Edible plant at my small balcony

 Aku dari zaman duk kat Juru memang dah bercucuk tanam dekat balcony... Tapi memandangkan rumah baru ni balcony dia lagi kecik dari rumah kt Juru tu... So kena pilih la tanam yang suka ja.. Oh aku banyak tanam edible la sebab aku spesis suka makan ulam kan....lagi satu malas gila nak masak sayoq2 ni... Sep masa main petik ja nak makan ulam apa...

Hari tu da ada share pasal balcony dekat rumah baru ni.. So this time share lagi update apa edible plants yang ada dekat balcony lani... Jom tengok apa yang ada

Kacang panjang renek


Yang ni boleh petik dah buat ulam or bahan dalam nasi goreng.. Nyummmy. 


Ni baru nak jadi


Yang ni dah tua.. Boleh buat benih nanti. 

Bagusnya pokok kacang panjang renek ni dia tam perlu memanjat untuk hidup sebab dia spesis renek... Best dengan pokok ni... 

Selasih /thai basil


Senang hidup dan tak banyak songeh... Aku suka buat ulam. Masak pad krapao pun sedap. Letak dalam laksa siam haroi2 cing2

Sweet basil


Baru ada satu pokok.. Yang ni guna macam biasa la more to western. Buh dalam pasta... Buat pesto... 

Cekur


Cekur batik


Cekur biasa. 

Cekur ni sedap buat ulam or letak dalam masak lemak... 

Terung



Pokok ni dah tua... Maybe lepas2 ni nak kena tebang and buang kot. 

Cherry tomato


Ni grape tomato rasanya. Ada 2 jenis masa semai dulu. 


Bunga kemain banyak.. Buahnya 2 bijik ja.. Tengok lah nnt macam mana.. Kalau xkluar gak buah lain.. Kena say babai la... 

Cuban oregano


Ni yang variegated punya... Boleh letak dalam teh o ganti mint atau letak dalam perapan.. Rasa and bau sama sbijik dengan oregano kecik2 tu... Sebab tu nama dia oregano gak


Rosemary


Creeping rosemary.. Jenis menjalar ni. Payah la gak nak jumpa kat Malaysia. Antara herb org putih yang senang jaga dekat iklim Malaysia ni. 



Ni pokok rosemary biasa. Ada bunga telang sesat dekat pasu dia... Masa hari tu pi CH.. Geram tengok rosemary dkt CH.. gemuk and tinggi2 pokok dia.. Dah la wangi ja bila hujan.. Duk lalu kat tepi2 tu... 

Ketumbar Jawa /Cullantro


Bau dia sama macam ketumbar biasa tu. Beza dia bentuk daun ja.. Letak dalam sup ka tomyam power.. Letak dalam pho n vietnam rolls pun power... Kalau ketumbar biasa org putih kata coriander /cilantro.. Yang ni cullantro.. Fames dalam masakan Mexico sana. 

Daun Limau Purut



Wajib la ada kan kalau dah nama Siam peranakan. 


Bayam brazil


Ni pun antara yang senang nak tanam and beranak pinak😂

Pokok daun kari


Ni baru lepas cantas nak bagi naik elok lagi and bercabang pucuk baru.. Baru la pokok sentiasa elok, rendang dan merimbun. 




Pokok Daun Sup


Antara yang berbuih gak nak tanam😅


Pokok rama-rama dan daun bawang. 


Pokok daun rama2 tu sebab aku suka tengok daun dia. And daun dia boleh keringkan buat teh.. So why not kan.. Daun bawang tu sebab da ada yang tumbuh.. So letak ja lah dekat situ.. Boleh amik daun and boleh jadi kawalan serangga perosak. 


Ada lagi a few baru duk semai.. Nanti la kita update lain.. Aku ada share pasal cerita community garden aku.. Utk floor aku jalah tapinya dekat SINI... ada cerita pokok2 apa yang aku tinggal untuk wakaf boleh sama2 guna dengan jiran2.. 

























3 Comments

  1. wahhh senang.. untung jirannnn takyah nak susah2 klu kt tepi rumah dah ada kan

    ReplyDelete
  2. bagusnya kak suka makan ulam ulaman..menanam sendiri pula tu..bila la nak jadi rajin macam kak menanam pokok

    ReplyDelete

Post a Comment