. Adalah ulam-ulaman dirincik halus dan digaul dengan nasi putih. Ada la lagi ramuan-ramuan lain yang dicampur sekali masa buat tu. Nanti aku bagitau ya.

Orang yang suka makan ulam.. Mesti akan suka makan nasi ulam ni... Biasa kalau mak aku buat.. Dia akan buat dengan sayoq keladi. Sayoq keladi tu pulak macam kuah asam pedas utara.. Perghhhhhh dapnyaaa... Kalau belah utara ni asam pedas dia asam pedas rebus tu. Tapi aku tak buat la asam pedas ni sebab takdak la sayoq keladi kan.

Aku buat kengsom siakap ja untuk makan dengan nasi ulam ni... Pun sedappppp 🤣🤣🤣



Haihhh terus rasa nak kutip ulam dekat balcony and buat nasi kerabu. 

Okla... Jom kita tengok bahan-bahan and cara untuk buat nasi ulam ni. 

Bahan-bahan:


Ni ulam-ulam yang kutip di balcony. Eh tapi bunga kantan tu beli.. Serai tu amik dekat community garden dekat bawah. 

Bahan A 
(any daun ulam hijau-aku kutip dekat balcony aku ja) 

4 biji Bawang merah
1 bunga kantan
Daun kunyit
Bayam brazil
Daun cekur
Daun selasih
Daun sambung nyawa
Daun kesum
3 biji bawang merah


Bahan B 
(bahan tumbuk /blend kering) 

2 biji bawang merah
2 batang serai
Sedikit lengkuas
1 sudu kecil lada hitam
2-3 biji cili padi
2-3 cili kering
1 kecil belacan

Bahan C

2 mangkuk nasi sejuk
Garam


1. Nasi terlebih dahulu di masak dan disejukkan. Jangan guna nasi panas ya.
2. Rincik halus kesemua bahan-bahan A dan asingkan seketika. 
3. Blend kering kesemua bahan B dan letakkan asing. 
4. Dalam mangkuk besar yang berisi nasi yang sudah sejuk, masukkan Bahan A dan Bahan B. 
5. Masukkan sedikit garam dan gaulkan kesemua bahan sehingga rata kesemua nasi.  


Haaa gaul bagi sekata macam ni ya...... Sedappp uiiii


Kita padankan dengan kengsom siakap.. Sambal telur puyuh, ayaq asam picit dan kangkung rebus. 

Selamat mencuba bagi yang nak mencuba ya. Hari tu tak habis masa berbuka tu... Aku buat nasi goreng kerabu guna left over nasi ulam ni utk sahur. Serius jadi sebijik macam dekat kedai siam tu.. Letak bilis goreng sikit. Haroiii cing cing..... Hahhahahha... 








 Sedar tak sedar dah raya keenam hari ni. Cepat ja masa berlalu kan? Macam bulan puasa hari tu jugak. Sat ja rasa masa berlalu... 10 Ramadan terawal ja rasa lambat... Lepas tu sat ja rasa Ramadan berlalu.

Tengok-tengok dah 10 Ramadan terakhir. And sekarang dah raya ke-6. Fuhhhh memang cepat sangat rasaaaa... 


Selamat Hari Raya buat semua umat Islam di dunia ni. 

Dalam nak sambut Syawal.. Kita digemparkan dengan serangan terkutuk puak Y4hudi Laknatullah ke atas sedara-sedara kita di G4za. Sedih tengok apa yang berlaku di sana. 

Kita dekat sini pun ada perjuangan kita jugak.. Dalam memerangi wabak Covid 19. Tapi sedih bila tengok banyak lagi yang salah guna permit kerja semua untuk balik ke kampung. Dah la salah guna permit kerja /business semua tu... Bangga pulak duk menayang dekat media sosial. Sungguh tak paham manusia-manusia macam ni. Sabarlah.. Bukan hang sorang ja makpak nak tengok kat kampung tu.. 😏😏😏


Persoalan dia macam mana banyak-banyak ni boleh terlepas? Semua PJJ ka... Semua guna surat menteri ka.. Semua guna surat kerja ka balik kampung 😏😏😏




😎😎😎



Korang tak tau ka sekarang ni dah macam-macam varians yang masuk dekat Malaysia ni and kita adalah negara ke 10 di dunia yang mempunyai kadar jangkitan tertinggi. Hello.. Kita negara kecik ja tau 😭





Infection rate dekat Selangor dah naik to 1:40...means kalau kelas anak korang 40 orang tu... Salah 1 mesti akan kena... Dulu boleh la kita cakap... Ahhh Covid ni bahaya untuk warga tua n orang-orang yang ada penyakit kronik ja.. Tapi sekarang yabg muda-muda pun ada yang kena intubate dan meninggal. Menangis aku dengar rakaman suara yang wife meninggal suami mintak nak tengok dengan anak-anak tu. 

Hampa tak sedih ka? Please lah... Nak ka jadi satu masa nanti KKM kena pilih nak rawat siapa.... Yang tua2 dibiarkan ja untuk mati sebab diorang tua. And KKM terpaksa pilih breadwinner ja untuk survive dan dapatkan rawatan. Yang terlepas merentas balik ke kampung tu jangan la pulak seronok sangat. Seronok ka kalau bawak balik penyakit dekat parents dekat kampung yang tua2 tu? Seronok ka kalau kita yang jadi penyebab diorang "pergi" ke sana sorang-sorang tanpa anak-anak yang tolong mandikan... Kapankan... Solatkan..hantar ke liang lahad.... Nak ka hanya KKM yang uruskan semua tu? 




Ingat... Memerangi wabak dan menyelamatkan nyawa pun adalah kewajipan kita as umat Islam. Sekarang ni kena jaga diri kita sendiri dan family kita. Tingkatkan ukhuwah dengan jiran-jiran. Social distance kena la jaga kan. Kalau kita sakit.. Jiran-jiran akan jadi orang yang terdekat untuk tolong kita time-time macam ni.... 

Semoga kita di Malaysia ni dihindari Covid  dan semoga Allah cepat angkat wabak Covid ni dari dunia.... And jangan lupa juga berdoa banyak-banyak supaya sedara2 kita di G4za dilindungi Allah SWT. 


Burger Sedap Di KL

by Alia Farhan, 8:48 AM

Jangan ingat negara barat saja yang suka makan burger. Malaysia sendiri ada ramai peminat burger dan ada banyak tempat makan untuk menu burger dengan rasa yang sangat memuaskan hati. Walaupun peniaga yang menjual burger ini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, tetapi masih ada tempat makan untuk menu burger yang sentiasa popular di hati pelanggan dari dulu hingga kini.

Bagi kalian yang masih tertanya-tanya, dimanakah lokasi atau tempat makan untuk dapatkan menu burger yang sedap dan berbaloi, di sini telah di senaraikan beberapa lokasi sebagai panduan.


1. KGB




KGB Burger merupakan singkatan bagi perkataan Killer Gourmet Burger. Ia dibuka buat pertama kalinya kepada orang ramai pada tahun 2013. Sejujurnya, idea Killer Gourmet Burger ini jika kita tengok sudah dapat menunjukkan burger mereka dapat menandingi lain-lain burger gourmet yang ada di Malaysia.

Burger KGB ini sebenarnya cukup bagus kerana tampil dengan cara mereka sendiri. Salah satunya, permukaan roti telah dicop dengan perkataan  KGB dan secara tidak langsung ia telah berjaya mencipta identiti untuk diri mereka sendiri.


2. Lava Rock Grill & Pasta




Di Lava Rock, anda boleh mendapatkan burger bakar klasik yang sangat lazat hasil gabungan roti, daging lembu atau ayam yang telah digabungkan menjadi satu burger hingga mampu buat pelanggan menelan air liur.



Jika makan di sini pastikan sudah bersiap sedia untuk menikmati waktu makan yang comot kerana daging atau ayam untuk burger ini dilapisi oleh keju dan sos yang banyak.




3. BurgerByte





Usaha pelawak tempatan terkenal Zizan Razak, BurgerByte mempunyai alasan tersendiri untuk menjadi salah satu restoran yang mampu menarik perhatian ramai peminat burger tanahair. Di BurgerByte, dengan sendirinya akan berhenti mengira kalori kerana BurgerByte benar-benar mementingkan rasa, kualiti dan nikmati makan yang setimpal dengan rasa bersalah anda itu.

Bau aroma berasap sudah mampu membuatkan sesiapa saja rasa tak sabar untuk menikmati menu di sini.

4. Zam Burger





Ia agak mirip dengan Burger Bakar Kaw Kaw tetapi dengan persembahannya yang tersendiri. Burger Zam terkenal kerana pelanggan boleh minta mahu patty yang bagaimana.



Pelanggan boleh pilih mahu patty dimasak pada tahap medium hingga sederhana. Rasanya yang digabungkan dengan garam dan lada benar-benar mampu menghasilkan rasa original yang ada. Sos tambahan seperti mayonis, sos cili, bbq dan sebagainya juga boleh ditambah bergantung pada pilihan pesanan pelanggan.





5. Chequers




Siapa sangka, dengan menggantikan roti bijan yang lembut dan gebu ini merupakan satu idea yang baik. Kemanisan mentega yang mengalir keluar daripada waffle dengan teksturnya yang lembut dalam bentuk segi empatnya, telah mampu memberikan pengalaman makanan yang sangat berbeza. Ia sememangnya lain dari yang lain tetapi masih mampu memuaskan hati pelanggan.



Burger boleh dianggap sebagai salah satu menu western food near me yang ada di Malaysia. Nak dapatkan menu-menu burger yang terbaik ini tidak susah, boleh terus melayari laman web Foodpanda untuk buat pesanan dan setelah siap rider akan menghantarnya terus sehingga depan pintu rumah.



Selamat menjamu selera dan selamat beristirehat bersama keluarga.



***all pics credit to Google





© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS