Showing posts with label recipe



Ada sapa2 kat sini pernah makan Loh She Fun? Atau laksa pendek goreng ni? Kalau dalam bahasa Cina depa panggil ni mee ekor tikus. 

If you wonder how does it taste like? Rasa dia macam kueytiaw jugak sebab buat dengan tepung beras sama macam kueytiaw jugak. 


Pic credit to Google. 

Haaa ni la rupa dia sebelum masak ya. 

Nak buat dia pun senang ja.. Xla susah mana pun... Buat sendiri makan puas skit kan.... Actually macam tak pernah jumpa Melayu jual loh shee fun ni... So nak taknak kena buat sendiri la kan. Nasibla ada halal laksa pendek ni orang jual dekat Tesco haa. 

Ok lah... Jom nak share skit macam mana nak buat and bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan:

Laksa pendek 
Sedikit minyak untuk menumis
2 biji Telur 
*2 sudu besar cili paste
*1 sudu besar garlic paste
*1 sudu besar onion paste
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap pekat 
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak bijan
Serbuk cukup rasa 
Udang
Taugeh
Kucai /daun bawang

Cara-caranya :

1. Panaskan minyak dan tumis  bahan-bahan bertanda * sehingga naik bau. 
2. Sambil-sambil kacau tu tambahkan sedikit air dan masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan minyak bijan. 
3. Bila nampak dah ni boleh pecahkan telur dan kacau2 bagi nampak lawa. 
4. Lepas tu boleh masukkan laksa pendek dan sebatikan dengan kuah yang dibuat tadi. Kalau nampak tak bersalut lagi, boleh tambahkan air dan kicap pekat. 
4. Bila kuah tu dah salut semua bahagian, boleh la letak sedikit serbuk cukup rasa. 
5. Then boleh la letak udang, taugeh dan kucai. Kacau2 bagi rata terus tutup api. Jangan terlalu lama sangat goreng.. Sebaiknya lepas dah masuk udang.. Taugeh dan kucai tu dalam 2 dah boleh tutup api. Baru la udang tu xkecut sangat.. Taugeh still crunchy gituhhhhh.... Baru la sedappp kannn... 


Haa tengok tu.. Taugeh pun nampak crunchy ja.. Aku memang suka letak taugeh banyak2.. Kalau yang tak suka taugeh tu xpayah letak. 


Ehhhh terliur sudahhh tengok loh shee fun ni.... Resipi yang sama aku guna kalau buat char kueytiaw version chinese yg kering tu... Sedap... Korang cuba lah ya. 😊😊😊




Sebab hari Jumaat hari tu ada share pasal buat whole grilled chicken... Ramai pulak tertarik nak tau resipi aku buat kan... Ok la kali ni nak share ni resipi aku... Grilled Peri Chicken... In Sha Allah gerenti sedap... Cuma bahan-bahan perapan ni harap maklum pakai banyak bahan.... Sebab tu dia complicated tapi sedap.. Hahahaha.... 





Jom lah aku share Bahan-bahan and cara-cara nak buat ya

Bahan-bahan:


Seekor ayam.. Size kecil dalam 1kg+ lebih skit ja tau. (cuci la dalam tu elok2 ya) 

Air perahan lemon

Bawang holland dipotong bulat2 

Bawang putih

Lemon dipotong bulat2

Rosemary 

Cabai besar dibuang tangkai

Sedikit minyak masak

Untuk Peri Seasoning pulak, guna bahan-bahan dekat bawah ni haa... 

  • Sugar
  • Paprika
  • Onion Powder
  • Garlic Powder
  • Ground Coriander
  • Salt
  • Dried Oregano
  • Dried Parsley
  • Ground Ginger
  • Ground Cardamon
  • Smoked Paprika
  • Cayenne Pepper
Cara-cara :

1. Cuci ayam bersih-bersih dan tosskan ayam. Biar kering skit.. Kalau lambat sangat amik ja kitchen towel paper tu dab2 utk keringkan dia. 
2. Satukan bahan-bahan untuk buat Peri Seasoning tu... Then lumurkan dekat ayam... 
3. Pastikan lumur keseluruhan ayam tadi.. Then pernah skit lemon and titiskan Sedikit minyak masak ke dalam perapan ayam tadi. 
4. Marinate la ayam tu at least 2 jam. Kalau semalaman lagi bagus. 
5. Time nak bakar tu.. Boleh la guna air fryer atau oven.. Aku guna AF ja... Setting kan AF/oven korang dengan menda2 alah dekat bawah ni... 


Boleh bakar jap... Dalam 5 minit guna suhu 160deg C

6. Then boleh la bawak masuk ayam letak atas menda2 ni. 


Mula-mula aku bakar pada suhu 160  degree C dalam 15 minit. Lepas 15 minit aku setting pulak 180 deg C untuk 10 minit. Untuk effect kulit dia garing2 skit. 

7. Untuk yang pakai AF ni heat source dia dekat atas ja tau. So hampa kena la kalih ayam tu ya untuk msak dekat another side pulak ya. Goreng nugget boleh la xyah kalih2 dalam AF ni. 


Haa ni sebelum kalih dia... Sexy sangat aihhh. Repeat la step tadi nah.. Kena jaga2 and bukak tengok sama la. Kalau nampak dah ok... Dah boleh la angkat ayam tu. 

8. Lepas ayam da masak and boleh angkat..aku teruskan grilled lagi bawang holland.. Lemon.. Bawng putih and rosemary dekat dalam tu selama 7-8 minit lebih kurang macam tu la.. Jangan lebih dari 10 minit na... Lepas tu.. Hampa buh la dekat atas ayam tadi.. Susun2 la bagi nampak menarik macam makan dekat Hotel 5 🌟 kan...gravvy /kuah/pati yang collected dekat bahagian bawah bahagian grill AF tu hampa boleh la tuang dekat atas ayam tadi. 




Amboi2...dan2 teringat tauuuu.. Gerammm ngat aihhh.. 


Makan pulak dengan aglio olio pasta.. Memang merecik hawau..resipi aglio olio dah banyak kali share dah... Sapa nak cari resipi aglio olio boleh click SINI na.. 

As for the chicken.. Everyone love this. Rasa dia macam Nandos skit sebab ada rasa masam2 lemon tu... But hubs said this one is way sedap than Nandos u... Hakhak.. Kembang la bini yang sedia kembang ni haaa... 

So total damage masak sendiri dekat rumah modal tak sampai pun RM15 ya... Ayam tu sekor dalam 1.2kg.. Ada la RM7+.. Spaghetti tu berapa ja... And aku pakai isi ayam bahagian dada sebagai umpan.. Cherry tomatoes...  Sweet Basils amik dekat balcony... N mesti buat aglio olio ni kena banyak garlic ya. Bayangkan kalau makan dekat kedai.. Busuk2 dish like this kalau dekat Nandos...luak la RM100+ ya. 


And at rumah ni peminat aglio olio ramai. Sebab tu aku suka buat aglio olio ni.. Sebab dia versatile and boleh buat macam2 gaya. Be it vege.. Beefy stail.. Chicken or seafood.. Semua kena.. Yang penting rasa tu mesti sedap. Our kids love this... Adriana memang prefer bolognese kalau makan dekat kedai. But she never say NO to my aglio because she knows her mom's aglio is definitely delicious. Hee perasan nya mama dia. 

Part Peri seasoning tu la renyah skit nak beli bahan-bahan dry herbs powder tu.. Other than that senang ja. Nak tak kalau aku jual Peri Seasoning ready to use? 😉😉😉

 Padkrapao or Thai Basil or daun selasih in Malay is widely used in Thai dishes. One of them is this simple yet delicious dish.

Like other basils... Thai basil also...


"Basil leaves come complete with an array of antioxidants and other wonderful phytonutrients. Some of these phytonutrients, orientin and vicenin, which are in the flavonoid family, have been found to “protect cell structures as well as chromosomes from radiation and oxygen-based damage"



Orang-orang Thailand tersangatlah suka dengan Thai Basil hence why it is called Thai Basil i guess.. Hahhaha. Eh aku yang sipi-sipi Thailand ni pun favourite sangat daun selasih ni. Mostly aku suka buat ulam.. Letak dalam masakan and macam-macam lagi. 

I grew this plant banyak gila. Like 10 pots i must say🤣🤣🤣


Stock tak pernah putus. 

Ok jom lah kita tengok macam mana nak buat Spicy Beef Padkrapao ni... 



Bahan-bahan :

Daging cincang
Bawang besar dipotong
Bawang putih dicincang kasar
Chilies flakes
Kicap ikan /Namfla
Cukup rasa Maggi
Daun Selasih(lagi banyak lagi sedap) 

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besardan bawang putih. 
2. Masukkan daging cincang dan goreng sehingga air daging tu tersejat. 
3. Bila daging dah mula garing masukkan kicap ikan dan chilies flakes. 
4. Kacau-kacau dan perasakan dengan Maggi Cukup Rasa and masukkan daun selasih/thai basil dalam ni. Kalau nak berkuah boleh letak air skit.. Jangan banyak.. Aku nak kering.. So aku tak letak air dah.. 
5. Kacau-kacau jap dah boleh tutup api. 

Ok dah siap.. Memang simple gila ja. Rasa dia pehhh walawehhh.. Kalau org siam dia suka makan dengan nasi putih n teloq mata ja. Memang kebabom rasa dia. 







Ehhhh dah macam blog chef pulak.. Asyik update resipi ja kan... Alang2 mood da mari kannnn....belasah ja lahhhh... 

Kelmarin balik Juru as usual la singgah kedai Aceh nak beli skit ikan topup stock dalam freeser.. Walaupun freeser 500L ku dah penuh macam apa ja.. Tapi xpa lah... Musim2 covid 19 ni seeloknya takyah la nak pi kedai or merket hari2 kan.... 


So dekat Juru semalam beli la 3 ketul besar ikan seludu/pelotan yang da dipotong.. 3 ketul besar isi ikan jenahak. Untuk seludu/pelotan.. Isi yang da siap dipotong RM20/kg... Jenahak pulak RM28/kg... Murah kannn.... So balik2 rumah terus potong2 sebab ketulan tu kan besaq... 

Ni la ikan seludu/pelotan. 

Dalam pada masa duk bersiang2 and cuci2 bagi bersih tu duk terpikiaq la sebab hari ni janji nak lepak dengan bff aku acik moonah kat kedai nasi daun pisang.. Tapi bila laporan Covid 19 yang membimbangkan lately ni.. Aku amik keputusan untuk lepak kat rumah aku and masak ja. 

So dalan otak ni ligat la duk pikiaq nak masak apa kannnn... Dah ada seludu ni kita buat masak asam la kan. Aku kalau seludu ni suka buat masak asam ja. Kari ka apa ka aku kurengggg kalau ikan ni. And nak buat masak asam ni senang ja wei... Tapi bila buat malam ni makan esok lagi umphhh jadinyaa.. Sebab kuah tu dah meresap ke dalam isi ikan. 

So apa lagi..moh lerr kita buat masak asam kata Alia kepada Farhan. Ehhhh... 


Masak asam macam gini lah diaaaaa 😜😜😜

Kalau nak tau.. Nak buat dia pun simple gila ja... Jom lah tengok bahan-bahan dan cara-cara dia. 


Bahan-bahan:

ketul isi ikan seludu /pelotan
Garam
Kunyit
Air asam jawa
Gula
Bawang besar
Bawang putih
Cabai besar yang dipotong serong
Cili padi(ikut la nak banyak mana.. Takyah potong pun xpa) 

Cara:

1. Goreng ketulan isi ikan selidu/pelotan dengan garam kunyit. Angkat dan toskan minyak.
2. Dalam belanga lain, tumis kan sedikit bawang besar and bawang putih.
3. Masukkan air asam jawa.
4. Masukkan garam dan gula, balance kan rasa masam dan manis.
5. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukkan bawang besar, bawang putih, cili besar dan cili padi. 
6. Tutup api. Dah siap! Nak makan terus pun ok.. Tapi aku suka makan selepas semalaman... Lagi umphhh.

Masak asam ni buat ikan apa pun sedap sebab kuah dia tu buat sedap.. Jadi la sedap dia. Aku suka taste masam2 manis dia tu.. Umphhhh... 

Lauk pauk hari ni nak menjamu kawan baik kami... 

Sebelum dia sampai.. Kita jejai dulu.... 

Balance kuah kari keli semalam ada banyak.. So kita lepas lagi isi keli and ikan apa ntah untuk buat satu lauk hari ni... Cubaan nk diet hancusss.. Suka makan nasi weiiii😭😭😭 buat masa lani kena tukaq la nasi biasa dengan nasi parboiled /steam basmathi sebab basmathi ada low GI compared to beras lain. Nak pulak amik yang parboiled or steam.. Lesa guilty skit🤣🤣🤣

Cita2 nak kurus.. Tapi hobi suka makan.. Macam mana nak buat tu🤔😅

Macam biasa kalau aku dah malas nak masak... Malas nak kecah2 dapoq.. Masak something Western adalah pilihan yang terbaik. Kali ni nak share satu menu simple.... Mackerel / Tuna Spaghetti. Senang ja nak buat dia. Easy peasy org putih kata. Bahan-bahan pun pakai apa yang ada ja.

Aaa jom lahhhh kita tengok apa barang yang kita guna. 



Bahan-bahan:

Spaghetti 
Minyak untuk menumis
Cendawan
Tomato cherry
Bawang besar dipotong dadu
Bawang putih dicincang
Mackerel /Tuna Ayam Brand (ikut la korang nak pakai ikan apa pun xkesah) 
Garam
Cukup rasa

Cara-cara:


1. Macam biasa rebus dulu spaghetti tu... Jangan lupa titiskan minyak and masukkan garam. Pastu tosss bla bla bla. 
2. Dalam kuali lain.. Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih. Masak dan kacau-kacau sampai kekuningan dan naik bau.
3. Then masukkan cendawan dan tomato cherry. Kacau-kacau lagi.
4. Then masukkan setin ikan mackerel /tuna Ayam Brand ke dalam kuali. Kacau-kacau. Isi ikan dia agak besar ya.. So boleh la bagi pecah-pecah skit.
5. Masukkan sedikit air, garam dan cukup rasa and then masukkan spaghetti. Kacau sebati spaghetti dengan bahan-bahan tadi.
6. Rasa kot-kot ada yang kurang dekat spaghetti tu.. Kalau tak cukup garam bol3h la tambah time ni. Kalau da perfect... Dah boleh angkat dah.

It's Doneeee....


Ni bergambar dengan tin tuna Ayam Brand.. Walhal guna yang mackerel.. Ingatkan beli sama spesis ikan.. Rupa2 nya bukan... Kalau da beli tuna.. Boleh ja guna yang tuna.. Ni kalau buat nasi goreng pun sedap gak ni ha... 

Semalam buat ni licin mak dengan anak-anak belasah. Sedap la kan. Kalau tak sedap mesti tak habis. Hahahhahah

Ok la.. Bela ciao. 
Disebabkan mak n kakak aku baru balik Semenanjung hari tu... So depa bawak la balik kt kami lobster la apa la... Macam2 ada... Losbtser sajia dapat 3 ekoq... Ada 2 size sederhana... Ada sekoq tu besaqqqq gilaa... Untuk kali ni aku buat yang size sederhana tu 2 ekoq... Makan pulak dengan spaghetti aglio.. Feeling2 macam mat salleh la... 

Aku ni memang ada peel kalau hari aku malas nak masak.. N malas nak pi makan dekat luaq.. Malas nak order kt food panda sebab takut dapat makanan yang tak kena dengan tekak premium aku ni... Mula la aku nanti skodeng ig Kak Min, 3 benua untuk tengok menu2 Westerngggg Kak Min... Kak Min is a Malaysian live in London.. Married NZ guy... Aku suka tengok menu2 masakan kak min yang simple2 dan senang nak handle... Hampa tau kan masakan Melayu kita ni a bit complicated sometime.. Time2 malas memang aku tak suka la nak masak yang renyah2 n kecah2 dapoq ni... 

So nindia.. Hasil kemalasan aku hari tuuuu... 
I present u... Grilled Lobster Garlic Butter... 


Taraaaaaa...... 

Sedap gilaaaa... Puji diri sendiri😝😝😝

Nak buat pun senang ja... Tak susah mana punnnnn.. Bahan-bahan pun simple ya amat...

Aaaa jom lahhh kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat ya.

Bahan-bahan:

Lobster
Butter
Garlic 
Rosemary

Cara-cara :


1. Cuci bersih-bersih lobster dan belah dua di tengah-tengah belakang dia.
2. Cincang garlic banyak-banyak(letak banyak baru sedap)
3. Panaskan kuali(aku guna tefal pant biasa ja) dengan api yang slow.. Then masukkan 3 sudu  makan butter dan masukkan garlic yang dicincang tadi. Daun rosemary jangan lupa masukkan sekali. 
4. Then masukkan lobster ke dalam pan dan grill pada setiap bahagian. Jangan lupa alihkan2 untuk temgok semua bahagian dah masak.
5. Dah masak... Angkat dah buh dalam pinggan... N plating kan ikut kesukaan hampa... Kami xplating mana pun... Nampak lobster atas pinggan ja automatic dah jadi lawa gila. Hahhaha


Tak payah plating beria-ria pun kannnnn. Hahhahahha


Nindiaaaa.. Makan dengan lain2... Bukan nak puji diri sendiri. Tapi sedap gilos ok
😝😝😝

Simple macam tu ja ka buatnya? Garam semua takyah buh ka? No need sebab aku pakai butter biasa tu dah ada garam dah.. So bila butter masak dengan garlic tu campoq dengan flavour lobster tu sendiri dah walaaa gilaaa.  No need nak beria tambah-tambah seasoning lain dah pun. 

Ok la... Chowwww... 

Siapa suka makan kerabu dekat sini angkat tangan skit? Kita memang hantu kerabu... Bagi la kerabu apa pun.. Boleh ratah saja tak makan nasi pun xpa. Hahhaha



Untuk kali ni kami nak share skit pasal kerabu kerang taugeh. Basically untuk buat ni hampa boleh ja campoq apa yang ada di dapoq hampa.

Untuk kerabu kerang taugeh version kami ni... Kami gunakan bahan apa yang ada di dapoq saja. Kebetulan ada taugeh.. Ada daun selom... Bunga kantan.. Kita gunakan ja.

Jom lah tengok bahan-bahan dan cara-cara membuat kerabu kerang taugeh ni.

Bahan-bahan:

Isi kerang
Taugeh
Daun selom dirincik halus
Bunga kantan dipotong halus2
Bawang merah dipotong nipis
3 biji cabai melaka
3 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar Santan
Garam
Gula

1.  Taugeh dicelor air panas kuku lebih kurang 5 seconds.. Lpas tu tapis and rendam dalam air sejuk kuku..kemudian tosskan taugeh tu.
2. Masukkan isi kerang, daun selom, bawang merah, bunga kantan, cabai melaka yang dipotong.
3. Then masukkan sambal belacan dan kacau ke semua bahan. Jangan lupa masukkan taugeh sekali.
4. Kemudian masukkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula.

Dah siapppp...
Aduiii sedap cik oiii. Kalau ada kerisik boleh tambah kerisik.. Tapi aku xdak kerisik.. So aku tak letak la...



Kerabu ni kalau buat simple2 pun dah sedap uiii.. Xleh bawak berbincang sedao dia tu.. Meratah pun sedappp.

Hampa pulak suka makan kerabu apa?

Oklah. . Bella  Chiao



Assalamualaikum.

Haaa hari 1st puasa mcm mana hampa semua. Ok ka? Duk tengah masak ke tuuu?kali ni aku nak share 1 resipi Nasi Ayam Thai cara aku yang simple dan sedap. Sebab apa aku cakap cara aku? Sebabnya ada yang aku olah dari resipi asal Nasi Ayam Thai.

Untuk buat nasi ayam ni.. Memang senang gila ok. Ayam tak payah nak goreng2 atau bakar dah lepas tu. Rebus buat sup ja da siap part ayam.

Ok  sebelum apa2 jom aku share bahan-bahan dan cara aku buat untuk ayam, nasi dan sos Nasi Ayam Thai ni ya.

Untuk Ayam & Sup:

Bahan-bahan:

Akar Ketumbar (aku guna krtumbar jawa)
Halia
Ayam yang da dipotong
Garam
Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:

1. Panaskan air, masukkan ayam, ketumbar dan halia.
2. Masukkan garam dan maggi cukup rasa. Taknak pakai cukup rasa ikut suka.


3. Masak la sampai ayam tu fully cooked ya. Biasa untuk ayam version goreng ka /bakar ka kita akan rebus half cooked. Tapi ni kena fully cooked ya.
4. Lepas dah siap boleh angkat ayam tu dari sup ya.


5. Lepas angkat dari sup, masukkan dalam air ais mcm kat atas. Tujuan dia untuk kekalkan moisture kat dalan ayam tu and stop heating dekat isi ayam tu. So isi ayam korang takla keras and kering. 

Ok dah setel part ayam and sup... Kita masuk part nasi pulak ya. 

Untuk Nasi:

Beras ikut untuk berapa orang makan
Kuah sup 
Air
Garam
Halia
Ketumbar


Cara-cara:

1. Basuh beras seperti biasa. Masukkan beras dalam periuk dan masuk sup dan air berdasarkan sukatan berapa pot beras kita guna. 
2. Masukkan sekali halia dan ketumbar dan garam. 
3. Tekan cook nasi macam biasa. 

Untuk sos Nasi Ayam Thai:



Bahan-bahan:

2 sudu sos cili thai /cili biasa
2 sudu air limau nipis
3 ulas bawang putih dicincang halus atau ditumbuk
3 biji cabai melaka dipotong
Daun ketumbar diricik halus
2 sudu kuah sup
2 sudu kecil gula perang /gula putih
2 sudu kicap manis

Cara-caranya:

Masukkan kesemua bahan-bahan tadi je dalam mangkuk kecil. Kacau-kacau. Dah siap. Senang ja kan. 

Dah boleh makannnnn.... 


Menu simple sangat. Tapi laku kerassss... 

Selamat mencuba... 








Mee bandung ni antara masakan mee yang aku suka. Ni ikut cara aku la kan.. Kalau yang original Mee Bandung Muo ke apa ka aku tak tau la kan.


Mee bandung cara i


So ni cara aku buat mee bandung simple cara aku. Biasa mee bandung ni buat masa hari raya.. Sebab masa hari raya mak aku akan rebus gearbox... So guna ayaq rebusan gear box tu memang sedap gila ui. Kena plak bahagian2 tendon urat2 yang dah lembut... Perghhhh sedapnyaaaaa.

Tapi kali ni sebab takda air rebusan gearbox ka apa ka. So kita buat from scratch la ya.

So jom lag tengok bahan-bahan yang diperlukan :


Bahagian tulang lembu
Daging yang dah dipotong sederhana besar
Kalau ada bahagian2 urat guna kan
2 sudu Bawang merah + bawang putih blend
2 sudu Cili blend
Sos cili
Sos tomato
Sos tiram
Tomato
Sawi
Carrot dipotong panjang
Telur 3 biji(nak letak lebih boleh ja)
Minyak untuk menumis
Garam
Gula
Meggi cukup rasa
Mee Numee yang da dicelur air panas.

Cara-cara:

1.  Panaskan minyak, bila minyak dah start panas masukkan daging tadi, including bahagian tulang, daging and urat. Alih-alihkan daging tadi biar macam kena goreng2 skit.
2. Bila dah nampak daging-daging tadi macam da separuh masak dekat surface dia. Boleh la masukkan bawang blend, cili blend and kacau-kacau.
3. Then masukkan sedikit air. Lepas tu masukkan segala sos-sos. Sos cili, sos tomato sos tiram semua tu. Masukkan lagi air dah masakkan segala daging tadi.
4. Biarkan merenih bahan-bahan tadi dengan segala daging tadi. Masak la sampai daging-daging tu semua empuk dan lembut.


Guna cast iron pot ni cepat daging lembut ok. Sebab cast iron ni mmg periuk jenis mudah panas.. N retain heat bagus..sebab tu masakan cepat masak and kalau daging cepat lembut and empuk. 

5. Lepas dah nampak isi dekat tulang daging tu lekang tu.. Maksud dia dah lembut la tu. Boleh la masukkan separuh tomato and biar lagi masak seketika. Kalau nak tambah air boleh la tambah. Boleh rasa kuah.. Kalau ada yang kurang.. Boleh tambah.. Sos cili ka sos tomato ka. Kalau kurang dari segi rasa boleh tambah gula, garam dab serbuk perasa.
6. Then boleh pecahkan telur sebijik.. Yang ni kacau biar pecah-pecah skit. Sebab nak effect telur pecah-pecah kat dalam kuah.
7. Masukkan segala sayur. And then masukkan telur2 yang hampa nak kuning dia cair-cair tu. Kalau tak nak cair.. Boleh ja masak sampai keras kan. Up to u.
8. Dah siap boleh la hidang untuk makan.


Apa lah yg bersinar2 sangat ni haaa. 


Jemput makan... 


Setel ok seperiukkkk. 

Kemain laki aku makan. Maksud dia memang sedap la kan. Kalau tak.. Takkan la setel sepeyuk besaq ni kan.. Mee sebungkus pun setel. 





Musim MCO ni banyak aktiviti memasak ja lah. Macam2 resipi nanti orang tanya... Recipe plis.. Recipe plis...

So moh la kita share resipi Ayam Goreng Berlado yang mudah dah sedap.



Untuk Ayam Goreng Berlado kali ni aku tak buat version pedas sangat pun. Sebab nak makan dengan anak-anak kan. So haruslah tak boleh pedas2 sangat.

Jom la kita tengok bahan-bahan and cara buatnya ya.

Bahan-bahan:

Ayam
Kunyit
Garam
*5 biji Cili besar merah
*7 biji cili padi
*Bawang besar holland
*7 ulas bawang putih
Asam keping
Meggi cukup rasa
Gula
Minyak

1. Gaulkan ayam dan garam. Aku guna air fryer ja untuk mgoreng ayam. Set air fryer 160 deg C untuk 20 minit. Jangan lupa kalih ayam and spray minyak skit dekat ayam untuk dapatkan effect ayam goreng.
2. Blend kesemua bahan yang bertanda *.
3. Dalam kuali panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang diblend tadi.
4. Jangan lupa masukkan asam keping dan masak sehingga pecah minyak. Boleh tambah air kalau nak ada kuah2 skit.
5. Perasakan dengan garam, meggi cukup rasa dan gula.
6. Dah pekat or capai consistency kuah yang hampa nak... Boleh la masukkan ayam yang digoreng tadi.
7. Kacau-kacau ayam and kuah berlado sampai mesra and ready untuk dihidangkan.


Aku sendiri terliur tengok ayam goreng berlado ni. Aduhhh sedapnya makan lauk macam ni. Memang menambah la cita dia. 


Makan dengan ulam macam ni pun da sedap uiii. Ingatkan lauk ni bertahan sampai ke malam. Sekali lunch ja dah habis licin semua. 

Ok la kan. Yang penting semua orang suka makan sebab kena dengan selera. Memang padu sangat rasa dia. Hampa boleh try masak ni. Kompem satu family suka makan. Yang ni rasa dia tak pedas pun. Anak2 aku pun suka makan sebab sedap katanya. 



Assalamualaikum. Dah MCO ni macam2 resipi mak2 boleh buat kan. Dari yang tak reti buat macam2 dah macam2 jenis boleh buat masak untuk family kan.

Kali ni nak share pasak keropok lekor homemade pulak. Teringat waktu kecik2 dulu mama kami selalu buat sendiri keropok lekor. Time tu mana ada orang juai keropok lekor sangat dekat Kedah kan. Ya mama kami memang la gigih buat sendiri untuk anak2 dia makan. Ingat lagi tolong mama gentel2 kopok lekor walaupun kadang2 main nya lebih dari tolong. Hahhahaha.


Unlocked one level. Hahahhaha



Tak ingat masa kecik dulu mama kami pakai ikan apa. Tapi untuk kali ni kami pakai isi ikan temenung ja sebab ikan temenung yang murah lani kat Penang ni.

Disebabkan banyak gila stock ikan temenung dalam peti ice. So kami pun decide la untum buat keropok lekor ni kelmarin.

Bahan dia pun tak banyak guna.. Cuma isi ikan, garam, tepung ubi. Untuk buat keropok lekor comey2 halus2 ni. Aku guna lebih kurang 16-18 ekor ikan.  Dapatla dalam 22 ketul keropok lekor halus comel lotey ni.

Bahan-bahan:

Isi ikan
Garam
tepung ubi

Cara-cara:

1. Part paling bercinta part nak siat isi ikan ni la.. Aduh.. Aku sampai ambil kerusi sambil bersiang/ siat isinya.
2. Bila dah siap siat isi ikan, masukkan semua isi ikan ke dalam blender.
3. Masukkan sedikit air and blend isi ikan tadi. Dah nampak isi ikan semua blended.. Boleh stop blend.
4. Kaup semua isi ikan dalam blender tu ke dalam besen or bekas lain.
5. Masukkan tepung ubi(yang ni agak2 ja ya). Gaul tepung ubi dengan isi ikan. Kalau lembik lagi "doh" isi ikan tu.. Boleh la tambah lagi tepung ubi. Jangan letak banyak terus ya. Masukkan tepung ubi tu sikit demi skit ya. And jangan lupa masukkan garam ya.
6. Pastikan "doh" isi ikan tu tak terlampau gebu ya. Kalau terlampau gebu tu maksud dia terlebih tepung ubi. Kalau terlebih tepung ubi maksudnya In Sha Allah liat la. Aku lupa plak nak tangkap gambar "doh" ikan aku.
7. Nak pastikan "doh" isi ikan tu tak terlampau gebu and liat.. Indicator dia warna "doh" ikan tu kelabu-kelabu gelap ya bukan warna greyish white ya.
8. Ok da siap part buat "doh" ikan. Ni la masanya part nak gentel. Sebelum apa2 panaskan air dulu n ketak sedikit minyak untuk merebus ya.
9. Masa nak gentel tu letakkan kat tapak tangan korang dengan tepung ubi. Ambil "doh" ikan tu and mula la menggentel ikut size yang hampa suka.
9. Lepas dah gentel terus la masuk ke dalam air yang mendidih.


10. Bila dia dah terapung tu maksud dia dah masak la. Boleh angkat dah letak dalam penapis dan lalukan dengan tap water untuk hilangkan lendir-lendir air lepas rebus tadi.


Yang bentuk tak smooth tu sebab awal2 gentel tu tak letak tepung kat tangan.. Tu yang tak smooth tu. So jangan lupa letak tepung dekat tangan masa nak gentel tu ya. 


Boleh simpan dalam plastic ikea ni untuk frozen kan. 


Ni untuk goreng makan supper semalam. Biasa la ada anak yang study ni lpas study ja mama lapaqqq. So kita goreng ni siap2 senang. 


Tranung dak kepok kita? 


Dua kali kena goreng wei. Tak ckup sekali goreng. Adakah mama kena buat lagi dan beli ikan temenung 3kg wei? 🤣

Rasa-rasa macam nak kena sruh runner mai hantar 3kg ikan temenung lagi ni. Sebab lepas ni nak try buat lokching dengan solok lada pulak.. Sedapnya. Nyummmy. 










Haiiiiii.... Asyik2 up resipi ja lah bila time2 MCO ni kan.. Nak buat apa lagiii... Tu la aktiviti yang paling banyak dilakukan mak2 mcm aku ni kan....

Kali ni nak cerita menu mudah gila untuk kita semua try. Kueytiaw Thng. Kueytiaw Thng ni fames di kalangan kaum Cina di Penang ni. Tapi mendapat sambutan di kalangan orang2 Melayu dekat sini. Menu wajib kalau aku buat open haus time raya. Hahahahha.


Aku paling suka buat ni sebab senang and kind of my comfort food. Dah la senang buat. Sedap pulak tu.... Kalau nak tau.. Duo untuk Kueytiaw Thng ni bukan jenis berempah tau. Bahan-bahan dia pun simple and tak banyak. Sup Thng ni sup manis. Bahan-bahan dia memang simple gila.

Untuk Sup

Bahan-bahan:

Ayam
3 cawan air
Garam
Maggi cukup rasa
Gula
Lobak putih* aku takda stock lobak putih so tak letak.. Kalau letak lagi sedap

Cara-cara:

1. Dalam periuk masukkan air, ayam dan lobak putih. Biarkan sampai mendidih. Scrap buang bila nampak ada keladak2 dekat surface sup tu.
2. Masukkan garam, meggi cukup rasa dan gula. Gula lebihkan dan rasa. Kalau sup korang manis tu kira dah ok dah.

And untuk kueytiaw thng ni sambal dia jenis sambal merah ya. Sama macam sambal2 yang orang kat Utara ni makan utnuk bihun sup semua tu.


Untuk sambal

Bahan-bahan:

Cili paste
Cuka
Garam
Gula
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Panaskan minyak, masukkan cili paste dalam 3 sudu. Kalau nak buat makan banyak.. Boleh lebihkan cili paste tu
2. Titiskan cuka. Tambah air dan perlahankan api dan biar paste tu masak dan mndidih.
3. Untuk first time mendidih tambahkan sedikit air and masak lagi sekali hingga mendidih.
4. Dah kali kedua mendidih tambah air lagi dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Masak sehingga agak pekat n ikut la korang nak pekat mcm mana.

Untuk minyak bawang putih

Bahan-bahan:

Minyak
Bawang putih yang dicincang

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.
2. Kacau sehingga bawang putih berwarna keemasan. Nak garing skit lagi pun boleh... Tapi jangan sampai hangit.
3. Dah boleh tutup api dan masukkan minyak dan bawang putih ni ke dalam mangkuk.

Minyak bawang putih ni yang akan buat Kueytiaw Thng ni kick ya. Makin banyak letak minyak dan garlic goreng ranggup tu.. Makin sedap lah Kueytiaw Thng korang ni.

Sayur.. Ikut suka hampa.. Basic sayur kena ada daun bawang. Aku kutip ja daun selasih dengan ketumbar jawa dekat luar rumah untuk tambahkan condiments dalam Kueytiaw Thng aku ni...

Kalau ada fishballs ka fishcakes ka filaments crab ka boleh letak gak...
Letak togey mentah pun sedap gak... So pendek kata ikut suka korang. Tapi yang basic nya takda la meriah sangat.


Sup dia kena jernih ja ya. Tak payah nak tumis2 beria2 tau. 


Sekali hadap ja setel sebungkus kueytiaw 4 beranak kami. Memang comfort food kami anak beranak. 


Kepada yang buntu nak masak apa.. Boleh la try masak ni.. Senang pun senang.. Sedap pun sedap.. Tak caya? Cuba la buat sendiri. Kompem tak menyesal.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS