Sementara mood semua duk mai kan. So haruslan kita upload rajin2 secara pukal. Bukan senang kerajinan nak kena borong mcm ni🤪🤪🤪

Kali ni nak cerita pasal cerita JJCM ke Tanyong Poh di daerah Satun Thailand ni. Kalau nak tau untuk ke sini better hampa masuk kot border Wang Kelian, kalau belah Siam Wang Pranchan. 


Hari kemai pi tu hujan ja sepanjang perjalanan dari Penang. Bila sampai di Wang Kelian-Wang Prachan tu  sejuk ja. Dah la situ kawasan bukit-bukit kan. To be honest, aku suka lagi masuk dekat border Wang Kelian ni compared to Bukit Kayu Hitam tu. Sebab dekat sina aduhai ramai umat maknusiaaa


Aman damai ja kt border Wang Kelian-Wang Prachan ni


Aman dakai siap berkabus lagi ❤️

Dari Wang Prachan nak ke Tanyong Poh ni atau nama Melayunya Tanjung Pauh adalah dalam 50km+. Oh lupa dekat area Satun ni banyak orang Melayu ya so depa mostly fasih berbahasa Melayu. And nama Satun dalam Melayu adalah Setoi. Actually kalau nak diikutkan, mak aku dia frefer mai ke belah Satun lagi utk JJCM compared to to Hatyai sebab area sini masih murah ya. 

Dekat Tanyong Poh ni terkenal dengan makanan laut yang fresh and murah. Sebab tu tak heran la kalau jumpa plate Kedah dengan plate Perlis saja dekat sini. Kiranya sini adalah hidden gems  gituuuu haaa


Yang kami biasa makan ni dekat sini. Kedai kedua  lepas kedai Paktam. Hampa akan jumpa kedai Pak Tam dulu then baru jumpa kedai ni. Kedai ni tak tau nama apa sebab xreti baca apa dia tulih. 🤣🤣🤣


Depan tu yang hampa nampak tu langkawi naa. Dekat cet ja dengan Malaysia tempat ni. Line Celcom pun boleh dapat kat sini.


Syok sambil tunggu makanan sambil layan angin laut


Masa hari kami pi tu ayaq pasang ok. Kalau tak boleh la duk truun jalan2 tepi pantai. Tu pun ada anak2 jiran runtun pak depa pi main buaian dekat hujung tu…hahahha


Sabar menanti lauk2 yang diorder🤭
Maigod duk teringat lauk dua semua sedap😢



Udang lipan dia cenggini 👍🏽👍🏽👍🏽
Tapi geng2 pompuan aku sorg ja yang pernah makan. So aku la kena ajaq depa makan n kopek macam mana. Kalau nak tau udang lipan ni isi dia manis n lagi sedap dari ketam. Aku ngn laki aku kalau jumpa udang lipan ni tak cari ketam dah. Sedap gila uiii


Siakap goreng bawang putih simple tapi sedap. Boleh la buat kat rumah lepas ni🤣


Siakap 3 rasa


Kami pi 8 family/kereta ya convoi dari Penang. Saja pi jalan-jalan dengan jiran-jiran tetangga

Untuk makan ni memang heaven gila. Dengan siakap nya , udang lipan nya, kengsom udang la, sotong bakaq la, somtam la, tomyam seafood la, mango salad apa bagai la. Mula-mula buat 5 hidangan tapi geng2 laki suruh tambah 1 hidangan. Tudiennnb, terkejut bila mai semua portion ikan apa semua besaq2. Kalau dekat Malaysia ni level2 aku ngn laki aku kalau order siakap steam limau tu kami dua ja jejai dua orang berebut wei. Ni sikit punya besaq 😅😅😅 Matilamaknakkk nak habiskan. 

Lepas tu tengok part udang lipan tu pun dah terkejut gula tak sangka banyak lagu tu weiiii. Ya Allah, kalau terus balik lepas tu memang aku mntak tapaukan dah. Sabit nak pi Hatyai ja lepas tu xdak la mntak tapau kan ka apa. 

Total kami makan dekat sini dengan lauk seafood yang heaven gila ni adalah bersamaan 13600baht. Dah bila bahagi 8 family, satu family jatuh dalam 1700baht gitu la. 
memang tak dapat la harga macam tu punya heaven dekat Malaysia ni kalau macam tu punya lauk kan. 

Yang kami pi ni jenis geng-geng makan. So kami rasa berbaloi la mai makan tang sini. Tapi next time kalau mai kena check dlu la how big the portion kan. Jenuh termonyeh nak perabih kalau mai setakat sorang dua ja 😭😭😭 

Lepas makan tu terus rasa taknak makan seafood sebulan konon🤭🤭🤭 padahal mana boleh kan😬

Korang kalau nak makan seafood yang heaven boleh la try mai makan tang sini. Serious berbaloi gila. Nak sennag masa dekat Wang Prachan beli simcard Siam and terus boleh guna Google Map utk pi ke sini. Set ja kena Tanyong Poh, In Sha Allah sampai punya. 

Next time nak kena bawak maktok cop pasport mai sini pulak. Tapi kalau dengan maktok port dia ke depan sikit. Yang tu locals banyak pi makan dekat situ. Tapi situ kedainya kecik ja sebab tu aku dengan laki aku tak bawak pi makan dekat situ takut tak selesakan. Next time aklau aku pi situ dengan mama aku, nanti aku share ya. 

Actually kalau sapa nak pu Koh Lipe boleh la mai singgah makan kat sini. Dekat ja dengan jetty nak ke Koh Lipe tu. Ehh tiber rindu nak pi Koh Lipe lagi pulekkkk.

Tapi tu la, semua tempat pun rasa nak pi. Until next time , Thailand







SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS