Showing posts with label Kebun balkoni

 Aku dari zaman duk kat Juru memang dah bercucuk tanam dekat balcony... Tapi memandangkan rumah baru ni balcony dia lagi kecik dari rumah kt Juru tu... So kena pilih la tanam yang suka ja.. Oh aku banyak tanam edible la sebab aku spesis suka makan ulam kan....lagi satu malas gila nak masak sayoq2 ni... Sep masa main petik ja nak makan ulam apa...

Hari tu da ada share pasal balcony dekat rumah baru ni.. So this time share lagi update apa edible plants yang ada dekat balcony lani... Jom tengok apa yang ada

Kacang panjang renek


Yang ni boleh petik dah buat ulam or bahan dalam nasi goreng.. Nyummmy. 


Ni baru nak jadi


Yang ni dah tua.. Boleh buat benih nanti. 

Bagusnya pokok kacang panjang renek ni dia tam perlu memanjat untuk hidup sebab dia spesis renek... Best dengan pokok ni... 

Selasih /thai basil


Senang hidup dan tak banyak songeh... Aku suka buat ulam. Masak pad krapao pun sedap. Letak dalam laksa siam haroi2 cing2

Sweet basil


Baru ada satu pokok.. Yang ni guna macam biasa la more to western. Buh dalam pasta... Buat pesto... 

Cekur


Cekur batik


Cekur biasa. 

Cekur ni sedap buat ulam or letak dalam masak lemak... 

Terung



Pokok ni dah tua... Maybe lepas2 ni nak kena tebang and buang kot. 

Cherry tomato


Ni grape tomato rasanya. Ada 2 jenis masa semai dulu. 


Bunga kemain banyak.. Buahnya 2 bijik ja.. Tengok lah nnt macam mana.. Kalau xkluar gak buah lain.. Kena say babai la... 

Cuban oregano


Ni yang variegated punya... Boleh letak dalam teh o ganti mint atau letak dalam perapan.. Rasa and bau sama sbijik dengan oregano kecik2 tu... Sebab tu nama dia oregano gak


Rosemary


Creeping rosemary.. Jenis menjalar ni. Payah la gak nak jumpa kat Malaysia. Antara herb org putih yang senang jaga dekat iklim Malaysia ni. 



Ni pokok rosemary biasa. Ada bunga telang sesat dekat pasu dia... Masa hari tu pi CH.. Geram tengok rosemary dkt CH.. gemuk and tinggi2 pokok dia.. Dah la wangi ja bila hujan.. Duk lalu kat tepi2 tu... 

Ketumbar Jawa /Cullantro


Bau dia sama macam ketumbar biasa tu. Beza dia bentuk daun ja.. Letak dalam sup ka tomyam power.. Letak dalam pho n vietnam rolls pun power... Kalau ketumbar biasa org putih kata coriander /cilantro.. Yang ni cullantro.. Fames dalam masakan Mexico sana. 

Daun Limau Purut



Wajib la ada kan kalau dah nama Siam peranakan. 


Bayam brazil


Ni pun antara yang senang nak tanam and beranak pinak๐Ÿ˜‚

Pokok daun kari


Ni baru lepas cantas nak bagi naik elok lagi and bercabang pucuk baru.. Baru la pokok sentiasa elok, rendang dan merimbun. 




Pokok Daun Sup


Antara yang berbuih gak nak tanam๐Ÿ˜…


Pokok rama-rama dan daun bawang. 


Pokok daun rama2 tu sebab aku suka tengok daun dia. And daun dia boleh keringkan buat teh.. So why not kan.. Daun bawang tu sebab da ada yang tumbuh.. So letak ja lah dekat situ.. Boleh amik daun and boleh jadi kawalan serangga perosak. 


Ada lagi a few baru duk semai.. Nanti la kita update lain.. Aku ada share pasal cerita community garden aku.. Utk floor aku jalah tapinya dekat SINI... ada cerita pokok2 apa yang aku tinggal untuk wakaf boleh sama2 guna dengan jiran2.. 

























Selain mempunyai hobi dalam bersolek, melancong,melencong ,dan memasak aku juga seperti insan yang lain. Bahahhahahha. Tetapi aku juga ada satu lagi hobi yang bisa buat pak menteri menyayangi ku. Bahahahhaha.

Yes...i love gardening. Especially the edible one. Kan pak menteri suruh bercucuk tanam sendiri uolls. So rumah i di tingkat 6 ni tidak ketinggalan jugak.


Ni pokok selasih or thai basils. Ni memang favourite sangat-sangat. Buat ulam sedap. Buat letak dalam rencah masakan pun sedap.



Ni pulak brazillian spinach ya. Bukan brazillian wax๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†
Selalu mat2 salleh buat ni as salad sebab crunchy nak mam. Ni kat jusco mahal berdenggung wei. Yang ni paling senang nak hidup. Cukup baja. Cukup air. Gemok la dia macam tuan dia.


Ni pulak pokok tomato cerry. Bab pokok tomato ni memang fail and susah skit. Tapi harap-harap kali ni ok la kan.



Ni kalau ada stock makcik bawang yang da tumbuh daun skit tu, terus ja letak atas tanah. Boleh la guna as codiment dalam masakan kan. Yang dalam satu bekas dengan daun bawang tu nama dia ketumbar jawa or nama omputih dia culantro. Bau dia sama macam daun ketumbar biasa tu 


Abaikan ya mop tu. Bahahah. Ni pulak pokok inai. Pokok ni aku beli ya sebab aku suka pakai inai. Masa sampai hari tu pokok ni da nak botak. Sekarang getting better after letak baja organik. Dah banyak bibit-bibit daun mula keluar. Lepas ni boleh la berinai.


Dah nama pun sekangkang kera ja kan. Maka kena la be creative. Beli ja rack ikea Hyllis ni untuk letak segala pokok2 renek n herbs ni. Next time In Sha Allah nak tambah skit-skit lagi apa yang patut. 


Ni masakan campak-campak. Pastu nak bagi rasa kick aku letak thai basils ni masa tengah masak.



Ni la guna daun makcik bawang kat balcony tu. Daun bawang memang tak pernah beli ya kat rumah ni.

Kalau ikut semua pun nak tanam. Husband aku sampai stress dengan bini dia. Aku cakap biarlah aku buat hobi aku yang satu ni dari aku duk membawang bergossip dengan kak leha kak timah kat bawah tu. Maka laki aku pun pasrah ja lah dengar aku membebel. Sambil membebel tu aku selalau akan cakap..Ya Allah murahkan rezeki suami aku ni supaya boleh beli rumah landed pulak one day! Amin...senang aku nak bercucuk tanam lepas ni. Hahahaha

Sebenarnya aku ni pun tak pandai tara mana pun bab gardening tu. Tapi aku belajar la skit2 dengan orang yang pandai bab-bab ni. Diorang cakap no such things as green fingers ok. Semua nya kena belajar and gali knowledge.  Tak tau kena bertanya. Kalau tak nanti sesat jalan gitewww haaa

Ok la chow. Nak pi kemas rumah n masak pulak ye. 




Haaa tajuk nak gempak gitew haaaa.
Almaklumlah mak2 cheap skate ni memang keja dia nk jimats jeeee.
Lain lah kalau si rambut kembang tu. Ehhhh


Memang segaja kadang2 tu pilih bawang 2 3 ketol yang da tumbuh tunas tu and tujuan utama dia nak balik letak atas tanah habuan nak guna daun dia. Untung takyah nak beli daun bawang dah. Nak guna, p gunting ja kat balcony tu.


Nah cukup untuk buat rencah dalam masakan. Kalau beli daun bawang tu kompem akan beli banyak, last2 buruk macam tu ja.

 Ni pulak pokok yang tumbuh tanpa sengaja gitewww haaa. Pokok purslane, kaya dengan omega 3 kau. Orang2 putih selalu buh dalam salads. Orang melayu buat ulam. Katanya rasa masam2. Nanti leh teraiii laaa. Kasik banyiak dlu kan.


Daun bawang tadi selamat humban dalam kieytiaw goreng bodoh ni. Okla dari togel semata2 kan. Memang xdak stock sayoq dalam peti ais pun. Ni ja lah sayoq yang ada kat kebun secoet tu. Kahkah. Jadi la, dari takdak langsung kan.

Lepas pantang nanti nak kena start balik la berkebun secara serius. Kikiki. Konon lahhh.




© ALIA FARHAN · THEME BY WATDESIGNEXPRESS