Selamat Hari Raya Aidil Adha

by Alia Farhan, 11:10 AM

 Assalamualaikum

I hope it is not to late to wish to my fellow Muslim readers, Selamat Hari Raya Aidil Adha. Kami 3 beranak demam raya ni. Start dari Rabu lepas aku dah rasa tak sedap badan. Then berlanjutan dan jangkit ke Aishah n sterusnya dekat kakak dia. 


But Alhamdulillah, we are getting better today. But stil la batuk-batuk and selsema tu ada lagi. Harap-harap en suami tak demam la kan macam kami ni. 

Persiapan raya pun tak buat apa since aku duk demam on off kan hari tu dengan nak monitor Aishah punya temperature lagi masa tu. And sepatutnya mak n kakak aku datang beraya di Penang but since kami duk demam bagai ni tak dapat la nak raya bersama-sama. Pagi raya kami tiga beranak macam hari biasa ja. Aku dengan kaftannya, anak-anak dengan baju tshirt di rumah sambil layan netflix sebab masing-masing tak sihat. While husband pulak sibuk dengan kurban tahun ni.


Menu raya kami semalam😣
No ketupat, no rendang, no lemang…no no
Memang xbuat apa2 pun. 
Dengan dua tiga hari sebelum raya tu Penang xda ayaq sebab gangguan bekalan, sebab banjir dekat Baling tu. And then dapur pun bersepah penuh dengan air spare takut in case ayaq takdak ka apa. Tapi nasib baik la rumah kitorang ayaq tak terputus pun hari tu. Syukur sangat sebab time aku memang demam agak teruk and bila badan panas ja asyik mandi ja sampai sehari 6-7 kali jugak la.

And hari kedua raya ni la baru rasa ok and segar sikit. Aishah pun nampak macam getting better, tapi kakak pulak baru nak start badan dedar-dedar. 

Ambil kesempatan la juga kan bila badan da segar ni, masak la apa yang patut kan. Disebabkan ada dapat daging kurban, maka lauk hari ni semua berasaskan daging ya tuan-tuan dah puan-puan. 



Daging goreng kunyit


Tomyam daging. Tomyam ni buat tomyam kosong ja sebab budak-budak ni la cakap nak makan tomyam. Mamanya nak makan benda lain, awal lagi dah buat menu fav kat diri sendiri. So takyah la nak beria letak sayur ke menda ka bukan diorang makan pun. Jangan membaziaq, sayoq mahai lani.


Pagi-pagi lagi dah lebur ekoq ni dalam philip pressure cooker.. set pressurised dalam sejam, lepas tu biar ja dia keep warm dalam 50minit n pressure manually vent sendiri, tengok-tengok dah lembut haa. Actually masa masak benda ni aku terlena sebab ya la badan stil rasa la sengal-sengal dia tu kan. Jenguk2 ke dapur Ya Allah dah lama dah benda ni keep warm n pressure to manually ventilated gitu ha. Buka-buka tengok da lembut ekornya.

Alhamdulillah, menu simple ja tapi berselera kami empat beranak. Aku ni memang ada memori betul dengan daging kurban ni tau. Masa mengandungkan Aishah aku teringin gila nak makan daging kurban. Tapi time tu da start payah nak dapat daging kurban sebba tak ramai orang nak buat dekat tempat kita sendiri. Time tu start ramai orang duk promote buat dekat negara luar. Wei bayangkan nak cari daging kurban tu macam payahnya lahai. Nasib baik la time tu balik kampung, pakcik aku org kuat masjid and minta la skit untuk ibu mengandung ni. Dapat makan tu, Allah ja tau happynya aku time tu. 

Bukannya tak boleh beli daging sendiri time tu, tapi tu la ibu mngandung kan…kadang2 lain macam game teringin dia tu. Nak jugak-jugak daging kurban. Tak kurban taknak ok😢 . Korang bayangkan lah, sekarang ni dengan inflasi and taraf hidup yang melambung naik ni daging tempatan dekat market dah RM40/kg..banyak ja orang-orang kita yang tak mampu nak makan daging ni sebenarnya ya. So kalau kita ada duit lebih tu, apa salahnya kita lebihkan and buat kurban dekat tempat kita sendiri dulu.

Macam husband aku, boleh kata every year juga akan buat. And dekat sini meriah gila. Husband aku akan invite geng2 pekerja Bangladesh dia untuk join la. So geng-geng Bangladesh ni pun diorang memang suka la kan sebab time ni la diorang pun dapat merasa daging fresh-fresh ni. Wei ramai ja orang kat Malaysia ni yang susah-susah wei. 

Bayangkan buat dekat negara yang minority umat Islam dia, yang pi buat dekat sana bukan main ramai tapi yang patut terima daging tu orang dia sikit ja, takut nanti jadi pembaziran pulak. And aku pun pernah dengaq ada scam melibatkan kurban dekat luaq ni. Kata nama sekian-sekian. Sekali sekor lembu guna amik gmbar untuk seratus nama. Haru!

Ya aku tak nafikan, nak buat kurban dekat mana-mana pun boleh. Dekat Malaysia mahal sangat lah! Tapi Nabi pun cakap kita kena tengok orang sekeliling kita dulu. Baru kita bantu yang jauh dari kita. Apapun,biarlah ibadan kurban ni anak-anak cucu kita dapat tengok di depan mata kita and rasa perit jerih pengorbanan tu. 

Apapun, aku pun jarang la beli daging wei sebab mahal sampai sekilo rm40 kot. Kadang-kadang beli ja daging import sekilo rm25 tu tapi eh boleh beza kot daging frozen dengan daging yang fresh baru kena sembelih ni oiiit. Ni pun esok rasa nak bermenu kan nasi daging pulak ni😝 sedapnya makan dengan air asam letak tomato banyak-banyak tu kan🤪🤪🤪








SHARE 0 comments

Add your comment

© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS