Showing posts with label product review
Lately ni asyik cerita pasal muvies la pasal makan la. Asyik yang tu ja kan.. Untuk kali ni meh la kita update pasal produk pulak. Produk yang aku maksudkan adalah Kiehl's Actually this is my first Kiehl's.

Yang jadi Tertarik nak try sebab masa bulan posa hari tu Muka aku breakout teruk gila. Seminggu lagi nak raya jerawat keluar macam apa ja kat bahagian pipi belah kiri ni. Stress gila aku.


Time tu memang perasan la Muka aku berminyak gila. Ahhh menyampah gila. Bila masuk ja Kiehl's dekat Queensbay tu Tanya la dia untuk Muka yang berminyak and naik jerawat. So orang tu pun suggest la kat aku yang Calendula ni. Since aku memang tak pernah pakai Kiehl's so aku memang tak tau la produk range dia macam mana kan. So OK la orang tu suggest itu ini kat aku.


So aku pun give a try la untuk yang ni. Hence why I took the small size one. To give a try whether the product suit my skin or not kan. Plus the full size one is not cheap at all. Hahahhaha. Dasar cheap skate kan. So for this small size (75ml), the price also bukan lah murah ya. It cost me like RM49.50. Lima kupang lagi nak cukup RM50. Kalau cukup RM50 rasa macam mahal gila kan. Kalau sipi2 kira OK lagi la. This is marketing strategy u olls. Tapi kalau beli on9 lagi la. Everything bawah RM50 rasa macam murah. Gila ka apa ka. Lagi local product kalau harga kalah Yahudi lagi caya lahhhh. Hahhahah.


Aku suka packaging dia yang clean and tak merepek2 tu. 


Untuk product ni, dia kiranya bertindak untuk deep cleansing so kiranya bila hang pakai...boleh rasa la hang punya skin tu macam clean sangat mcm buat double cleansing tau. Serious tak muhung. For my skin la.. Based on what I feel on my skin la kan.



Kalau hampa nak tau Calendula ni adalah pokok marigold. So basically calendula ni kaya dengan antifungal, anti-inflammatory Dan anti-bacterial properties yang boleh menyembuhkan luka, meredakan ekzema Dan melegakan ruam lampin. So basically untuk  jerawat ni jatuh dalam kategori inflammatory la kan.



Kan aku cakap seminggu sebelum Raya Muka aku duk tu buh jerawats baik punya kan. Kiranya by the time nak Raya tu, semua jerawats aku dah clear OK. And masa raya tu make up pun takdak la ada kesan patchy kat tempat jerawat sebab kering ka apa ka. Kiranya menda ni tak mengeringkan langsung kulit aku. Kiranya dia merawat Sambil membetulkan kulit aku yang oily ni.


My first Kiehl's. Baguih siap bagi sample size. Aku duk tengok banyak yang juai sample size ni dekat Shopee. Kot2 hampa nak try dulu boleh la beli kt situ. 


Cara Guna, sama ja macam cleanser lain la. Letak dalam anggaran coin 5 cents tu.. Lepas tu letak ayaq, lepas tu tenyeh dekat Muka dengan urutan membulat. Lepas tu cuci la dengan ayaq macam biasa. 

Pastu hampa try la pakai dengan toner dia bagi sample tu. OK gak toner dia tu pun. Tak la kulit rasa merengsa ka apa ka. Sebab dia takdak alcohol. So gentle la untuk skin kita. 

Will I repeat? 
Holly YES IN FULL SIZE NOKS

OK la. Chow sin chi. 

Disclaimer :

Ni kesan untuk kulit aku tau. Kulit aku maybe sesuai.. Kulit hang maybe tak sesuai.. Satgi duk kata muhunggg la alia ni.. Tak OK pun Kiehl's ni. Aku pun pakai produk ni dekat 3 w baru berani nak review apa yang skin aku rasa for these whole 3 weeks na. 


Yasssss.... The jerawats gone! 





Haluuu pulissss... Ehhh halu hampa2 semua. Nak tanya... Ada yang suka pakai mask tak kat sini? Pernah tak pakai mask berasaskan susu? Kalau tak pernah, hampa kena teruskan membaca di sini.



Untuk pengetahuan hampa semua, Althea da mengeluarkan mask depa sendiri yang bernama Althea Milk Peel Cream Mask. Mask yang berasaskan protein susu dan clay ni sangat unik kalau hampa nak tau. Paling penting kandungan AHA dan  BHA dalam tu boleh merawat kulit muka kita sekali especially dalam remove dead skin kita.
Antara salah satu sebab kenapa aku suka mask ni sebab clay yang ada dalam mask ni akan bertukar tekstur jadi macam whipped cream. Haa kagum ke tak kagum. Macam penuh whipped cream gitu after a while pakai. Ok, dan kandungan protein susu dalam mask ni membantu mengekalkan kelembapan dan memulihkan kulit kita dari dalam gitu.


Haaa sapa yang sesuai untuk pakai ni? Fyi, semua lapisan jenis kulit pun boleh pakai ya hampa semua. Selain melembabkan kulit dan membantu memulihkan kulit dari dalam, Althea Milk Peel Cream Mask ni juga boleh mengecilkan ruang pori kita. Haaa suka ka tak suka? Untuk orang yang ruang pori besar macam aku ni especially kat lart hidung tu memang kena istiqamah la ya pakai baru nak nampak kesan. Nak cantik kena rajin keyword dia gitewww.
Cara pakai pun mudah ja:
1. Basahkan muka sikit then apply Milk Peel Cream Mask ni.
2. Then urut muka and tunggu dalam 60 seconds or 1minute macam tu. Time ni texture akan berubah jadi macam bubble skit tau. Dont worry and terkejut pulak tau.
3. Then after one minute, rinse off dengan water. Taraaaa hasil dia kulit yang gebuuu.

Nak lebih ni mai tengok video kami buat pasai pakai mask ni na.





Paling suka lepas pakai ni kulit rasa moist sangat. Thumbs up Althea!

Hampa kalau nak beli jangan lupa dapatkan di www.althea.kr tau. Yang xdak apps Althea cepat-cepat download kat playstore or apple store.. Okeh!
Akhir kata... Nak cantik kena rajin. Okei baiiii

Hellooo hampa semua...

Hari tu ada up gambar mekap kelam kabut nak ke hospital last week sebab suami kita jatuh moto ada kereta banggang kt jalan pegi bukak pintu luas2 tak tengok luaq..bumm kena laki aku...haihhh..tolongla korang2 yang bawak kereta tu please consider orang lain sama...lucky my husband cuma jatuh terhentak saja. But still kesian kt dia sebab still sakit kan. Orang lain yang punya salah..orang lain yang tanggung sakit.

Ok ni gambar nya. Ada orang kata pelolesss...yes peloles elok awak sebab kita tengah pakai mask ni tetiba husband kol kata dia jatuh and ada kat spital. Terus mak tenangkan pikiran sebab dia kata dia ok..tapi as bini yang baik hati da sayangkan lakinya harus lah aku pun pergi bersama-sama anak2 ku ke hospital untuk ketemu dengan laki ku. 

Eh panjangnya mukadimah. Sebenarnya nak cerita pasal My Product Co punya beauty masks ni. Ok serius best gila kot pakai ni.

Kalau hampa nak tau My Product Co ni ada 3 jenis masks tau. Antaranya adalah :

  1. Ginger Gold hydrogel mask
  2. Red Ginseng gold hydrogel mask
  3. Rice sheet mask.

Tapi kalau hampa nak tau yang terrr paling bestnya mask-mask ni bebas dari 8 bahan kimia berbahaya sepertu Formaldehyde, paraben, sulfate amine, mineral oil, benzyl alcohol, silicone, coal tar dyes dan aminal-derived ingredients and paling oenting sekali dermatology tested naa. Dan untuk pengetahuan hamoa semua, My Beauty Mask ni ada 12.5ppm (part per million) which equal to 99.9% gold  sebagai anti oksidan dan berfungsi sebagai mencegah penuaan kulit. Best ke bestttt???

Ok la jom go thru one by one ok.

1. Ginger gold hydrogel mask.

Ok this is my first time using ginger mask. Sebelum ni tak pernah pun guna ginger dekat muka. Turns out my skin feel so fresh n supple n super toing toing after the used. And ni juga adalah pengalaman pertama aku guna hydrogel mask, so tak tau pun yang hydrogel ni cepat terkoyak. Selalu pakai hydrogel mask dekat mata n lip sajia. So u guys need to be extra careful when u guys want to put on ur face. Paling selamat baring and letakkan dekat muka ya.


2. Red ginseng gold hydrogel mask.


Selain mempunyai khasiat untuk kulit, red ginseng juga terkenal dengan kandungan anti oksidan nya. And ada juga studies yang mengatakan red ginseng dapat menstabilkan hormon wanita. No womder la masa pakai ni rasa tenang ja walaupun bau dia agak kuat but it still ok for my nose. Well actually i like herbals n spices smells so this smell is ok for me.

Bau dia me relax kan aku. Sedap ja layan perasan sebelum dapat kol my husband jatuh moto. Pffttt.

Lepas dapat kol from my husband sempat lagi amik gmbar after using it.

Right after using this mask..dap all the essence to my skin and use some serum..then applied my foundation, blusher n lip matte. And there u go!

3. Rice sheet mask.

Macam biasa la kan sebut pasal rice sheet mask korang pun tau kan khasiat beras untuk kulit kan. Selain mencerahkan kulit, beras juga dapat memutihkan kulit disamping memberi kelembapan kepada kulit. And yang ni dalam bentuk sheet. So bentuk sheet ni macam biasa la kan senang skit nak apply.

Nampak basah tu? Aku memang pattern mask apa-apa pun sebelum pakai mesti letak dekat dalam freeser dulu bagi sejuk. Masa pakai tu perghhh nikmat jaaa. 

Perghhh sejuk-sejuk letak kat muka memang best la kan...korang tak nak rasa ka apa yang aku rasa lani????


Harga untuk mask ni adalah

  • Ginger Gold Hydrogel Mask-RM100/5pcs
  • Red Ginseng Gold Hydrogel Mask-RM100/5pcs
  • Rice Sheet Mask-RM28/3pcs.

Kalau hampa  nak tau dengan lebih lanjut lagi or kalau hampa nak beli beauty mask dari My Product Co ni jangan lupa tau check dekat sini www.myproductco.com atau check instagram depa www.instagram.com/myproductco

Bagi pengantin yang nak.make up...sebelum mak andam start make up korang..cuba la pakai ni dulu tau...In Sha Allah ur skin n make up akan jadi sangat glowing tauuuuu....

Ok lets syantikkk uollss..

Babai.my


Aku selalu ada masalah dengan kulit muka aku ni. At one time dia boleh jadi berminyak, pastu kering dekat bahagian pipi..xleh nak kata V zone sebab dekat dagu can be oily...dekat T zone memang harap maklong masalah berminyak. Kejap jadi combination...sat2 jadi oily nak mampus satu muka. Dahhhh pulak pening nak cari skincare.

Dulu aku pernah pakai Clinique face soap tu. Pernah pakai yang untuk oily and then change to yang combination tu. Sekarang ni dah lama jugak tak pakai Clinique but still I love Clinique products. Cuma saja sebab nak try other skincare kan aku pun stop dengan Clinique. Now aku pakai cleanser dari Safi Rania Gold yang micro cleanser dengan Garnier Matcha Detox ni(penat nak taip nama menda alah garnier ni). Normally aku switch in between antara Garnier Matcha Detox ni dengan Safi Rania Gold Cleanser tu. Tapi bila muka aku terlebih berminyak memang aku akan guna cleanser yang ni lagi-lagi kalau jerawat menyerang.

Kalau hampa nak tau matcha tea atau teh hijau ni ada banyak kebaikkan untuk kulit kita. Antara kebaikkannya adalah;


Sumber google


1. Mengurangkan risiko kanser kulit disebabkan kandungan antioxidant nya.
2. Menyingkirkan sel kulit mati dengan cepat.
3. Melembabkan kulit.
4. Mengurangkan penghasilan minyak berlebihan di muka.
5. Percepatkan penyembuhan jerawat.
6. Mencegah penuaan kulit.


Perkenalkan sahabat baik kulit saya ketika kulit saya buat perangai merembeskan minyak dan jerawat.


Boleh digunakan for everyday use. Ikut korang lah ye. Macam aku suka switch in between tapi bila muka berminyak teruk n jerawat keluar memang aku pakai ni ja. 


Warna hijau favourite aku. Bau dia pun best. I liokkkeee sangat. 


Cuci jangan tak cuci. 


Tadaaa. Lepas guna Garnier Matcha Detox tu. Kulit rasa fresh. Tak oily dah. Tapi kulit rasa toing-toing moisturized gitewww. 

*** untuk pertama kali, aku beli trial size ja sebab yang ni aku jumpa masa aku pi Pak Bara, Thailand hari tu. Terjumpa dekat 7E depa and kebetulan time tu aku tak bawak cleanser. So aku beli yang kecik ni dulu. Bau macam best. Kaler menarik..kaler favaourite kata kan. Terus cekau ja.

So wajib repeat beli or tak?
Bagi aku harus ok. Harus. Sebab aku suka effect after cuci muka aku yang sekarang ni agak kuat berminyak maybe due to hormone and weather sama kan. Walaupun dia wipe off minyak-minyak dari muka aku, tapi dalam masa yang sama dia tak keringkan muka aku malah moisturised kan lagi muka aku ni. 

Sapa yang sesuai pakai ni?
Orang yang ada masalah kulit berminyak dan beejerawat. Korang kena give a try to this product. Tak kira la laki ka pompuan ka sajad ka saffiey ilias ka siti kassim ka...selagi mana korang nama manusia yang berkulit berminyak macam telaga minyak dan berjerawat...boleh la cuba ya nyahhhhh...auuuuu nyahhhh.

I really hope Garnier can come out with Garnier Matcha Detox mask pulak. Yang macam ala-ala clay tu. Mesti best nyahhhhh....

Ok nyahhh...mak nak tidur....




Salam.

Nak tanya sikit sapa dekat sini yang ada masalah kulit kepala dekat sini? Biasanya orang perempuan especially yang pakai tudung ni kulit kepala kita biasanya sensitif sikit kan. Macam aku sendiri, aku pernah pi analysis kulit kepala aku masa nak wat scalp treatment dekat A Saloon, diorang scan and tunjuk kat aku condition kulit kepala aku time tu. I was like euuwwwwww. Serius berminyak namateyyyy.



Bila terlampau berminyak tu mula la kulit kepala aku jadi gatal-gatal and buatkan kuping-kuling halus terbentuk. Nak kata kelumumur bukan tau. Tapi bila gatal kau garuk dia nanti turun macam salji. Lagi sekali euuuwwwww.


Euhhh tak? Masa scan nampak macam ni la. Tapi of course ni bukan scan kepala aku. Ni kepala dekat sumber dari Google.

So antara solutionnya aku kena shampoo rambut everyday. Yes everyday untuk elakkan kulit kepala aku berminyak and lead to gatal-gatal and jadi ala-ala salji tu. And once a while aku kena la buat scalp treatment untuk improve kan scalp condition aku.

Bayangkan 1 scalp treatment will cost me roughly about RM150 per session. Yes scalp treatment session ain't cheap man! Tu kat salon biasa. Kalau kat A saloon might cost me double. Bayangkannnnnnnnn....

Fuhhhhh. Nak bayangkan cost aku nak kena buat scalp treatment tu dah boleh buat aku gigil. Tau tak salah satu effect dari scalp yang tak terjaga adalah hair loss. Yes hair loss...rambut gugur! Walaupun rambut aku kategori tebal tapi tak seronok wei tengok rambut gugur penuh rumah.

So baru-baru ni aku ada jalan-jalan dalam mall and nampak satu kedai penjagaan rambut ni. So aku tanya la produk apa yang sesuai untuk scalp treatment ni. Terus terang aku cakap aku tak mampu nak buat scalp treatment kat saloon tiap-tiap bulan.

So that guy suggested me to try this L'oreal Professional Hair Spa ni. Come on..sapa tak kenal product L'oreal kan. Very well known and established brand no one can doubt that. So after consult few things about this product, how to wear and what should I do and don't so I decided to give it a try. Afterall no harm pun kan. Kalau tak ok stop je lah...dat's it.


Taraaaa..nin dia haaa. Love ke tak love ni?


After using this like 2 or 3 times, I realised yang rambut aku kurang gugur. Yes betul memang kurang. Selalu kalau vacuum rumah time nak bersihkan filter vacuum tu meesti banyak rambut aku ja. Ni dah kurang banyak hokeyyy.


Love this superb product!


Texture dia macam gini ya adik-adik


And kulit kepala aku pun segar ja. Yes dia prevent dari kulit kepala aku dari cepat jadi oily. Sekarang aku shampoo dua hari sekali.

Cara pengunaan

Pengunaan dia senang ja. Lepas kau shampoo kulit kepala kau and cuci shampoo tu, apply terus directly dekat serata kulit kepala kau. Buat urutan sikit and biar dalam 20 minutes then baru bilas. Lepas tu dekat ujung rambut korang jangan la lupa letak conditioner tau. Ingat conditioner takleh sentuh kulit kepala...letak kat hujung-hujung rambut ja tau.

Memang dapat rasa la kulit kepala tu fresh. Kalau tak cepat ja lah haaa berminyak. Tak suka tau bila kulit kepala cepat berminyak ni. Nanti habis dengan rambut-rambut jadi berminyak. Seriously like euwwwwhhh.

So korang sapa-sapa yang ada masalah kulit kepala baik yang gatal-gatal, berminyak mahupun hair loss...cuba la try L'oreal Professional Hair Spa ni. Harga pun stil condsider cheap. Ni aku beli sekali barang-barang lain dia kira aku RM28 ja.

Terus rambut aku sekarang terasa begitu lawa. Ehhhh


Feeling-feeling betul rambut macam ni  tau. Rambut kan mahkota wanita. Dengan rambut ni la nak menggoda laki sendiri pun. Kahkah.


Aku paling suka rambut Anzalna ni. Lawa wehhhhh. Bersinar dan volume sangat. Major love! 


Dah korang yang ada masalah macam aku takyah berkira sangat nak.spent beli menda alah ni. Trust me worth your money. Dari pi buat treatment kat salon, lagi mahai weiiii. Zaman sekarang zaman berjimat. Negara berjimat..kita pun kena la berjimat jugak. Tapi sekali sekala paw laki sendiri suruh belanja treatment dekat saloon apa salahnya. Kahkah!



Jom sahut cabaran!


Kulit berjerawat menjadi satu fobia tak kira la sama ada kaum wanita atau lelaki. Serius memang anti betul la kalau jerawat hinggap dekat muka.  Likeee ewwwwwww jerawat!

Antara faktor-faktor jerawat boleh hinggap ke muka adalah:
* hormon yang tidak seimbang ( nak period, pregnant dsb)
* pemakanan tidak seimbang
* salah makan
* tak cuci make up betul-betul
* rutin penjagaan muka
* salah pilih skin care
* salah pilih alat make up.

Tapi kalau aku masalah jerawat aku mostly sebab hormon..asal nak period ja mesti muka nanti naik jerawat dua tiga ketul. Arghhhh stress wei. Tambah stress makin berlumba-lumba dia nak keluar kan. πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘

Sebelum ni memang kalau jerawat keluar ja gigih la nak picit kan. Pastu nanti haa amik ada parut. Tapi kakau jenis yang jerawat batu tapi takdak mata tu lagi stress sebab takleh nak picit. Erghhhh😣😣😣

Tapi bila tau Eucerine ada produk yang bagus macam Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni yang boleh hilangkan jerawat dan blemish dalam masa 14 days terus rasa teruja nak cuba. 



Kalau korang nak tau Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni ada ingredients seperti:
- AHA, BHA dan PHA.
- 10% hydroxide acid
- agen pengelupasan seperti glycolic acid, salisilic acid dan gluconolactone yang effective.
- A.I innovation
- serta melindungi kelembapan dari hilang.




Selain dari membantu merawat masalah jerawat, Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni :
* 95% membantu masalah kulit berminyak.
* 94% mencegah cela dari timbul pada kulit kita.
* 94% mengurangkan bekas/kesan jerawat hitam
* 85% mengurangkan whiteheads.
* 83% mengurangkan blackheads.
* 81% mengurangkan jerawat batu/ radang.



From my experience, selalunya aku berjerawat bila time-time nak datang bulan/ period. Time tu meriah sangat especially dekat T zone aku ni la sebab most likely ni kawasan yang agak super oily. Fuhhhh stress takyah cakap lah kan.

Sebelum ni pernah juga aku cuba krim jerawat tapi end up dekat jerawat tu memang kecut TETAPIIIII JADI KERING AND PATCHY uollssss... oh no! Bila kering and patchy memang serius tak suka sebab nanti bila make up tak lawa kot! So aku jadi fobia jugak la nak pakai ubat-ubat jerawat ni.

Dengan Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni , masa first pakai dekat jerawat tu memang rasa pedih-pedih kot. Likeeee apa ni...apa niiii...tapi sat je lah. Tapi Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni dia mudah meresap dekat skin tau. And aku biasa pakai ni waktu malam sebelum tidur. Lepas basuh muka dengan cleanser, then aku buh toner, aku essence, then aku letak ni as treatment untuk kulit aku...untuk malam aku akan skip serum and moisturiser sebab aku nak apply Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni.

Korang tengok la hasilnya ya. Jangan cakap hakak tak umbrella korang pulak ye.



Meriah jerawats akak time ni uolls. Berlumba-lumba ya nak keluar! Nanti dia kita ajar skit...


Ni after 7 days usage tau. Jerawat da kurang!


Ni after 10 DAYS YE! YES TEN DAYS!!!
ingat kena tunggu sampai 14 days. Sekali 10 hari pun jerawat dah gone! Yahuuu.

Komen aku, bila pakai ni part jerawat tu memang kecut. Kulit tak kering kat kawasan jerawat tu, pastu muka makin kurang berminyak, whitehead pun memang kurang banyak sebab aku ni jenis banyak whiteheads and sejenis kaki korek whiteheads. Lani lega banyak bila belek muka whitehead pun dah tak nampak.

So suka ke idok????
Ehhh ajerrr gila tak suka!  Harus la mak suka noks.


So korang yang nak tau lebih lanjut pasal  Eucerin® ProACNE A.I. Clearing Treatment ni jangan lupa layari 

Web:  www.eucerin.my
Facebook: www.facebook.com/EucerinMY

Atau hampa boleh dapatkan di drugstores berhampiran dengan hampa ya.




Hai....
Rasanya cerita pasal dye/warnakan rambut ni selalunya taboo untuk orang Islam ni...
Yalah...why kena warnakan rambut...why tak guna inai...why guna hair dye...why itu why ini

Menjadi seorang wanita yang sangatlah sayangkan rambutnya...walaupun aku ni bertudung...tak semestinya part rambut aku kena amik mudah. Untuk pengetahuan hampa...aku mempunyai masalah rambut beruban...grey hair...yes uban uolls..uban..muda-muda lagi dah beruban.

Part ni aku rasa aku memamg mengikut arwah abah aku...jenis beruban...arwah abah patern beruban dia mcm Almarhum Sultan Azlan Shah tu uolls. Walaupun beruban tapi tetap ganteng bangattt gituuu.

Untuk perempuan yang dah berkahwin macam aku, harus lah aku risau kan kalau beruban..laki aku pun tak beruban lagi apacerrrr. Memang la dia tak kesah rambut aku beruban ke tak ke. Dah tu..kita as bini nak la rambut tu bersinar-sinar ja depan laki kita kannnnn.....yes aku warnakan rambut aku ni untuk berhias untuk laki aku. Sunat ye!


Aku pulak jenis tak boleh tengok uban sendiri. Mula la nak cabut! Stresss makkkk nakkk oiii

Antaranya hadis diriwayatkan oleh Aisyah, Nabi SAW bersabda: "Ubahlah rambut yang beruban (dengan berinai), janganlah kamu semua menyerupai golongan Yahudi dan Nasrani (yang suka membiarkan rambut mereka putih)." (Sunan al-Nasaie)

Haaa bukan aku memandai-mandai tau. Nak cantik nak gorjes untuk laki apa salahnya kan..lagipun aku memang jenis suka sikit jaga especially my hair part. Dari zaman-zaman on off tudung pun aku memang jenis suka buat rambut. Favourite aku dulu curl rambut la. Rambut da memang straight buat apa nak rebonding kannn....kalau tanya aku lagi nak curl lagi tak rambut...of course aku tak nak dah sebab susah gila wei nak jaga rambut curl berbanding straigh hair!


Sekarang ni memang bagi rambut bervolume walaupun straight hair  and tak melepiaq ja. Now lagi satu kena jaga...part uban ni.

One of the reason I choose Shurah is because they are using Inai in their ingredient and all the ingredients are classified as Suci. Means on their side...The HALAL can only been given by Jakim to food products. So they have to use the word SUCI instead of HALAL. clear tak apa aku cakap ni?


Variety of colors. Liokke liokke...


Ni pulak penjelasan daripada pihal Shurah sendiri pasal pewarna rambut diorang ni.


If you are wondering air meresap or tak. You should read explaination from Shurah.


Untuk pengetahuan korang aku suka pakai Shurah ni sebab serius rambut aku jadi lembut, macam pakai inai dari pokok tu. Yes aku dari dulu lagi memang suka pakai inai kat rambut kot. Sejuk kepala wei. Kulit kepala sihat. Rambut cantik. Yang pasti kulit kepala syiok..sejuk ja rasa lepas tu wei. 


Sebelum ni aku pernah cuba satu produk yang agak fames untuk warnakan uban...alaa yang owner dia tu ada wat video kena kecam tu...tapi bila aku pakai tu rambut aku kerasss kejunggggg...kejung macam aku letak mousse zaman-zaman aku duk gila curl rambut aku sampai rambut aku rosak and keras kejung. Sejak dari tu aku stop pakai. 

Dan baru-baru ni aku teringat pasal Shurah. Dulu masa belajaq ada gak aku dengan kawan aku pakai Shurah ni. Best pun best. Disebabkan tu  aku pun cari and beli la Shurah ni untuk mewarnakan uban-uban aku ni.

Warna yang aku amik kali ni burgundy. Ecewahhhhh. Alaa ada 3 warna je kot...warna hitam..burgundy dgn blonde. Pilihan warna kat tempat aku beli ni tak banyak sangat. Nak pilih hitam orang cakap tak elok...khilaf la antara ulama ada yang kata boleh ada yang kata tak boleh. Pernah ja aku warnakan hitam sebelum2 ni. Kali ni nak tukar skit. So aku pilihla burgundy ni. Turns out hasil dia memang cantik wei. Aku suka sangat. 


Aummm cantik warna ni kan....
Tengok gambar ni teringin pulak nak curl rambut tapi kirim salam lah nak jaganya yang payah nak mampus tu.


Yes...dis is how my hair look like! Ehh harus ni bukan aku seba aku tak kurus ok!


For those yang tercari-cari pewarna rambut yang inai made n warna meresap ke dalam rambut...aku rekemen hampa try la Shurah ni. Aku pakai 40 minit tadi...burgundy helokkk rambut mak nokss...






Hai hampa semua.Sehat ke tu???
Heppy weekend semua. So weekend ni hampa buat apa je?
Kami dis weekend hari Sabtu stay kat rumah ja sebab laki kami pi wat reja dia kan.Ahad baru keluar jalan-jalan nanti. Hari yang ditunggu-tunggui oleh kita semua mestilah weekend kan. Time tu la nak bermalasan dan hang out dengan family tersayang. Bagi anak pulak, time tu la hari dia boleh melekat dengan mama and papa depa ni.

Disebabkan Sabtu kami tak ke mana-mana, maka rutin di rumah sama jugak macam hari-hari lain. Yelah being a Work At Home Mama ni bukan mudah ye. Kadang-kadang semua nak kena buat sendiri. Sampai kadang-kadang tu lupa nak breakfast. Tapi nasib la ada Ellvita Premium Berry ni.


Sedap! 


Biasanya memang aku breakfast dengan Ellvita Premium Berry by i-Sihat ni ja pagi-pagi. Selain mengenyangkan, Ellvita Premium Berry ni banyak khasiatnya tau.



Kalau hampa nak tau dalam Ellvita Premium Berry ni ada 15 bahan yang terpilih antaraya berry, collagen, sakura extract, applehenon, astaxanthin, badam,strawberi, kismis, habbatus sauda, buah tin, delima, zafran, kurma , madu dan susu kambing. Perghhhhhh memang bestkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Ellvita Premium Berry ni.






Ok bila sebut pasal susu kambing i bet mesti ada yang takut nak minum takut bau hamis kambing kan. Takpa, jangan takut sebab Ellvita Premium Berry ni langsung tak bau hamis ok. Trust me. It taste and smell like a berry smoothies. Memang sedap oi.

And jom kita tengok khasiat bahan-bahan dalam Ellvita Premium Berry ni korang;


  1. Susu kambing: merawat gastrik, mencegah insomnia, membantu penghadaman,  tinggi kalsium dan boleh jadi milk booster untuk ibu-ibu menyusu.
  2. Habbatus sauda : Meningkatkan kesuburan , anti-cancer, merawat keguguran rambut , meningkatkan kesuburan dan mencegah rasa letih.
  3. Kurma : memberi tenaga yang segera, serat yang tinggi dan bagus untuk otak.
  4. Badam: Menurunkan paras kolesterol dan mencegah obesiti dan kurankan rambut gugur.
  5. Berry : anti oxidant, menajamkan minda
  6. Applephenon - Penjagaan kulit wajah, kurangkan pigmentasi dan mencerahkan kulit.
  7. Kolagen: memperbaiki struktur kulit dan rambut.
  8. Astaxathin : anti-fungal, melindungi kulit dari sinaran UV, rawat ekzema dan dermatitis.
  9. Saffron Merangsang Pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan kecerdasan minda, merawat migrain & asma.
  10. Tiin : Membantu menurunkan berat badan , mencegah dari penyakit kanser dan diabetes, mencegah osteoporosis.
  11. Kismis:Mencerdaskan minda, dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.
  12. Ekstrak sakura:Mengandungi Melatonin yang tingi, memutihkan dan melembapkan kulit serta mengatasi masalah kulit kusam.
  13. Madu:Melembapkan kulit, mengatasi jeragat, mengatasi bibir kering & pecah, mengandungi agen anti-bakteria & anti-radang
  14. Delima : mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, menyahtoksid sel kulit dan meyingkirkan sel kulit mati.
  15. Strawberi: Kandungan vitamin C yang tinggi membantu mencantikkan kulit.


Selain dari itu, Ellvita Premium Berry juga:




icon3 
BEBAS LEMAK TRANS
Lemak trans mengurangkan paras HDL (kolesterol baik) dan meningkatkan paras LDL (kolesterol jahat). Malah meningkatkan risiko mendapat diabetis.


 icon4
ORGANIK
Diimport khas dari Holland yang merupakan pengeluar produk tenusu yang terkemuka di dunia dan dijamin 100% organik.


PRODUK DIPERCAYAI
  • Dijamin halal (JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/1 069-11/2012)
  • Produk keluaran muslim bumiputera
  • Diproses di kilang yang telah memenuhi syarat bagi pensijilan KKM & MESTI
  • Diuji secara klinikal oleh dua lab yang telah mendapat akreditasi oleh Skim Akreditasi Makmal Malaysia (SAMM)

KEISTIMEWAAN ELLVITA PREMIUM BERRY
  • Revolusi susu kambing dan minuman kolagen dengan khasiat untuk kesihatan dalaman dan kecantikkan luaran
  • Diformulasikan dengan 15 makanan terpilih
  • Diperkaya dengan vitamin C yang tinggi
  • 100% Organik
  • Tanpa bau hamis
  • Tanpa campuran susu skim atau susu lembu
  • Kandungan gula yang sangat rendah
  • Bebas dari bahan GMO (Genetically Modified Organism)

KELEBIHAN PREMIUM BERRY
  • Meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mendapat kulit yang berseri-seri
  • Bersifat alkali, mudah hadam dan tidak menyebabkan alahan
  • Meningkatkan keremajaan kulit dan melawaskan sistem penghadaman
  • Mencegah penyakit kulit dan dari sinaran UV
  • Menguatkan sistem imunisasi badan
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Membantu mendapatkan Berat Badan Ideal
  • Membekalkan tenaga dan sumber vitamin yang cukup untuk aktiviti seharian
  • Melalui prosedur pemprosesan berteknologi tinggi dan terbaik untuk mengekalkan kualiti, nutrisi dan khasiat semulajadi susu
  • Sesuai untuk Lelaki dan Wanita



Perghhhh, banyak kan khasiatnya. Apa yang aku perasan la kan bila amik Ellvita Premium Berry ni memang cepat rasa kenyang, pastu bila lunch tu potion aku makan pun kurang la skit. Mungkin sebab still kenyang dengan Ellvita Premium Berry ni kot. Dah seminggu amik, seminggu jugak la rasa macam ni. Dah la sedap, bila minum jadi kenyang pulak tu. Lagi satu kulit pun rasa moist-moist gitu. And yang paling penting bila minum ni rasa tak lemau and letih-letih. Kalau tak ke asyik ngantuk je mata nih...biasa die tuuu...





Ok antara soalan-soalan lazim kan, Ellvita Premium Berry ni sesuai untuk sapa???


Jom tengok cara membancuh Ellvita Premium Berry ni




Jangan bancuh dengan air panas ye






So korang-korang yang berminat nak mendapatkan produk Ellvita Premium Berry dari i-Sihat ni boleh la refer maklumat dekat bawah ye;

Facebook: Ellvita Susu Kambing HQ
Hotline: 019-2020911
E-mail: isihatresources@gmail.com

Jom cantik and sihat dengan Ellvita Premium Berry ni.

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS