Bela Cendawan Tiram

by Alia Farhan, 9:52 AM

 Assalamualaikum


Hai hampa semua. Kali ni nak cerita pasal cendawan tiram yang aku bela dekat rumah. Aku letak dekat balcony ja dekat shelf bawah sekali. Dekat situ agak redup. Masa musim panas leting hari tu memang slow la cendawan nak keluar kan. Sebab terlalu panas n kering sangat cuaca time tu. Macam sekarang yang selalu huja ni best la. Orang kata humidity tu agak tinggi and kadar kelembapan air tu pun tinggi kan. So sesuai la cuaca ni dengan growth untuk cendawan kan.



Ni masa nak tinggalkan rumah hari tu nak pi Cameron highland. Time tu baru nak keluar ja. So ni dah balik tiberrr ja haaa kembang semangkuk . Masa aku tinggalkan tu terpaksa la letak dalam belanga and isi air bagi ada moisture dekat sekeliling kan sebab cendawan ni memang nak lembab2 ya


Ni letak dekat balcony. Time musim panas tu jadi tu jadi tai fuhh penat wei sehari 4-6kali gak la aku kena pi siram. Sebab nak dia kembang cantik ja


Ni rasanya tuaian first. Cantik kejadia


Ni dah tak tau harvest kali keberapa. Yang pastu sampai tak termakan pun ya


Gebuu kannn


Yang satu tu macam king oyster dah stalk dia tu. Favourite aku kalau oyster mushroom ni buat masak lemak udang cendawan. Walawehhhh. Sedap mak aku cakap! Kembang bila tengok sifu aku tu makan bersunguh dengan lauk aku masak tu!




Time ni paling meriah gila. Aku beli 6 bongkah ja. Dia punya growth tu bukan sekali keluar tu keluar semua serentak ya. Ada yang masuk 2 weeks plus masa lepas beli tu xnak keluar pun ada ya. But Alhamdulillah memang berbaloi beli bongkah cendawan ni sebab dah balik modal pun .

Selain daripada tu boleh ajak anak2 buat experiment science dekat rumah pasal mushroom. Dah la growth depa ni boleh nampak cepatkan. Memang anak2 excited gila wei. 


Terpaling fav buat masa sekarang ni. 


Siap buat bawak bekal makan kt hotel hari tu masa maktok mai Penang.

Sekarang ni cendawan tiram ni kalau beli pun yg kecik tu pun da RM1.80 kan. Kalau yang besar tu pun dia punya kelopak tu kecikw aja. Beza la dengan yang aku jaga ni. 

Korang kalau berminat beli bongkah cendawan tu boleh la beli di sini:

⤵️⤵️⤵️⤵️











SHARE 1 comment

Add your comment

  1. bestnya kak lia.. nina nk tanam kt mana pun xtau. satgi xpasai kucing mkn

    ReplyDelete

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS